Anda di halaman 1dari 10

Tips atau panduan menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah:

i. Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata.

ii. Mengenal pasti kata kerja yang sesuai, misalnya

menyuruh,meminta,mempersilakan,memberitahu,menerangkan,menjelaskan,melara
ng,menasihatkan dan sebagainya. Bagaimana untuk pelajar menentukan kata kerja
berkenaan? Jawapannya pelajar boleh menetukannya berdasarkan binaan ayat
cakap ajuk tersebut sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat silaan, ayat suruhan,
ayat larangan, ayat tanya, dan ayat seruan. Oleh sebab itu, pelajar perlu mahir
mengesan jenis ayat yang digunakan dalam cakap ajuk kerana pengecaman
jenis ayat berkenaan akan menentukan kata kerja yang perlu digunakan semasa
menulis ayat cakap pindah. Contohnya seperti di bawah:-

Jenis ayat ( Cakap Ajuk) Kata kerja boleh digunakan untuk semasa menulis
cakap pindah
Ayat penyata berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan,
menerangkan dan sebagainya yang sesuai
dengan situasi.

Ayat silaan mempersilakan, menjemput, mengundang,


mengajak.
Ayat permintaan meminta, merayu, menggesa, mencadangkan,
menasihati.
Ayat suruhan menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
Ayat larangan melarang, tidak membenarkan, menegah,
menghalang
Ayat tanya bertanya, menanyakan, menyoalkan, ingin tahu,
ingin kepastian.
Ayat seruan bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama
ada "marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi,
mencabar, merayu dan sebagainya".

iii. Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan,

contoh:

Semasa menukar cakap ajuk kepada cakap pindah, kata ganti nama diri,
kata ganti nama tempat, kata ganti nama tunjuk, kata keterangan masa, dan kata
keterangan cara akan berubah seperti di bawah. Pastikan pelajar peka dengan
pernyataan di atas supaya penghasilan cakap ajuk anda tepat dan
gramatis.

Golongan kata Ayat Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah

Kata ganti nama diri · saya, aku · dia, beliau


· kami · mereka
· beta · baginda
· awak, kamu, engkau · dia ,-nya
· kamu semua · mereka
· dia · -nya
Kata ganti nama · sini · situ
tempat
· ini · itu
· sekarang · masa itu
Kata ganti nama tunjuk
· hari ini · hari itu
· esok · keesokkan
harinya
· semalam
Kata keterangan masa · pada hari
· malam tadi
yang lepas
Kata keterangan cara
· kelmarin
· malam yang
· begini lepas
· dua hari
yang lalu
· begitu
Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada
Chan.
Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan
memberinya hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata
guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin
panas kerana berlakunya
penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru
disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke
sekolah pada hari tersebut.

iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya
makan ubat yang
diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan
kepada Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur
walaupun sudah
pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.


Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

Contoh 1:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda
dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.


Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan
semula jadi yang
indah.
Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara
seperti Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik
pelancong
tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu
memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang
mengunjungi pusat
percutian mereka.
Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam
negeri perlu
ditanam dalam diri.

Jawapan:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang
banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu
disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai
pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula
menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka
melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan
negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad
berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju
dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak
swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga
istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat
Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Contoh 2:

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan


menggunakan cakap pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu
Hassan.
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan
Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu.
Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari
yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan.

Jawapan:
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu
Hassan sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman
rumah dengan
mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat
mempersilakan Cikgu
Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di
dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan
mengatakan bahawa dia
tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak
teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas
rumah kerana
kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

Latihan 1

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan


menggunakan cakap pindah.
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata
Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya
itu. ............[ 6 markah ]

Latihan 2:

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.


“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata
belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk
tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk
Yahya .....................................[ 6 markah ]

Latihan 3:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang
masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan
duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya
yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim. .....[ 6
markah ]

Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi
Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah
dia. ...................[ 6 markah ]
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati : Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah,
sama-samalah kita
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin : Sebenarnya ibu Syikin
sakit. ........................................................[ 6 markah ]

JAWAPAN SOALAN 1:

1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.


2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.
3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu
berhubung dengan
rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam
mesyuarat pada hari Sabtu
akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan
menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

JAWAPAN SOALAN 2:

1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan


2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana
tempat itu bahaya
sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu
tinggal di
rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula
datuknya sudah
tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia
dan Comot

JAWAPAN SOALAN 3:

1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.


2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul
bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum
dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi
belum menjelaskan
yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk
perbelanjaan rawatan
abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
menjelaskan
perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau
merupakan seorang yang sangat garang.

JAWAPAN SOALAN 4:

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya


namanya kepada
Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin
mendapatkan kepastian
namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi
Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu
hanya semata-
mata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk
membelanja Mawi makan dahulu.

JAWAPAN SOALAN 5:

1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah


semalam.
2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya
dan menjelaskan
bahawa dia menghadapi masalah di rumah.
3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta
dia menceritakan
perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama
menanggung
kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.
4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.

a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:

1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)


i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.
ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.
2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu
menukarkannya semula kepada
bentuk asal seperti yang telah dipelajari dalam “menukarkan ayat cakap
ajuk kepada ayat
pindah”. Jika anda lupa, sila rujuk semula.
1. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk
mengelakkan
markah anda ditolak.

b. Contoh soalan dan jawapan:

Contoh 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang
banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu
disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai
pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula
menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka
melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan
negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad
berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju
dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak
swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga
istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat
Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu

[ 6 markah ]

Jawapan :
Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan


semula jadi
yang indah.

Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara


seperti Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik


pelancong
tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu


memberi potongan
harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian
mereka.

Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam


negeri perlu
ditanam dalam diri.

Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam
keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia
hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah
mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan
kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii
itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas
koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan
pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia
hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan:

Mak Limah : Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?


Pak Usop : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa
Koperasi Maju.
Mak Limah : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti
lapar.
Pak Usop : Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas
koperasi itu.
Mak Limah : Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop : Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

Anda mungkin juga menyukai