Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2017

Program:
Nama Pelajar:
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Kod: PQE3033E Semester/Tahun : Sem. 2 Tahun 3
Ambilan : Januari 2014
Nama Kursus: Kumpulan : PISMP Pendidikan Islam
Tarannum Al Quran
Kerja Kursus Tarikh Mula Tarikh Hantar
Penulisan Akademik 1.2.2017 12.4.2017
Kerja Kursus Tarikh Mula Tarikh Tamat
Amali Tarannum 3.3.2017 12.4.2017

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

1. Menjelaskan takrif dan sejarah perkembangan tarannum Hijaz, Nahawand, Sikah dan
jiharkah. (C2, A2, PLO1)
2. Menghuraikan sifat dan peranan tarannum hijaz, nahawand, sikah dan jiharkah. (C2,
A2, PLO3, CTPS1)
3. Mengenalpasti jenis-jenis tarannum dan harakahnya dalam bacaan al-Quran. (C4, A2,
PLO2)
4. Mengaplikasi tarannum hijaz, nahawand, sikah dan jiharkah dalam ayat-ayat pilihan
(C4, PLO2)
5. Mempersembahkan bacaan al-Quran dengan tarannum hijaz, nahawand, sikah dan
jiharkah kepada khalayak dengan betul. (C6, A2, PLO2)

Kerja kursus ini menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 , 4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus:

1. Menjelaskan perbezaan pendapat tentang hukum dalam bertarannum al Quran beserta dalil
yang sahih ,
2. Mengenalpasti Objektif mempelajari tarannum al Quran serta sifat dan peranan tarannum
hijaz, nahawan ,sikah dan jiharkah
3. Mengenalpasti . ciri-ciri harakat 1,2,3 dan 4 serta bentuk harakah, qitah dan mahattah
tarannum hijaz, sikah, jiharkah.
4. Mengaplikasikan tarannum hijaz, sikah dan jiharkah dalam ayat al quran pilihan.
5. Mempersembahkan bacaan contoh tarannum Hijaz, sikah dan jiharkah secara terbuka dengan
betul.

Pelajar perlu melaksanakan kerja kursus berikut:

Kerja Kursus 1 : Penulisan Akademik (30 %)


Tarannum al-Quran merupakan salah satu daripada cabang ilmu al-Quran dan disepakati telah wujud
semenjak turunnya al-Quran. Terdapat perbezaan pendapat tentang hukum melagukan al-Quran.
Sebagai bakal guru pendidikan Islam,
1. Anda diminta membuat satu kajian lengkap berkenaan perbezaan pendapat dalam hukum
bertarannum al-Quran dan senaraikan dalil-dalil naqli dalam penerangan anda.
2. Bincangkan objektif-objektif yang didapati daripada mempelajari ilmu tarannum serta
menerangkan sifat-sifat dan peranan tarannum hijaz,nahawan, sikah dan jiharkah.
3. Anda juga diminta mencadangkan kaedah-kaedah yang berkesan dalam memastikan
kesinambungan ilmu ini untuk generasi akan datang terutama sekali dalam membantu
menangani pelbagai masalah yang timbul dalam mempelajari ilmu Tarannum Al Quran.

Kerja Kursus 2: Amali Tarannum (30%).

Anda dikehendaki memperdengarkan bacaan ayat Al Quran yang dipilih secara bertarannum dalam
tugasan ini merangkumi perkara berikut :
1) Tarannum yang diperlukan adalah tarannum hijaz, Nahawan, sikah dan jiharkah .
2) Bacaan mestilah merangkumi harakah 1,2,3 dan 4 beserta qitaah dan mahatahnya.
3) Surah untuk bacaan ini adalah surah Al Baqarah dan al Araf .
4) Setiap bacaan mestilah secara jahar, tartil dan bertajwid.
5) Masa bacaan hanyalah 10 minit sahaja.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Penulisan akademik berdasarkan kajian terhadap perbezaan pendapat tentang hukum


bertarannum, objektif yang diperolehi daripada mempelajari tarannum al quran dan kaedah
yang diperlukan untuk mengekalkan ilmu tarannum ini supaya tidak pupus, penulisan tidak
kurang daripada 1,000 patah perkataaan. Gunakan Font Arial, Saiz 11 dan spacing 1.5 kecuali
grafik.

2. Sumber rujukan yang pelbagai (Jurnal, buku dan sumber internet)

3. Prosedur rujukan dan format penulisan menggunakan Gaya APA (American Psychological
Association)

4. Penulisan akademik menunjukkan keaslian, kematangan dan kualiti akademik.

5. Plagiat adalah dilarang sama sekali walau dalam apa jua bentuk.

6. Hasil tugasan perlu dijilidkan dan bahagian kulit hadapan hendaklah dilengkapkan dengan
maklumat yang berikut:

Nama Pelajar :
No. Kad Pengenalan :
Kumpulan/Unit : Pendidikan seni Visual atau Bahasa Melayu
Tajuk Tugasan : Penulisan Akademik & hasil pembentangan
Nama Pensyarah Akademik : Mohd Zulkifli bin Saari
Nama Penyelaras Kursus : Mohd Zulkifli bin Saari
Tarikh Hantar : 12 April 2017

Disediakan oleh Disemak oleh

___________________________ ______________________
(MOHD ZULKIFLI BIN SAARI ) (ABDULLAH BIN HJ. ATU )
Penyelaras Kursus Subject Matter Expert

Disahkan oleh

__________________________
(TENGKU ZAHIRI BIN TENGKU ABDUL WAHAB)
Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Anda mungkin juga menyukai