Anda di halaman 1dari 2

Majlis Pelancaran Persekitaran Berkualiti 5S

Pembuka Bicara




.

.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia


Terima kasih kepada perwakilan pelajar yang bertugas

Protokol

Yang berusaha, Puan Hjh Mariam Binti Rahamat, Pengetua SMKBBSS


Yang dihormati, Puan Hjh Noraini Bt Suhaimi, PK Pentadbiran
En. Mohamad Shah Bin Kassim, Pk Hal Ehwal Murid
En. Abdul Aziz Bin Zamzam, PK Kokurikulum
Barisan Guru Kanan Matapelajaran, rakan guru dan anak murid yang dikasihi sekalian.

Kata alu-aluan

Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan
kepada kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi
menyempurnakan majlis pelancaran 5S SMK Bandar Baru Sultan Suleiman bagi tahun 2017.

Kayu balak dibawa arus


Arus deras begitu lama
Sebelum lidah berbicara terus
Mari berdoa bersama-sama

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,
marilah kita bersama-sama membacakan ummul kitab al fatihah dan bagi yang bukan
muslim bertafakur mengikut agama masing-masing...al fatihah

Ucapan alu-aluan MC

Hadirin sekalian,
Seperti yang kita sedia maklum, SMKBBSS akan melaksanakan satu sistem persekitaran
yang berkualiti iaitu 5S. Amalan berkualiti 5s merupakan suatu amalan yang terbukti
berkesan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah. Hal ini dapat dibuktikan
apabila ia mampu mengurangkan tempoh pengurusan pelanggan dan mengurangkan masa
pencarian dokumen. Maklumat inventori juga menjadi lebih mudah apabila kebanyakan
bilik-bilik khas dan bengkel-bengkel di label peralatannya dengan secara sistematik. Hal
ini selaras dengan Polisi 5S SMKBBSS iaitu Kami warga SMKBBSS komited melaksanakan 5S
untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang sistematik dan kondusif secara berterusan.

Di antara objektif program 5S SMKBBSS adalah:


a. Meningkatkan tahap kecekapan aktiviti dan operasi sekolah
b. Memupuk budaya kerja berpasukan dan penambahbaikan secara berterusan
c. Membina kecemerlangan sekolah melalui semangat kerjasama dan disiplin warga
sekolah
d. Menghasilkan kualiti pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan sekolah

Ucapan pengetua

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Pn.Hjh Mariam
Bt Rahamat, Pengetua SMKBBSS untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
pelancaran 5s kali Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

.Tamat Ucapan.............

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh yang berusaha Pengetua SMKBBSS,
Pn Hjh Mariam Bt Rahamat. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada atas ucapan perasmian puan pengatua sebentar tadi

Gimik Pelancaran

Seterusnya dipersilakan Puan Hjh Mariam Rahamat, Pengetua SMKBBSS diiringi Pn. Hjh
Noraini Suhaimi untuk melancarkan gimik pelancaran Program Persekitaran Kualiti 5S
SMKBBSS. Dipersilakan...

*****************GIMIK******************

Terima kasih diucapkan diatas kesudian puan pengetua melancarkan gimik Pelancaran
sebentar tadi.

Dengan berakhirnya gimik itu tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya

Penutup
Terbang sekawan burung tempua
Membuat sarang dirumpun pegaga
Terima kasih kepada semua
Segala kerjasama amatlah berharga

Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua
atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa
majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai