Anda di halaman 1dari 17

Posts filed under Sejarah

Nintendo Playstation
Pada suatu masa dahulu, Nintendo dan Sony telah bekerjasama untuk menghasilkan sejenis
mesin permainan hybrid SNES/CD-ROM. Mereka menamakannya sebagai Playstation.
Sesiapa yang sudah memiliki permainan video SNES pada masa itu, dikehendaki
mendapatkan barangan tambahan pemacu CD untuk dipasangkan pada bahagian bawah
SNES untuk membolehkan permainan SNES di dalam CD dimainkan. Untuk sesiapa yang
belum mengetahui tentang apa itu SNES, sila rujuk di sini.
Untuk memendekkan cerita, Nintendo berasa kurang senang dengan perjanjian yang
memberikan kelebihan kepada Sony dalam keuntungan penjualan CD permainan. Untuk itu,
Nintendo menamatkan perjanjian perkongsian teknologi. Sony berasa marah dengan tindakan
Nintendo itu dan meneruskan projek Playstation ini bersendirian. Dendam Sony terhadap
Nintendo terbalas apabila Sony berjaya menguasai pasaran permainan konsol selama dua
keturunan sehinggalah kemunculan Wii.

Prototaip Playstation
//
3 comments 21 April 2010

1994 Photoshop 3.0


Perkara utama tentang Photoshop 3.0 adalah mengenai penggunaan layer. Layer adalah
perkaran yang amat penting dalam kerja membuat reka bentuk grafik yang rumit.
Karyawan grafik dapat menyimpan hasil karya mereka dalam pelbagai bentuk yang diingini
berdasarkan hasil kombinasi layer-layer yang digunakan oleh karyawan grafik terbabit.
Layer-layer tersebut adalah terdiri daripada kepingan-kepingan imej yang berasingan.
Apabila ianya ditindankan pada layer yang lain, mengikut tahap opacity serta jenis mod
adunan (blending mode) yang digunakan, imej-imej yang menarik serta pelbagai dapat
dihasilkan oleh para karyawan dengan lebih mudah serta meningkatkan mutu hasilan karya
mereka.
Pereka aturcara yang asal, Thomas Knoll banyak memberikan sumbangan kepada
pembangunan Photoshop. Jurutera-jurutera yang lain turut memberikan penambah-baikan

pada setiap versi yang dikeluarkan dengan penggunaan chip pemprosesan mikro Power Mac
dan juga meningkatkan taraf Photoshop versi Windows untuk setanding dengan versi
Macnya. Pallette dalam bentuk tab telah diperkenalkan pada versi ini.

2 comments 8 Februari 2010

1991 Photoshop 2.0


Photoshop 2.0 memasukkan fungsi path, membolehkan pengguna membuat kerja
pemotongan pada objek dengan lebih mudah dan menyimpan laluan untuk kegunaan masa
depan. Fungsi ini dibuat khas oleh jurutera kedua, Mark Hamburg yang diambil oleh Adobe
untuk bekerja. Ketika bekerja dengan Adobe, Mark dipanggil dengan nama manja oleh rakanrakan sekerja sebagai Path Man.
Sehingga Photoshop 2.0, hanya Thomas Knoll yang membuat kerja-kerja kejuruteraan
perisian.
2.o turut menampilkan fungsi rasterized untuk fail Illustrator. Menyokong penggunaan
warna CMYK sehingga mendorong penggunaan Photoshop yang meluas pada industri
percetakan dan yang terakhir, 2.0 turut memperkenalkan fungsi pen tools.
Ia memerlukan memori sebanyak 4Mb berbanding 2Mb untuk berfungsi dengan stabil.
Pada tahun 1992, Photoshop 2.5 dilancarkan dan diingati kerana ia dibina untuk sistem
pengoperasian Windows. Kod-kod pemprograman telah ditukar secara menyeluruh untuk
membolehkan ia berfungsi dengan baik. Walaubagaimanapun, ia tidak begitu sempurna pada
peringkat awalnya.
Pada versi Windows ini, ia menyokong fail 16 bit serta ditambah dengan fungsi pallette.
Versi Windows ini pada awalnya mempunyai masalah pepijat pada memori, masalah pepijat
ini membuatkan Mark Hamburg bagi nombor telefon dia pada sesiapa yang mempunyai
masalah tersebut untuk dibantu. Versi yang siap dibaiki dinamakan sebagai Photoshop 2.5.1.
Filter telah mempunyai menu dia sendiri pada versi ini. Gambar rajah print screen di bawah

menunjukkan Photoshop 2.5 untuk versi Mac.

