Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS DIMULAKAN

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim. Pembuka bicara, segenap


kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Allah Yang Maha Permurah,
Lagi Maha Pengasih.

Selawat dan salam buat Junjungan Alam, Saiyyidul Mursalin Nabi


Muhammad Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabat-sahabat
Baginda yang tercinta.

Assalamualaikum Wrh Hi Wbr dan salam sejahtera

Majlis dengan rasa bangganya, memulakan agenda,


Program Pendaftaran murid tingkatan 1 tahun 2011.

PROTOKOL MAJLIS

Yang Berusaha
Pn Hajah Nor Aini binti Suhaimi,
Penolong Kanan Kurikulum

Yang Berusaha

2
Pn Hajah Saadiah binti Kamiso
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Berusaha
Pn Aidah binti Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum
Yang berusaha
En Zahari bin Ghazali Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Baru
Sultan Suleiman

Yang Berusaha, barisan Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru


cemerlang, guru-guru dan rakan-rakan yang diraikan dan
seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Selera bersemi bersulam kuini,


Penuh setalam dalam hidangan,
Panjatkan doa ke hadrat Ilahi.
Agar majlis mendapat keredhaan

Alhamdulilah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa


kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah Rahmat
dan Izin-Nya, dapatlah kita berhimpun di Dewan SMK Bandar
Baru Sultan Suleiman yang indah dan permai pada pagi ini,
dalam suasana penuh keceriaan, kemesraan, keharmonian dan
semangat menyambut tahun baru 2011 tambahan pula kita

berada dipenghujung tahun 2010.


BACAAN DOA

Bulan purnama berjalan ke pekan,


Awan mendung tanda nak hujan,
Awal munajat kita pohonkan,
mudah-mudahan mendapat keredhaan.

Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Saudara,


MUHAMMAD NUR HAKIM BIN MOHD SHALIHIN untuk memimpin

3
bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada saudara


MUHAMMAD NUR HAKIM BIN MOHD SHALIHIN Mudah-mudahan
majlis kita ini terus mendapat keberkatan dan Nur Hidayah
daripada Allah s.w.t. Insya Allah Taala.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Program pendaftaran tingkatan satu merupakan salah satu program tahunan
yang dijalankan setiap tahun. Pendafratan tingkatan satu bagi tahun 2011
berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana pada tahun ini buat julung
kalinya pendaftaran murid tingkatan satu dijalankan secara on line atau
dalam talian. Kaedah pendaftaran seumpama ini merupakan arahan terkini
Kementerian Pelajaran Malaysia selaras perkembangan teknologi maklumat
yang kian pesat di Malaysia. Pada tahun ini sebanyak lapan kelas tingkatan
satu akan dibuka bagi menampung jumlah murid tingkatan satu seramai 273
orang.itualah serba sedikit tentang program ini.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat pendaftaran tingkatan 1 2011 , majlis


dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha Penolong Kanan HEM SMK
Bandar Baru Sultan Suleiman Pn Hjh Saadiah binti Kamiso untuk
menyampaikan taklimat.

Dipersilakan
Lengkuas dan halia tumbuh bersama,
Hidup subur di pinggir hutan,
taklimat pendaftaran penuh bermakna,
Ungkapan bernas menjadi ingatan
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Yang berbahagia Penolong Kanan HEM

Biji selasih, kami rendamkan,


Untuk mengurang, dahaga juragan,
Terima kasih, kami ucapkan,
Apa yang kurang, dicaci jangan.

Pakaian basah, menangkap ikan,


Hendak dijemur, waktunya pagi,
Selamat berpisah, kami ucapkan,
Panjang umur, berjumpa lagi.

Dengan ini berakhirlah sudah `Program pendaftaran tingkatan 1


bagi 2011. Terima kasih dan sekalung tahniah diucapkan kepada
semua pihak yang telah menyempurnakan majlis ini dengan
jayanya.

Sekali lagi terima kasih atas segala perhatian dan mohon maaf
atas segala kekurangan.

Anda mungkin juga menyukai