Anda di halaman 1dari 20

KURSUS :

ILMU-ILMU AL-HADITH ( HIH3013 )

TAJUK :

MANHAJ TAKAMMULI DALAM ISLAM MENURUT AL-QURAN


DAN AL-SUNNAH

NAMA PENSYARAH :

DR. WAHYU HIDAYAT ABDULLAH

NAMA PELAJAR : NOOR SAADAH BINTI AZIZ

NO. MATRIK : D20141068384

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

( PENGURUSAN PENDIDIKAN ) DENGAN KEPUJIAN

KELAS : PENGAJIAN ISLAM ( KOHORT 3 )

SEMESTER / FASA : 2/ 2 ( 2015 / 2016 )


ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN........................................................................2

2.0 DEFINISI...............................................................................5

a) MANHAJ................................................................................................5

b) TAKAMMULI..........................................................................................7

3.0 MANHAJ TAKAMMULI MENURUT FAKTA SAINS..........................8

RAHSIA KANAN KE KIRI..................................................................................8

4.0 MANHAJ TAKAMMULI MENURUT ISLAM..................................11

KELEBIHAN MEMBUAT PERKARA SUNAT......................................................12

5.0 KESIMPULAN.......................................................................14

6.0 RUJUKAN............................................................................. 15

1
1.0 PENDAHULUAN

Agama Islam sudah sempurna, tidak boleh ditambah dan dikurangi.


Kewajiban umat Islam adalah ittiba. Allah Azza wa Jalla berfirman:













Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama
bagimu ... [Al-Maa-idah: 3]

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah (wafat th. 774 H) menjelaskan, Ini


merupakan nikmat Allah Azza wa Jalla terbesar yang diberikan kepada umat
ini, tatkala Allah menyempurnakan agama mereka. Sehingga, mereka tidak
memerlukan agama lain dan tidak pula Nabi lain selain Nabi mereka, yaitu
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam. Oleh karena itu, Allah Azza wa
Jalla menjadikan beliau sebagai penutup para Nabi dan mengutusnya kepada
seluruh manusia dan jin. Sehingga, tidak ada yang halal kecuali yang beliau
halalkan, tidak ada yang haram kecuali yang diharamkannya, dan tidak ada
agama kecuali yang disyariatkannya. Semua yang dikabarkannya adalah
haq, benar, dan tidak ada kebohongan, serta tidak ada pertentangan sama
sekali. Sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla :








Dan telah sempurna kalimat Rabb-mu (Al-Qur-an), (sebagai kalimat) yang
benar dan adil ... [Al-Anaam: 115]

Maksudnya benar dalam kabar yang disampaikan, dan adil dalam seluruh
perintah dan larangan. Setelah agama disempurnakan bagi mereka, maka

2
sempurnalah nikmat yang diberikan kepada mereka. Oleh kerana itu, Allah
Azza wa Jalla berfirman:

3












Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama
bagimu ... [Al-Maa-idah: 3]

Maka redhailah Islam untuk diri kalian, kerana ia merupakan agama


yang dicintai dan diredhai Allah Azza wa Jalla. Kerananya Allah mengutus
Rasul yang paling utama dan kerananya pula Allah menurunkan Kitab yang
paling mulia (Al-Qur-an).




Mengenai firman-Nya : Pada hari ini telah Ku-

sempurnakan untukmu agamamu. Ali bin Abi Thalhah berkata, dari Ibnu
Abbas Radhiyallahu anhuma, Maksudnya adalah Islam. Allah telah
mengkhabarkan Nabi-Nya Shallallahu 'alaihi wa sallam dan orang-orang yang
beriman bahwa Allah telah menyempurnakan keimanan kepada mereka,
sehingga mereka tidak membutuhkan penambahan sama sekali. Dan Allah
Azza wa Jalla telah menyempurnakan Islam sehingga Allah tidak akan pernah
menguranginya, bahkan Allah telah meredhainya, sehingga Allah tidak akan
memurkainya, selamanya.
Asbath mengatakan, dari as-Suddi, Ayat ini turun pada hari Arafah,
dan setelah itu tidak ada lagi ayat yang turun, yang menyangkut halal dan
haram. Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kembali dan
setelah itu beliau wafat.
Ibnu Jarir dan beberapa ulama lainnya mengatakan, Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam meninggal dunia setelah hari Arafah, yaitu
setelah 81 hari. Keduanya telah diriwayatkan Ibnu Jarir. Selanjutnya ia
menceritakan, Sufyan bin Waki menceritakan kepada kami, Ibnu Fudhail
menceritakan kepada kami, dari Harun bin Antarah, dari ayahnya, ia berkata,
Pada hari ini telah Kusempurnakan
Ketika turun ayat:


