Anda di halaman 1dari 4

Hari Pertama

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku,
ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang
lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan
maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta
balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai
Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku
daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau
turunkan, demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku
kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan
jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah
aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya' (orang yang mendapat
keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha
pengasih daripada segala pengasih."

Hari Keenam

"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah
menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan
kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang
berkeinginan."

Hari Ketujuh

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku
daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan,
dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi
makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat
berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk
dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan
kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan
orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu.
Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas

"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan
perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api
neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan
pertolongan."

Hari Kedua Belas

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian
kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri
ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang
takut."

Hari Ketiga Belas

"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku
untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan
bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas

"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku
daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan
malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada
ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang
takut."

Hari Keenam Belas

"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan
orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku
dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai
Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang
Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas
Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."
Hari Kelapan Belas

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan
bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai
penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas

"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah
kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk
kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah
kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan
dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan
syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana
keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua

"Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan Mu. Berilah
kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku
dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga

"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta
tanamkan ketakwaan dalam hatiku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku
berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku
bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan
terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima

"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan
aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam

"Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa
yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban
yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh


"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit
menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai
Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan

"Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya
semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Sembilan

"Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu.
Bersihkan hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman."

Hari Ketiga Puluh

"Ya Allah, jadikan puasaku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan
keredaan Mu serta keredaan Rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan,
demi kenabian Muhamad SAW dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam."

Anda mungkin juga menyukai