Anda di halaman 1dari 4

IBADAH : Kesan Khusyuk

KHUSYUK SOLAT

1) Pengertian

a) Bermaksud tunduk atau merenendah diri


b) Didalam solat bermaksud tunduk dan merendah diri dengan menumpukan
fikiran, menenangkan hati dan anggota semata-mata kerana Allah

2) Dalil Al Quran



Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman , iaitu mereka yang khusyuk
didalam solat
Surah Al-Mukminun : 1 - 2

3) Usaha ke arah khusyuk

a) Perbuatan hati
- Menginsafi kekurangan dan kelemahan diri berbanding dengan kekuasaan dan
keagungan Allah
- Menumpukan perasaan dan hati ketika solat
- Menggambarkan bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah
b) Peranan Akal
- Menumpukan fikiran bahawa kita sedang bermunajat kepada Allah yang Maha
Kuasa
- Memahami apa yang dilafazkan
- Melupakan segala urusan keduniaan
c) Peranan Anggota
- Tidak bergerak-gerak kecuali yang berkaitan dengna solat
- Melihat tempat sujud
- Melakukan setiap rukun fi'li dengan sempurna

3) Perkara-perkara yang menghilangkan khusyuk

a) Tidak faham maksud ayat dan bacaan yang dibaca


b) Terlalu banyak angan-angan
c) Melakukan dosa dan maksiat
d) Memikirkan perkara keduniaan seperti kerja
e) Makanan dan minuman dari sumber yang haram
f) Anggota badan tidak tetap
g) Mata tidak memandang tempat sujud
h) Melakukan solat secara tergesa-gesa

4) Hikmah Khusyuk

a) Solat diterima Allah


b) Meningkat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
c) Ikhlas dalam setiap amalan
d) Mendapat keberkatan dalam kehidupan
e) Membentuk sahsiah yang mulia
f) Terhindar daripada melakukan berbuatan keji dan mungkar

10 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat


10 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat

10 Cara Untuk Khusuk Dalam Solat

Salam Isnin untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi pilihan kita untuk
dikongsikan dengan semua adalah mengenai 10 cara untuk kita khusuk dalam
solat. Kita semua sedia maklum bahawa, solat adalah raja segala ibadah. Ianya
diturunkan kepada kita sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat yang Allah
berikan kepada kita.

Sebagai seorang Islam, solat adalah keutamaan kita. Ianya adalah merupakan
pertemuan rasmi kita dengan Allah sekurang-kurangnya lima kali sehari
semalam. Jika dalam pertemuan kita dengan manusia kita ingin melakukan yang
terbaik, apatah lagi dengan Allah. Raja segala yang terdapat di atas mukabumi ini.
Pastinya kita inginkan yang sempurna dan terbaik. Penuh khusyuk dan tawadduk.
Untuk mendapatkan yang terbaik kita perlu pastikan kita melakukan persediaan
yang rapi dari segi jasmani dan rohani. Antara perkara yang kita harus lakukan
adalah:

1. Solat tepat pada waktunya. Jangan suka lengahkan solat


2. Persiapkan diri untuk mengadap Allah dengan melakukan wuduk yang sempurna.
3. Jauhi segala kemungkaran
4. Berniat dengan betul. Solat hanya untuk Allah.
5. Ambil masa sewaktu solat. Tidak terburu-buru
6. Pastikan setiap pergerakan kita adalah sempurna dan betul
7. Ingat Allah dalam setiap setiap bacaan dan pergerakan kita
8. Ingatkan kematian dan solat yang kita buat adalah solat yang terakhir
9. Faham maksud setiap ayat yang kita ungkapkan.
10. Berzikir dan berdoa selepas solat.

Moga-moga Allah menerima solat kita dan mempermudahkan segala urusan kita
didunia dan diakhirat. Aminn

Anda mungkin juga menyukai