e-buku ini dihasilkan bertujuan untuk perkongsian ilmu dan maklumat sahaja.
Segala maklumat dan kandungan yang terdapat di dalam e-buku ini adalah
berdasarkan tulisan asal yang ditulis oleh Arya Putra dan dibukukan dalam bentuk
e-buku oleh beliau untuk tujuan penerbitan dan perkongsian ilmu.
e-buku ini adalah hasil kajian dan pengalaman beliau sendiri dan disertakan juga
pautan rujukan.
Kami dari pihak OMG! Hackers? tidak akan bertanggung jawab ke atas mana-
mana kerugian, kecederaan fizikal ataupun mental, kehilangan yang ditanggung
oleh orang perseorangan atau sebagainya, yang berlaku akibat dari panduan dan
penggunaan dari mana-mana kandungan di dalam e-buku ini, sama ada secara
langsung atau tidak langsung.
Penghargaan
Tidak lupa juga ingin penulis ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
khususnya kepada isteri yang tersayang, Nazirah Ruslan, yang tidak jemu-jemu
menyokong serta memberi semangat kepada penulis sehingga terbitnya kembali
e-buku ini. Juga kepada ibu dan adik-adik yang penulis kasihi. Mereka ini telah
banyak memberikan dorongan kepada penulis agar tidak berputus asa dalam
menyiapkannya.
Dengan terhasilnya e-buku ini, besarlah harapan penulis agar ilmu yang penulis
kongsikan di sini, dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan bangsa, agama,
keturunan, dan tidak kira apa jua jantina sekalipun. Semoga ia menjadi bahagian
yang berguna buat penulis di akhirat kelak.
Sekian.
Kata Pengantar
Di dalam e-buku ini, penulis ingin berkongsi sedikit-sebanyak tentang apa yang
kita katakan sebagai Anonymous Surfing/Web Browsing atau Pelayaran Tanpa
Nama. Ia diinspirasikan dari e-buku versi bahasa inggeris, Protect Your Privacy.
SALAM KEJAYAAN.
Ikhlas..
Arya Putra
Isi Kandungan
Penafian/Disclaimer Notice 3
Penghargaan 4
Kata Pengantar 5
Pengenalan 7
Perbincangan Lanjutan 13
Pautan-Pautan Rujukan 18
Pengenalan
Saya telah banyak sekali mengutarakan hal ini dalam blog yang saya kendalikan
iaitu OMG! Hackers?, berkenaan dengan satu perkara yang telah menjadi root
dalam kehidupan saya iaitu Anonymous Surfing.
Kenapa? Apakah sebabnya? Ini adalah kerana saya sama sekali tidak bersetuju
dengan terma sekatan internet. Internet adalah untuk semua. Ia seharusnya
dibebaskan dari belenggu sekatan yang menyusahkan. Namun tahukah anda
disebalik sekatan itu, saya juga telah belajar kaedah melepasinya. Kaedah inilah
yang saya namakan sebagai Anonymous Surfing atau Pelayaran Tanpa Nama.
Apa juga yang anda lakukan di internet, jika hendak diikutkan adalah TIDAK
SELAMAT. Ya. Kerana setiap yang anda lakukan akan ditujukan kembali kepada
anda. Percaya atau tidak, alamat IP anda adalah punca kepada segalanya.
Segala yang anda lakukan, seperti muat turun gambar, perisian, melayari laman-
laman sesawang, blog, semuanya akan dikumpulkan dan ditujukan kepada anda
kembali. Silap langkah anda bakal menjadi mangsa kepada penggodam yang siap
mengumpulkan maklumat peribadi anda melalui kaedah Information Gathering.
Di sinilah peri pentingnya Pelayaran Tanpa Nama. Mari kita buka bicara dan
minda, usah terbuai dek keasyikan internet tanpa mengetahui terdapat jurang
dalam di hadapan, sang pemangsa yang rakus, dan pelbagai lagi rintangan andai
ANDA tidak bersedia.
Alamat IP, seperti yang diperkatakan pada awal e-buku, dapat diibaratkan seperti
kad pengenalan, ataupun alamat rasmi komputer anda. Ia membantu komputer-
komputer lain untuk mengenal pasti kedudukan komputer anda, dan
menghantarkan maklumat yang diminta oleh anda dengan tepat, sama ada
maklumat tersebut adalah berupa sebuah laman web atau jenis-jenis data yang
lainnya.
Samalah halnya dengan penggodam dan pencuri identiti. Dengan alamat IP anda,
informasi diri anda akan dikumpul sebelum melakukan godaman terancang.
Ketelitian ini bermula dari alamat IP.
Jika anda kagum dengan kebolehan GPS yang dapat mengesan kedudukan anda,
anda patut lebih kagum dengan IP. IP dapat mendedahkan lokasi semasa anda,
tidak kiralah anda menggunakan komputer di rumah, di pejabat, mahupun di kafe
siber. Berikut adalah beberapa maklumat yang didedahkan olehnya:
2. Nama aplikasi.
3. Versi aplikasi.
7. Platform anda.
General IP Information
IP: 64.71.142.198
Decimal: 1078431430
Hostname: 64.71.142.198
ISP: Hurricane Electric
Organization: EGIHosting
Services: Suspected network sharing device
Type: Corporate
Assignment: Static IP
Blacklist:
Geolocation Information
Pada muka surat sebelumnya, anda dapat lihat di situ perincian maklumat yang
diberikan oleh laman web tersebut setelah mengimbas kedudukan alamat IP.
