Anda di halaman 1dari 10

Ujian Bulanan 1 Bahasa Malaysia Tahun 4

Nama : ( ) Markah :
Kelas : 4 Tarikh : 08/02/2015
T/tangan ibu bapa:
Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan A, B, dan C. Jawab semua soalan. Anda
dikehendaki memilih satu jawapan yang paling tepat.

(A) Soalan 1- 30
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Tandas awam itu sungguh kerana dijaga dengan baik.


A. kotor
B. bersih
C. busuk

2. Berhati-hati ketika berjalan di atas lantai yang terlalu itu.


A. licin
B. kasar
C. panas

3. Air sungai itu mengalir dengan kerana dipenuhi sampah sarap.


A. perlahan
B. deras
C. bersih

4. Kita perlu bersenam setiap hari supaya badan


. A. lemah
B. sihat
C. gemuk
5. Kuku yang perlu dipotong.
A. panjang
B. kotor
C. pendek

6. yang disediakan oleh emak sungguh enak.


A. Memakan
B. Makanan
C. Makan

Soalan 7 berdasarkan gambar 1.

Gambar 1
7. Rishikumaran internet untuk mencari maklumat.
A. merujuki
B. melayari
C. membaca

8. Pokok-pokok padi yang telah masak itu kelihatan di tengah sawah.


A. menguning
B. menghijau
C. membiru

9. Air sungai itu telah kerana dipenuhi sisa toksik dari kilang.
A. tercemar
B. mencemar
C. pencemar
Soalan 10 berdasarkan gambar 2.

Gambar 2

10. Harun Gunung Kinabalu bersama dengan kawan-kawannya.


A. mendaki
B. mengikuti
C. berlari

11. Saya membeli lima jagung bakar di pasar malam.


A. tandan
B. tongkol
C. biji

Soalan 12 berdasarkan gambar 3.

Gambar 3

12. Se pokok tumbang semasa ribut melanda malam


tadi. A. helai
B. batang
C. kawan
Soalan 13 berdasarkan gambar 4.

Gambar 4

13. Pak Ali membawa se pisang untuk dijual di pasar.


A. tandan
B. sikat
C. batang

14. Pilih ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan yang betul.


A. Adik telah menghabiskan sekawan pisang.
B. Di kampung itu terdapat sebidang sungai.
C. Bapa menghadiahi ibu seutas rantai emas.

Soalan 15 berdasarkan gambar 5.

Gambar 5

15. Ayah menghadiahkan se bunga kepada emak pada Hari Ibu yang
lalu.
A. sisir
B. jambak
C. batang
Soalan 16 berdasarkan gambar 6.

Gambar 6

16. Lelaki itu menjual se durian di tepi jalan.


A. longgok
B. kumpulan
C. biji

17. kelihatan bercahaya pada waktu


malam. A. Anai-anai
B. Jentik-jentik
C. Kelip-kelip

18. suka membiak di dalam air yang bertakung.


A. Tetamu
B. Kekura
C. Jejentik

19. Ibu memasukkan beberapa biji ikan ke dalam sup itu.


A. pepohon
B. lelangit
C. bebola
20. Thurgaiyammah menyusun cerita lamanya di dalam sebuah kotak.
A. buku-buku
B. layang-layang
C. surat-surat

21. Lipas menggunakan nya untuk mengesan sesuatu bau dan


benda. A. lelangit
B. sesungut
C. jejari

22. Bermain amat sesuai semasa angin kencang.


A. kelip-kelip
B. layang-layang
C. kuda-kuda

23. Aini amat meng tentang kebersihan tempat tidurnya.


A. ambil berat
B. minta diri
C. anak kunci

Soalan 24 berdasarkan gambar 7.

