Anda di halaman 1dari 9

Pertalian Literasi ICT Abad Ke-21 dan Kemahiran

Boleh Pindah untuk Mencapai Kelangsungan Kerjaya


Bagi Pelajar IPT
Siti Zuraida Abdul Manaf
Rosseni Din
Analisa Hamdan
Nor Syazwani Mat Salleh
Ira Fazlin Fauzi
Aidah Abdul Karim,
Intan Farahana Kamsin
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
cikgusitizuraida@gmail.com

Abstrak: Kelestarian ICT masa kini mempengaruhi masyarakat untuk beralih kepada
budaya penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. Viral teknologi yang semakin
berkembang banyak mempengaruhi urusan pembelajaran, pekerjaan, perniagaan dan
pelbagai bidang teknologi. Era kini, celik dan pintar ICT adalah berkebolehan
menggunakan komputer dan Internet. Literasi ICT dalam kalangan pelajar dapat
memberikan kelebihan untuk membina kerjaya yang lebih baik selepas bergelar
graduan. Kajian ini bertujuan untuk melihat pertalian literasi ICT abad ke-21 dan
kemahiran boleh pindah ke arah mencapai kelangsungan kerjaya bagi pelajar IPT.
Kajian tinjauan dijalankan terhadap 81 orang pelajar pengajian tinggi. Responden
kajian adalah terdiri dalam kalangan generasi Y yang masih menuntut di institut
pengajian tinggi. Instrumen kajian diuji dari segi kesahan dan kebolehpercayaan
menggunakan model Rasch dan Statistical Equation Modeling; Partial Least Square
menggunakan Instrumen eLiT21TS. Hasil kajian yang dijalankan dapat membentuk
model pengukuran pertalian literasi ICT abad ke-21 dan kemahiran boleh pindah untuk
mencapai kelangsungan kerjaya. Berdasarkan hasil kajian, model dan instrumen kajian
dapat dikembangkan dengan penambahbaikan nilai pemboleh ubah yang digunakan.
Kajian ini juga menerangkan bahawa literasi ICT abad ke-21 dan kemahiran boleh
pindah mempengaruhi kelangsungan kerjaya. Justeru, kajian ini dapat menggabungkan
teori dan menghasilkan kajian yang lebih komprehensif untuk menghasilkan modal
insan yang gemilang.

Kata Kunci: Literasi ICT abad 21, Kemahiran Boleh Pindah, Kelangsungan Kerjaya

PENGENALAN

Ledakan teknologi digital dan ICT masa kini mempengaruhi masyarakat untuk beralih
kepada budaya menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian. Era kini, celik ICT
didefinisikan boleh mengendalikan komputer dan internet. Penggunaan teknologi
digital tidak dapat dipisahkan dengan aktiviti generasi ini sehinggakan setiap perkara
adalah berteraskan kepada teknologi (Din, 2010; Stewart, 2013). Literasi ICT abad ke-
Education for Diverse Learners 502

21 adalah kebolehan menggunakan teknologi digital, alat komunikasi, dan rangkaian


teknologi yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah maklumat dan berfungsi
kepada masyarakat. Keadaan ini termasuklah keupayaan untuk menggunakan teknologi
sebagai alat untuk menyelidik, menyusun, menilai, menyampaikan maklumat dan
memberikan kefahaman asas mengenai isu-isu etika atau undang-undang mengenai
persekitaran dan penggunaan maklumat (Katz, 2013).

Dengan perkembangaan pesat ICT pada masa kini, masih lagi terdapat jurang digital
dalam kalangan pelajar universiti khasnya. Jurang tersebut dikelaskan kepada mereka
yang menggunakan ICT dan masih lagi tidak menggunakan teknologi ICT sepenuhnya.
Jurang tersebut merupakan jurang kemahiran yang dimiliki dalam pelajar universiti
(Abdul Manaf.S.Z, 2012). Masih terdapat sebahagian lagi pelajar yang tidak tahu
mengaplikasikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pengetahuan dan
membantu mereka dalam menyiapkan tugasan oleh pelajar-pelajar dari aliran
teknologi, sains sosial dan sastera (Hamdan, Din, & Manaf, 2012). Namun, pelajar
yang menggunakan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat
membantu memahami ilmu yang dipelajari kerana dapat merekabentuk pengalaman
peribadi dan dapat lebih menimba pengalaman yang luas.

