Anda di halaman 1dari 6

SKRIP MAJLIS PERSANDINGAN IKA

MASA
2.00
petang

ATURCARA/ SKRIP

MENGUMUMKAN KETIBAAN PENGANTIN LELAKI


Mohd. Dinie Bin Md. Jamal
Bersama rombongannya
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
Majlis mempersilakan pengantin lelaki melangkah ke mahligai kasih untuk dipertemukan
dengan ratu hatinya pengantin perempuan Nurul Atiqah Bt. Ismail, Pelamin ini direka khas
untuk pasangan raja sehari kita hari ini adalah oleh JUE BRIDAL dari Batu Pahat
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Dimalam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Majlis terlebih dahulu mengucapkan Selamat Datang kepada tetamu dan jemputan terutama
ahli keluarga dan hadirin kerana bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan Nurul Atiqah
& Mohd. Dini

CATATAN/
TINDAKAN
Apabila isyarat
(bunyi paluan
kompang)
Apabila paluan
kompang telah
tamat

Burung Nuri hinggap dib alai


Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjat doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan.
Dengan itu, Majlis mempersilakan Haji Said selaku datuk pengantin untuk memimpin bacaan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.....
##########################
Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada nenda Haji Said atas
bacaan doa itu tadi.
Semoga jodoh yang telah diatur oleh Allah ini berkekalan hingga akhir hayat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyuman terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan ____________________ untuk menepung tawar
pengantin.
Bonda pengantin lelaki
Ayahanda pengantin lelaki
Bonda pengantin perempuan

:
:
: Hjh Fauziah Binti Sabari

Bacaan Doa

Ayahanda pengantin perempuan : Hj. Ismail Bin Lohang


+ saudara mara dan rakan-rakan.
Dipersilakan.........
Majlis merakamkan ribuan terima kasih.
Seterusnya, dengan dipersilakan..... ( rujuk )
Semoga Majlis ini memberikan seribu kenangan manis kepada pasangan pengantin.
Majlis sekali lagi mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan raja sehari kita pada
hari ini Nurul Atiqah & Mohd. Dini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara sesi bergambar dengan pasangan pengantin.
Dipersilakan ________________________ untuk bersama-sama pengantin di pelamin bagi
merakamkan gambar kenanagan.

Selepas selesai
menepung
tawar turun dari
pelamin

1. Keluarga pengantin lelaki


2. Keluarga pengantin perempuan
3. Rakan-rakan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab.
Majlis diteruskan dengan makan beradab. Dengan itu, majlis mempersilakan pasangan
pengantin untuk turun ke meja makan beradab untuk majlis berseterusnya.
Bagai pinang dibelah dua
Sama cantik sama padan

Selepas selesai
sesi fotograf

Sama kasih sama sayang


Sama cocok digandingkan
Itulah gambaran yang paling sesuai bagi pasangan pengantin yang kita raikan pada hari ini.
Hadirin sekalian,
Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, pasangan pengantin ini mula
berkenalan tanpa dirancang dimana semasa bersama-sama bekerja sambilan di Parkson Batu
Pahat pada tahun 2013. Ikatan persahabatan yang terjalin ini secara perlahan-lahan tanpa
disedari telah bertukar kepada perasaan kasih sayang Dan akhirnya memutikkan rasa cinta
dalam hati pasangan Nurul Atiqah & Mohd. Dinie. Setelah mengenali hati budi masing-masing,
akhirnya pada 29 Ogos 2014 pasangan pengantin ini mengikat tali pertunangan mereka
selama 9 bulan. Janji sepakat yang telah dibuat akhirnya dimeterai dengan ikatan pernikahan
pada 29 Mei 2015 tepat jam _________.
Majlis merakamkan Selamat Pengantin Baru sekali lagi kepada pasangan pengantin Nurul
Atiqah & Mohd. Dini. Semoga kebahagiaan yang dibina kekal selamanya.
Kepada pasangan pengantin,
Selamat Pengantin Baru, Kami doakan semoga jodoh yang ditetapkan oleh Tuhan ini
berkekalan hingga akhir hayat. Dalam menempuhi hidup berumah tangga, sama-samalah
bertolak ansur dalam apa-apa jua keadaan. Jalankan tugas sebagai suami isteri yang
bertanggungjawab.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Hadirin sekalian,
Sebelum melangkah ke mahligai kasih, majlis mempersilakan pasangan pengantin untuk
menyempurnakan upacara memotong kek.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Dipersilakan pengantin lelaki menyuapkan kek ke mulut pengantin perempuan.
Dipersilakan pula pengantin perempuan menyuapkan kek ke mulut pengantin lelaki.
mmmmm....begitulah manjanya..dengan suaminya...

Sebaik sahaja
pasangan
pengantin
selesai
menjamu
selera.

CAKE CELEBRATION!!!!!
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pada hari ini juga kami pihak tuan rumah ingin menyambut ulangtahun kelahiran insan
istimewa dalam keluarga kami iaitu...
1. Bonda Hjh Fauziah Bt. Sabari yang menyambut hari lahir yang ke 54 pada tarikh 20 Mei
yang lalu.
Selain daripada itu,
2. Hari ini juga 30 Mei adalah merupakan ulangtahun perkahwinan ke 7 saya dan suami
tercinta Saiful Amri... Semoga ikatan yang telah dibina ini akan terus berkekalan
bahagia hingga ke akhirnya dan bertemu semula di syurga Allah nanti..... Amin....
Juga tidak dilupakan kepada,
3. adinda Nurul Farhana dan pasangannya Mohd. Alip yang akan menyambut ulangtahun
perkahwinan mereka pada esok hari iaitu pada 31 Mei.... Maka cukuplah genap 1 tahun
melayari bahtera rumahtangga bersama pahit dan manis dilalui dan tahniah diatas
kehadiran cahaya mata yang comel Durrah D. Sofea... Semoga berbahagia hingga
akhirnya jua... Amin...
Semoga semua yang diraikan ini terus dirahmati Allah, panjang umur, dimurahkan
rezeki,dipermudahkan segala urusan, bahagia disamping keluarga tersayang dan dijauhkan
dari malapetaka juga sebarang musibah.... Amin....
Dipersilakan ibunda tersayang, suami tercinta dan adinda yang dikasihi untuk memotong
kek.......
############iringan lagu happy birthday & love song ##############

Acara potong2 kek dan pembahagian kek...


-------------------------------------------------------------------------------------------------Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara,

Umpama berjalan telah sampai di destinasi


Saya bagi pihak tuan rumah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua hadirin
yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan Nurul Atiqah & Mohd. Dini pada hari ini.
Kami juga turut memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kepincangan
sepanjang majlis ini berlangsung. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang
dari kelemahan saya sendiri....
Sekian, wabillahi taufq walhidayah wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
assalamualaikum dan salam sejahtera......

Anda mungkin juga menyukai