Anda di halaman 1dari 5

Bilangan Jurnal : 7

Minggu Praktikum : 7
Tarikh Peristiwa / Kejadian 04.09.2016 -08.09.2016
Tajuk Jurnal : Masalah Dalam Kemahiran Membaca.

Masalah / Peristiwa

MASALAH
Saya mengajar di kelas tahun 2. Bilangan murid di kelas adalah 22 orang murid.
Murid -murid dalam kelas ini tidak dapat membaca dengan lancar. Hubungan murid-
murid kelas ini dengan guru-guru bolehlah dikatakan rapat tetapi segelinter murid kelas
ini tidak dapat membaca dengan baik. Bilangan murid-murid yang boleh membaca di
dalam kelas ini adalah 7 orang murid yang boleh membac dengan lancer.
Namun, isu ini amat menyedihkan di mana kemahiran membaca menunjukkan
kelemahan yang amat ketara di kalangan murid-murid kelas ini. Apabila diminta
membaca perkataan atau teks yang diberi, respon dari murid-murid memang
menyakitkan kerana mereka hanya berdiri dengan diam. Sebilangan murid-murid pula,
mengeja sesuatu perkataan tetapi tidak dapat menyebut perkataan tersebut. Malah ada
murid-murid yang mengeja dengan salah iaitu menggunakan huruf yang salah.
Setelah beberapa hari saya menjalankan pengajaran Bahasa Tamil di kelas ini
saya dapati beberapa murid bercakap semasa pengajaran. Khususnya semasa saya
menjalankan aktiviti membaca secara kumpulan dan individu. Pelajar tidak memberi
perhatian dan tiada perasaan mencuba untuk membaca. Di samping itu, murid-murid
ada bercakap semasa pengajaran khususnya semasa menjalankan aktiviti yang
berkaitan dengan pembelajaran. Oleh kerana itu, saya terpaksa berhenti mengajar
untuk menegur mereka supaya tidak bercakap semasa pengajaran. Ini secara tidak
langsung mengganggu pengajaran guru itu.
Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-
murid dapat membaca walaupun satu perkataan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Apabila murid-murid bercakap semasa pembelajaran hendaklah
dielakkan supaya dapat memberi pembelajaran yang berguna kepada murid-murid.
ANALISIS MASALAH
Kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid-murid membaca
dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Kenapalah murid-murid
kelas ini tidak dapat membaca? Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah
membaca daripada murid-murid kelas ini. Sebahagian besar murid-murid kelas ini tidak
dapat membaca dengan lancar.
Selain itu, sifat-sifat murid itu sendiri menyebabkan masalah ini. Pada asasnya
murid-murid ini lembab (slow learners). Ini menyebabkan mereka lambat menerima
pelajaran dan ini secara tidak langsung tidak dapat mengenal huruf. Selain itu, murid-
murid ini juga cepat lupa dan tiada inisiatif untuk membaca. Kemiskinan pelajar
merupakan salah satu puncanya murid-murid tiada minat membaca. Kerana Murid-
murid tidak dapat sokongan dan galakkan yang sepenuh dari ibu bapa.

Guru juga boleh menyebabkan murid-murid tidak dapat membaca kerana asas
membaca yang kukuh tidak terbina sejak murid-murid di tahun satu. Ini menunjukan
kemungkinan pelajar tercicir apabila mereka bersama dengan muri-murid yang
dikatakan pandai. Penganalisisan ciri-ciri murid-murid tidak dilakukan oleh guru dengan
efektif dan kemungkinan mementingkan sukatan pelajaran yang harus dihabiskan.

