Anda di halaman 1dari 3

UUMotivasi : SUKAN

Sukan menjadi semakin penting pada masa kini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
sukan dapat didenifisikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan oleh seseorang individu
untuk meningkatkan daya ketahanan di samping mencergaskan rohani serta minda seseorang.
Aktiviti sukan terdapat di mana-mana tempat sahaja. Antara sukan yang terkenal di dunia
ialah bola sepak, seni mempertahankan diri, bola keranjang, dan golf. Contoh atlet yang
terkenal di seluruh dunia ialah Tiger Wood dan David Beckham. Setiap negara berusaha
menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam bidang sukan kerana mendatangkan pelbagai
kebaikan serta terdapat pelbagai faktor dalam motivasi sukan. Walau bagaimanapun, prestasi
atau mutu sukan negara masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Oleh itu,
usaha-usaha perlu diambil dalam motivasi sukan.

Antara kepentingan dalam motivasi sukan ialah apabila seseorang pelajar itu bersukan, mereka
akan lebih mudah menerima pelajaran. Ini adalah disebabkan apabila mereka bersukan, otak mereka
akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka dengan baik. Sukan juga dapat
membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh badan dan menjadikan seseorang itu sihat
dan bertenaga. Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk.
Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut,
baju, raket, bola, stoking, dan pelbagai produk sukan yang lain. Sukan juga dijadikan alat perpaduan
dan perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan untuk
mengeratkan hubungan antara kaum yang berlainan, sukan merupakan salah satu wadahnya.
Semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan
dapat menjalin hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik.

Antara faktor motivasi sukan adalah kehidupan masyarakat kini yang sibuk mencari rezeki telah
menyebabkan ramai orang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Lama-kelamaan, mereka akan
biasa dengan tabiat hidup yang tidak bersukan. Terdapat juga orang yang menganggap bahawa
bersukan adalah satu aktiviti yang membuang masa. Anggapan ini adalah salah kerana sukan
mempunyai pelbagai kebaikan. Masyarakat pada masa kini banyak yang makan makanan yang
berkolesterol tinggi serta makanan yang berlemak. Semua tabiat hidup di atas adalah buruk dan akan
membahayakan kesihatan badan kita. Janganlah apabila sudah dijangkiti penyakit barulah hendak
bersukan, bak kata pepatah "sudah terhantuk baru terngadah." Oleh itu, motivasi sukan adalah
penting.
Usaha yang telah diambil dalam motivasi sukan ialah penubuhan sekolah sukan. Pelajar-pelajar
yang berbakat dalam pelbagai bidang sukan dapat dicungkil dan dikumpulkan untuk diberi latihan
yang sistematik. Sekolah sukan mempunyai kemudahan sukan yang canggih dan lengkap. Dengan
ini, pelajar dapat menjalani latihan dengan teratur dan terancang yang dapat meningkatkan
kecerdasan pelajar. Para pelajar juga dapat dilatih oleh jurulatih yang berwibawa dan berpengalaman
luas dalam bidang masing-masing di mana mereka yang pernah menjadi pemain atau atlet di
peringkat negeri, negara, atau antarabangsa. Dengan ini, bakat mereka dapat diasah melalui
bimbingan duru-guru sukan. Oleh itu, penubuhan sekolah sukan boleh melatih atlet muda yang
cemerlang dalam bidang sukan agar menjadi pelapis negara dan seterusnya mengharumkan nama
negara di perseda sukan antarabangsa.

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam motivasi sukan ialah memberi ganjaran
yang setimpal kepada atlet yang berjaya mengharumkan negara dalam sesuatu pertandingan di
peringkat antarabangsa seperti sukan SEA, Asia, dan Olimpik. Hal ini berlaku demikian kerana
ganjaran yang diberikan tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka. Dengan ini,
sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru
serta sebagai dorongan kepada atlet untuk lebih berusaha supaya mencapai kejayaan yang lebih
baik. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golangan muda terutama kanak-
kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Oleh itu, ganjaran
atau insentif yang diberikan kepada atlet yang cemerlang perlu diwujudkan untuk dijadikan sebagai
tanda penghargaan dan satu bentuk motivasi untuk semua agar lebih giat berusaha.
Usaha lain ialah kerajaan boleh mengambil jurulatih dari luar dalam meningkatkan mutu sukan
negara. Pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik
baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat
kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman
luas. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih
tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang
terbaik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan negara kita di
mana dapat mendedahkan para atlet negara kita dengan prosedur dan teknik-teknik terkini untuk
menggondolkan kejuaraan di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat antarabangsa yang
merupakan satu bentuk motivasi sukan.

Di samping itu, kemudahan sukan perlu ditingkatkan. Prasarana sukan yang lengkap dan canggih
dapat membantu atlet lebih berlatih dengan selesa dan efektif. Sebagai contoh, pembinaan
kemudahan sukan seperti gelanggang, kolam renang, gimnasium, stadium, dan sebagainya yang
tidak disediakan secara menyeluruh di semua kawasan perlu diubahsuaikan supaya masyarakat
dapat menggunakan kemudahan tersebut pada bila-bila masa yang dapat motivasi dalam bidang
sukan. Oleh itu, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan
yang berwibawa di mana merupakan satu motivasi dalam bidang sukan.

Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa mutu sukan negara kita masih dapat
ditingkatkan sekiranya usaha-usaha tersebut dibuat berterusan. Kerajaan dan masyarakat juga
seharusnya berusaha mencari cara dalam motivasi sukan supaya bendera negara kita akan berkibar
di kejohanan antarabangsa pada suatu hari kelak bukan sahaja kesihatan masyarakat dijamin.
Sehubungan dengan itu, para atlet haruslah meningkatkan disipin diri dan bermotivasi tinggi semasa
latihan dijalankan. Jika semua pihak berganding bahu dalam meningkatkan mutu sukan, matlamat
motivasi dalam sukan dapat dicapai.

http://uumotivasi.blogspot.my/2010/08/uumotivasi-sukan.html

Anda mungkin juga menyukai