Malaysia sedang mengubah keadaan masyarakat daripada masyarakat yang bergantung


kepada kerajaan kepada masyarakat yang bekerja sendiri. Kerajaan juga menyarankan
agar masyarakat membuat kerja sendiri dengan tidak mengharapkan bantuan orang lain
untuk berjaya (Feair & Esa, 2012). Dengan itu, sebagai graduan perlulah berusaha
memperbaiki diri dengan pelbagai kemahiran untuk mencipta kerjaya yang perlu.
Siswazah yang gagal mendapat kerja juga disebabkan mereka tidak memiliki
kemahiran insaniah yang diperlukan majikan. Dengan adanya kemahiran boleh pindah,
dapat diaplikasi dengan tempat kerja yang baru (Kishore, 2013; Senior, Reddy, &
Senior, 2014). Kemahiran yang boleh dipindahkan merupakan kemahiran yang
diperlukan oleh majikan ketika menemuduga dan graduan akan lebih yakin pada
ketika diwawancara untuk permohonan kerja.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat pertalian literasi maklumat dan kemahiran
boleh pindah ke arah kelangsungan kerjaya

KERANGKA KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan kerangka konseptual tiga komponen utama iaitu (i)
Literasi ICT abad ke-21, (ii) Kemahiran boleh pindah, dan (iii) Kelangsungan kerjaya.
Literasi ICT abad ke-21 merangkumi komponen mengakses (access), menyampaikan
(commsm), membina (create), menentukan (define), menilai (evaluate), mengintegrasi
(integrate), dan mengurus (manage). Kemahiran boleh pindah merangkumi
komunikasi, organisasi, penyelidikan, dan perhubungan. Kelangsungan kerjaya adalah
bantuan, bekerjasama, matlamat, perhatian, polisi, menganjur sesuatu, tanggung jawab,
tepati masa, dan urus masa
503 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Literasi ICT Abad


Kemahiran
Ke-21 Boleh Pindah

Kelangsungan Kerjaya

Rajah 1.0: Kerangka kajian literasi ICT abad ke 21 dan kemahiran boleh pindah ke
arah kelangsungan kerjaya.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan melalui kaedah kuantitatif secara tinjauan dengan menggunakan
instrumen eLiT21TS yang mengandungi literasi ICT abad ke-21, kemahiran boleh
pindah dan kelangsungan kerjaya. Sejumlah 81 orang pelajar responden kajian.
Mereka ialah pelajar pengajian tinggi yang terdiri dari bidang Sastera, Sains dan
Teknologi. Pelajar yang terlibat ialah daripada generasi Y yang terdiri daripada pelajar
tahun satu, dua, tiga, dan pelajar tahun akhir.

HASIL KAJIAN

Soal selidik ini menunjukkan nilai CMV (command method varians) adalah kurang
dari 40 peratus dan menunjukkan data tersebut boleh digunakan untuk analisis
seterusnya (Podsakoff, MacKenzie, Lee, & Podsakoff, 2003). Kesahihan dan kesahan
merujuk kepada sejauh mana kesimpulan sah boleh dibuat dari operasional dalam
kajian kepada pembinaan. Jadual 1.0 adalah nilai loading bagi setiap konstruk literasi
ICT, kemahiran boleh pindah, dan kelangsungan kerjaya.
Education for Diverse Learners 504

Jadual 1.0 : Kesahan konvergen

Komponen Item Loading AVE CR Item Person


Reliabil Reliabi Cronb
ity lity ach
Literasi Mengakses 0.638 0.509 0.878 0.94 0.93 0.841
ICT 21 (Access)
Menyampaikan 0.817
(Commsm)
Membina 0.804
(Create)
Menentukan 0.657
(Define)
Menilai 0.662
(Evaluate)
Mengintegrasi 0.635
(Integrate)
Mengurus 0.753
(Manage)
Kemahiran Komunikasi 0.834 0.744 0.921 0.97 0.81 0.885
Boleh
Pindah
Organisasi 0.902
Penyelidikan 0.89
Perhubungan 0.822
Kelangsun Bantuan 0.778 0.598 0.931 0.90 0.89 0.916
gan
Kerjaya
Bekerjasama 0.75
Matlamat 0.803
Perhatian 0.8
Polisi 0.755
Sesuatu 0.752
T/jawab 0.806
Tepati masa 0.734
Urus masa 0.781
Nota: a Kebolehpercayaan Komposit (CR) = (kuasa dua jumlah keseluruhan
beban faktor)/((kuasa dua jumlah keseluruhan beban faktor) + (kuasa dua
jumlah keseluruhan ralat varians)) b Average variance extracted (AVE) =
(jumlah keseluruhan beban faktor kuasa dua)/((jumlah keseluruhan beban
faktor kuasa dua) + (jumlah keseluruhan ralat varians))

