Anda di halaman 1dari 2

AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah

perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)


untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.

Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah
negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan
Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan
Kemboja (Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah
negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota baru tersebut
diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai ASEAN. Namun
begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban pengurangan
tarif AFTA.
Tujuan[sunting | sunting sumber]

Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing
ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui
penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN. Selain itu, dengan
wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada
masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar
yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring
dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan
saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran
secara besar-besaran.
Perlaksanaan[sunting | sunting sumber]

Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan


Bebas ASEAN ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama
mulai 1 Januari 1993 dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam
linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis yang bertaraf kabinet juga ditubuhkan
untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT
untuk AFTA.

Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang
berkaitan dengan penghapusan duti-duti import. Antara perkara-perkara yang
disentuh adalah:
Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei Darussalam,
Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak
lewat daripada 1 Januari 2010.

Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar,


dan Vietnam akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun,
penghapusan duti import bagi produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat
daripada 1 Januari 2018

Anda mungkin juga menyukai