Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN
Sekolah diwujudkan dengan autoriti untuk meletakkan standard dan kriteria tertentu di dalam
pentadbiran pelajar demi mencapai kejayaan. Ini menjadikanperanan guru itu kompleks. Ia
bermula daripada menyediakan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif untuk belajar
hinggalah kepada mendidikpelajar menjadi anggota masyarakat yang berjaya dan berguna di
masa hadapan.

Sebagai penyampai ilmu dan kemahiran, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan yang terkini. Ledakan ilmu yang berlaku hari ini begitu mencabar para guru. Jika
guru tidak mengambil peluang yang ada, iaitu dengan melengkapkan diri dengan perkembangan
terbaharu, pasti para guruakan ketinggalan zaman. Pelbagai peningkatan berlaku bukan sahaja
dari segi ilmu tetapi juga media untuk menimba ilmu.

Perkembangan sains dan teknologi menuntut para guru menguasai ilmu teknologi maklumat.
Kemahiran menggunakan komputer, mencari maklumat baru menerusi internet dan
seumpamanya adalah kemahiran yang wajib dikuasai oleh setiap orang guru.

Guru juga berperanan sebagai pemberi galakan kepada pelajar untuk mencapai kejayaan di
dalam hidup dan menjadi kaunselor bila pelajar menghadapi masalah. Apabila masa untuk
meninggalkan alam persekolahan hampir tiba, guru memberikan pandangan dan pendapat
kepada pelajar mereka dalam membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai dengan pencapaian
dan potensi mereka. Sebahagian pelajar menganggap guru sebagai ibu bapa kedua mereka.

Penulisan ini terbahagi kepada dua unit iaitu jati diri guru dan kesannya pada sekolah dan
peranan pentadbir sekolah dalam membina jati diri guru.
2.0 Jati diri guru dan kesannya pada sekolah
Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Jati diri bermaksud manusiasempurna yang
mempunyai keseimbangan antara fikiran, rohani danjasmaninya.

Sabda Rasulullah S.A.W., sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketuldaging, jika ia baik,
maka seluruh jasad akan menjadi baik. Sebaliknya jika iarosak, seluruh jasad akan menjadi
rosak.

Konsep jati diri adalah seorang individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi
terhadap agama, sentiasa patuh kepada perintah Allah dan melaksanakansunnah Rasul. Seorang
yang ada jati diri akan mengamalkan apa yang disuruhdan meninggalkan apa yang dilarang.
Individu itu sentiasa mendengar seruanTuhan bukan seruan syaitan.
Seseorang yang mempunyai jati diri akan merasa bangga dengan keturunannya,dengan
negaranya, akan terus berusaha menyumbangkan buah fikiran dantenaga untuk memajukan diri
demi diri, keluarga, bangsa dan negara.
Peranan guru dilihat sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti pelajar
dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara.
Dalam konteks Negara Bangsa pula, guru perlu menyuntik dalam diri setiap pelajar untuk
memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral
serta hidup dalam masyarakat penyayang, berbudaya saintifik dan bersatu padu.
3.0 Peranan pentadbir sekolah dalam membina jati diri guru
Pentadbir sekolah merupakan pemimpin yang mampu mempengaruhi guru dalam banyak perkara
terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan bagi meningkatkan jati diri
seorang guru. Peranan pentadbir sekolah amat penting dalam meningkatkan perkembangan jati
diri guru disekolahnya. Pentadbir sekolah dan guru harus berganding bahu untuk meningkatkan
prestasi sekolahnya. Stoghill (1974) menyatakan kepimpinan yang cekap dan berkesan akan
dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini disebabkan tingkah laku dan
gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu akan mempengaruhi suasana dan
semangat kerja pekerja-pekerja dibawahnya.
Seorang pentadbir sekolah mesti mempunyai kecergasan fizikal, kemahiran komunikasi
berkesan, kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial yang tinggi untuk memenangi hati guru, staf
sokongan dan pelajar supaya mereka berasa sebagai satu pasukan dihormati dan dihargai.
Penghargaan dan keraian kepada guru hendaklah menjadi keutamaan pentadbir sekolah sebagai
satu daripada cara membina jati diri guru.
Justeru, Guru yang mempunyai jati diri yang tinggi sudah pasti mampu menggalas apa
juga tanggungjawab yang diletakkan di bahu mereka. Mana mungkin guru yang tidak dihargai
dan tertekan dengan pelbagai kerenah pentadbiran sekolah akan mampu melaksanakan tugas dan
agenda pendidikan negara.
4.0 Kesimpulan
Kejayaan seseorang pentadbir sekolah untuk menjadikan sekolahnya sebagai sekolah cemerlang,
bergantung kepada kejayaannya melaksanakan semua peranan tersebut dengan cemerlang.Oleh
itu, berdasarkan prinsip sekolah cemerlang, kejayaan di dalam menghasilkan pelajar yang
cemerlang hanya di dalam akademiknya juga tidak dapat diterima, jika pelajar yang terhasil itu
mempunyai jati diri yang tinggi, tidak mampu menjadimodal insan sempurna untuk
kecemerlangan negara seperti mana hasrat kementerian melalui falsafah pendidikan yang
menyatakan pendidikan di Malaysiabertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Semua ini menuntut peranan pentadbir sekolah
sebagai pemimpin untuk mengembleng seluruh tenaga dengan sokongan semua pihak untuk
mencapaihasrat di atas. Jika gagal, maka seluruh sekolah akan gagal, masyarakat dan negaraakan
kecewa.

5.0 Penutup
Akhirnya, segala hasrat negara untuk menjadi Negara maju tidak akan tercapai jika para
pentadbir sekolah dan guru yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat Negara
gagal untuk melaksanakannya. Pentadbir sekolah adalah nakhoda yangmemandu bahtera ke
destinasi yang dituju. Gagal nakhoda sudah pasti kapal tidakakan sampai ke destinasi dicita,
malah lebih parah jika silap perhitungan akan karamdi lautan dengan segala muatan dan
penumpangnya. Kecemerlangan pengetua sebagai pemimpin amat dituntut agar boleh menjadi
suri teladan sepertimana hadisNabi Muhammad s.a.w. bermaksud; Siapa yang memberi contoh
teladan, maka dia akan mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya
hingga ke hari kiamat.

Anda mungkin juga menyukai