Anda di halaman 1dari 11

Pengujian Pengukuran/ Penilaian

Pentaksiran
Definisi Alat pengukuran perubahan Proses menentukan Proses menentukan
sesuatu aspek tingkah laku. peringkat pencapaian perubahan
dan kedudukan tingkahlaku dan
pelajar membuat
pertimbangan nilai.
Tujuan/ Menentukan pencapaian sesuatu Untuk membuat Memberi maklumat
Kegunaan pembelajaran. pengelasan bagi tentang pencapaian
Menentukan pencapaian pelajar pencapaian dan objektif
dalam sesuatu sesi pembelajaran. kedudukan dalam pembelajaran, kaedah
pembelajaran. mengajar dan
Proses mendapatkan kurikulum.
gambaran tentang Membantu guru
prestasi seseorang mengetahui
dalam pembelajaran keupayaan
* Menilai aktiviti penguasaan pelajar.
yang dijalankan * Membantu guru
semasa pengajaran dalam membuat
dan pembelajaran perbandingan antara
* Mendapatkan seseorang pelajar
maklumat secara dengan rakan-
berterusan tentang rakannya atau antara
pengajaran dan kelas tersebut dengan
pembelajaran kelas yang lain.
memperbaiki * Membuat
pengajaran- perbandingkan
pembelajaran. pencapaian pelajar
* Merancang dalam subejk tersebut
aktiviti pengajaran dengan pencapaian
dan pembelajaran dalam subjek lain.
yang tersusun dan * Menentukan
sistematik pelajar yang tinggi
bersesuaian dengan keupayaannya dan
tahap keupayaan yang amat lemah
murid. keupayaannya dan
* Melibatkan lemah pencapaiannya
semua atau * Membantu guru
sebahagian besar dalam menentukan
murid dalam kelas pengayaan dan
secara efektif. pemulihan bagi
* Merancang dan pelajar yang
melaksanakan aktiviti berkenaan.
tindak susul yang * Membantu guru
berkesan. dalam membuat
* Memperbaiki jangkaan terhadap
pengajaran dan potensi atau bakat
pembelajaran pelajar terhadap
pembelajaran.
* Membolehkan
guru menilai bahan-
bahan dan teknik
serta kaedah
pengajaran mereka.
* Melalui ujian
penilaian yang
dilakukan guru dapat
berusaha
meningkatkan
keberkesanan
pengajaran mereka.
* Pelajar
berpeluang
mengetahui
kelemahan dalam
sesuatu kemahiran
atau bidang dan
segera
memperbaikinya.
Bentuk Pemerhatian. Set ujian bertulis Jadual.
dengan markah dan
Ujian lisan. gred. Gred berdasarkan
teknik perangkaan.
Ujian Bertulis.

Cara/Pros Persediaan Ujian. Proses pengujian. Proses pengukuran.


es
Pntadbiran Merekod Proses
markah/gred. penganalisisan.
Pemeriksaan..
Proses interprestasi.

Melapor.

Tindakan.

Masa Selepas pembelajaran. Selepas Sebelum, semasa,


pembelajaran. selepas pembelajaran.
Liputan Terhad pada sesuatu kemahiran Sesuatu peringkat Dari sesuatu
atau pembelajaran. pembelajaran. pembelajaran tertentu
ke seluruh kurikulum.

Keputusan Menunjukkan prestasi sesuatu Menunjukkan Menunjukkan


pencapaian
kemahiran atau penguasaan pencapaian secara
keseluruhan tetapi
pembelajaran yang spesifik. relatif. tidak semestinya
membayangkan
kebaikan seorang
individu.

Pentaksiran

Proses menentukan peringkat pencapaian prestasi pembelajaran dan kedudukan pelajar dalam
sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran menerusi ujian. Ujian yang dilaksanakan terdiri dari
pelbagai bentuk iaitu objektif dan subjektif. Secara umumnya pentaksiran membawa maksud
yang berbeza daripada penilaian, iaitu skop pentaksiran lebih luas daripada penilaian. Dalam
pentaksiran sudah termasuk elemen penilaian formal dan tidak formal yang dilaksanakan
semasa pengajaran berjalan sama ada secara sedar atau tidak. Aktiviti pentaksiran bergerak
seiring dengan aktiviti pengajaran serta mempunyai tujuan dan peranan yang tertentu seperti
untuk tujuan formatif, sumatif, diagnostik atau penerokaan..
Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat pertimbangan tentang pelajar,
kurikulum, program atau dasar.. Ia merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul merekod,
memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu
tujuan.
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai
untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.
Aspek-aspek utama pentaksiran;

1. Instrumen

2. Kumpulan yang ditaksir (kumpulan sasaran)

3. Respon (proses menguji @ pengujian)

4. Kumpulan penaksir (penguji)

5. Skor (pengukuran)
Penilaian

Penilaian dilakukan dengan pelbagai matlamat. Ia juga dianggap sebagai satu cara untuk
mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Ia seringkali digunakan dalam sebarang
kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Justeru ia dianggap sebagai proses
membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi
sesuatu benda atau perkara. Menurut Stufflebeam(1971), penilaian sebagai proses menerangkan
sesuatu secara terperinci melalui mencari dan memberi maklumat yang berguna dalam
mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan. Menurut Gay(1985), penilaian ialah satu
proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Popham(1975) menyatakan penilaian
yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Dalam bidang pendidikan penilaian mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran
dan juga hasil sesuatu program pengajian. Selain data kuantitatif penilaian juga boleh dibuat
melalui data berbentuk kualitatif misalnya melalui pemerhatian atau temubual. Secara
ringkasnya penilaian merangkumi tiga proses utama iaitu, mengukur, menganalisis ukuran dan
menginterpretasikan ukuran.

