Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN SEBELUM PBS

Sebelum kami menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di


sekolah rendah, kami diberikan taklimat oleh pensyarah dari unit praktikum.
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen Amalan
Profesional yang dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam sekolah.
Guru pelatih-pelatih dari semester 1 dan 3 sahaja yang diberikan taklimat mengenai
program PBS pada hari itu di Dewan Ilmu. Taklimat tersebut bertujuan untuk
menyediakan kami membuat persediaan rapi mengenai kemungkinan yang akan
dihadapi apabila pergi menjalani PBS di sekolah. Kami diberi surat dan dokumen serta
kerja tugasan untuk dibuat semasa PBS.

Selepas taklimat itu, barulah kami faham kosep PBS dan objektif yang perlu
dicapai. PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam
persekolahan daripada perspektif seorang guru. Kami telah mengetahui asas atau
aspek yang dititikberatkan dalam program ini. Kriteria-kriteria seperti nilai moral,
sahsiah diri, menjaga nama baik institut dan sebagainya telah didedahkan kepada kami.
Selain itu, kami juga diharap dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya
sekolah, menghayati kerjaya seorang guru, dan mendapat pendedahan awal tentang
pembelajaran murid. Pensyarah dari pratikum berharap kita dapat melaksanakan PBS
ini dengan sempurna dan membina sikap positif terhadap profesion guru.

Pensyarah menyatakan bahawa terdapat empat kali aktiviti PBS akan kami
melakukan aktiviti PBS sepanjang dua tahun ini. Setiap kali PBS diadakan, kami tidak
dibenarkan memilih sekolah yang sama seperti yang telah dipilih dahulu. Pilihan
sekolah wajib terdiri daripada sekolah yang berlainan. Semua ini adalah bertujuan untuk
membolehkan guru pelatih menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang lebih
banyak dalam suasana sekolah yang lain cara pengurusan dan sistemnya. Kami
diberikan perdedahan untuk menjalan temu bual dan soal selidik. Kami turut diberikan
buku panduan PBSuntuk kegunaan kami. Taklimat tersebut memang membantu dalam
menjalankan aktiviti PBS pada 1 5 April 2013.

Anda mungkin juga menyukai