4
untukmu agamamu. Yaitu pada haji akbar (besar), maka Umar Radhiyallahu
anhu menangis, lalu Nabi Shalalllahu 'alaihi wa salalm bertanya, Apa yang
menyebabkan engkau menangis? Umar Radhiyallahu anhu menjawab, Aku
menangis disebabkan selama ini kita berada dalam penambahan agama
kita. Tetapi jika telah sempurna, maka tidak ada sesuatu yang sempurna
melainkan akan berkurang. Kemudian beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda, Engkau benar.

Pengertian tersebut diperkuat oleh sebuah hadits yang menegaskan


sabda Rasulullah SAW :



Sesungguhnya Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali
menjadi asing sebagaimana permulaannya, maka berbahagialah orang-
orang yang asing. [1]

Dari Thariq bin Syihab, ia berkata, Ada seorang Yahudi yang datang
kepada Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu anhu, lalu berkata, Wahai
Amirul Mukminin, sesungguhnya kalian membaca sebuah ayat dalam kitab
kalian. Jika ayat tersebut diturunkan kepada kami, orang-orang Yahudi,
nescaya kami akan menjadikan hari itu (hari turunnya ayat itu) sebagai Hari
Raya. Ayat yang mana? tanya Umar Radhiyallahu anhu. Orang Yahudi itu
berkata, Iaitu firman-Nya:













Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama
bagimu ... [Al-Maa-idah: 3]

5
Maka Umar Radhiyallahu anhu berkata, Sesungguhnya aku telah
mengetahui hari dan tempat ketika ayat itu turun kepada Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam. Diturunkannya ayat itu kepada SAW, yaitu di
Arafah pada hari Jumat.

2.0 DEFINISI

a) MANHAJ

Manhaj (), nahaj ( )atau minhaaj ( )dari madah:

yang semuanya mempunyai satu makna.

Manhaj menurut bahasa ialah:







Jalan yang jelas, terang dan dikatakan juga (mengikut) jalan yang lurus atau
mengikut sunnah.
Kalimah manhaj/minhaj bermakna jalan yang terang atau mengikut
sunnah. Ia disebut di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah Azza wa-
Jalla:












Untuk tiap-tiap umat (antara kamu), Kami berikan aturan dan jalan yang
terang (atau sunnah).

Berkata Abu Jafar, bahawa manhaj ialah: Jalan yang terang atau

jelas () . Dan apabila dikatakan ( ) bererti Jalan Yang

Terang atau ( )Jelas.


Menurut Ibn Kathir rahimahullah manhaj ialah:








Maka manhaj ialah jalan yang terang dan mudah.
Manhaj juga dapat difahami menurut sebagaimana yang dikatakan
oleh Ibn Abbas radiallahu anhu yang diriwayatkan dari Mujahid, Ekrimah,
Hasan al-Basri dan selain mereka:



:










Berkata Ibnu Abbas Radiallahu anhu bahawa manhaj ialah: Jalan atau
sunnah.





Manhaj ialah: Sunnah Nabi. Atau yang terang dan yang jelas.
Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma berkata, Maksudnya, jalan dan syariat.
Manhaj atau minhaj dimaksudkan juga sebagai mazhab (aliran atau
jalan). Walaupun mazhab sering digunakan untuk aliran fikah tetapi ia sering
juga digunakan atau dimaksudkan dengan maksud yang sama dengan
manhaj. Seperti disebut: Manhaj as-Salaf as-Soleh atau Mazhab as-Salaf as-
Soleh.

7
Menurut istilah, manhaj ialah kaedah-kaedah dan ketentuan-ketentuan yang digunakan
bagi setiap pembelajaran ilmiyyah, seperti kaedah-kaedah bahasa Arab, ushul aqidah, ushul
fiqh, dan ushul tafsir dimana dengan ilmu-ilmu ini pembelajaran dalam Islam beserta pokok-
pokoknya menjadi teratur dan benar.

