Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KEJOHANAN MERENTAS DESA


SK AIR MERAH
KALI KE-15 TAHUN 2017

Kemuncak : 25 JAN 2017 (RABU)


Masa : 07.30 Pagi hingga 10.15 Pagi
PENGENALAN

Kejohanan Merentas Desa SK Air Merah merupakan acara tahunan yang mesti
dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah.
Kejohanan ini akan melibatkan semua murid Tahap 2 iaitu murid tahun 4,5 dan 6. Melalui
acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan didik supaya
mencapai kecemerlangan di bidang sukan.

RASIONAL

Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid
yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai
insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut
melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif
dalam bidang sukan.

MATLAMAT

Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam
bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan
mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan. Program ini juga bertujuan menyahut
seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras
dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan.

OBJEKTIF

Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid.


Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan didalam diri murid-murid.
Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya
tahan murid.
Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan.
Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing
masing.
Memastikan murid murid akan berkembang secara seimbang dari segi
jasmani,rohani, emosi dan intelektual.
Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi
arahan.

TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 25 Januari 2017

Hari : Rabu

Masa : 07.30 pagi hingga 10.15 pagi

Tempat : Padang SK. Air Merah


KUMPULAN SASARAN

TAHAP 2 Murid Tahun 4,5 dan 6

STRATEGI PELAKSANAAN

Penubuhan Jawatankuasa Merentas Desa


Mengadakan Mesyuarat menentukan tempat, masa, dan tugas untuk memastikan
kejohanan berjalan dengan lancar.
Menjalankan latihan merentas desa pada setiap kali perjumpaan latihan sukan.
Menyediakan borang-borang penyertaan dan pemarkahan.
Memberikan taklimat dan jadual serta pelan merentas desa kepada guru dan staf
terbabit.
Kejohanan diadakan pada 25 JAN 2015 (RABU)

JAWATANKUASA PENGELOLA MERENTAS DESA SK AIR MERAH 2017

Pengerusi : Pn. Hjh Che Indon Binti Osman


(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn. Umirah Binti Hussin


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi I : En. Rahman Talib Bin Mamat


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi II : Pn. Norzita Binti Hussin


( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Pn. Fatimah Binti Murad


(Penolong Kanan Pendidikan Khas)

Setiausaha : En . Muhammad Amirul Syarief bin Siswono


(Setiausaha Sukan Sekolah)

Pen.Setiausaha I : Pn. Noor Haliza Bt Mohd Rafie


(Naib Setiausaha Sukan Sekolah)

Bendahari : Pn. Umi Syafiqah@Kesum Bt Hassan


(Bendahari Sekolah)

:
JAWATANKUASA PELAKSANAAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN
2017

MARSHALL PENCATAT KEPUTUSAN


1. EN AHMAD BUKHARI B M. PN KHAIRUN NADHIRAH BINTI IBRAHIM
TAHA(KETUA) (HIJAU)
2. EN ANUAR REDZUAN B AHMAD PN SARINA BINTI SAMAD (BIRU)
HUSNI PN JULIANA BT MD. AKHIR (KUNING)
3. EN ABD. GHAFAR B ZAKARIA PN SITI HARLINA BINTI ROSLY (MERAH)
4. EN AHMAD KHAIRUDDIN AZAHRI
5. EN KALAISELVAM A/L MURUGAN

PELEPAS / SIARAYA HADIAH DAN PENERIMA HADIAH


1. EN KALAISELVAM A/L 1. CIK NUR SYAHIRAH SYAZA
MURUGAN (PRAKTIKUM)
2. CIK RAJA
NORAZLINDA(PRAKTIKUM)
3.
SENAMROBIK CHECK POINT 1
1. PN ANZALINA BINTI ABDUL MAJID 1. PN. HASLINA BINTI OTHMAN
2. PN SOO KWON KIEOW

CHECK POINT 2 CHECK POINT 3


1. PN NOOR HAYATI BT TERMIZI 1. PN. HASNIZA BT BAHAROM
2. PN. SAADIAH BINTI BINTI JAAFAR 2. PN. SUZANA BT YAHYA
CHECK POINT 4 CHECK POINT 5
1. PN. SHARINA BT SHAMSUDIN 1. CIK TUNKU AZLINA BT TUNKU
2. PN. SITI FADZILAH BT ARSHAD ISMAIL
2. CIK HIA PEI TING (PRAKTIKUM)
PERALATAN/KERUSI/MEJA DOKUMENTASI
1. EN MAHAYUDIN B ABU BAKAR 1. PN. SARAH BT ISMAIL
2. EN AHMAD KHAIRUDDIN AZAHRI

PENGACARA PENAMAT
1. PN. SAADIAH BINTI BINTI JAAFAR 1. PN. FAUZIAH BT YAHYA
2. PN. HAZLINDA BT HAMIDI

PENJAGA MASA PENCATAT MASA


1. PN SURYANIZA BINTI 1. PN HALIMATUN SAADIAH BT ABU
WAHAB(KETUA) BAKAR
2. PN ZAHARANI BINTI MOHD. 2. PN PARAMESWARY A/P MANOGA
YUSOFF
PERBELANJAAN
SUMBER PENDAPATAN: PERUNTUKAN WANG KOKURIKULUM

BIL PERKARA JUMLAH


1 Hadiah (pingat RM5 x 60) RM 300.00

JUMLAH BESAR RM 300.00

ATURCARA MAJLIS

TARIKH : 25 JAN 2017 (RABU)

07.45 08.15 pagi - Pengurusan peserta

08.15 08.45 pagi - Senamrobik

08.45 09.45 pagi -ACARA DIMULAKAN

- Murid Tahun 4-Perempuan

- Murid Tahun 5- Perempuan

- Murid Tahun 6- Perempuan

- Murid Tahun 4- Lelaki

- Murid Tahun 5- Lelaki

- Murid Tahun 6-Lelaki

09.45 10.15 pagi - UPACARA PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH

10.15 pagi - BERSURAI

Disediakan oleh, Disemak oleh,


.. .

(MUHD AMIRUL SYARIEF BIN SISWONO) (PN. UMIRAH BINTI HUSSIN)


Setiausaha Program Pen. Kanan Kokurikulum SK Air Merah

Disahkan oleh,

(PN. HJH CHE INDON BINTI OSMAN)

Guru Besar Sk Air Merah

Anda mungkin juga menyukai