Anda di halaman 1dari 26

TUGASAN 1

Bahasa Melayu merupakan nadi kepada bangsa Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan
dengan adanya banyak mutiara kata yang berkaitan dengan bahasa iaitu Maju Bahasa Majulah
Bangsa, Bahasa Jiwa Bangsa dan sebagainya. Kebenaran dan kebijaksanaan kata-kata ini
memang tidak dapat dinafikan sama sekali kerana bahasa Melayu merupakan lambang
keunggulan kita. Bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia dan
terletak di bawah rumpun Austronesia.

Penyebaran bahasa ini di Kepulauan Melayu dan

Lautan Pasifik menyebabkan Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk bahasa
daerah masing-masing. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa
kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau
Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Srivijaya. Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar
abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangannya sebagai
bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi,
bahasa

undang-undang,

bahasa

ilmu

dan

falsafah,

bahasa

perdagangan,

bahasa

ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi. Dunia kini telah mengalami perubahan dari semua
aspek mengikut peredaran zaman. Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam mengalami
proses evolusinya. Proses evolusi tersebut dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu
Zaman Bahasa Melayu Purba, Zaman Bahasa Melayu Kuno, Zaman Bahasa Melayu Klasik
dan Zaman Bahasa Melayu Moden. Ciri-ciri dan sifat bahasa Melayu pada setiap tahap
perkembangan adalah berbeza mengikut aspek-aspek bahasa yang utama iaitu jenis aksara,
sistem ejaan, morfologi (kajian tentang pembentukan kata), kosa kata, sintaksis (kajian tentang
pembentukan ayat) dan semantik (kajian tentang makna).
BAHASA MELAYU PURBA
Sebelum ditemui bukti sejarah yang berbentuk tulisan pada batu bersurat tentulah
bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada
pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya
dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu
bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan
bahasa Melayu. Bahasa yang tidak mempunyai sebarang bukti sejarah tersebut iaitu yang
digunakan sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara diberi nama Bahasa Melayu
Purba.Bahasa ini telah digunakan oleh masyarakat prasejarah untuk berkomunikasi secara

lisan. Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa Bahasa Melayu Purba hanya digunakan untuk
tujuan komunikasi sahaja kerana tidak terdapat sebarang bukti penulisan yang ditemui.
BAHASA MELAYU KUNO
Peralihan Bahasa Melayu Purba kepada Bahasa Melayu Kuno berlaku selepas
kedatangan pedagang India ke alam Melayu yang membawa pengaruh agama Hindu dan
Buddha. Bahasa Melayu Kuno dikatakan mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga
abad ke-13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya. Bahasa Melayu Kuno menjadi bahasa
pentadbiran dan lingua franca, iaitu bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan atau
bahasa perhubungan antara orang yang berlainan bahasa. Penutur bahasa Melayu Kuno pada
zaman tersebut meragkumi kawasan Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan
Sumatera. Bahasa Melayu Kuno mudah diterima oleh orang ramai pada masa itu kerana
bahasa ini bersifat sederhana dan fleksibel, iaitu mudah menerima pengaruh luar. Selain itu,
bahasa ini tidak mementingkan perbezaan status dan taraf penggunanya, iaitu tidak terikat
pada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, sistem dan struktur kata bahasa ini
lebih mudah berbanding bahasa seumpamanya seperti bahasa Jawa. Bahasa Melayu Kuno
banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit ini kemudian dikenalpasti
menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa
Melayu. Bahasa Melayu Kuno sangat mudah dipengaruhi Sanskrit kerana pengaruh agama
Hindu yang mempunyai kepercayaan bahawa bahasa Sanskrit terletak dalam kelas
bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
Antara bukti kewujudan bahasa Melayu Kuno ialah penemuan prasasti-prasasti di
kepulauan melayu.. Tulisan yang digunakan dalam prasasti-prasasti tersebut adalah aksara
Palava, iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India.

Antara prasasti-prasasti yang

dijumpai oleh para sejarawan adalah Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang) [lampiran:
gambar 1], bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M; Batu Bersurat Talang Tuwo
(Palembang) [lampiran: gambar 2] , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M; Batu
Bersurat Kota Kapur (Bangka) [lampiran: gambar 3] , bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan
dengan 686 M serta Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi) [lampiran: gambar 4], bertarikh 614
Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.

Analisis Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) dari segi aspek bahasa.
- Pernyataan yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan Raja Sriwijaya yang
menganuti fahaman Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa Sanskrit
sudah demikian meluas.

I.
Jenis

Svasti cri
cakavarsatita 605 ekadaci
shuklapaksa wulan waicakha daputa
hyang nayik nisamvau mangalap
siddhayatra di saptami cuklapaksa wulan
jyestha dapunta hyang marlapas
dari minana Tamvar (Kamvar) mamava
yang vala dua laksa dangan ko dua
ratus
cara nisamvau dangan jalan sariu tlu
ratus sapulu dua vanakna
datang di matada (nau) sukhatshitta di
pancami cuklapaksa
asada
Penterjemahan
dari tulisanvulan
Pallava
ke rumi
laghu mudita datang marvuat vanua ...
Sriwivijaya jaya siddhayatra subhiksa ...

Selamat bahagia
pada tahun saka 605 hari kesebelas
dari bulan terang bulan waisaka daputa
baginda naik disampan mencari
rezeki
pada hari ketujuh bulan terang
bulan jyesta dapunta baginda berlepas
dari muara Kampar
membawa askar dua laksa
dua ratus orang di sampan
yang berjalan seribu tiga ratus dua belas
banyaknya
datang
di matada
dengan
sukaMelayu
cita
Dialih
bahasakan
dalam
bahasa
pada hari kelima bulan terang bulan asada
dengan lega datang
membuat negeri ... Seriwijaya
yang berjaya, yang bahagia, yang makmur

Aksara
- Terdapat penambahan konsonan yang diaspirasikan dalam bahasa Melayu kuno
disebabkan pengaruh daripada bahasa Sanskrit, iaitu /th/, /dh/, /kh/, /sh/ dan /gh/.
Contohnya: jyestha, siddhayatra, sukhatshitta, shuklapaksa, laghu
II.

Sistem Ejaan
- Bahasa Melayu Kuno mempunyai empat vokal iaitu vokal depan sempit /i/, vokal belakang
sempit /u/ , vokal depan separuh sempit /e/ dan vokal depan luas /a/. Tidak terdapat vokal
tengah corak pendek iaitu e-pepet //. Vokal ini digugurkan atau digantikan dengan vokal
/a/. Contohnya, dangan-dengan, sapulu-sepuluh, saribu-seribu.
- Terdapat keselarasan vokal yang terdapat pada perkataan-perkataan bahasa Melayu di
batu bersurat Kedukan Bukit seperti a a (laksa, wanakna), a u (sapulu,marvuat) , a i
(nayik, sariwu), dan u a (wulan, dua).

III.

Morfologi

- Dalam bahasa Melayu kuno terdapat kata-kata pasif dan aktif. Kata aktif ditandai oleh
awalan mar-(BM moden:ber-), dan ma- (BM moden:mem-),

sedangkan kata-kata pasif

ditandai dengan awalan ni-(BM moden: di-). Contohnya, mamava-membawa, marvuatmembuat, nisamvau-disampan.
IV.

Kosa Kata
- Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu Kuno bercampur aduk dengan
perkataan Sanskrit. Contohnya: shuklapaksa, waishakha, saptami, pancami
- Kesejajaran bunyi-bunyi yang terdapat dalam kata-kata bahasa Melayu kuno dengan
bahasa Melayu sekarang, iaitu /w/ ( bunyi separuh vokal bibir) atau geseran bibir
bersuara /v/ dengan /b/ (bunyi plosif/letupan dua bibir ) contohnya, wuat - buat, wanakna banyaknya dan sariwu seribu, wulan- bulan.
- Sesetengah kata dalam bahasa Melayu Kuno telah mengalami perubahan makna.
Contohnya: sapuluh dua - dua belas dan tlu - tiga.

V.

Sintaksis
Aspek tatabahasa dan struktur ayat tidak dapat dikaji dengan jelas dalam bahasa Melayu
Kuno kerana batu bersurat itu merupakan catatan pendek dan ringkas serta bukannya ayatayat yang penuh. Hal ini disebabkan ada di antara batu-batu bersurat itu yang telah
terpecah bahagian-bahagiannya. Bahagian yang tidak boleh dibaca telah ditandai

Tuntasnya, melalui analisis di atas dapat menyimpulakan ciri-ciri bahasa Melayu Kuno

dengan jelas dan menyeluruh. Bahasa Melayu Kuno penuh dengan kata-kata pinjaman
Sanskrit. Hal ini menjadi asas kepada terdapatnya kata-kata pinjaman Sanskrit dalam bahasa
Melayu Moden. Bunyi b ialah w dalam Bahasa Melayu Kuno. Seterusnya, e-pepet belum wujud
dalam bahasa Melayu. Terdapat juga imbuhan-imbuhan yang wujud dalam bahasa Melayu
Kuno iaitu awalan ber- ialah mar- dan awalan di- ialah ni-. Disamping itu, ada bunyi konsonan
yang diaspirasikan seperti /bh/, /sh/, /dh/, /kh/, dan /th/ akibat daripada pengaruh bahasa
Sanskrit. Akhirnya, huruf h hilang dalam bahasa moden.

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Kuno telah mengalami perkembangan kepada Bahasa Melayu Klasik
apabila mula wujudnya pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada
abad ke-13. Sejak itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,
struktur ayat dan bentuk tulisan. Bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik dapat dilihat menerusi,
penggunaan bahasa ini dalam beberapa sumber, iaitu batu bersurat, karya sastera dan agama,
dan surat rasmi raja Melayu.
Terdapat tiga buah prasasti yang terdapat dalam zaman bahasa Melayu Klasik. Antaranya
adalah Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356M) [Lampiran: gambar 5] yang
ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu Kuno serta beberapa baris sajak
Sanskrit; Batu Bersurat di Minye Tujuh, Aceh bertarikh (1380M) [Lampiran: gambar 6] yang
masih menggunakan abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab
seperti kalimat Nabi, Allah dan rahmat; Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu (13031387M) [Lampiran:gambar 7] yang ditulis dalam tulisan jawi yang membuktikan bahawa tulisan
Arab telah mula digunakan dalam bahasa Melayu pada zaman itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini
merupakan catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-13 muncul
kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Batu Bersurat Minye Tujuh, Aceh (1380M)
Terdapat kosa kata yang berunsurkan Islam dalam prasasti ini iaitu keseluruhannya
tentang agama Islam

hijrat nabi mungstapa yang prasida


tujoh ratus asta puluh sawarsa
haji catur dan dasa wara sukra
raja iman warda (?) rahmat Allah
gutra barubasa mpu hak kadah pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi Tuhan samuha
taruh dalam swarga Tuhan tatuha
DialihIndia
bahasakan
Penterjemahan dari tulisan
ke rumidalam bahasa Melayu

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,


tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas
Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.

Surat raja-raja Melayu yang menjadi sumber bukti wujudnya bahasa Melayu Klasik,
bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah atas urusan rasmi kerajaan. Antara
surat-surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja Portugal (1521
Masihi dan 1522 Masihi) [Lampiran: Gambar 14 &15]; surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada
nakhoda Inggeris (1602 Masihi) [Lampiran: Gambar 16];; surat Sultan Alauddin Shah kepada

Kapten Harry Middleton (1602 Masihi) [Lampiran: Gambar 17] dan surat daripada Sultan
Perkasa Alam Johan Berdaulat Aceh kepada King James I, England (1615 Masihi) [Lampiran:
Gambar 18]. Surat-surat ini membuktikan terdapatnya peralihan dalam Bahasa Melayu yang
lebih besandarkan kepada agama Islam.
Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah pemerintah agama Hindu
sebelum itu memeluk agama Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada para pedagang Arab
dan Parsi. Keadaan ini mendorong kepada berlakunya penyerapan unsur Arab dan Parsi dalam
bahasa Melayu. Terdapat tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik. Antaranya ialah
zaman kerajaan Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Johor Riau. Pada zaman tersebut,
lahirlah beberapa orang tokoh penulis yang penting, iaitu Hamzah al-Fansuri, Shamsuddin alSumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Hasil karya sastera yang
terkenal pula termasuklah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat
Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah Bustannus Salatin, Hikayat Sulalatus Salatin, Sejarah
Melayu dan sebagainya (Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain, (2006).

Analisis

terhadap aspek bahasa yang terdapat pada zaman bahasa Melayu Klasik dapat dibuat dengan
merujuk tulisan dalam hikayat-hikayat di atas.
Analisis Aspek Bahasa dalam Hikayat Abdullah Munsyi
I.
Sistem Ejaan
- Sistem ejaan yang digunakan dalam Hikayat Abdullah mempunyai pengaruh tulisan Jawi
dalam bahasa Melayu Klasik. Namun begitu beliau tidak menggunakan tanda-tanda
baris dalam tulisannya. Penggunaan perkataan maka dapat dilihat di halaman 20.
II.

[Lampiran: Gambar 19]


Morfologi
- Proses penggandaan dapat dilihat dalam hikayat ini. Contohnya, sedikit-sedikit,
chonteng-chonteng dan bermain-main dalam halaman 14. . [Lampiran: Gambar 20]
- Kita juga dapat mengenai Bahasa Melayu Klasik apabila banyak penggunaan partikal
seperti lah digunakan di bahagian hujung kata kerja atau pun di bahagian tengah ayat.
Contohnya, naiklah dan berbuatlah di halaman 22. [Lampiran: Gambar 21]
- Pengimbuhan juga dapat dilihat dalam hikayat ini. Penggunaan imbuhan men- dan didapat dilihat dengan jelas. Contohnya, menyembah dan disuruhnya di halaman 20.
[Lampiran: Gambar 22]

III.

Kosa Kata

Penggunaan Bahasa Istana juga menjadi salah satu ciri Bahasa Melayu Klasik. Contoh
perkataan-perkataan ganti nama seperti 'hamba', 'patik', 'tuanku' dan sebagainya telah
digunakan.

Perkataan kata kerja seperti 'titah' dan 'sembah' turut diselitkan dalam

penerbitan karya sastera. Tidak ketinggalan juga penggunaan nama-nama jawatan


seperti 'bendahara', 'laksamana' dan 'hulubalang' yang turut dimasukkan. [Lampiran:
-

Gambar 23]
Banyak menggunakan perdu perkataan iaitu kata pangkal ayat seperti hatta, alkisah,
hatta, maka, sebermula. Penggunaannya dapat dilihat di halaman 14. [Lampiran:

Gambar 24]
Penulisan karya dalam era penggunaan Bahasa Melayu Klasik turut memperlihatkan
penggunaan kosa kata klasik. Perkataan seperti 'ratna mutu manikam', 'edan kesmaran',
'sahaya', 'masyghul, dan sebgainya yang dimuatkan dalam karya tersebut yang menjadi
salah satu ciri yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik. Contohnya dapat dilihat di

IV.
-

halaman 75 Hikayat Abdullah. [Lampiran: Gambar 25]


Sintaksis
Bahasa Melayu klasik menggunakan ayat yang panjang, berulang-ulang dan berbelitbelit. Ayat yang panjang dan berbelit-belit itu mungkin menyebabkan pembaca sukar
atau keliru dalam memahami makna yang ingin disampaikan.[Lampiran: Gambar 26].
Penggunaan ayat yang panjang serta meleret-leret ini juga memaksa pembaca untuk
mengulangi bacaan mereka dalam memahami maksud yang ingin disampaikan.

Perkataan 'nya' juga jelas diulang-ulang pada hujung kata 'isteri, pekerjaan dan 'hormat'.
Penggunaan ayat pasif atau ayat songsang dengan pendepanan predikat dan diikuti
dengan subjek dibelakangnya banyak digunakan dalam penulisan hikayat Abdullah.
Contohnya di halaman 164. [Lampiran: Gambar 27]
Melalui analisis di atas dapat disimpulkan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai

ciri-ciri yang khusus dan tersendiri. Antara ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah ayat panjang dan
berulang-ulang; bentuk ayat pasif dan songsang lazim digunakan; menggunakan gaya bahasa
istana; menggunakan kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam dan masyghul (sedih);
banyak menggunakan kata pangkal ayat seperti sebermula, alkkisah, hatta, banyak
menggunakan partikel pun dan lah; menggunakan aksara Jawi, iaitu aksara yang dipinjam
daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan; menerima
pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti bidang ilmu
keagamaan, undang-undang, kesusasteraan dan lain-lain. Malahan Bahasa Melayu Klasik juga
mempunyai struktur ayat yang luar biasa dan ragam yang berbeza dengan bahasa Melayu

Moden serta unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu seperti dalam
bidang ilmu Kalam, Tasawuf dan lain-lain.
Kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris pada abad ke-19
telah menjejakkan bahasa Melayu ke alaf baru iaitu zaman bahasa Melayu Moden. Sebelum
penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa
perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Buktinya ialah dalam Akta Bahasa
Kebangsaan 1963 atau 1967 yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan Negara. Tambahan pula, negeri-negeri dan kesultanan
melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negeri terutamanya
yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Media massa juga giat
menggunakan bahasa Melayu dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu
bahasa rasmi negara Malaysia yang Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu
telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia. Lantaran itu, pelbagai usaha telah
dijalankan bagi memajukan bahasa serta meningkatkan kemampuannya dalam menghadapi
zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah
perancangan korpus bahasa Melayu yang telah diterajui oleh Pakatan BelajarMengajar
Pengetahuan Bahasa yang telah memulakan perancangan dengan menyusun panduan ejaan,
kamus, tatabahasa, tanda-tanda bacaan, surat kiriman dan peristilahan.
Sejurus selepas itu munculah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga
yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usahausaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan, peristilahan, tatabahasa, perkamusan,
sebutan, laras bahasa dan lainlain yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Dewan Bahasa
telah diberi tanggungjawab yang penuh untuk mengawal penggunaan Bahasa Melayu dengan
betul. DBP mengembleng untuk terus mengkaji dan seterusnya membuat penambahbaikan
terhadap bahasa Melayu. Tatabahasa bahasa Melayu telah dimantapkan oleh DBP dengan
menerbit buku Tatabahasa Dewan yang menjadi pedoman setiap rakyat. Setiap aspek
tatabahasa diterangkan secara sangat terperinci di dalamnya.

Perkembangan yang berlaku kepada bahasa Melayu dari zaman Bahasa Melayu Purba
sehingga ke bahasa Melayu Moden telah memberi satu tempat dan fungsi yang khusus kepada
bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di semua bidang. Hal ini
kerana sifat bahasa Melayu yang sangat fleksibel dan menerima penyerapan daripada pelbagai
bahasa mengikut kesesuaian serta menambah peranannya sebagai bahasa ilmu, bahasa
akademik dan bahasa professional. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pendapat Hashim
Awang AR et. al. (1998: 249-250) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu juga
berkemampuan dalam pelbagai bidang ilmu seperti matematik, sains, kejuruteraan, agama,
peradaban dan lain-lain yang sebenarnya menunggak falsafah ilmu berikutan sifat bahasa
Melayu yang berjati diri dari sudut psikologi yang berpotensi dimartabatkan sebagai bahasa
ilmu tinggi. Terdapat pelbagai laras bahasa dalam bahasa Melayu iaitu dari segi bahasa,
matematik mahupun sains. Terdapat pelabagai perkataan yang dikatakan sebagai istilah khusus
untuk memudahkan penggunaanya dalam semua bidang seperti kata majmuk istilah khusus.
Dengan adanaya kosa kata dalam semua bidang ini adalah wajar bagi kita untuk mempelajari
semua ilmu di dunia ini dalam bahasa Melayu. Perkara ini dapat membuktikan bahawa bahasa
Melayu mempunyai nilai yang tinggi sejak dahulu lagi.

BIBLIOGRAFI
Ab. Ghani bin Abbas. (1960). "Bahasa Melayu Kuno dari bentuk dan bunyi". Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abullah Hassan. (2007). Linguistik Am. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (1991). Bahasa Melayu abad ke-16: Satu analisis berdasarkan teks Melayu
Aqaid al-Nasafi. Kualau Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1992). Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.
Darwis Harahap. (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
https://books.google.com.my/books?id=5JgkxzsW_p8C&pg=PA63&dq=hikayat+sulalatus+salati
n&hl=en&sa=X&redir_esc=y (Atas Talian: 04 September 2016)
http://www.slideshare.net/ZAZA132/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmuNik Safiah Karim dkk.
(Atas Talian: 04 September 2016)
https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/sejarahperkembangan-dan-asal-usul-bahasa-melayu/ (Atas Talian: 04 September 2016)
Jaafar bin Jambi. (2008). Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu Jurnal. Pengajian
Melayu, Jilid 19, M/S 68-90
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shellabear, W.G. (1986). Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

LAMPIRAN
ZAMAN BAHASA MELAYU KUNO

PRASASTI
Gambar 1

TALANGGambar 2
TUWO

PRASASTI

PRASASTI
KARANG
Gambar 4

KOTA

Gambar 3

ZAMAN BAHASA MELAYU KUNO


PRASASTI

Gambar 5

BATU BERSURAT
BATU
DIBERSURAT DI
Gambar
5
TUJUH
KUALA
BERANG

Gambar
7
MINYE

BATU BERSURAT DI
Gambar
6
PAGAR
RUYUNG

HIKAYAT

Gambar 8

Gambar 9

Gambar 10

Gambar 11

Gambar 12

Gambar 13

SURAT-SURAT RAJA-RAJA MELAYU

Gambar 14&15 : 2 pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja Portugal
(1521 Masihi dan 1522 Masihi)

Gambar 16: surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada nakhoda Inggeris
(1602 Masihi)

Gambar
18: Surat
daripada Sultan Perkasa Alam
Gambar 17: Surat Sultan
Alauddin
Shah
Berdaulat
kepada Kapten HarryJohan
Middleton
(1602 Aceh kepada King James I,

England (1615 Masihi).


Masihi)

ANALISIS TEKS HIKAYAT ABDULLAH

( Hikayat Abdullah, halaman


20)
Gambar 19

(Hikayat Abdullah, halaman 14)


Gambar 20

(Hikayat Abdullah, halaman 22)


Gambar 21

Gambar 22

(Hikayat Abdullah, halaman 20)

Gambar 23

(Hikayat Abdullah, halaman 12)


(Hikayat Abdullah, halaman 14)

(Hikayat Abdullah, halaman 75)


Gambar 24

Gambar 25

(Hikayat Abdullah, halaman 75)

(Hikayat Abdullah, halaman 164)

Gambar
2627
Gambar

BIL
1
2
3
4
5
6

PERKARA
BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN
BORANG PERAKUAN
BIODATA
PENGHARGAAN
HALAMAN JUDUL
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
i
ii
iii
iv
v
vi

TUGASAN 1

1-9

RUJUKAN

10

LAMPIRAN

SOALAN TUGASAN

11-18

GAMBAR TUGASAN 1

19-24

ISI
KAN
DUN
GAN

Anda mungkin juga menyukai