Manhaj ertinya jalan atau metode. Manhaj yang benar adalah jalan hidup yang lurus dan
terang dalam beragama menurut pemahaman para Sahabat. Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan
hafizhahullah menjelaskan perbedaan antara aqidah dan manhaj, beliau berkata, Manhaj lebih
umum daripada aqidah. Manhaj diterapkan dalam aqidah, suluk, akhlak, muamalah, dan dalam
semua kehidupan seorang Muslim. Setiap langkah yang dilakukan seorang Muslim dikatakan
manhaj. Adapun yang dimaksud dengan aqidah adalah pokok iman, makna dua kalimat
syahadat, dan konsekuensinya. Inilah aqidah. [Al-Ajwibah al-Mufiidah an As-ilati Manaahij
Jadiidah (hal. 123) disusun oleh Jamal bin Furaihan al-Haritsi, cet. III Daarul Manhaj, th. 1424
H.]

b) TAKAMMULI

Menurut makna dari segi bahasa takammuli asal dari perkataan arab iaitu
kamal bermaksud sempurna, utuh.

Secara pemahaman istilahnya adalah lengkap, sempurna dan bulat,


berkumpul padanya aneka pandangan hidup. Hukum Islam membentuk umat
adalah dalam suatu kesatuan yang bulat walaupun mereka berbeza-beza
bangsa dan berlain-lainan bangsa. Didalam menghadapi asas-asas yang
umum, mereka padu, walaupun dalam segi-segi kebudayaan mereka
berbeza-beza.
Hukum-hukum Islam, walaupun masa berganti masa, namun tetap

8
mempunyai karakter yang utuh, harmonis dan dinamis. Hukum Islam
menghimpun segala sudut dan segi yang berbeza-beza di dalam suatu
kesatuan. Karananya hukum Islam tidak menghendaki adanya pertentangan
antara ushul dengan furu, satu sama lain saling melengkapi, saling
menguatkan, ibarat sebatang pohon, semakin banyak cabang-cabangnya
semakin kokoh dan teguh batangnya, semakin subur pertumbuhannya,
semakin segar kehidupannya.
Takammuli pendekatan fiqh yang melihat dari sisi yang integral atau
terpadu atau komprehensif dari semua sisinya sehingga Islam akan
tercermin dalam kajian fiqih tersebut. Hal inilah yang menjadikan fiqih Islam
itu adalah solusi bagi permasalahan umat dan bukan untuk menghakimi.

9
3.0 MANHAJ TAKAMMULI MENURUT FAKTA SAINS

Bayangkan anda sedang memerhatikan pergerakkan jemaah haji melakukan


ibadat tawaf mengelilingi Kaabah, di Masjidilharam. Pemandangannya
sungguh syahdu! Pemandangan yang menunjukkan kesatuan umat Islam
yang pelbagai bangsa dan warna kulit, dengan pakaian yang sama, tujuan
yang sama, arah pusingan yang sama, tunduk dan patuh pada tuhan yang
sama. Jemaah haji dengan pakaian ihram berwarna putih bersih memenuhi
dataran yang mengelilingi Kaabah melakukan tawaf seolah-olah sekumpulan
bintang sedang mengelilingi galaksinya. Sesungguhnya setiap jemaah yang
sedang tawaf tersebut seolah-olah seperti sebutir bintang yang sedang
beredar. Kedua-duanya sedang mematuhi perintah Pencipta Yang Maha
Agung!
Lihatlah pula arah pusingan kedua-dua peristiwa tersebut. Masing-
masing bergerak dalam arah yang sama: arah kanan ke kiri. Itulah
sunnatullah. Sesungguhnya arah kanan ke kiri ialah arah yang dipatuhi oleh
makhluk di langit dan di bumi sebagai simbol kepatuhan masing-masing
terhadap Tuhannya Yang Maha Agung, yang mencipta alam semesta dan
yang menurunkan syariah menerusi Islam yang syumul dan takammul.

RAHSIA KANAN KE KIRI

Dalam Al Quran diterangkan kelebihan kanan daripada kiri. Ini diceritakan


di dalam surah Al Waqiah ( 56:8&9) Iaitu golongan kanan, alangkah
mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya
golongan itu. Diterjemah dimana golongan kanan ialah orang yang
menerima catatan amalan mereka sebelah tangan kanan dan golongan kiri
ialah golongan yang menerima catatan amalan mereka dari catatan tangan
kiri (Al Quran Tajwid Dan Terjemahan Berserta Asbabul Nuzul, Hadith Sahih
dan Indeks Tematik, 2012).
Memulakan pekerjaan bermula dengan kanan ke kiri menjadi amalan
Muslim berdasarkan sebuah sunnah Rasulullah SAW. Inilah fitrah kejadian

10
makhluk Ilahi. Dalam matematik dan fizik, arah dari kanan ke kiri digelar
arah positif. Namun pusingan jam ciptaan Barat menyalahi orentasi ini,
dengan menjadikan arah yang bertentangan sebagai arah dalam budaya
mereka.
Arah positif menjadi fitrah orientasi putaran makhluk makro dan mikro.
Elektron mengelilingi nukleus mengikut arah kanan ke kiri atau persis seperti
planet mengelilingi matahari dalam sistem suria. Demikian pula galaksi yang
mega di angkasa raya melakukan putaran menerusi arah yang sama.
Cakerawala mengelilingi lubang hitam atau black hole misteri menerusi arah
putaran yang sama dengan arah jemaah haji mengelilingi Kaabah yang
menjadikan batu hitam atau hajarulaswad sebagai rujukan tawaf. Inilah fitrah
kejadian Ilahi.
Kesatuan peraturan alam seni dan alam mega tersebut menunjukkan
kewujudan Tuhan Yang Satu dan Hanya Satu. Tuhan Yang Maha Esa itulah
yang mentakdirkan pergerakkan bintang, electron dan seluruh planet dalam
orientasi yang sama.
Seseorang Muslim yakin betapa setiap ketetapan hukum yang ditentukan
Islam mempunyai hikmah tersendiri, sama ada hikmah tersebut diketahui
secara lahiriah ataupun tersembunyi. Setiap amalan yang ditentukan syariah
adalah mengikut fitrah kejadian manusia sama ada dari segi rohani atau
jasmani. Marilah kita renungi bersama-sama beberapa contoh sunnah
Rasulullah SAW yang menggambarkan hakikat ini serta menjadi ikutan
zaman-berzaman dalam kalangan umat Islam.
Lakukan sesuatu pekerjaan dengan anggota yang kanan, kerana amalan
itu ada berkat.
Ada banyak hadis yang menyuruh umat Islam memulakan pekerjaan
mulai dengan kanan. Rasulullah SAW bersabda :
Apabila seseorang daripada kamu makan maka makanlah dengan tangan
kanannya, apabila minum hendaklah dia minum dengan tangan kanannya
kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan ia minum dengan tangan
kirinya. ( Riwayat al-Bukhari )

11
Makan dengan tangan kanan adalah sunnah Rasulullah SAW yang
tentunya mempunyai hikmah yang tinggi bagi mereka melihatnya dengan
mata hati. Seluruh makhluk yang mulia termasuk alam semesta melakukan
orientasi pergerakkan dari kanan ke kiri, kecuali syaitan. Elektron yang seni
serta galaksi yang mega bergerak dalam orientasi yang sama. Namun
masyarakat moden kini lebih suka memegang garpu dengan dengan tangan
kiri manakala pisau dengan tangan kanan. Makanan yang dihiris dengan
pisau lalu disuapkan dengan garpu menggunakan tangan kiri. Ini etika dalam
kehidupan sosiobudaya moden berkiblatkan Barat. Perbuatan ini bercanggah
secara langsung dengan amalan sunnah itu dilakukan secara umum
termasuk umat Islam tanpa rasa bersalah atau berdosa.
Junjungan Rasulullah SAW sentiasa mendahulukan bahagian kanan
dalam amalan hariannya seperti ketika bertaharah (bersuci), menyikat
rambut, memakai alas kaki, dan seumpamanya. Apabila mandi, Rasulullah
SAW menjirus sebelah kanan terlebih dahulu, kemudian jika terdapat
kesakitan di sebelah kanan, Baginda membasuhnya dengan tangan kiri,
sehingga selesai barulah dijirus kepalanya. Ini disimpulkan daripada hadis
Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Amalan
mendahulukan bahagian kanan untuk amalan yang baik dan mendahulukan
yang kiri untuk amalan yang kurang baik atau buruk dijadikan satu amalan
yang diiktiraf syariat sebagai peraturan umum. Imam an-Nawawi membuat
kaedah umum berkaitan dengan perkara ini bahawa untuk perbuatan yang
baikmulakanlah dengan bahgian kanan, tetapi perbuatan yang kotor,
mulakanlah dengan bahagian kiri.
Orientasi tertib dari kanan ke kiri di patuhi semua peristiwa hayat yang
kita perhatikan di sekeliling kita setiap hari. Peredaran darah dalam jantung
mengikut arah kanan ke kiri, demikian pula perjalanan makanan menerusi
usus yang berliku-liku. Sperma turut berpusing-pusing dalam orientasi yang
sama dalam perjalanan menuju ke ovum. Tidur di atas lambung kanan
menjadi satu daripada cara tidur yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Tidur
dalam posisi ini terbukti memberikan kerehatan kepada jantung yang

12
terletak sebelahkiri rongga dada. Ini telah diperakui oleh saintis-saintis yang
berpengalaman mengukur tekanan darah ketika baring ke sebelah kanan
dan berbaring ke sebelah kiri menunjukkan perbezaan bacaan yang ketara.
Andainya seseorang tidur mengiring ke sebelah kiri, organ dalaman dalam
rongga dada akan menekan jantung yang terletak sebelah kiri yang
menyebabkan posisi tersebut tidak memberikan kerehatan kepada jantung
sepanjang malam.

4.0 MANHAJ TAKAMMULI MENURUT ISLAM

Solat Fardu 5 waktu merupakan rukun islam yang wajib dilakukukan oleh
seluruh umat Islam. Seorang hamba Allah SWT mukmin dan bertaqwa tidak
pernah tinggal solat wajibnya. Tetapi, adakah dia sudah pasti bahawa solat
wajib sudah cukup sempurna sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi dan
para sahabat? Sudah menjamin 100% lulus dan mendapat gred A+ pada
rekod amalannya yg dicatat oleh para malaikat? Tidak, tiada siapa boleh
menjaminnya. Bahkan Nabi s.a.w sendiri, yg masum yakni tidak ada
sebarang dosa, masih tetap mengerjakan solat sunat dalam setiap keadaan.
Meskipun ketika baginda pergi berperang, ketika baginda sakit, ketika
bermusafir, dan sebagainya.

13
Kerana itulah Islam telah menyediakan alternatif lain iaitu solat sunat
untuk menampung segala kecacatan pada solat wajibnya. Dalam satu hadith
yg diriwayatkan oleh al-Tirmidhiy, Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dihisab dari amalan


hamba pada hari kiamat ialah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka
beruntung dan berjayalah dia. Dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan
rugilah dia. Kalau kewajipan fardhunya masih kurang, Allah s.w.t berfirman
(pada para malaikat): Lihatlah, adakah (dia lakukan) amalan-amalan
sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah
seterusnya dengan amalan yang lain.

Betapa pemurahnya Tuhan yang menciptakan kita, yang memberikan


penglihatan, pendengaran, tangan, kaki dan anggota secara percuma,
kemudian menawarkan lagi kepada kita dengan tawaran yang sangat mudah
untuk dilakukan. Ianya hanya bergantung pada kita untuk menyahutnya
dengan baik atau tidak menghiraukan tawaran istimewa tersebut.

KELEBIHAN MEMBUAT PERKARA SUNAT

Pastinya, kelebihannya adalah mendapat cinta Allah SWT.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku mengizinkannya dengan


berperang. Dan tiadalah seseorang hamba itu mendekatkan diri kepada-Ku
dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa yang Aku telah fardukan
padanya. Dan sentiasalah seseorang hamba itu mendekatkan diri kepada

14
Aku dengan melakukan perkara sunat sehinggalah Aku
mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Aku adalah
pendengarannya yang dia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang
dia melihat dengannya, dan tangannya yang dia membuat sesuatu
dengannya, dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Dan sekiranya dia
meminta kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankannya, dan sekiranya dia
meminta perlindungan kepada-Ku nescaya Aku akan melindunginya.
[Riwayat Bukhari]

Antara contoh perkara sunat :

1. Melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu

Berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah Ummul


Mukminin (isteri Nabi), bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:

Barangsiapa yang solat setiap hari dua belas rakaat sunat, dibina baginya
dengan solat sunat tersebut sebuah istana di syurga. [Riwayat
Muslim]

Mengikut hadith riwayat al-Tirmidhiy, Ummu Habibah menambah dengan


menyebutkan dengan spesifik 12 rakaat tersebut, iaitu:

1. 2 rakaat sunat sebelum solat Subuh

2. 4 rakaat sunat sebelum solat Zohor

3. 2 rakaat sunat selepas solat Zohor

4. 2 rakaat sunat selepas solat Maghrib

5. 2 rakaat sunat selepas solat Isya

15
Selain itu, ada juga hadith yang menyebut tentang kelebihan solat-solat
sunat ini. Antaranya:

Daripada Aishah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Dua rakaat sunat
sebelum Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya.
[Riwayat Muslim]

Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menjaga solat sunat 4 rakaat


sebelum Zohor dan 4 rakaat selepasnya, ALLAH akan mengharamkan
baginya daripada api neraka. [Riwayat al-Khamsah]

Marilah kita hidupkan sunnah Rasulullah dengan solat sunat, kerana kita
dijanjikan dengan sebuah istana di syurga. Sudah pasti segala kenikmatan di
dalam boleh dikecapi. Dengan bidadarinya, makanannya yang enak,
sungainya yang bersih dan jernih lagi boleh minum. Ummu Habibah juga ada
mnyebut, selepas aku mendengar hadith ini (di atas), aku tidak pernah
meninggalkannya.

2. Solat Witir

Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Jadikanlah witir
sebagai solat kamu yang terakhir pada malam hari. [Muttafaqun alayh]

Daripada Abu Ayyub al-Ansariy r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:


Witir adalah hak ke atas setiap Muslim. Barangsiapa yang suka untuk
solat witir 5 rakaat, maka solatlah. Dan barangsiapa yang suka
untuk witir 3 rakaat, maka solatlah. Dan barangsiapa yang suka
untuk witir 1 rakaat maka solatlah. [Riwayat al-Arbaah]

Daripada Kharijah bin Huzaifah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


Sesungguhnya Allah telah menyediakan kepada kamu dengan solat yang
lebih baik daripada unta yg merah (harta yang pling mahal ketika itu).
Para saahabat bertanya: Apakah solat itu wahai Rasulullah? Baginda

16
bersabda: Solat witir, iaitu waktunya adalah antara solat Isya sampai
terbitnya matahari. [Riwayat al-Khamsah]

Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Solatlah
witir wahai Ahli Quran! Kerana sesungguhnya ALLAH itu witir (satu) dan
dia menyukai witir (nombor ganjil).

Abu Hurairah ada berkata: Kekasihku (Rasulullah s.a.w) pernah berwasiat


kepadaku dengan tiga wasiat: Puasa tiga hari dalam setiap bulan (13,14
dan 15), dua rakaat dhuha dan agar aku solat witir sebelum tidur.

3. Solat malam (Qiyamullail)

Dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang hamba di tengah malam itu
adalah lebih baik baginya daripada dunia dan segala isinya. [Riwayat Adam
dan Abu Iyas]

Berusahalah sedaya upaya dalam melakukan perkara sunat, semoga


mendapat cinta Allah SWT kerana Allah akan Tanya akan usaha , bukan hasil
yang akan kita dapat.

5.0 KESIMPULAN

Islam merupakan agama sempurna hadir melalui wahyu Allah azza wa jalla
iaitu Al Quran sebagai petunjuk dan hidayah kepada umat Islam dan
disampaikan melalui perantaran Rasulullah SAW. Taat kepada Allah Taala
disyaratkan taat kepada Baginda SAW serentak. Setelah Rasulullah wafat,
ketaatan tersebut dijelma dalam rangka menerima dan mengikuti hadis dan
sunnah Baginda. Hadis dan sunnah Rasulullah SAW merupakan satu manhaj
bagi menyempurnakan saling lengkap melengkapi. Oleh itu, umat Islam
semenjak kurun pertama telah sepakat menerima semua hadis yang
disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW.

17
18
6.0 RUJUKAN

Al Quran Tajwid Dan Terjemahan Beserta Asbabun Nuzul, Hadith Sahih


dan Indeks Tematik, 2012, Kajang : Humaira Bookstore Enterprise

Hadis : Sahih Bukhari. 1/46 Fathul Bari (Kitab al-Iman). Diriwayatkan oleh Al-Lalakaii
hlm. 66. At-Tabari 6/271. Lihat Ibn Kathir. 3/120.

Lisanul Arab 2/383. Abi Fadzil Jamaluddin Muhammad al-Afriki al-Misri. Kamus al-
Muhit. 1/209. Fairus Abadi.

Mat Rofa Ismail, 2014, Ulul Albab Ajaibnya Alam Semesta, Batu Cave
Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd
Al Quran : Al-Maidah, 5:48.

At-Tabari, 6/609.

Hadis : At-Tabari, 4/609.

Manhaj Ahli Sunnah wal-Jamaah, 1/50. Khalid bin Abdullatif.

Tafsir Ibn Kathir 2/26. Dan Fathul Qadir 2/48 As-Syaukani.

19

Anda mungkin juga menyukai