Anda di halaman 1dari 5

PENYATAAN PROFESIONAL

Apakah yang akan dilaksanakan semasa praktikum?

Selepas taklimat praktikum daripada pensyarah Unit Praktikum saya memahami


sepenuhnya bahawa Praktikum atau Program Latihan Mengajar ialah satu komponen
penting dalam kurikulum latihan perguruan di IPGM. Saya terhangat mengharapkan
agar saya dapat menghabiskan tempoh praktikum ini seperti yang dirancang dan
dengan berjayanya.

Saya berharapkan bahawa saya akan berpeluang mendalami ilmu keguruan


secara praktikal di dalam bilik darjah secara sebenar. Saya juga harus mempraktikan
ilmu, kemahiran mengajar dan nilai- nilai keguruan yang diperolehi secara teori semasa
di institut Perguruan. Justeru itu, saya berharap agar dapat memahami, menyedari dan
menghayati konsep, matlamat dan objektif program praktikum ini.

Seterusnya, saya berharapkan agar dapat mewujudkan jalinan hubungan


kerjasama dengan warga sekolah tersebut dan juga dapat memupuk rasa
tanggungjawab bersama, rasa kepunyaan serta mengukuhkan konsep pemuafakatan
bagi membantu perkembangan profesionalisme keguruan. Saya juga perlu dapat
mempraktikan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan
teori yang tersendiri.

Tambahanya, harapan saya ialah dapat membina, menguasai dan mengukuhkan


ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan. Saya
mengharapkan jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman daripada guru
pembimbing saya serta kepakarannya dalam mengajar Matematik dan Reka Bentuk
Dan Teknologi yang akan menjadi teladan kepada saya.

Harapan saya yang seterusnya ialah saya dapat menguasai dan mengamalkan
segala konsep, prinsip, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang guru yang
profesional sepanjang tempoh praktikum ini dan juga mempunyai daya ketahanan diri
yang secukupnya dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

Saya juga berharap agar dapat membina daya saing saya serta meningkatkan
kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid serta berharap dapat
menyesuaikan diri dengan budaya sekolah tersebut. Seterusnya, saya juga berharap
untuk menyepadukan teori dengan amalan pengajaran dan pembelajaran serta
menguasai strategi pengajaran.

Secara keseluruhannya, saya berharap praktikum ini menjadi titik tolak kepada
saya ke arah menjadikan diri saya sebagai seorang guru pelatih yang menunjukkan
penampilan diri yang baik dan cemerlang dari segi sahsiah, pertuturan dan tindakan
serta guru yang berwawasan. Perkara ini sangat penting bagi saya untuk
merealisasikan harapan saya iaitu menjayakan praktikum saya dengan cemerlangnya.
PENYATAAN PROFESIONAL

Apakah yang telah dilalui dan dilaksanakan sepanjang


praktikum?

Setelah dua minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara perlu
saya memperbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengjaran harian.
Tempoh praktikum yang berbaki enam minggu sahaja lagi terasa semakin dekat namun
masih banyak tugasan yang saya belum dilaksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan,
pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya baiki. Sepanjang tempoh
praktikum juga, hubungan saya denga masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan,
saya semakin rapat dengan murid- murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan
masa agar dapat menyelesaikan semua tugasan dengan konsisten.

Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan
teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid- murid saya. Aktiviti- aktiviti
yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri
murid- murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar bahawa murid-
murid yang memerlukan keperluan khas agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru,
dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba
sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk memcuba sesuatu yang baik.
Selain itu, perkara penting yang perlu memberi tumpuan adalah untuk
menguasai perancangan dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya
sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan ilmu
pengetahuan yang baru dipelajari bagi subjek saya. Prinsip yang saya cuba tanamkan
bagi anak- anak didik saya, saya akan pastikan mereka pulang dengan mengingati
huruf yang mereka dengar dari mulut saya semasa pengajaran dan pembelajaran
walaupun satu huruf sekalipun.

Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu
membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan
pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dengan guru
yang konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak suka
membuat kerja last minute dapat dikikis. Tambahan lagi, mengajar murid- murid yang
lemah dan memerlukan perhatian dapat melatih saya agar cuba berfikiran kreatif.
Walaupun saya sedar, saya agak sukar dan tidak mampu melahirkan idea yang
sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya.

Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut agar saya lebi peka
dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk
mencari strategi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya selalu
mencari bahan bantu mengajar yang kelakar serta logik dan berkaitan dengan isi
pelajaran.
PENYATAAN PROFESIONAL

Apakah yang telah dicapai sepanjang praktikum?

Saya dapati setiap sekolah mempunyai satu persekitaran pembelajaran yang


berbeza. Ternyata suasana persekolahan ini menujukkan bahawa keperluan murid
adalah berbeza mengikut persekitaran mereka. Saya dapati anak murid saya
kebanyakannya daripada keluarga yang miskin dan ada juga anak murid saya yang
tinggal di rumah kebajikan. Oleh itu, mereka tidak dapat menggunakan kemajuan
teknologi dalam aspek pendidikan. Saya amat terkagum apabila mereka menyatakan
kegembiraan mereka setiap kali saya menggunakan LCD dalam pengajaran saya di
dalam bilik darjah. Tambahan pula, mereka amat terharu dengan permainan matematik
yang saya lakukan dalam pengajaran saya.

Setiap perkara mahupun aspek baru yang berkaitan dengan rintisan


perkomputeraan yang saya amalkan menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba
dalam kalangan anak murid saya. Jadi, ia menunjukkan satu gambaran dimana
generasi pada masa kini tidak lagi didedakan dengan perkara- perkara yang berkaitan
dengan alaf baru teknologi.

Namun begitu, saya menyedari bahawa sesi praktikum saya telah banyak
membantu saya mendalami aspek penggunaan dan penyesuaian teori model ASSURE
terutamanya dalam pengendalian alat bantu mengajar yang saya gunakan.
Sememangnya, teori- teori yang saya pelajari dalam subjek Murid Dan Alam Belajar
dan juga persekitaran bilik darjah amat membantu serta memberangsangkan kejayaan
saya dalam menjalankan proses pengajaran tanpa sebarang halangan.

Anda mungkin juga menyukai