Kajian dijalankan dengan menggunakan soal selidik eLiT21TS. Kesemua konstruk


menunjukkan nilai Cronbach's alpha melebihi 0.7. Nilai Cronbach's alpha yang lebih
besar daripada 0.70 adalah nilai kebolehpercayaan yang baik dan dapat diterima dalam
mengukur sesebuah instrumen (Hair, Anderson, & Tatham, 1998). Nilai yang dikira
505 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

adalah korelasi antara item-item yang terdapat dalam konstruk tersebut. Alfa Cronbach
merupakan langkah kebolehpercayaan petunjuk antara nilai 0 dan 1 dan dalam fasa
awal 0.7 boleh diterima, tetapi secara berperingkat-peringkat untuk kajiian sebenar
nilai 0.8 atau 0.9 adalah lebih wajar (Nunally & Bernstein, 1978).

Jadual 1.0 menunjukkan kesahan konvergen bagi 3 komponen iaitu literasi ICT abad
ke-21, Kemahiran boleh pindah dan kelangsungan kerjaya. Nilai loading bagi kesemua
komponen tersebut adalah melebihi nilai 0.5. Nilai AVE melebihi 0.5 dan nilai CR
melebihi nilai 0.7. Bond and Fox (2001) menyatakan bahawa nilai kebolehpercayaan
item dan responden yang melebihi daripada 0.80 adalah nilai kebolehpercayaan yang
diterima kuat. Nilai Average Variance Extracted (AVE) merupakan nilai nisbah varians
yang dijelaskan dalam bentuk analisis faktor. Julat nilai adalah dari 0 dan 1. AVE harus
melebihi 0.5 yang menunjukkan kesahihan menumpu mencukupi (Bagozzi & Yi, 1988;
Fornell & Larcker, 1981). Berdasarkan data-data yang diperolehi nilai AVE dan CR
telah mencapai kesahan konvergen kerana nilai AVE untuk setiap konstruk adalah
melebihi 0.5 dan nilai CR melebihi 0.7. Gefen, Straub, and Boudreau (2000)
menyatakan kebolehpercayaan CR haruslah 0.7 atau lebih tinggi untuk menunjukkan
penumpuan yang mencukupi dan secara konsisten. Dalam kajian ini, nilai
kebolehpercayaan adalah melebihi 0.8 dan 0.9 menunjukkan nilai kebolehpercayaan
yang tinggi dan sangat tinggi Berdasarkan hasil analisis kajian ini, menunjukkan
instrumen yang dibina ini boleh diguna pakai bagi mengukur literasi ICT abad ke-21

dan kemahiran boleh pindah ke arah kelangsungan kerjaya.

Rajah 2.0: Model pertalian Literasi ICT abad ke-21 dan kemahiran boleh pindah ke
arah kelangsungan kerjaya
Education for Diverse Learners 506

Jadual 2.0 menunjukkan kesahan diskriminan bagi semua konstruk untuk kajian ini.
Berdasarkan kesahan diskriman ini, didapati semua nilai konstruk berada dalam nilai
yang tertinggi, dan setiap item yang wujud dalam kajian ini boleh digunapakai untuk
kajian sebenar. Pembolehubah terpendam AVE juga perlu lebih tinggi daripada
hubungan kuasa dua antara pembolehubah terpendam dan semua pembolehubah lain
(Fornell & Larcker, 1981).

Jadual 2.0 : Kesahan Diskriman

Kemahiran Boleh Literasi ICT Kelangsungan


Pindah 21 Kerjaya

K Boleh Pindah 0.863

Literasi ICT 21 -0.116 0.713

kelangsungan 0.767 0.168 0.774


Kerjaya

Nota: Pepenjuru mewakili punca kuasa dua purata varians diekstrak

Berdasarkan Jadual 3.0, hasil hipotesis menunjukkan (i) kemahiran boleh pindah
mempengaruhi kelangsungan kerjaya, (ii) literasi ICT abad ke-21 tidak mempengaruhi
kemahiran boleh pindah, dan (iii) literasi ICT abad ke-21 mempengaruhi
kelangsungan kerjaya.

Jadual 3.0: Hipotesis Pertalian literasi ICT da kemahiran boleh pindah ke arah
kelangsungan kerjaya

Hipotesis Pertalian Bet Standard nilai Decision/Kepu


a Error t tusan

Kemahiran Boleh Pindah -> 0.79 0.055 14.51 Diterima


Kelangsungan Kerjaya 7 2*

Literasi ICT 21 -> Kemahiran Boleh - 0.2 0.582 Tidak Diterima


Pindah 0.11
6

Literasi ICT 21 -> Kelangsungan 0.26 0.106 2.465 Diterima


Kerjaya *

**p<0.01, (2.33), *p<0.05 (1.65)


507 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Pertalian Literasi ICT Abad Ke-21 Mempengaruhi Kelangsungan Kerjaya.