4 comments 6 Februari 2010

1990 Photoshop 1.0


John Knoll, adik Thomas Knoll telah menyatakan program yang dibina oleh mereka sebagai
program kesan khas. Terkejut dibuatnya staf-staf Adobe kerana menganggap ianya terlalu
gimik pada masa itu. Bagaimanapun, mereka berjaya menyakinkan untuk meletakkan kesan
khas itu sebagai plug-in untuk Photoshop.
John dan staf-staf Adobe paksa-paksa Thomas untuk membuat penambahbaikan pada produk
mereka sebelum ianya dipasarkan. Mentang-mentang Thomas ni nampak macam lurus bendul
je, boleh makan la tu agaknya.
Versi pertama Photoshop hanya memaparkan nama 4 nama penulis program pada splash
screennya. Untuk versi-versi yang seterusnya, semakin banyak senarai nama yang diletakkan.
Pada versi yang lebih terkini, senarai nama telah dihadkan untuk orang-orang yang penting
sahaja yang terlibat di dalam penulisan program Photoshop. Kalau nak bubuh jugak, gerenti
penuh satu screen dengan nama diorang je masa loading splash screen tu.

Notakaki: Untuk versi-versi awal, Photoshop dibuat untuk komputer Mac sahaja.
5 comments 4 Februari 2010

Photoshop
Photoshop memainkan peranan yang amat penting kepada pereka-pereka seni moden yang
banyak bergantung dengan teknologi digital. Pada 10 Februari nanti, genaplah 20 tahun usia
pembinaan Photoshop yang menyumbang kepada perkembangan seni digital dan grafik
berkomputer.
Photoshop : Asal-Usul
Satu perkara yang amat menarik tentang Photoshop adalah pembabitan sebuah keluarga yang
amat hebat yang ahli-ahlinya mempunyai kepakaran masing-masing. Seorang bapa yang
bekerja sebagai profesor kejuruteraan dan dua orang anak, seorang pelajar PHD kejuruteraan
dan seorang pakar kesan khas yang amat berbakat di Industrial Light and Magic (ILM).
Mereka adalah penyumbang idea utama kepada pembinaan Photoshop pada awalnya.
Thomas Knoll, pelajar PHD, masih terlibat secara aktif di dalam projek-projek Photoshop
untuk tahun-tahun yang seterusnya.
Glenn Knoll, adalah seorang profesor di sebuah kolej. Mempunyai dua anak dan mempunyai
dua hobi iaitu komputer dan fotografi. Beliau mempunyai bilik gelapnya sendiri di bawah
rumah. Tak payah susah-susah nak pergi kedai gambar nak cuci kodak. Sebuah Apple II Plus
juga di bawa ke rumah oleh beliau setelah mendapat kebenaran bertulis daripada majikan
beliau.
Seperti kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Thomas Knoll telah
mewarisi tabiat bapaknya dengan mengusung kamera kehulu-kehilir sampai nak pergi
sekolah pun beliau bawak untuk mengambil gambar. Manakala adiknya pula, John Knoll,
telah membeli komputer Mac yang 1st model punya setelah bersuah payah menabung di
dalam tabung ayam sejak dari darjah Tiga Anggur.
Dipendekkan cerita, pada tahun 1987, Thomas Knoll sedang menuntut ilmu kejuruteraan
pada peringkat PHD di University of Michigan. Adik dia pulak bekerja di Industrial Light
and Magic (ILM).

Thomas menulis subrutin untuk sebuah program untuk menterjemahkan imej monokrom di
monitornya ke imej grayscale.
Kejayaan beliau setelah menulis subrutin tersebut telah mendorong beliau untuk menulis
lebih banyak program yang berkaitan dan lama kelamaan beliau mempunyai sejumlah
program yang boleh digunakan untuk memproses efek fotografi pada imej digital.
John ada jugak ushar-ushar pada apa yang telah Thomas lakukan. John menyuruh Thomas
membuat sebuah program lengkap untuk mengedit imej.
Hasil kerjasama antara kedua adik-beradik yang berlatar belakang sorang mempunyai
kepakaran programming dan sorang lagi berbakat besar dalam bidang seni reka bentuk,
mereka meningkatkan mutu dengan membangunkan proses yang lebih lengkap.
Meskipun projek ini sedikit sebanyak mengganggu kerja tesis Thomas, akhirnya program
hasil ciptaan mereka berdua Image Pro telah berjaya disiapkan pada tahun 1988.
John mencadangkan supaya Image Pro dijual sebagai sebuah aplikasi komputer.
Dalam masa enam bulan, mereka menjalankan usahasama dengan sebuah syarikat pengimbas
(scanner la), Barneyscan. Syarikat tersebut membeli 200 buah salinan Image Pro untuk
diborongkan sekali dengan produk pengimbas mereka.
Mereka juga cuba menjual kepada syarikat Supermac dan Aldus. Kedua-dua syarikat terbabit
menolak mentah-mentah kerana tidak menganggap aplikasi tersebut boleh berjaya. Satu
tindakan yang amat dikesali oleh Aldus. Syarikat Aldus memang menyesal tak sudah selepas
Adobe membeli aplikasi kedua adik beradik tersebut sehingga berjaya membawa kepada
produk yang dikenali seantero dunia sebagai Adobe Photoshop.
Pada 10 Februari 1990, Adobe 1.0 telah dilancarkan.
Bersambung

Add comment 3 Februari 2010

Apple

Bukan cerita pasal buah epal yang kamu selalu makan tu. Ini tentang sebuah syarikat gergasi
computer, Apple. Sebuah jenama yang paling gempak di dalam perniagaan teknologi
maklumat tetapi memerlukan kerja keras untuk mencapai statusnya seperti sekarang
walaupun pernah di ambang kejatuhan sehinggalah kemunculan i.
Bukan disengajakan cara Apple menerima pandangan umum dari kerana logonya sendiri,
sebiji epal yang digigit. Pereka logo Apple, Regis McKenna telah membentukkan dasarnya.
Logo Apple yang pertama merujuk kepada maksud Pengetahuan. Sebuah logo yang
menggambarkan Newton sedang duduk di bawah sepohon epal yang diketahui ramai akan
epal tersebut akan jatuh mengenai kepalanya.

Wawasan pemahaman kendiri yang amat tinggi pada peringkat awal telah membawa syarikat
ini mengalami pasang surutnya. Bermula dengan kejayaan produk yang berinovatif dan

kemudiannya ditenggelami oleh projek-projek terlebih canggih yang tak laku dek kerana
harga yang mencekik darah dalam tempoh 20 tahun sehinggalah kemunculan iMac pada
tahun 1998. Sejak dari itu, riwayat syarikat Apple telah berubah menjadi sebuah mitos yang
lain iaitu sentuhan Raja Midas. Apa sahaja yang disentuholeh Apple menjadi emas.
Apple telah ditubuhkan oleh Steve Jobs, seorang yang berwawasan, dan Steve Wozniak,
seorang yang amat teliti. Wozniak membangunkan Apple II dengan system operasi DOS yang
memberikan asas kepada kejayaan seterusnya.

Jobs pula telah bersungguh-sungguh membina Macintosh (dinamakan sempena sebiji epal
yang sedap), dimana, telah menjadi computer desktop yang pertama untuk orang ramai
sehingga mendorong syarikat Apple hingga ke tahap terkini.
Di antara jurang masa kemunculan kedua-dua produk di atas, juga terdapat Apple III dan
Lisa. Komputer yang tidak diingini oleh sesiapa pun oleh kerana terlalu mahal mahupun
sukar untuk dipasarkan ketika itu.
Disebabkan masalah teknikal dan penurunan jualan Macintosh, Jobs telah pergi
meninggalkan syarikat. Tidak seperti Microsoft, Apple tidak dimiliki sepenuhnya oleh
pengasasnya. Pegangannya dimiliki oleh ramai pemegan-pemegang saham, juga pada kini. Ia
membuatkan Microsoft meningkatkan jumlah pegangan sekali ganda saham Apple menyamai
pegangan Steve Jobs.
Selepas pemergian Jobs, pasang surut Apple berterusan: Macintosh Portable, notebook
pertama, adalah setahun lebih kehadapan secara teknikal tetapi dijual dengan harga yang
terlalu mahal.
Newton, PDA pertama dengan mempunyai terlalu banyak ralat.

Perjalanan syarikat masih diteruskan dalam pada masa perkakasan PowerPC dibawah
dominasi Microsoft-Intel. Pada tahun 1995, Apple diambang bankrap dan hampir dijual,
tetapi Sun menarik diri disaat akhir pembelian.
Krisis tersebut membuatkan Steve Jobs kembali memikul tanggungjawab Apple. Dengan
NeXTStep, beliau menerajui pembangunan system operasi moden, dan kemudiannya menjadi
asas kepada Mac OS X yang baru.
Inovasi terbesar pertama yang dilakukan oleh Jobs adalah computer dengan monitor di dalam
bekas yang lutcahaya, iMac. Bagaimanapun, penggunaan i tersebut bukannya memberi
maksud inventions tetapi lebih kepada internet.
Disusuli kemudiaanya produk yang mengukuhkan lagi kedudukan Apple di dalam pasaran,
iPod, pemain media boleh-bawa (portable). Mengandungi inovasi-inovasi yang dinaik taraf
seperti iPod Classic, iPod Nano, iPod Shuffle dan iPod Touch.
Di Persidangan dan Expo Macworld pada tahun 2007, Encik Steve Jobs mengumumkan
produk yang paling dinanti-nantikan sebelum itu, iPhone. Gabungan diantara telefon pintar
berinternet dan iPod. Dikuasakan oleh Mac OS X dalam versi yang telah diturunkan untuk
kesesuaian peranti iPhone. Dalam persidangan yang sama juga, Encik Steve Jobs juga
memperkenalkan produk terbaru, Apple TV.
Untuk tahun-tahun yang mendatang, pengguna dan penggemar produk Apple menjangkakan
lebih banyak lagi produk-produk yang berinovatif akan dihasilkan. Walaubagaimanapun,
keadaan kesihatan Steve Jobs yang terkini amat dibimbangi oleh syarikat Apple sehingga
memberi kesan terhadap saham Apple di Nasdaq.

