Anda di halaman 1dari 5

Nilai Dan Etika Kerja Guru Dalam Pembinaan Insan

1.0 Pengenalan

Berdasarkan artikel bertajuk Nilai Dan Etika Kerja Guru Dalam Pembinaan Insan
yang ditulis oleh Harun Hassan adalah relevan dengan dunia pendidikan sekarang.
Penulis Harun Hassan merupakan pensyarah dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dalam
Universiti Sains Malaysia. Guru merupakan pembinaan insan yang sempurna seperti
yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Istilah nilai dalam artikel
membawa maksud kualiti atau piawai moral. Manakala etika merupakan sistem prinsip-
prinsip moral atau aturan kelakuan.

Dalam artikel yang ditulis oleh Hassan Harun adalah membincang tentang kualiti
kerja guru, penyeliaan kerja guru, jenis tugasan kerja guru perlu dinilai, tatasusila
profesian perguruan serta ciri-ciri menjadi guru profesional. Tujuan penulis membincang
sub-sub tajuk tersebut ialah membina insan generasi muda dalam zaman abad 21.

Sebagai seorang guru yang profesion dapat memberi sumbangan kepada Negara
dengan melahirkan anak murid yang seimbang dalam jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Sehubungan itu, tugas guru bukan lagi mengajar dan menyemak kerja murid
sahaja. Maka, beban guru semakin tambah dalam proses pembinaan insan mulia.

Beban guru bukan sahaja mendidik murid, guru juga perlu bertanggungjawab
terhadap masyarakat dan Negara serta rakan sejawat dan profesion perguruan. Penulis
Harun Hassan juga memberi pendapat tentang cara meningkatkan kredibiliti guru
berdasarkan pandangan tokoh serta meningkatkan imej profesion keguruan.

(197 patah perkataan)

1
Nilai Dan Etika Kerja Guru Dalam Pembinaan Insan

2.0 Rumusan Dapatan Kajian

Tugas dan tanggungjawab seseorang guru di sekolah ialah menyampai kemahiran,


menyampai pengetahuan dan menyampai nilai. Dalam artikel Nilai Dan Etika Kerja
Guru Dalam Pembinaan Insan telah menghuraikan tugas dan tanggungjawab guru
tersebut secara teliti.

Terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Harun Hassan, iaitu


siapakah yang menentukan nilai kerja guru, siapakah yang menilai nilai kerja guru,
bagaimana menilai kerja guru, dan apakah kerja yang dinilai. Persoalan tersebut boleh
dirumuskan dengan jawapan Murid. Sasaran guru yang mendidik adalah murid.
Keputusan dan penguasaan ilmu yang didapat oleh murid dalam peperiksaan merupakan
cara menilai kerja guru. Selain itu, aspek yang menilai kerja guru ialah melalui
pengubahan tingkah laku murid dan penerapan nilai-nilai murni. Untuk menilai kerjayaan
seseorang guru, kita boleh memerhati kepimpinan murid. Guru yang berkauntabiliti akan
melatih kepimpinan murid supaya melahirkan pemimpin generasi baru. Guru perlu
mengikuti dasar atau sistem pendidikan yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia pada semasa ke semasa. Maka, guru dinilai samaada mengikuti sistem
pendidikan terkini untuk mendidik murid.

Selain daripada membincang persoalan-persoalan tersebut, penulis artikel ini juga


memberi pandangan dan cadangan pembinaan insan serta menjadi guru profesion melalui
pandangan tokoh-tokoh. Dalam Buku Panduan Latihan Mengajar (2000) yang dibincang
oleh penulis menyatakan tatasusila mengandungi 4 tanggungjawab guru iaitu
tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab
terhadap masyarakat dan Negara, dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion perguruan.

Harun Hassan menyatakan pembinaan insan dan guru berkait rapat. Guru perlu
melahirkan insan yang seimbang dalam JERIS seperti yang dititikberat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Insan yang harmonis dan sempurna dapat menyumbang kepada
masyarakat dan Negara. Guru boleh melatih murid melalui aktiviti kurikulum dan

2
Nilai Dan Etika Kerja Guru Dalam Pembinaan Insan

kokurikulum. Guru harus memberi peluang kepada murid mereka cipta, menjana idea dan
dorongan untuk berfikir supaya murid bertambah maju ke arah insan yang sempurna.

Penulis telah membanding ciri-ciri guru yang berkesan yang dinyata oleh
Mortimore (1995) dengan pandangan dirinya. Menurut Mortimore (1995), ciri guru yang
berkesan ialah mempunyai jangkaan yang tinggi, tidak menetap batasan kejayaan pelajar,
mempunyai kemahiran mengurus bilik darjah, mempunyai ilmu keberkesanan bilik
darjah dan merancang pengajaran dengan berkesan. Manakala pandangan tentang guru
yang berkesan oleh Harun Hassan (1996) ialah mampu memindahkan ilmu kepada
pelajar berdasarkan darjah keberkesanan.

(351 patah perkataan)

3
Nilai Dan Etika Kerja Guru Dalam Pembinaan Insan

3.0 Kebolehan menganalisis

Secara keseluruhanya, artikel ini memberi manfaat dan kesedaran kepada para
guru tentang nilai dan etika kerja guru dalam pembinaan insan. Penyusunan penulisan
Harun Hassan adalah lancar dengan mengemukakan fakta dan contoh dengan sokongan
ilmiah. Penulisan artikel ini memberi huraian dan contoh yang sesuai untuk menjelaskan
nilai dan etika kerja guru. Melalui artikel ini, guru dapat memahami secara jelas tugas
dan tanggungjawab guru bukan sahaja menyampai ilmu kepada murid, yang penting ialah
pembinaan insan yang dapat menyumbang kepada Negara. Penulis juga memberi
pandangan sendiri yang tidak berat sebelah dan cadangan-cadangan meningkatkan imej
guru dan profesion guru.

Walaubagaimanapun, dalam artikel Harun Hassan terdapat kelemahan dari segi


bahan yang dirujuk untuk penulisan artikel ini telah melebihi 10 tahun ke atas. Sebagai
contoh, penulis menyatakan pandangan Rahimah Hj. Ahmad (1986), ia telah melebihi 10
tahun ke atas. Maklumat tersebut mungkin tidak mengikut informasi terkini.

Oleh demikian, penulis harus merujuk pada bahan rujukan yang terkini supaya
maklumat yang dinyata adalah tepat dan memenuhi perubahan zaman. Bahan rujukan
perlu menggunakan kajian atau maklumat yang dikemaskini dan berkaitan dengan tajuk
perbincangan. Ini bertujuan untuk menyokong ketulenan dan memberi keyakinan kepada
pembaca untuk kesedaran selepas menghayati artikel.

Dalam penulisan artikel tersebut, penulis menitik berat tentang konsep


kepimpinan. Kepimpinan dibincang dari sudut guru dan juga murid. Penulis menyatakan
kepemimpinan guru dari segi pengurusan kelas dan menangani masalah adalah penting
dalam sumbangan sebagai guru. Penilaian aspek kepimpinan dinilai semasa dari semasa
supaya guru mengukuhkan kerjayaannya. Harun Hassan juga menjustifikasikan melatih
nilai kepimpinan murid penting dalam proses pembinaan insan. Kepimpinan boleh dilatih
melalui aktiviti yang dirancang oleh guru untuk memberi ruang untuk murid menangani
masalah serta berdikari.

Pendidikan pada zaman sekarang bukan lagi chalk and talk, murid hanya
menghadiri dalam kelas menunggu guru memberi ilmu. Maka, guru perlu memberi

4
Nilai Dan Etika Kerja Guru Dalam Pembinaan Insan

dorongan dan peluang untuk murid menimba ilmu, menjana idea dan mengemuka idea
secara pemikiran luas.

(305 patah perkataan)

4.0 Kesimpulan

Artikel ini harus dibaca dan dilaksanakan oleh setiap guru, kerana ia membawa
maklumat tentang nilai dan etika sebagai seorang guru untuk mendidik dan membina
insan yang seimbang. Artikel yang jelas dari segi huraian dan cadangan membantu guru
memahami tugas dan beban diri adalah mulia dan harus bersyukur kepada Tuhan demi
peluang memberi sumbangan terhadap masyarakat dan Negara.

Penulis artikel ini bertungkus lumus menyediakan artikel ini bertujuan untuk
menyampaikan mesej kepada para guru dan masyarakat tentang nilai dan etika kerja guru
adalah penting untuk membina insan. Maka, pekerjaan sebagai seorang guru adalah mulia
dan harus disanjungi.

Pada pendapat saya, maklumat dalam artikel tersebut seharusnya disampaikan


kepada para guru sebelum mula kehidupan mendidik di sekolah iaitu semasa sebagai guru
pelatih di IPG atau universiti. Sehubungan itu, guru dapat konsep mematuhi nilai dan
etika kerjanya sepanjang kehidupan mendidik.

(136 patah
perkataan)

(Jumlah patah
perkataan: 1000)

Anda mungkin juga menyukai