Gambar 7
24. Mohan ingin kakaknya menjadi pemain boling yang terkenal.
A. minta diri
B. ikut jejak
C. salah sangka
25. Kok keong tersenyum sambil menunjukkan yang manis.
A. air muka
B. ikut jejak
C. minta diri

26. Murid-murid dan guru-guru di padang semasa sukan sekolah


diadakan.
A. mandi peluh
B. besar hati
C. titik peluh

27. Ibu Azim apabila anaknya mendapat johan dalam pertandingan


tersebut.
A. ringan tulang
B. besar hati
C. mata pencarian

28. Pilih kata ganda penuh yang menunjukkan nama binatang.


A. gula-gula
B. riang-riang
C. langit-langit

29. Pilih kata ganda penuh yang menunjukkan nama benda.


A. jentik-jentik
B. dekak-dekak
C. biri-biri

30. Pilih pasangan kata berimbuhan akhiran yang betul.


A. baca -------- membaca
B. bina -------- membina
C. hidup -------- hidupan
(B) Soalan 36-40
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Semasa melawat ke Sabah, keluarga Swee Bee sempat ke kaki Gunung Kinabalu. Di
sana terdapat satu kawasan yang sungguh nyaman iaitu Kundasang.

Di Kundasang, udaranya nyaman dan sangat terkenal dengan tanaman pelbagai


jenis sayur-sayuran yang segar. Pokok-pokok sayur ini ditanam di lereng-lereng kaki
gunung menjadikan kawasan itu menghijau dan senang mata memandang.

Ramai pelancong datang ke sini untuk berehat sebelum atau selepas mendaki
Gunung Kinabalu. Ada juga yang datang untuk membeli sayur-sayuran, bunga-
bungaan dan buah-buahan yang segar dari sana sambil menikmati udara yang tidak
tercemar di sana.

31. Ke manakah keluarga Swee Bee telah melawat?


A. Ke Kota Kinabalu
B. Ke Gunung Kinabalu
C. Ke Sabah

32. Kundasang sangat terkenal dengan


A. gunung yang tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu
B. tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan
C. udara yang tercemar

33. Di manakah sayur-sayuran ditanam di Kundasang?


A. Di lereng-lereng kaki gunung.
B. Di Gunung Kinabalu
C. Di kaki gunung
34. Mengapakah orang ramai suka datang ke Kundasang?
A. Untuk menjual sayur-sayuran.
B. Untuk menanam sayur-sayuran.
C. Untuk membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.

35. Bagaimanakah keadaan udara di Kundasang?


A. Tercemar
B. Tidak tercemar
C. Panas

(C) Soalan 31-35


Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pertandingan Bercerita

Tarikh : 9 Julai 2010 (Jumaat)

Masa : 4.15 petang

Tempat : Dewan sekolah

Kelayakan : Semua murid Tahun 3

Pendaftaran : sesiapa yang berminat, sila isi borang pendaftaran.

Borang pendaftaran boleh didapati melalui guru kelas.

Tarikh Tutup :2 Julai 2010 (Jumaat)

Hadiah yang ditawarkan:

Tempat pertama : RM50 + Sebuah Kamus Dewan

Tempat kedua : RM50 +Dua buah buku cerita

Tempat ketiga : RM20+ Sebuah buku cerita

Lima hadiah sagu hati : Sebuah buku cerita


36. Di manakah pertandingan bercerita akan diadakan ?
A. Dewan sekolah
B. Kantin sekolah
C. Bilik komputer

37. Dengan siapakah borang pendaftaran boleh didapati?


A. Ketua darjah
B. Guru kelas
C. Pengawas

38. Bilakah tarikah tutup pendaftaran bertandingan bercerita?


A. 9 Julai 2010
B. 2 Julai 2010
C. 3 Julai 2010

39. Siapakah yang layak menyertai pertandingan tersebut?


A. Murid-murid Tahun 3
B. Murid-murid Tahun 2
C. Murid-murid Tahun 1

40. Apakah hadiah yang disediakan untuk pemenang tempat pertama?


A. Rm50 dan sebuah Kamus Dewan
B. Rm50 dan dua buah buku cerita
C. Rm20 dan sebuah bukuk cerita

---------------------------------------------------- TAMAT ------------------------------------------------------------

Disediakan oleh : M.Sathiaseelan

Anda mungkin juga menyukai