Garis masa produk Apple


Add comment 20 Januari 2010

Sejarah Kamera SLR (Single-lens Reflex)


Jika kita inginkan gambar yang berkualiti tinggi, kamera SLR (Single-lens Reflex)
sentiasa menjadi pilihan yang utama. Sukar untuk dipercayai bahawa, dalam
kecanggihan kamera digital SLR pada hari ini, perkembangan teknologi ini telah
wujud untuk sekian lama.
1676 Permulaan
Ahli matematik Jerman, Johann Sturm menerangkan tentang peralatan yang digunakan untuk
artis sebagai alat bantuan seni catan. Menggunakan prinsip lensa tunggal.
1825 Foto Bitumen
Foto pertama yang diambil dengan menggunakan kamera lubang jarum oleh seorang pereka
berbangsa Perancis, Nicphore Nipce. Beliau menggunakan Bitumen sebagai bahan fotosensitif yang digunakan di dalam argentum klorida pada hari ini.

1861 Thomas Sutton

Fotografer Thomas Sutton telah membuat sebuah kamera lensa tunggal dan pada tahun yang
sama, beliau telah mengambil foto berwarna yang pertama.

1929 Rolleiflex
Rolleiflex menggunakan negatif filem 120mm. Ia menjadi buruan pengumpul barangan antik.

1936 Kine Exakta


Pembuat dari Jerman, Ihagee telah membawa ke pasaran sebuah kamera SLR bersama
dengan Kine Exakta untuk gambar yang kecil. Ia membekalkan sebuah bayonet untuk
penukaran lensa seperti yang ada pada model terkini.

1948 Hasselblad
Hasselblad, sebuah firma Sweden mempersembahkan kamera lensa tunggal format
pertengahan 1600F dengan modular assembly. VSystem telah dibina menggunakan prinsip
yang sama seperti yang ditawarkan sekarang.

1949 Contax S
Syarikat Dresden, Zeiss Ikon memperkenalkan viewfinder jenis penta prism pada model
Contax S. Ia memberikan imej menegak sama seperti kamera SLR biasa pada masa kini.

1952 Asahiflex
Pembuat dari Jepun telah membina yang pertama seumpamanya sebuah Asahi Optical
(sekarang dikenali sebagai Pentax) iaitu sebuah kamera SLR.

1959 Nikon F
Sistem gambar kecil SLR Profesional telah mengukuhkan kedudukan berdekad-dekad
lamanya dari Nikon dibawah fotografer profesional.

1969 Gambar di Bulan


Gambar pertama di bulan telah diambil oleh Neil Armstrong dan Buzz Aldrin dengan kamera
Hasselblad yang telah diubahsuai.
1976 Canon AE-1
Perkembangan SLR telah mencapai ke kemuncaknya pada tahun 70an apabila jualan model
Canon AE-1 telah mencecah 5 juta unit.

1985 Minolta 7000


Kamera SLR dengan sistem auto-fokus berintegrasi telah dianggap sebagai asas kepada
prinsip Dynax. Pada tahun 2006, Sony telah mengambil alih perdagangan kamera dari
Minolta

1991 Kodak DCS-100


Pembuat filem Kodak telah menawarkan kamera SLR digital yang pertama. Ia dibina dari
asas Nikon F3, mempunyai 1.3 megapiksel dan bernilai USD30,000.
2003 Canon EOS 300D
Canon telah mencapai hit di pasaran dengan penjualan EOS 300D yang direka khas untuk
fotografer hobbyist. Pembuat yang lain mengikuti trend ini.

2009 Olympus E-3


Model terkini dari Olympus. Kamera SLR menyediakan Live-Preview pada paparan,
ultrasound untuk membuang partikel-partikel habuk dari sensor dan jugak penstabil imej.

Anda mungkin juga menyukai