Untuk mencapai kelangsungan kerjaya, literasi ICT amatlah diperlukan. Dengan


mempunyai kepakaran dalam bidang Teknologi merupakan markah bonus untuk para
graduan memohon kerja. Tujuh perkara asas literasi abad ke21 yang mendukung
perkara tersebut adalah menentukan, mengakses, menilai, mengurus,
mengintegrasikan, membina, dan menyampaikan maklumat kepada orang lain (de
Hoyos et al., 2013). Justeru untuk mencapai kebolehpasaran kerja, teknologi ICT abad
ke-21 amat diperlukan untuk mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan kerja.
Kerjaya tidak semestinya kerja makan gaji, namun termasuklah kerja sendiri seperti
menjadi usahawan.

Pertalian Literasi ICT Abad Ke-21 Tidak Mempengaruhi Kemahiran Boleh


Pindah.

Berdasarkan hasil kajian, Literasi ICT abad ke21 tidak mempengaruhi kemahiran boleh
pindah. Keadaan ini adalah kerana seseorang pelajar universiti yang mempunyai
literasi ICT tidak semestinya mempunyai kemahiran boleh pindah seperti
berkomunikasi secara lisan, melaksanakan penyelidkan dan perancangan, berhubung
dengan sesama manusia dan dapat melaksanakan pengurusan organisasi. Bagi pelajar
universiti dalam kalangan generasi Y khasnya sudah mempunyai mempunyai literasi
ICT dalam diri mereka sendiri (Alsagoff, 2004). Mereka tidak perlu di ajar bagaimana
untuk menggunakan ICT. Mereka belajar melalui persekitaran yang mampan dengan
teknologi. Jika kita lihat, di sekeliling seseorang pelajar tersebut telahpun disediakan
kemudahan ICT untuk digunakan. Melalui kajian Abdul Manaf.S.Z (2012), mereka
tidak memerlukan latihan kursus untuk membina emel, Facebook, Twitter dan
sebagainya. Cukup hanya melihat dan bertanyakan kepada kawan.

Sebagai contoh seorang guru mahir dalam mengendalikan komputer dan ICT tetapi
masih susah dalam Menguruskan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
yang memerlukan penelitian dan memerlukan pentaksiran Keadaan ini adalah kerana
jika seseorang yang mempunyai literasi ICT tidak semestinya mempunyai kemahiran
boleh pindah seperti berkomunikasi secara lisan, melaksanakan penyelidkan dan
perancangan, berhubung dengan sesama manusia dan dapat melaksanakan pengurusan
organisasi (Saion, 2014). Mereka yang mempunyai kemahiran boleh pindah (membuat
kajian, berhubung sesama manusia, berkomuniasi, dan mengurus organisasi) tidak
semestinya pandai menggunakan semua aplikasi ICT abad ke 21(Salmon & Young,
2011).

Pertalian Kemahiran Boleh Pindah Mempengaruhi Kelangsungan Kerjaya

Literasi ICT dan Kemahiran boleh Pindah merupakan elemen penting untuk
membentuk peluang kerjaya. Dua faktor besar ini boleh dijadikan sebagai batu
loncatan dan senjata untuk memohon pekerjaan dan membina kerjaya sendiri pada
masa hadapan (McQuaid, Green, & Danson, 2013). Kemahiran boleh pindah seperti
komunikasi, organisasi, penyelidikan, dan perhubungan menjamin pembinaan kerjaya
yang gemilang.
Education for Diverse Learners 508

RUMUSAN KAJIAN

Bermaksud: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana


memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan
sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang
berusaha membaiki amalannya.