CADANGAN
Untuk menggalakkan murid-murid membaca, saya ingin mencadangkan langkah-
langkah berikut:
Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan literature supaya
tindakan yang diambil lebih bermanfaat. Beberapa literature telah dibaca untuk
mengenal pasti tindakan yang paling sesuai.
Guru haruslah memainkan peranan penting dengan mengatur strategi pengajaran
dan pembelajaran yang bijak dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik
dalam proses mengajar membaca dikalangan murid-murid. Guru-guru haruslah
menggunakan aktiviti yang tidak membosankan. Selain itu, penggunaan teknik yang
betul dalam pengajaran membaca, alat membantu mengajar (ABM) memainkan
peranan yang penting. Penggunaan ABM dapat memudahkan murid-murid memahami
atau membantu mereka kearah pembentukan konsep yang betul. Contohnya,
penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu dan merangsang
minda murid-murid untuk menyebut dan membacanya.1

Dengan ini saya bercadang untuk menangani masalah membaca ini dengan
menggunnakan Teori Behaviorisme yang terkenal dengan tokoh-tokoh Parlov,
Thorndike dan Skinner yang berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Menurut tokoh-tokoh ini, tingkah laku murid-murid boleh
diperhati, dikawal dan diramal.

TEMPOH PENYELESAIAN
Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk mengatasi masalah ini. Minggu pertama
saya mengetahui masalah ini iaitu pada hari pertama saya dalam kelas iaitu pada hari
isnin. Saya mengambil masa selama 3 hari untuk merancang mengatasi masalah ini.
Pada hari isnin saya cuba menggunakan kaedah ini untuk mengatasi kelakuan pelajar.
Dalam dua hari pertama saya memberi nasihat kepada pelajar.

TINDAKAN SUSULAN
Teori Behaviourisme yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku. Dengan
melakukan sesuatu secara berulang-ulang tingkah laku akan dikuasai secara
automatik. Peneguhan, ganjaran dan hukuman adalah cara pengajaran dan
pembelajaran teori ini.
Dengan menggunakan Teori Behaviourisme khususnya Teori Pelaziman Operan
yang menekankan peneguhan dan ganjaran dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang
positif dan boleh dikatakan produktif. Iklim ini dapat menghasilkan pembelajaran yang
boleh dikatakan baik.

1 https://prezi.com/nxci9oocjndu/masalah-membaca-dalam-kalangan-kanak-kanak-tadika/
Dalam teori ini jangkaan tingkah laku adalah jelas. Saya telah merancang satu
sistem iaitu saya telah mengadakan satu keadaan dimana murid-murid harus membaca
sesuatu bahan bacaan setiap hari. Mereka haruslah membaca didepan saya.
Peneguhan adalah proses untuk mengukuh dan mengekalkan sesuatu tingkah
laku yang dihasilkan2.
Peneguhan positif merupakan rangsangan penting untuk menambahkan
kebarangkalian gerak balas pelajar. Saya akan menggunakan penggunaan peneguhan
positif yang akan membawa kesan yang baik.

KESIMPULAN
Teori bahaviorisme khususnya peneguhan positif dapat meningkatkan minat murid-
murid untuk membaca tetapi sebilangan murid-murid memandang remeh tentang
kemahiran membaca. Mereke tidak mengenak kepentingan membaca pada tahap awal
ini. Oleh yang demikian, situasi yang berlainan memerlukan kaedah yang berlainan
untuk menangani sesuatu masalah. Sekarang saya faham bahawa seseorang guru
bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor yang lain juga penting dalam
memantapkan tugas sebagai guru

Rujukan :

1. https://prezi.com/nxci9oocjndu/masalah-membaca-dalam-kalangan-kanak-kanak-tadika/

2. http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

2 Disediakan oleh guru pelatih Disemak oleh Guru Pembimbing


Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Tandatangan : Tandatangan :
Nama :
Nama : Nama :
Tarikh :
Tarikh : Tarikh :
Disediakan
Disediakan oleh
oleh guru
guru pelatih
pelatih
Disemak oleh Guru PembimbingDisemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan
Tandatangan ::
Tandatangan : Tandatangan :
Nama
Nama ::
Nama : Nama :
Tarikh
Tarikh ::
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai