Anda di halaman 1dari 2

Alam Melayu baru sahaja menyambut ketibaan 15 Sya'ban dengan amalan nisfu sya'ban yang diwarisi

sejak turun temurun dari zaman nenek moyang mereka lagi. Maka, apa yang terpancar di jiwaku adalah
kelemahan dan kejahilan umat melayu dalam menilai amalan ini sama ada ianya tsabit daripada amalan
yang Rasulullah SAW dan para sahabat lakukan atau tidak.

Mereka mendakwa amalan nisfu sya'ban ini adalah amalan yang mulia dengan mengambil daripada
riwayat-riwayat yang palsu yang tiada sehingga darjat yang sahih. Berikut adalah penilaian riwayat hadis
yang palsu yang mana ianya didakwa menjadi bukti kepada hidupnya amalan nisfu sya'ban:



Allah (SWT) akan memperhatikan semua makhluk pada malam Nisfu Syaban, maka Dia mengampuni
semua makhluknya kecuali orang musyrik dan yang bermusuhan (sesama sendiri) [HR Ibn Majah
(no.5665), Ibn Abi Syaibah [Musannaf #150(2)], Abd Razzaq [Musannaf #7923], Tabarani [Mu'jam Kabir
#16639], al-Munziri [al-Targhib wa al-Tarhib #3830,3831 dll], Bazzar [1/157-158 206-207 (80)]

Tahqiq Hadith:

Hadis ini TIDAK SAHIH, kata Abu Hatim: MUNGKAR [ilal Ibn Abi Hatim,2012], kata ad-Daraquthni setelah
membincangkan sekian banyak segala jalan2 hadis ini: TIDAK THABIT [ilal Daraquthni,970]. juga yang
menDHAIFkan hadis ni ialah al-Bukhari [Tarikh Kabir # 5/424-425], al-Uqaili [Dhua'fa # 3/788-789], Ibn Adiy
[al-Kamal #309/5]

Dr al-Muhaddith Syarif al-Awni (Jami'ah Ummul Quraa) mengesahkan tiada satu hadith pun yang sahih
dalam hal fadhilat nisfu Sya'ban (www.islamtoday.net)

Syaikh al-Muhaddith al-Albani telah menyendiri dalam hal ini di mana beliau telah mensahihkan hadith nisfu
sya'ban semisal di atas kerana ujar beliau, ia banyak syawahid (penyokong), antaranya dalam Sahih Ibn
Majah no: 1148, hadith Abu Musa al-Asya'ari

Pendapat yang rajih: Ini antara kesilapan al-Albani yang kita ma'afkan. Maka kita bersama jumhur
muhaddithin, terutama ahli hadith yg silam (sebelum era 300H) yang telahpun menilai dan menolak hadith
ini.

Jelas bahawa ianya bukan amalan yang sahih dan tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW mahupun
para sahabat. Kalau hadith ini sahih sekali pun, ianya tidak memberi apa-apa perubahan kerana tiada
petunjuk mengenai galakan melakukan amalan ibadah yang khusus kepada amalan nisfu sya'ban. Justeru
itu, tidak wujud amalan-amalan yang diamalkan pada malam nisfu sya'ban seperti membaca doa awal dan
akhir tahun, membaca yasin tiga kali, solat sunat 1000 rakaat dan sebagainya yang dinisbahkan kepada
malam nisfu sya'ban.
Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai amalan malam nisfu sya'ban, beliau menjawabnya
dengan kenyataan yang agak keras kerana ianya berkaitan dengan ibadah yang direka yang tiada asasnya
kepada nas yang sahih iaitu Al-Quran dan Sunnah.

Kata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab isu ini:

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid
untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat
pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam
tersebut selepas maghrib di masjid.

Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula
dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik
dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi tabi`in).

Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan
bertentang maknanyaperhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang
berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan
ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan
setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam
neraka.

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Maka, jauhilah amalan malam nisfu sya'ban yang bersandarkan kepada riwayat yang palsu kerana ianya
bukan sunnah malah ianya tidak pernah ditsabitkan kepada Rasulullah SAW. Amalkan yang amalan sunnah
yang banyak direkodkan di dalam hadith-hadith yang sahih berbanding melakukan amalan yang bid'ah yang
banyak direkodkan di dalam hadith-hadith yang palsu.

Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka
ianya tertolak.(Hadis sahih riwayat al-Bukhari)

Wallahu'alam.

Anda mungkin juga menyukai