Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN JURUACARA MAJLIS

KARNIVAL SAINS DAN MATEMATIK

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia.


Yang berusaha Puan pengetua, Puan Norliza Bt Mustapha
Barisan Kepimpinan Penolong Kanan
Penolong Kanan Pentadbiran, Lui Ah Kan
En Mohd Nazir bin Othman - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Choo Theam Hooi - Penolong Kanan Kokurikulum
Rakan- rakan guru,serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Untuk pengetahuan para guru dan murid-murid sekalian,
Karnival Sains dan Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan
Mak Mandin pada tahun ini bertemakan Magical in Science
and mathemathics will lead towards an advanced nation
Tujuan Karnival Sains dan Matematik diadakan adalah untuk
menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk mempelajari
ilmu sains dan matematik dengan lebih mendalam. Di samping
itu dapat membentuk keyakinan dalam diri murid bahawa
sains dan matematik bukanlah pelajaran yang sukar tetapi
adalah mata pelajaran yang mencabar, menarik dan
menyeronokkan.

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Puan Pengetua Puan Norliza Bt Mustapha untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan dan setreusnya merasmikan
minggu saisn dan matematuk. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Seterusnya tanpa melengahkan masa, sekali lagi dengan


segala hormatnya majlis menjemput Tuan Pengetua diiringi
oleh Penolong kanan pentadbiran En Lui Ahkan untuk
menyempurnakan upacara perasmian Karnival Sains dan
Matematik tahun 2016. Dengan segala hormatnya dipersilakan,

----perasmian -Ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Norliza dan En Lui Ah
kan di atas upacara perasmian Karnival Sains dan Matematik
bagi tahun 2016

Bagi meneruskan majlis pelancaran Karnival Sains dan


Matematik , majlis menjemput sekumpulan guru Sains Sekolah
Menengah Kebangsaan Mak Mandin untuk mempersembahkan
persembahan gimik sains yang bertajuk Fire Hands
experiments. Dengan segala hormatnya En Mohd SWAD, En
Mohd Zaini, en Abdul Aziz yang diketuai oleh En Poh Sim Kok
Dengan berakhirnya gimik itu tadi , maka tamatlah majlis
pelancaran Karnival Sains dan Matematik Sekolah Menengah
Kebangsaan Mak Mandin bagi tahun 2016.
Barisan pentadbir dan guru dijemput untuk membuat lawatan
ke pameran sains kami.
Para pelajar tingkatan 5 masa lawatan akn bermula pada pukul
8.50 pagi. Sila ikut jadual lawatan yang telah cikgu bekalkan
untuk setiap kelas

Anda mungkin juga menyukai