Penilaian pula adalah proses memperolehi maklumat dan menggunakannya untuk membuat
pentafsiran dan keputusan (Nordin, 2011c). Menurut Azman (2014b), dalam bilik darjah,
penilaian merupakan suatu proses yang sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif
pengajaran dapat dicapai oleh murid. Secara ringkasnya, penilaian merangkumi tugas menguji
dan mengukur.

Proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan
kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

Satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil
pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran
atau sikap.

Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang


membuat keputusan.
Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam
memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai.

Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang
tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.

Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu
yang lebih bersifat kuantitatif.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran,


program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.

Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur
pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar.

Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan.

Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta
maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan.

Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian
terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif
atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali.

Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka
dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih
mudah difahami.

Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa
menggunakan nombor-nombor.
Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.

Penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan


pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan
pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, penilaian boleh didefinisikan secara
ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan
pembelajaran dicapai.

Penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu
tercapai atau sebaliknya.

Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu.
Misalnya dalam pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat
yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran dalam bahasa.

Proses penilaian;

Penentuan objektif/ ukuran

Mendapatkan maklumat dan memproses maklumat/ analisis ukuran

Membuat kesimpulan/ menyatakan nilai @ menginterpretasi ukuran

Pengujian

Pengujian didefinisikan sebagai satu alat untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang atau
sesuatu. Selain itu, pengujian turut didefinisikan sebagai satu proses mengaturkan satu siri
tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam
sesuatu kursus atau pun tugasan.

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara
bertulis.
Proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama
satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang
individu atau pelajar.

Merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat
dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus

Ujian adalah alat ukur.

Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi
satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang
pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan.

Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan
yang diberi.

Ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan
penilaian pengajaran dan pembelajaran.

Tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan
betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.

Pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.

Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau
satu sistem yang berkategori.

Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah
kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.

Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti,
atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di
dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.

Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan dikukuhkan oleh Milagros(1981) seperti yang terkandung dalam Raminah
Hj.Sabran(1991). (Raminah 1991:2).

Proses pengujian bermula dengan peringkat persediaan, pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan
berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.

Proses pengujian membolehkan guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai
tahap kemahiran yang telah dipelajari.

Pengujian bolehlah dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu
dijawab, atau satu set instrument bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang
pelajar atau individu. Menurut Cronbach(1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan
skala bernombor, atau satu system yang berkategori.Menurut Raminah(1991), ujian adalah suatu
cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang
dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan.

Proses pengujian biasanya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti


pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui
pengujian inilah seseorang guru mengetahui tahap pencapaian pelajar mereka. Oleh itu
kecekapan guru untuk membina alat pengujian yang baik sangat mustahak bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran para pelajar.

Pengukuran

Pengukuran didefinisikan sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara


numerik(melalui angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur
dengan menggunakan alat tertentu atau proses menentukan sejauhmana seseorang individu
memiliki ciri-ciri tertentu. Untuk lebih mudah difahami tentang prestasi dan keupayaan
seseorang individu kita menggunakan sesuatu pengukuran berbentuk angka, misalnya peratus
ujian sains adalah untuk menggambarkan prestasi pelajar dalam subjek tersebut.

Manakala pengukuran mempunyai maksud yang lebih luas daripada pengujian. Pengukuran ialah
suatu proses di mana kita memperolehi huraian secara perangkaan tentang sesuatu ciri yang
dimiliki oleh seseorang individu (Azman, 2014a). Nordin (2011b) menyatakan bahawa
pengukuran adalah satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat
pencapaian dan kedudukan pelalajar dalam pembelajaran.

Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana
individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.

Menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.

Biasanya pengukuran diwakilkan dengan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi
seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat
tertentu.

Misalnya,Ahmad mendapat markah 80 peratus dalam ujian Bahasa Melayu. Prestasi Ahmad
tidak dapat dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya.

Ini kerana kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai.

Pengukuran adalah menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan
menggunakan proses tertentu.

Pengukuran juga tidak bersifat mutlak.

Ketinggian mental seseorang individu lebih sukar untuk diukur.berbanding ketinggian fizikal.

Ciri-ciri pengukuran;

1. Boleh dibuat atau dilaksanakan tanpa menggunakan alat pengujian.

2. Menggunakan kaedah (alat)

3. Tidak bersifat mutlak


4. Hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka.

Anda mungkin juga menyukai