Sumber : Surat Al-`Ankabt (The Spider) ayat 69

Surah 29: 69

Ayat tersebut menyatakan perlu memperbaiki diri dan mempertingkatkan kemahiran


dalam diri untuk kejayaan diri sendiri dunia dan akhirat. Mencipta kemahiran adalah
perkara yang perlu dilaksanakan untuk diri sendiri bagi mempertingkatkan daya saing
dan integriti diri bagi memenuhi ruang kerjaya bagi graduan. Justeru, untuk bersaing
membina kerjaya yang baik, adalah perlu mempunyai literasi ICT abad ke 21 dan
kemahiran boleh pindah dalam diri. Berdasarkan hasil kajian ini memberikankan
panduan dalam sistem pendidikan di peringkat pengajian tinggi mengenai tahap literasi
ICT dalam kalangan mahasiswa pada masa kini dan dapat menggabungkan teori dan
menghasilkan kajian yang lebih komprehensif. Pihak institusi pengajian tinggi juga
dapat menyediakan keperluan insfrastruktur teknologi ICT yang dapat memenuhi
kehendak mahasiswa. Dengan ini dapat meningkatkan mutu graduan dari segi
pemahaman dan dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh secara holistik. Keadaan
ini sejajar dengan transformasi negara yang ingin menghasilkan ulul albab dan
cendekiawan yang bukan hanya mahir dalam ilmu yang dipelajari di pengajian tinggi,
tetapi dapat mengaplikasikan ilmu tersebut untuk berjaya dalam kerjaya dan berfungsi
kepada masyarakat dan negara.

RUJUKAN

Al-Quran Nur Karim


Abdul Manaf.S.Z, D., .R. Mohamad Zaid,.A.S., Salleh.,.N. Hamdan,A., Aqsha Lubis.
(2012). Students of the University of Skills Computer Use and Internet (Web
2.0) in among Generation Y. World Conference On Islamic Thought &
Civilization Contemporary, Challenges and Realities, Page 118.
Alsagoff, Z. A. (2004). UNITARs Experience with Online Live Tutorials. Published
in IJCIM (International Journal of The Computer, The Internet and
Management, 2004) URL: http://www. elearning. au. edu/research/elear
ning_conference_2004/index. html.
509 The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)

Bagozzi, R. P., & Yi, Y. (1988). On the evaluation of structural equation models.
Journal of the academy of marketing science, 16(1), 74-94.
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2001). Applying the Rasch model: Fundamental
measurement in the human sciences: Lawrence Erlbaum.
de Hoyos, M., Green, A. E., Barnes, S.-A., Behle, H., Baldauf, B., & Owen, D. (2013).
Literature Review on Employability, Inclusion and ICT, Report 2.
Din, R. (2010). Development and Validation of an Integrated meaningful hybrid e-
training (I-met) for Computer science theoretical-Empirical Based Design and
Development approach. Unpublished thesis, UKm, malaysia.
Feair, M. A., & Esa, A. (2012). Penerapan kemahiran keusahawanan menerusi
kokurikulum badminton dalam kalangan pelajar UTHM.
Fornell, C., & Larcker, D. F. (1981). Structural equation models with unobservable
variables and measurement error: Algebra and statistics. Journal of marketing
research, 382-388.
Gefen, D., Straub, D., & Boudreau, M.-C. (2000). Structural equation modeling and
regression: Guidelines for research practice. Communications of the
association for information systems, 4(1), 7.
Hair, J. F., Anderson, R. E., & Tatham, R. (1998). Black. WC, 1998, Multivariate Data
Analysis. Structural Equation Modeling, 5, 577-666.
Hamdan, A., Din, R., & Manaf, S. Z. A. (2012). Penerimaan m-Pembelajaran dalam
Sistem Pendidikan di Malaysia melalui The Unified Theory of Acceptance and
Use of Technology (UTAUT): Satu Analisis Literatur. Paper presented at the
1st International Conference on Mobile Learning, Application & Services.
Katz, I. R. (2013). Testing information literacy in digital environments: ETS's iSkills
assessment. Information technology and Libraries, 26(3), 3-12.
Kishore, S. (2013). Value-Addition for Empowerment and Employability through
Intervention of ODL Mode of IGNOU. Turkish Online Journal of Distance
Education, 14(1), 185-192.
McQuaid, R. W., Green, A., & Danson, M. (2013). Introducing employability.
Employability and Local Labour Markets, 1.
Nunally, J. C., & Bernstein, I. H. (1978). Psychometric theory: New York: McGraw-
Hill.
Podsakoff, P. M., MacKenzie, S. B., Lee, J.-Y., & Podsakoff, N. P. (2003). Common
method biases in behavioral research: a critical review of the literature and
recommended remedies. Journal of applied psychology, 88(5), 879.
Ringle, Christian M., Wende, Sven, & Becker, Jan-Michael. (2014). Smartpls 3.0.
Hamburg: SmartPLS. Retrieved from http://www.smartpls.com
Salmon, P., & Young, B. (2011). Creativity in clinical communication: from
communication skills to skilled communication. Medical education, 45(3),
217-226.
Senior, C., Reddy, P., & Senior, R. (2014). The relationship between student
employability and student engagement: working toward a more unified theory.
Frontiers in psychology, 5.
Stewart, T. (2013). New year, new iPad. Behaviour & Information Technology, 32(1),
1-3.

Anda mungkin juga menyukai