Ujian dilakukan pada pelayar web Firefox, menggunakan Addon Cocoon untuk
menyembunyikan IP dan ternyata ia berjaya. Alamat IP asal berjaya
disembunyikan dan sebaliknya alamat IP dari pembekal perkhidmatan Cocoon
yang terpapar. Ketika ujian dilakukan, saya berada di pejabat, di Malaysia dan
apabila alamat IP telah disembunyikan, saya terpapar sedang berada di United
States!
Perbincangan Lanjutan
Setelah anda membaca sehingga muka surat yang ke 13 ini, dapatlah saya
simpulkan bahawa kini anda mengerti akan peri pentingnya Anonymous Surfing.
Mari kita imbas kembali beberapa isi-isi penting:
Pelayaran Tanpa Nama ini ringkasnya ialah melayari internet tanpa menggunakan
alamat IP asal, atau lebih mudah difahami, alamat IP asal disembunyikan.
Terdapat pelbagai cara yang saya telah bincangkan melalui blog saya. Antaranya
ialah penggunaan proksi, perisian berasaskan proksi, VPN, SSH Tunneling dan
sebagainya. Anda boleh rujuk blog saya pada pautan
http://www.omghackers.com/ untuk maklumat lanjut.
Jawapannya Ya dan Tidak. Tidak, kerana lokasi fizikal yang tepat seperti nama
jalan dan rumah tidak dapat ditelusuri melalui IP. Ya, kerana alamat IP anda bukan
rahsia. Setiap hubungan dan komunikasi anda di internet adalah terhubung
melalui IP. Permainan dalam talian, pelayaran ke laman sesawang mahupun
forum-forum, IP adalah perkara penting sebelum dapat anda berhubung dengan
komuniti. Cuma anda yang tidak menyedarinya.
Ya dan Tidak. Bergantung kepada apa yang anda lakukan, undang-undang itu
bakal mengetuk pintu rumah anda andai anda melakukan jenayah siber. Kecurian
identiti dan penggodaman terancang adalah perkara yang tidak dapat dimaafkan.
Jadi gunakanlah servis tersebut dengan sebaiknya. Gunakan untuk perkara yang
mendatangkan faedah dan kebaikan, seperti yang telah disebutkan pada laman-
laman sebelum ini.
Ya, selagi anda tidak melanggar undang-undang dan melakukan jenayah siber, ia
adalah sah.
Pro:
1. Anda boleh memperoleh lebih dari satu akaun pada laman yang telah
menyekat IP anda.
2. Jika anda telah disekat dari forum, anda boleh menggunakan IP yang berbeza
untuk membuat akaun baharu.
5. Dapat memuat turun lebih banyak fail, perisian, lagu secara serentak.
Kontra:
Jika ditanya pada sama, sama ada lebih baik untuk menyembunyikan IP atau
tidak, sudah pastinya saya menjawab, YA.
Kita bercerita mengenai keselamatan, dan tajuk e-buku ini pula berkisar mengenai
penggodam. Ya, setelah panjang lebar penerangan diberikan, saya dapat
menjangka anda pasti bersetuju sekiranya saya melabelkan penggodam yang
sempurna itu ialah penggodam yang mahir selok-belok Anonymous Surfing.
Ini adalah kerana selain bertindak menyelamatkan diri dari dikesan, ia juga dapat
membantu diri penggodam itu sendiri supaya berasa selamat dari ancaman atau
anasir luaran yang juga datang dari penggodam sepertinya.
Bertindak lah dari sekarang. Saya sarankan penggunaan OpenVPN untuk prestasi
dan kelajuan internet yang maksimum. Anda boleh rujuk
https://mytunnel.us/vpn/ untuk langganan servis VPN yang terbaik di Malaysia.
Jangan lupa juga jika tidak keberatan, sebarkan e-buku ini untuk panduan kawan-
kawan, saudara-mara, sahabat-handai, sanak-taulan, ewaaahhh..
Pautan-Pautan Rujukan:
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Anonymous_web_browsing
2. http://whatismyipaddress.com/hide-ip
3. http://www.omghackers.com/2011/11/kenapa-anonymity-penting-kepada-semua.html
4. http://www.vpnsurfing.com/
5. http://en.wikipedia.org/wiki/Tor_(anonymity_network)
6. http://en.wikipedia.org/wiki/Virtual_private_network
7. http://en.wikipedia.org/wiki/Proxy_server
8. http://compnetworking.about.com/od/networksecurityprivacy/f/what-is-hacking.htm
9. http://searchsecurity.techtarget.com/definition/hacker
10. http://en.wikipedia.org/wiki/Computer_crime