Anda di halaman 1dari 2

Jurnal 12 Minggu

MINGGU KETUJUH
16 -20 MAC 2008

1. Masalah
Setelah bercuti selama seminggu , saya kembali menjalani minggu-minggu
praktikum yang kian mencabar keupayaan saya sebagai guru dalam latihan . Pada
minggu ini masuk 7 minggu saya menjalani proses P&P di dalam kelas .Bagi Tahun
1 bagi tajuk Tilawah saya telah sampai Iqra 3 di bawah kemahiran berbaris di
bawah ( kasrah ). Saya menghadapi masalah dalam memberi kefahaman tentang
konsep huruf hijaiyyah berbaris di bawah . Saya telah menggunakan pendekatan
huruf vocal dalam Bahasa Melayu tetapi bagi pelajar KIA mereka juga menghadapi
masalah dalam huruf rumi. Saya juga telah menggunakan pendekatan power point
dengan menggunakan huruf tunggal dan bersambung. Pelajar Tahun 1 Cerdik
terutama pelajar KIA masih belum menguasai baris bawah. Apabila saya menyebut
sesuatu huruf itu dengan baris diatas , ada dikalangan mereka dapat menyebut
baris bawah tetapi apabila ditunjukkan huruf yang berbaris di bawah mereka tidak
dapat menyebutnya.
2. Analisis.
Berdasarkan masalah yang saya hadapi ini, saya merasakan saya tidak boleh
terlampau tertekan dengan masalah ini .Saya perlu sedar bahawa setiap pelajar
yang ada mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza.Sebelum ini saya tidak
pernah menghadapi masalah seperti ini. Apabila saya mengajar anak-anak saya
membaca Iqra , mereka akan dapat menyebut secara terus baris bawah apabila
saya memperkenalkan satu atau dua huruf yang berbaris di bawah. Keadaan ini
juga menyebabkan saya berasa sangat susah hati sekiranya pendekatan yang saya
lakukan tidak mencapai matlamat . Saya juga mesti mengatasi masalah yang ada ini
dengan merujuk guru-guru yang berpengalaman dalam mendidik pelajar-pelajar
terutamanya pelajar pemulihan.

Praktikum KPLI j-QAF 2008

Jurnal 12 Minggu

3. Cadangan untuk Memperbaiki


Saya telah berjumpa Ustazah pembimbing saya dan menceritakan masalah yang
saya hadapi .Beliau menjelaskan bahawa ia merupakan masalah biasa bagi pelajarpelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran yang diajar. Beliau juga
memberi beberapa cadangan seperti menggunakan pendekatan huruf vocal seperti
huruf dal yang berbaris di bawah di tulis sukukata di .Beliau juga menekankan
aktiviti latihtubi untuk membentu para pelajar menguasai kemahiran ini. Saya akan
terus berusaha untuk mengatasi masalah .
4.Tempoh Masa
Tempoh masa yang saya perlukan agak lama kerana pelajar yang mempunyai
masalah dalam menguasai kemahiran ini belum lagi mencapai Iqra 3 . Oleh itu
saya perlu memastikan mereka menjangkau Iqra 3 bagi menguasai kemahiran ini.
5.Penilaian Kejayaan
Penilaian kejayaan boleh ditentukan melalui Rekod Tasmik setiap bulan atau melalui
program Tasmik pada setiap minggu hari Rabu dan Khamis.
6. Tindakan Susulan.
Saya akan mengenal pasti

nama- nama pelajar yang masih belum menguasai

kemahiran ini dan akan memanggil mereka untuk dilatih tubi selain waktu-waktu
P&P di dalam kelas, insyaAllah.

Tandatangan Pelatih :
__________________________

Praktikum KPLI j-QAF 2008

Tandatangan Pensyarah Bimbingan:


__________________________________

Anda mungkin juga menyukai