Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN


LEBUH SULTAN ABDUL SAMAD
42000 PELABUHAN KLANG.

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT


BERUNIFORM

TARIKH : 27-28 MEI 2011

MASA : (Jumaat) 2.30PM


(Sabtu) 2.30PM

TEMPAT : SMK BANDAR BARU


SULTAN SULEIMAN

ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM


SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
PELABUHAN KLANG.
SEKOLAH MENENGAH BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN, LEBUH
SULTAN ABDUL SAMAD, 42000 PELABUHAN KLANG.

KERTAS CADANGAN
PERKHEMAHAN PERDANA 2011

1. PENGENALAN

Perkhemahan Perdana merupakan salah satu aktiviti yang difikirkan berkesan


dalam menyampaikan input-input yang berguna kepada para pelajar yang terdiri dari
kalangan pelajar dalam unit uniform supaya ianya dapat melahirkan pelajar yang serba
boleh dan ada ciri-ciri kepimpinan. Dengan pendedahan dalam kursus yang di berikan,
diharap para pelajar akan dapat menyerlahkan potensi diri dan membina keyakinan diri
yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Perkhemahan ini juga diharap akan dapat menyuntik semangat baru dalam
kalangan pelajar bagi mengubah sikap, sahsiah , pemikiran dan persepsi terhadap perkara
berkaitan peranan dan tanggungjawab pelajar di sekolah. Ini akan dapat melahirkan
suasana sekolah yang ceria, harmoni dan menyeronokkan yang mana akan menghasilkan
pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi sama ada akademik
mahupun kokurikulum.

2. OBJEKTIF

2.1 Mendedahkan para pelajar terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai ahli atau
pemimpin dalam sesuatu organisasi.
2.2 Menanamkan sikap bertanggungjawab, positif, bekerjasama dan amanah dalam
diri pelajar selaku ahli atau pemimpin dalam sesuatu organisasi.
2.3 Membantu para pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan
berkesan dalam menentukan matlamat hidup .
2.4 Membina keyakinan diri bahawa para pelajar boleh melakukan perubahan dan
mencapai kejayaaan yang lebih baik dari apa yang telah dicapai setakat ini
3. KUMPULAN SASARAN

Seramai 120 pelajar yang terdiri daripada pemimpin dan ahli dalam unit beruniform.

4. TEMPOH PELAKSANAN

Perkhemahan yang akan diadakan pada 27 28 Mei 2011

5. TEMPAT PROGRAM

Program ini akan dijalankan di Sekolah SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Pelabuhan
Klang.

6. TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran

7. IMPLIKASI KEWANGAN

Makan Dan minum pelajar : RM 8 X 120 orang = RM 960 (Jumaat)


: RM10 X 120 orang = RM 1200(Sabtu)

Hadiah hamper : RM 60 X 10 = RM600

Alat tulis & fail poket : RM 3.50 X 120 = RM420

Banner : RM150 X 1 = RM150

Air mineral : RM1 X 240 = RM240

Jumlah keseluruhan : = RM3570.00

8. SUMBER KEWANGAN

PCG Kokurikulum dan bayaran tambahan kokurrikulum


9. PENUTUP

Semoga program ini akan dapat membantu pelajar menambah ilmu dalam
unit uniform di samping memberi input baru dan berguna kepada para pelajar agar
dapat menjadi pemimpin yang berkesan.

Disamping itu, adalah diharapkan agar Perkhemahan Perdana Unit


Beruniform ini akan dapat menjadi titik tolak kepada para pelajar dalam
mengharungi liku-liku hidup sebagai pemimpin kecil di sekolah agar semangat
dan ciri-ciri kepimpinan itu akan terus berkembang dan mereka berjaya menjadi
pemimpin yang disegani di masa akan datang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ..........................................
(TERECIA BT JOHANIS)
Naib Setiausaha Kokurikulum
SMK Bandar Baru Sultan Suleiman
Pelabuhan Klang.
SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN
42000 PELABUHAN KLANG

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2011

Tarikh : 26 Mac 2011


Hari : Sabtu
Masa : 7.45-1.00 tengahari

ATURCARA PROGRAM

07.45 pagi-08.00 pagi : Pendaftaran

08.00 pagi-09.00 pagi : Perancangan dan Pengurusan Program /


aktiviti persatuan Pn. Terecia Johanis

09.00 pagi-10.00pagi : Penyediaan kertas kerja program


En. Muhamad Hasri b. Hashim

10.00 pagi-10.30 pagi : Minum pagi- Kantin sekolah

10.30 pagi-11.30pagi : Penyediaan Minit Mesyuarat persatuan


- Pn. Nur Tasharina Harun

11.350pagi-12.30t/hari : Menjadi Pemimpin yang berkesan


En. Muhamad Rashid b. Azan

12.30t/hari-1.00 petang : Penyampaian Hadiah

1.00 petang : Makan tengahari dan bersurai

Jadual Bertugas

7.45pg 10.00pg : Pn. Terecia & En. Mohd Fouzi

10.00pg-10.30pg : En. Mohd Shayuty

10.30pg-11.30pg : Pn. Nur Tasharina & En. Muhamad Hasri

11.30pg-12.30t/hari : En. Muhamad Rashid & Pn. Norrizan

12.30thari-1.00t/hari : Pn. Terecia & Pn. Nur Tasharina


Semua personalia perlu hadir semasa penyampaian hadiah

Anda mungkin juga menyukai