Anda di halaman 1dari 1

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Cantiknya Diriku.

Objektif : Pada akhir sesi, murid dapat:


1. Mengenal pasti dan membezakan ciri ciri fizikal masing masing .

2. Menerima dengan positif akan keadaan rupa parasnya.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan : Kertas lukisan atau kertas A4

Langkah- : Set Induksi


langkah
Guru Bimbingan dan Kaunseling memulakan aktiviti ini dengan
bercerita tentang diri sendiri.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan sekeping kertas dan


meminta murid melukiskan wajah mereka.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menggunakan


ruang kertas secara maksimum.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memilih salah satu


bahagian di wajah mereka yang paling disukai. ( Contoh : mulut,
mata, hidung )

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menerangkan


sebab mereka memilih bahagian tersebut.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang keunikan dan kelebihan semua murid dengan
memberi penekanan kepada kebersihan hati.

Penilaian : Murid dapat menerima diri seadanya dan tidak merasakan kekurangan
diri.

Rumusan : Belajar mensyukuri keunikan diri sendiri dan menerima kekurangan


diri.
Falsafah : 1. Manusia perlu bersyukur dengan anugerah Tuhan .
2. Manusia perlu menghargai kelebihan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai