Anda di halaman 1dari 44

1.

0 PENDAHULUAN

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.


Perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya
dan baik isinya". Dalam erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan
sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada tertulis atau tidak.
Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga
bentuk lisan. Dalam kehidupan harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan
sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik
yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Penggunaan peribahasa
dan perumpamaan dalam kehidupan seharian juga merupakan salah satu sastera.

Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat


berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan
bangsa Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam
mata pelajaran bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah
menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan
murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan
membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya
ke arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan masyarakat.

Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial
(JERIS). Komponen sastera meliputi pendedahan bahan-bahan sastera seperti
pantun, syair, perambahan, drama, cerpen dan hikayat. Kesimpulannya,
kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Sastera juga
adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa
yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

1
2.0 TUGASAN 1 : KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN TEKS SASTERA
DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

2.1 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Teks Sastera

Menurut Mengater Simanjuntak (1982), kaedah lebih menekankan


penyusunan langkah-langkah untuk menyampaikan P&P secara sistematik
berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran. Langkah-langkah P&P
disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada
urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses P&P yang
berkesan. (Asmah Hj Omar,1984)

Selain itu, kaedah berbentuk prosedur yang terdiri daripada


langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti
dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. Dalam pengajaran
kesusateraan Melayu, terdapat empat kaedah yang boleh diguna pakai
iaitu kaedah struktural, kaedah mengalami menghayati, kaedah berfokus
dan kaedah global.

2.1.1 Kaedah Mengalami Menghayati

Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera.


(Maslan Salleh, 2013). Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih
mementingkan kebolehan murid untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang
terkandung dalam karya sastera. Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati
dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui
aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh
digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama
tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian. Berikut merupakan
konsep-konsep kaedah mengalami dan menghayati:

1) Merupakan jalan, cara, susunan, proses dan prosedur pengajaran yang teratur.

2) Kaedah merupakan proses memindahkan kefahaman itu kepada murid.

3) Kaedah ini diperhalus dalam bentuk jalan, cara, susunan, proses dan prosedur
yang mengandungi langkah-langkah pengajaran.

2
4) Hendaklah mampu merasai sesuatu perasaan atau pandangan dan memberi
pandangan atau penilaiannya sendiri.

5) Kaedah mengalami dan menghayati menekankan penikmatan.

6) Pendapat Goodman (1962) mengesyorkan supaya sesuatu pengalaman dikaji


mengikut apa yang ditanggapi oleh pembaca sendiri. (Maslan Salleh, 2013)

7) Tiap-tiap individu mempunyai pengalaman yang tersendiri, iaitu hasil daripada


himpunan pengalaman yang dilaluinya dan nilai-nilai pengalaman itu sendiri.

Ciri-Ciri Kaedah Mengalami dan Menghayati

Kaedah ini memerlukan setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri hasil


daripada pengalaman lalu dan nilai warisan. Dalam kaedah ini, pengalaman dan
penghayatan murid diutamakan. Selain itu juga, guru perlu membimbing murid dan
mendapatkan emosi dan pengalaman daripada karya.

Objektif terakhir pengajaran kesusasteraan ialah penikmatan dan


penghayatan. Analisis pengalaman murid sangat penting. Penggunaan BBB amat
digalakkan dalam mengaplikasikan kaedah ini. BBB dan teknik menyoal akan
membantu guru bagi mencapai objektif pengajaran. BBB amat penting dalam
mewujudkan penikmatan dan penghayatan. Antara alat-alat yang sesuai ialah pita
rakaman, gambar-gambar, kostum serta objek sebenar tentang sesuatu perkara. Di
samping itu, murid perlu diberikan peluang membaca karya-karya kesusasteraan
dahulu dalam masa tertentu untuk memperoleh kesan keseluruhan penghayatan.
Elemen-elemen struktur akan disentuh secara tidak langsung dalam perbincangan
tentang keindahan karya.

Kaedah ini juga melatih murid menggunakan fikiran dengan kritis dan kreatif.
Keadaan ini boleh dicapai melalui teknik menyoal yang sistematik Dalam situasi ini,
soalan bertujuan mencungkil pandangan, pendapat, pertimbangan dan penilaian
murid. Jawapan yang diberi berdasarkan daya kreatif dan imaginasi masing-masing.
Sekiranya kaedah ini diaplikasikan, murid perlu menjalankan aktiviti bersama

3
bimbingan guru dan amat dipentingkan. Murid digalakkan melakonkan episod-episod
sendiri dan membincangkan persoalan-persoalan tertentu yang wujud dalam fikiran
masing-masing tanpa ditetapkan acuannya terlebih dahulu oleh guru. Dalam hal ini
teknik perbengkelan amat sesuai digunakan. Keadaan ini akan menentukan
penglibatan murid secara menyeluruh. Selain itu, pendekatan ini membantu guru
mewujudkan sebuah kelas yang aktif dan hidup. Murid juga dapat membina
kemahiran menganalisis melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.1.2 Kaedah Berfokus

Pendekatan berfokus ini diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat


Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984.
Pendekatan struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pendekatan ini iaitu
merupakan cabang kepada pendekatan yang mengkaji struktur karya sastera.
Pendekatan berfokus memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam
karya serta satu lagi struktur sampingan dalam satu masa pengajaran. Pengajaran
berfokus ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek bahasa iaitu
bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan
terutama unsur-unsur pengajaran.

Kaedah ini mengandungi dua tumpuan iaitu fokus utama dan fokus
sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama;
satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai
fokus sampingan. Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara
terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur
tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-Ciri Kaedah Berfokus

Dalam kaedah ini, fokus pengajaran berdasarkan isi utama manakala isi sampingan
menjadi perkara kedua penting. Untuk menjamin keberkesanan kaedah ini, langkah-
langkah penyampaian yang sistematik hendaklah dirancang oleh guru terlebih
dahulu. Selain itu, kaedah ini mengandungi satu fokus utama dan satu atau lebih
fokus sampingan. Biasanya fokus utama itulah yang menjadi objektif khas (eksplisit)
sesuatu pengajaran.

4
Pengajaran menggunakan kaedah ini menggunakan perkara-perkara yang
paling menonjol dalam sesebuah karya untuk dijadikan fokus utama. Penggunaan
BBB amat penting dalam mengaplikasikan kaedah ini, Guru boleh menggunakan
BBB seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta dan bahan-bahan bertulis.
Penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu
diberi keutamaan. Justeru, aktiviti seperti teknik perbengkelan sangat sesuai
dijalankan. Di samping itu, guru dan murid perlu membaca terlebih dahulu karya
kesusasteraan yang hendak disampaikan. Hal ini penting kerana mereka perlu
mendapat kesan penghayatan secara keseluruhan. Teknik penyoalan juga perlu
digunakan. Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik
untuk menarik minat pelajar.

Kaedah global ini membantu guru dan murid menjimatkan masa kerana
mereka tidak perlu membincangkan semua aspek dalam semua karya. Selain itu
kaedah ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru tidak membincangkan
sesuatu aspek bagi sesebuah karya itu secara khusus dan semata-mata untuk
memahami sesebuah karya.

Kaedah ini boleh digunakan oleh seseorang guru dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, dalam
memahami gaya bahasa sebuah sajak, aspek yang menjadi fokus ialah gaya
bahasa. Guru perlu membincangkan teknik mengesan gaya bahasa yang terdapat
dalam sebuah sajak, kemudian cuba mengaplikasikan teknik mengesan gaya
bahasa tersebut terhadap sebuah sajak tertentu. Seterusnya, guru melatih pelajar
agar mereka dapat mengaplikasikan kemahiran mengesan gaya bahasa dalam
beberapa sajak yang lain. Oleh demikian, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran
yang dipelajari dengan sendiri tanpa bantuan guru lagi. Pendekatan berfokus ini
sesuai digunakan oleh guru sekiranya seseorang guru itu ingin memfokuskan
pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa mengabaikan isi - isi yang lain.

5
2.1.3 Kaedah Global

Kaedah ini ialah kaedah yang melihat sesuatu karya itu secara keseluruhan. Global
merangkumi seluruh kumpulan, perkara dan sebagainya ataupun secara menyeluruh
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Kaedah global pula adalah meneliti sesuatu
aspek pembelajaran itu berdasarkan tanggapan yang menyeluruh. Kaedah ini tidak
melihat sesuatu itu sebagai bahagian-bahagian yang terpisah dan perlu dikaji secara
berasingan atau secara khusus (Kamarudin, 1988). Kaedah global berdasarkan
andaian bahawa karya sastera itu ialah hasil kesatuan daripada pelbagai elemen.
Namun begitu, kaedah ini tidak mendalami sesuatu aspek secara terperinci dan
sesuai digunakan sebagai pengenalan sahaja sebelum meneruskan pengajaran
seterusnya.

Kamarudin (1988) menyatakan bahawa cara ini adalah dianggap lebih


praktikal dan lojik terutama apabila seseorang penilai itu menghadapi kesuntukan
masa atau berhadapan dengan terlalu banyak komponen yang akan dibincangkan.
Kaedah global ini terbahagi kepada dua cara kajian yang boleh dilaksanakan iaitu:

1) Separuh Global - Separuh global dilakukan dengan melihat aspek itu


secara keseluruhan terlebih dahulu kemudian terus menjurus kepada
bahagian yang hendak dibicarakan secara terperinci.

2) Menyeluruh global - Melalui cara ini, karya dianalisis dengan melihat


dan menilai aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut secara
keseluruhan dan tidak digalakkan aspek-aspek tersebut dibincangkan
secara berasingan.

Untuk cara yang pertama adalah mengkaji karya secara separuh global.
Cara ini agak sesuai dengan teori Gastalt (seperti yang dipetik dari Kamarudin
(1988) Kaedah Pengajaran Kesusasteraan) yang menyarankan bahawa kita belajar
dengan melihat secara keseluruhan sebelum meneliti elemen-elemennya. Satu
contoh yang boleh disesuaikan dengan cara ini adalah pembinaan Sejarah Melayu.
Rajah di bawah lebih menjelaskan lagi tentang penggunaan cara ini.

6
Peringkat A B C B A
Awal

B C B

Peringkat
Perkembangan

Peringkat C
Akhir
Rajah 1: Aplikasi Mengkaji Karya Secara Separuh Global

A = Alam luas luar sekitar Melaka


B = Daerah-daerah di luar Melaka
C = Melaka sepenuhnya

Satu lagi cara menganalisis karya sastera adalah secara menyeluruh (global).
Cara ini melihat dan menilai aspek-aspek yang membangun karya tersebut secara
keseluruhan. Karya yang dianalisis dilihat terus pada unsur-unsur seperti tema,
persoalan, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain.
Ulasan pula dilakukan dengan melihat pertalian aspek-aspek dari segi kekuatan dan
kelemahannya.

Ciri-ciri Kaedah Global

Kaedah global mempunyai beberapa ciri yang penting iaitu:

i. Setiap komponen dalam karya adalah penting dalam bekerjasama dan


membentuk kesatuan karya.

7
ii. Penilaian dilakukan secara impression, am dan spontan. Oleh sebab itu,
penilaian ini tidak dapat lari daripada unsur-unsur subjektif para penilainya.
Namun, cara ini lebih praktikal sekiranya para penilai kesuntukan masa atau
berhadapan dengan terlalu banyak komponen.

2.1.4 Kaedah Struktural

Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera


yang merupakan kaedah paling awal. Pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya.
Kaedah ini tidak mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera.
Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-
aspek struktur dikaji, iaitu tema, persoalan, latar, plot, sudut pandangan,
watak perwatakan, gaya bahasa, simbol/lambang dan bentuk.

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur


sesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas. Bagi
murid, karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan
dalam diri, imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi dan
pengalaman kerohanian. Kaedah ini membuat penyorotan terperinci
terhadap komponen-komponen di atas. Kaedah ini dianggap memudahkan
murid mengkaji unsur estetika, artistik dan keunikan sastera dengan
mengambil kira aspek inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan
untuk memudahkan lagi pemahaman pelajar terhadap sastera.
Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya
yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya
terhasil karya yang padu.

Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

8
1) Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan
elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan
terhadap karya-karya kesusasteraan.

2) Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan


dengan pembaca.

Falsafah di sebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas


bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui analisis secara rasional.
Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.

Ciri-Ciri Kaedah Struktural

Kaedah ini merupakan perhubungan antara struktur-struktur


kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya
bahasa, sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan
karya. Dalam pengajaran dan pembelajaran sastera, pemahaman
terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklah
diberikan perhatian. Selain itu juga, kaedah ini menggunakan pendekatan
induktif. Murid dibimbing mencari dan menemui objektif tertentu elemen
struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan tahu secara
mendalam perhubungan elemen struktur tersebut. Objektif tertentu
elemen struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kira aspek-
aspek lain.

Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum


pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara
terperinci. Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun murid
dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi
perbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan
oleh guru. Bahan Bantu Belajar (BBB) tidak dipentingkan, tetapi
kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan
dan perbincangan ringkas sahaja.

2.2 Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Teks Sastera

9
Guru boleh menggunakan pelbagai teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
kesusasteraan Melayu. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung
pada kebijaksanaan guru menyesuaikan teknik dengan kebolehan murid. Tanpa
usaha penggerak dan perangsang daripada guru-guru , murid yang pemalu mungkin
merasakan aktiviti drama suatu beban yang amat berat dan menyusahkan mereka.
Guru-guru haruslah memilih bentuk aktiviti yang mudah dilakukan oleh pelajar-
pelajar dan menanamkan sikap ingin mencuba melakonkan sesuatu watak yang
biasa kepada mereka.

Sepatutnya murid terlebih dahulu difahamkan dengan jelas bahawa mereka


bukannya melakukan lakonan yang bersungguh-sungguh kerana audiens yang
formal tidak ada di depan mereka. Tanamkan sifat ingin mencuba menggayakan
sesuatu watak yang biasa kepada mereka. Untuk itu guru harus memilih aktiviti yang
mudah dilaksanakan. Teknik-teknik yang disarankan ialah teknik pantomin, mestamu,
deklamasi, khat, pemaduan seni, adaptasi, kerusi panas, boneka, teater pembaca,
teater bercerita, improvisasi dan kemahiran berfikir. Teknik-teknik ini boleh
merangsang dan menggalakkan murid meminati sastera Melayu dan dapat
mengaplikasikan penguasaan aspek sastera. Selain itu penggunaan bahan alat
bantu mengajar dan teknologi terkini dapat memantapkan pelbagai teknik yang
dicadangkan.

2.2.1 Mestamu

Mestamu bermaksud melagukan puisi tanpa muzik. Teknik ini boleh dilakukan secara
berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya teknik ini dilakukan secara berpasangan
aau berkumpulan, seorang murid akan mendeklamsikan puisi manakala pasangan
atau ahli kumpulan yang lain pula akan melagukan puisi tersebut. Manakala,
sekiranya tekni ini dilakukan secara bersendirian, individu yang sama akan
mendeklamiskan puisi sekaligus melagukan bait demi bait puisi yang dibacanya.
Nyanyian lagu puisi boleh diadaptasi daripada mana-mana lagu yang telah ada di
pasaran atau lagu ciptaan sendiri.

Cara Pelaksanaan Mestamu

Mestamu boleh dilaksanakan di dalam kelas mengikut langkah-langkah berikut:

10
1. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan (Ikut kesesuaian bilangan
murid).

2. Murid diminta memilih melodi lagu kegemaran masing-masing untuk disesuaikan


dengan puisi.

3. Setiap kumpulan diminta mempersembahkan hasil kerja (lagu puisi) di hadapan


kelas.

4. Guru memberikan komen dan pujian.

2.2.2 Pantomin

Pantomin ialah lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca oleh
murid lain, mengiringi lakonan tersebut. Lakonan jenis ini dapat memberi peluang
kepada murid berlakon dengan yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog.
Melalui aktiviti pantomin , Nellie Mc. Caslin (1984) menyatakan bahawa murid dapat
melatih diri dalam menguasai kemahiran mendengar misalnya meneliti dan
mendengar skrip yang dibaca agar dapat melakonkan watak itu seperti yang
diperlukan oleh skrip. Melalui aktiviti pantomin ini juga, murid diberi peluang untuk
melahirkan perasaannya melalui gerak badan dan bukan melalui kata-kata. Keadaan
ini dapat membina keyakinan diri dan motivasi kepada murid yang lemah dalam
kemahiran lisan.

Guru harus memperkenalkan pantomin tentang sesuatu cerita dengan


langkah-langkah yang mudah. Di samping itu, guru perlu menerangkan apakah
pantomin yang perlu dilakukan oleh seseorang pelakon sebelum murid mula
berlakon. Misalnya guru boleh berpantomin bagaimana membuak hadiah hari jadi,
memotong rumput di padang, menangkap ikan dan sebagainya. Permainan teka teki
atau tajuk nyanyian boleh dijadikan aktiviti permulaan pada pantomin. Murid perlu
melakonkan pantomin secara individu untuk memahirkan teknik-teknik tersebut
terlebih dahulu sebelum melakonkan pantomin dengan dua orang rakan apabila
sudah mahir dalam teknik ini. Murid boleh mencuba pantomin itu dalam kumpulan
yang memerlukan penyelarasan dengan beberapa orang pelakon yang lain. Untuk
pantomin kumpulan, seorang murid boleh membaca cerita dengan suara yang kuat

11
sambil melakonkan pantomin tersebut. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan iringan
muzik latar yang sesuai.

Ciri-ciri Pantomin

Sebelum melaksanakan pengajaran dengan menggunakan teknik drama dengan


aktiviti pantomin di bilik darjah, guru sewajarnya mengetahui ciri-ciri pantomin. Antara
ciri-ciri pantomin adalah seperti berikut:-

1. Tanpa Dialog - Pengendalian aktiviti pantomin adalah mudah. Semasa beraksi


pelakon tidak perlu berdialog. Situasi ini memberi peluang kepada murid berlakon
dengan penuh yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog. Arahannya
dapat difahami melalui suara.

2. Apresiasi terhadap watak Pelakon seharusnya terlebih dahulu menghayati skrip


bersama-sama dengan pembaca skrip sebelum memulakan lakonan. Hal ini
supaya lakonan dapat diselaraskan dengan skrip yang dibaca oleh pelajar lain.
Tumpuan perhatian hanya kepada latihan aksi dan teknik persembahan sahaja.

3. Tanpa Prop ketika melaksanakan aktiviti ini, prop tidak dipentingkan. Pelakon
hanya melakonkan aksi sahaja. Contohnya, perbuatan mengasap kemenyan
tanpa menggunakan kemenyan dan bara api, doktor merawat pesakit tanpa
menggunakan alat dan sebagainya.

4. Menggunakan kostum yang sederhana Pelakon tidak perlu bersolek atau


berhias dan berpakaian yang berlebihan ketika mempersembahkan pantomin.
Sudah mencukupi sekiranya pelakon hanya memakai sebuah topeng atau
memberikan gambaran yang sederhana. Dengan kata lain, pantomin dapat
menjimatkan kos dan tidak perlu berbelanja banyak.

5. Pemilihan bahan guru mempunyai banyak pilihan dalam menentukan bahan


yang akan digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan teknik drama dengan aktiviti pantomin ini. Antara yang boleh dan
difikirkan sesuai digunakan oleh guru ialah cerita dan skrip dan puisi seperti
sajak, nyanyian, syair, mentera dan sebagainya.

12
Cara Pelaksanaan Pantomin

1. Guru memilih bahan yang sesuai sama ada cerita dan skrip atau puisi.
Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid.

2. Guru meminta murid membaca dan menghayati skrip yang diberikan.

3. Mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang watak-watak


yang terdapat dalam cerita tersebut.

4. Beberapa orang murid dipilih untuk melakonkan cerita dan seorang


murid dipilih untuk membaca skrip cerita manakala murid lain menjadi penonton.

5. Aktiviti ini dijalankan dengan iringan muzik latar. Guru harus memilih
muzik yang sesuai bagi mewujudkan suasana yang menarik.

6. Guru dan murid yang menjadi penonton menyediakan ruang lakonan


dan peralatan lain yang perlu dan diletakkan di tengah-tengah ruang lakonan.

7. Murid yang tidak mengambil bahagian diberi arahan oleh guru


mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan selepas tamat lakonan.

8. Guru memberi penerangan dan arahan kepada murid yang


mengambil bahagian.

9. Guru memberi peneguhan terhadap persembahan lakonan murid agar


mereka merasa diperlukan dan dihargai.

2.2.3 Khat

Ketamadunan Islam terserlah dengan perkembangan tulisan khat ke seluruh dunia.


Sehingga kini, terdapat enam jenis tulisan khat yang popular dan sering digunakan
dalam dunia percetakan serta hiasan. Berikut merupakan jenis-jenis tulisan khat
yang dikagumi di Malaysia dan penerangannya.

i) Khat Khufi

Tulisan terawal dan dimasyhurkan di Kufah dan diperluas di seluruh Tanah Arab. Ia
digunakan untuk menulis al-Quran dan hiasan seni pada tenunan kain, tembikar,
wang syiling, batu nisan dan bangunan. Seni Khat Khufi bercirikan:

13
Kaku dan bersegi.
Nisbah huruf jawi yang melintang melebihi huruf yang menegak.
Tulisan kelihatan lebih lebar ke kanan dan kiri tetapi berketinggian tetap.

Rajah 2: Khat Khufi

ii) Khat Nasakh

Tulisan yang mengalami proses pengindahan sehingga ia digunakan sebagai tulisan


utama dalam dunia penulisan Islam kini. Nasakh berperanan dalam pembukuan
atau menaskhahkan al-Quran dan pelbagai naskhah ilmiah. Ia merupakan tulisan
yang paling asas digunakan bertujuan untuk pembelajaran kanak-kanak di seluruh
dunia Islam selain Riqah. Seni Nasakh digunakan secara meluas dalam bahan
ilmiah dan percetakan serta media elektronik.

Rajah 3: Khat Nasakh

iii) Khat Thuluth

Tulisan yang digelar Raja Segala Khat kerana dianggap seni yang paling indah
tetapi sukar untuk dikuasai. Kaedah yang mendalam dan terperinci membuatkan seni
Khat Thuluth menjadi pilihan utama dalam dunia perhiasan. Seni ini terbahagi
kepada dua:

Thuluth Biasa : Digunakan untuk penulisan pada permukaan yang bersaiz


kecil seperti buku, majalah dan sebagainya.

Thuluth Jali :Digunakan untuk penulisan pada permukaan yang besar seperti
hiasan di dalam masjid, bangunan, papan kenyataan, batu jalan dan
sebagainya.

14
Rajah 4: Khat Thuluth

Selain itu, tiga jenis khat lain yang mula diperkembangkan di Malaysia adalah
Riq'ah, Diwani, dan Farisi.

Rajah 5: Khat Riqah Rajah 6: Khat Diwani Rajah 7:Khat Farisi

2.2.4 Deklamasi

Deklamasi berasal daripada bahasa Latin yang maksudnya declamare atau declaim
yang membawa maksud membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi
dengan lagu atau gerak badan sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah
gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan. Umumnya deklamasi
berkait rapat dengan puisi, akan tetapi membaca sebuah cerpen dengan lagu atau
gerak tubuh juga boleh dikatakan mendeklamasi. Mendeklamasikan puisi atau
cerpen bermakna membaca, tetapi membaca tidak sama dengan maksud
mendeklamasi. Apakah perbezaan atara deklamasi dan nyanyian? Nyanyian ialah
melagukan suatu nyanyian dengan menggunakan not-not do-re-mi atau not balok,
manakala deklamasi ialah membawakan pantun-pantun, syair, puisi atau sajak
dengan menggunakan irama dan gaya yang baik.

Secara ringkasnya, deklamasi ialah penyampaian puisi secara pengucapan


(lisan). Bukan semua puisi sesuai dideklamasikan. Puisi yang sesuai dideklamasi
dikatakan bersifat 'deklamatori'. Pada hari ini, kadangkala muzik digunakan untuk
mengiringi deklamasi, sama ada secara permainan muzik "minus one" atau secara

15
permainan "live" alat-alat muzik tradisional dan/atau moden. Kadangkala
persembahan juga diiringi tayangan multimedia. Deklamasi puisi memerlukan
kebolehan dan latihan serius. Menghafaz puisi yang akan dideklamasi ialah amalan
yang baik. Pada hari ini, deklamasi puisi kadang-kadang dibuat secara persembahan
teater misalnya silat dan wayang kulit yang dipelopori oleh Hashim Yaacob.

Berikut merupakan sepuluh pemikiran Rahman Shaari (1996) tentang


deklamasi yang baik dan berkesan:

(a) Deklamasi janganlah dipenuhi tempikan yang tidak beralasan. Mendeklamasi


sajak bukan perlawanan untuk mencari juara tempikan.

(b) Gerakan yang berlebih-lebih di atas pentas bukanlah cara deklamasi yang elok.

(c) Penggunaan suara tinggi hendaklah sesuai dengan tema. Pendeklamasi


hendaklah pandai menerbitkan suara dalam perut, dan membina suara serak
yang bertolak dari dalam perut. Suara dalam perut amat berharga, dan suara
dalam dada hanya berupaya menerbitkan kesan permukaan.

(d) Perlakuan aneh yang ditonjolkan semasa mendeklamasi bukanlah sesuatu yang
dikehendaki.

(e) Pendeklamasi mesti berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun deklamasi


bukan untuk sayembara. Kebanyakan orang memerlukan latihan sekurang-
kurangnya seminggu.

(f) Pendeklamasi perlu mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap bidang ini.

(g) Deklamasi perlu berpusat kepada teknik, gaya, nada, dan suara.

(h) Pendeklamasi perlu mempunyai sikap menghormati penonton demi


mengakrabkan pendeklamasi dengan penonton.

(i) Pendeklamasi perlu mempunyai keyakinan diri demi menghasilkan


persembahan yang bergaya. Pendeklamasi yang berbuat perkara yang pelik-
pelik semata-mata untuk menimbulkan gimik murahan di atas pentas, bukanlah
orang yang yakin terhadap keupayaannya.

16
(j) Persembahan mesti menepati makna sajak yang dideklamasi demi
mengemukakan persembahan deklamasi yang baik dan berkesan.

2.2.5 Kerusi Panas

Kerusi panas(hot sitting) ialah satu teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan
perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater untuk membuat
justifikasi tentang perwatakan sesuatu peranan yang dilakonkan. Biasanya pelakon
akan diberikan satu peranan (berdasarkan skrip) dan pelakon akan cuba
mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara
bercakap, cara berjalan, pemikirannya atau seumpamanya. Pelakon juga
dikehendaki mengkaji berapakah umur, watak, gambaran fizikalnya dan
bagaimanakah dia bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas, kita boleh melihat pelbagai
aspek pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang disediakan.

Contoh Langkah Pelaksanaan Teknik Kerusi Panas

1. Guru memilih seorang murid yang akan memainkan peranan watak si penjaga
panggung dalam cerpen idola.

2. Murid yang dipilih dikehendaki duduk di atas kerusi di hadapan kelas,


menghadap pelajar lain.

3. Beberapa orang murid mengemukakan soalan kepada si penjaga panggung


berdasarkan peranannya sebagai watak utama dalam novel tersebut dan si
penjaga panggung menjawab secara spontan. Semasa sesi penyoalan ini guru
mengawal kelas dan menghentikan apabila masa cukup.

4. Guru merumuskan watak dan perwatakan si penjaga panggung.

Sebagai kesimpulannya teknik kerusi panas digunakan bagi mengajar aspek


watak dan perwatakan. Oleh itu, teknik ini dapat menarik minat pelajar pada bidang
sastera yang semakin dilupai. Dengan mempelajari teknik ini, murid berpeluang
merasai situasi sebenar yang berlaku dalam cerita. Teknik kerusi panas ini
membantu ingatan dan minat murid serta menimbulkan keseronokan semasa belajar.

17
Guru dapat menerapkan ilmu dan nilai-nilai murni di samping mencungkil bakat
pelajar dalam lakonan. Muzik tradisional yang digunakan juga menimbulkan
semangat pelajar menjiwai watak iaitu sesuai dengan konsep prosa tradisional.
Teknik ini sesuai bagi mengajar prosa tradisional, novel, cerpen atau drama. Ini
kerana teknik ini mudah dan menarik minat pelajar mengikuti aktiviti belajar dan
mengajar. Oleh itu guru perlu menguasai pelbagai teknik mengajar bagi mencapai
matlamat tersebut.

2.2.6 Pemaduan Seni

Pemaduan seni ialah aktiviti yang menggunakan beberapa unsur seni untuk
menghidupkan cerita yang disampaikan. Untuk tujuan ini, beberapa unsur seni dipilih
dan digunakan secara serentak pada masa yang sama. Pemaduan seni boleh
dilakukan sebagai aktiviti lanjutan daripada aktiviti bercerita. Sebagai contohnya,
pengajaran watak dalam cerita boleh dibuat dengan melakonkan aksi watak tersebut,
dalam masa yang sama murid lain akan melukis gambaran watak manakala
sekumpulan murid lain akan menyanyikanlagu tentang watak berkenaan.

2.2.7 Adaptasi

Adaptasi ialah mengubah atau mereka bentuk sastera kepada bentuk laik yang
dikirkan lebih menarik. Tujuan adaptasi bertujaan memudahkan murid memahami isi
sesebuah karya. Contohnya, bagi memudahkan murid memahami karya sesebuah
sajak, guru boleh mengadaptasi sajat tersebut kepada bentuk drama, cerpen atau
nyanyian. Terdapat tiga teknik dalam adptasi iaitu transposisi. Komentari dan analogi.

Tranposition- in which a novel is directly given on screen, with the minimum


of apparent interference. This has been the most dominant and most pervasive
method. it has also been tje least satisfactory. and typically puerile. The film was
envisaged as a book ilustartion, an effect frequently heightened by an opening in
which the pages of the original are turned over.

18
Commentary- this is where an original is taken and either purposely or
inadvertently altered in some respect. It could also be called a re-emphasis or re-
srtucture. This seems to represent more of an infringment on the work of another
than an analogy which may simply take a fiction as a point of departure. Yet film can
make authentic reconstructions in the spirit of so many cinenatic footnotes to the
original.

Analogy- to judge whether or not a film is a successful adaptation of a novel


is to evalute the skill of its makers in striking analogous attitudes an in finding
analogous rhetorical techniques. analogy must represent a fairly considerable
departure for the purpose of making another work of art. an analogy cannot be
indicated as a isolation of a literary original since has not attemted (or has only
minimally attempted) to reproduced the original.

(Wagne & Geoffrey, 1975)

2.2.8 Boneka

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak, dilakonkan
oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan
mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan
mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan
oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.

Jenis- Jenis Boneka

Terdapat beberapa jenis boneka seperti berikut.

1. Boneka Sarung Tangan / Jari.

Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan
ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dan
sebagainya.

19
Rajah 8: Contoh Gambar Boneka Sarung Tangan/Jari

2. Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang
diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal
digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas
tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat
daripada kulit, plastik, lut sinar dan kertas tebal.

3. Boneka Wayang Kulit

Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada
tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkannya, boneka ini
ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-
bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk
menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan
orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.

Rajah 9: Contoh Boneka Wayang Kulit

20
4. Boneka Tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh
dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuan untuk
menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh rama-
rama dan bunga.

Rajah 10: Contoh Boneka Tongkat

5. Boneka Bertali

Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-
of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka
yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat
anggota angoota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

Rajah 11: Contoh Boneka Bertali

6. Boneka Beg Kertas

Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas.
Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh:
beruang dan rambutan.

21
Rajah 12: Contoh Boneka Beg Kertas

7. Boneka pinggan kertas

Boneka ini diperbuat daripada pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai
mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

Rajah 13: Contoh Boneka Kertas

8. Boneka penuh

Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya
seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

Rajah 14: Contoh Boneka Penuh

22
9. Boneka tangan

Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah
memasukkan tangan ke dalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam dan
kucing.

Rajah 15: Contoh Boneka Tangan

2.2.9 Teater Bercerita

Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang
dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita
pada masa yang sama. Pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan
melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Guru atau murid
boleh menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Aktiviti ini boleh
mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul. Murid lain boleh
mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama,
cerpen, novel, dan prosa klasik.

Objektif Teater Bercerita

1. Melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman


dan mengarang.

2. Menambah perbendaharaan kata murid.

3. Memperbaiki dan memperkayakan penguasaan murid dalam bahasa

4. Mengasah bakat lakonan murid

5. Memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid

6. Berhibur sambil belajar (Didik Hibur)

2.2.10 Teater Pembaca

23
Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip
pendek. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiarkan
untuk membayangkan babak-babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang
simbolik daripada pembaca. Skrip boleh berupa prosa naratif dan puisi. Suara-suara
dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza. Penekanan dilakukan pada
suara, nada, intonasi, kadar hentian dan tekanan. Ketika murid membaca, wujud
interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas. Melalui teknik
teater pembaca juga, murid dapat membaca dengan lebih lancar. Murid juga
menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping
melakukan gerak yang sesuai dengan isi dan tema cerita.

Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan


mimik muka. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu
murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah
ceri yang disampaikan berlaku di hadapan mereka. Aktiviti teater pembaca
memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog. Pemilihan seorang
murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita
adalah diperlukan sehingga cerita tamat. Murid-murid yang mengambil bahagian
dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton.
Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca
cerita masing-masing.

Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca iaitu pencerita
berada dalam kelompok cerita dan pencerita berada di luar kelompok cerita.
Pencerita yang berada dalam kelompok cerita akan membaca skrip sambil berjalan
ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan. Pelakon tersebut juga akan
berdiri apabila wataknya dibacakan. Manakala pembaca yang berada di luar
kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain. Pelakon pula
hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang
wataknya dibacakan oleh pencerita.

2.2.11 Improvisasi

24
Menurut Kamus Dewan (2007), improvisasi bermaksud perihal (perbuatan)
melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Improvisasi sering
dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti
improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan
simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog
sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang
disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak
dicerna secara maksimum.

Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi
dan dialog dibina sendiri oleh pelakon. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu
idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi
memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Improvisasi juga
membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak
dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan
petunjuk.

Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur


bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik
muka, gerak tangan, kepala dan dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu
interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan
merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran
yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi
dan berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah
murid.

25
3.0 TUGASAN 2 : PANTUN

Pantun berasal dari kata patuntun dalam bahasa minangkabau yang


berarti "petuntun". Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan,
dalam bahasa sunda dikenal sebagai PAPARIKAN dan dalam bahasa Batak
dikenal sebagai umpasa (baca: uppasa).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi tiga


pengertian, iaitu:

a. Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang


biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap
iaitu dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan
yang selainnya mengandungi maksudnya.

b. Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasa yang


digunakan sebagai sindiran.

c. Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada


tuduhan dan lain-lain.

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun


berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya.
Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan
persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek.
Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu
yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia
masyarakat Melayu.Kedua, berdasarkan hubungan makna antara
pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada
secara konkrit atau abstrak.

Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan), pantun biasanya


menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu

26
dalam memberi pengertian pantun, beberapa pengertian telah
dikemukakan oleh Zaba, Drs. Liaw Yook Fang dan Drs. Ghaali Dunia.
Menurut Zaba, pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan
memang asal kepunyaan Melayu betul. Semenjak orang Melayu belum
tahu surat-menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun dan biasa
berbalas-balas pantun sesama sendiri.

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi


lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus
Dewan: 813) atau ...sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris
(abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja
(Kamus Umum Bahasa Indonesia: 710). Bagi pantun yang popular,
bentuknya terbina dengan empat baris, iaitu dua baris sebagai
pembayang maksud, dan dua baris lagi sebagai maksudnya.

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan,


"Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti
atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah
daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud
pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam
pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat
tersebut.Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara
peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara
dalam majlis-majlis rasmi.

Mohd Taib Osman (dalam Wan Abd. Kadir Wan Yusuf, 1996:1)
menyatakan pantun sebagai satu artifak bukan-benda (non-material) yang
bukan sahaja digunakan dalam kehidupan orang Melayu, tetapi
mempunyai berbagai-bagai makna dan fungsi dalam budayanya. Pantun
sebenarnya mencerminkan peradaban Melayu dalam mana minda sebagai
terjemahan perkataan Inggeris mind adalah sebahagian daripadanya.

27
Kesimpulannya, pantun boleh dianggap sebagai pernyataan tradisi
budaya Melayu yang menerangkan kemantapan daya kreativiti dan
pemikiran orang-orang Melayu. Pantun Melayu sebagai cara
berkomunikasi tidak berterus terang dalam masyarakat Melayu tetapi
berkias. Menurut Asmah Haji Omar (1991:21), dalam budaya Melayu suatu
pujian biasanya ditolak untuk mengelakkan sifat riak dan takbur.

3.1 Bahan Sastera Pantun Dua Kerat

KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Marilah dengar kata nasihat,


Supaya badan menjadi sihat.

Bersihkan rumah setiap hari,


Agar penyakit kita hindari.

Kurangkan makan gulai bersantan,


Amalan baik untuk kesihatan.

Kurangkan manis dalam minuman,


Banyakkan aktiviti seperti senaman.

(Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3, 2012)

3.2 Analisis Pantun Dua Kerat Menggunakan Analisis Pantun Dua


Kerat Tahun 3 KSSR Menggunakan Pendekatan Struktural

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menjelaskan pantun sebagai sejenis puisi lama
yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (dua baris
pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi
maksudnya), atau berbalas-balas mengucapkan pantun bersambut-sambutan;

28
sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran dan sebagai jawapan kepada
tuduhan dan lain-lain. Pantun merupakan puisi Melayu tradisional yang terkenal
khususnya di Nusantara. Pantun merupakan hasil karangan orang Melayu yang
wujud sejak zaman dahulu tetapi yang bezanya ialah, pantun pada zaman dahulu
dilahirkan sebagai sastera lisan tetapi pada masa kini pantun telah pun dibukukan
dan dijadikan bahan bacaan umum.

Pantun dikelaskan kepada dua belas, iaitu pantun kanak-kanak, pantun budi,
pantun dagang, pantun orang muda, pantun nasihat, pantun teka-teki, pantun
jenaka, pantun sejarah, pantun agama, pantun peribahasa, pantun berkait dan
pantun lapan kerat. Pantun Dua Kerat Kebersihan dan Kesihatan yang terdapat
dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 merupakan salah satu contoh pantun
nasihat. Pantun yang digunakan sebagai pemberi nasihat lebih banyak memberi
kesan berbanding nasihat yang disampaikan secara terus-terang. Pantun nasihat
juga lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu
yang baik dan meninggalkan yang buruk.

Terdapat beberapa ciri pantun iaitu rangkap, jumlah suku kata, rima,
mempunyai sampiran atau pembayang dan sebagainya. Terdapat pantun yang
mempunyai beberapa jumlah baris dalam satu rangkap seperti pantun dua kerat,
pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat,
pantun dua belas kerat, pantun empat belas kerat, dan pantun enam belas kerat.
Selain itu, jumlah suku kata dalam setiap baris pantun adalah dalam lingkungan
lapan hingga dua belas suku kata. Sesebuah pantun yang baik perlulah
mengandungi empat perkataan dan antara lapan hingga dua belas suku kata. Skema
rima pantun ialah a-b-a-b serta a-a-a-a dan bukannya a-a-b-b atau a-b-b-a.
Persamaan rima di awal, akhir dan tengah akan menyerlahkan lagi nilai estetika
dalam sesebuah binaan pantun tersebut.

Selain itu, dalam binaan sesebuah pantun perlu mempunyai dua bahagian
iaitu sampiran atau pembayang dan maksud. Pembayang merupakan baris pertama
dalam pantun dua kerat dan seringkali berkaitan dengan unsur alam bagi
memperlihatkan budaya masyarakat pendukungnya. Kedua-dua bahagian ini
haruslah mempunyai hubungan antara satu sama lain. Penghasilan sesebuah

29
pantun sebenarnya mempunyai maksud tersendiri yang ingin disampaikan oleh
penghasilnya seperti mempunyai maksud untuk memberi pengajaran, nilai, nasihat
dan sebagainya.

Penghasilan sesebuah pantun itu bukanlah sekadar mengisi masa lapang


atau sekadar untuk meningkatkan jumlah bilangan karya. Tetapi apa yang perlu kita
ketahui ialah, pantun dicipta untuk memenuhi pelbagai fungsi dan keadaan dalam
kehidupan seharian kita. Antara kegunaan pantun adalah sebagai alat mengeratkan
hubungan dalam kalangan anggota masyarakat. Dalam Puisi Melayu, pantun
berguna sebagai proses sosialisasi (mendidik) seperti untuk tujuan menasihat atau
membentuk moral yang lebih baik dalam kalangan kanak-kanak atau orang muda,
misalnya melalui pantun nasihat.

3.2.1 Maksud Pantun

Setiap rangkap pantun yang dihasilkan oleh pengarang mempunyai maksud


yang tersirat meskipun perkataan yang ringkas digunakan. Begitu juga yang
terdapat dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat) Kebersihan dan Kesihatan yang
terdapat dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3. Jika diteliti,
penggunaan bahasa dalam pantun ini lebih bersifat terus dan tidak terlalu
berkias seperti pantun-pantun dua kerat lain. Hal ini kerana, bahasa berkias
tidak sesuai dengan tahap kognitif kanak-kanak. Bahasa yang bersifat terus
memudahkan kanak-kanak untuk memhami pantun yang disampaikan.

Marilah dengar kata nasihat,


Supaya badan menjadi sihat.

Rangkap pertama pantun ini mengajak murid untuk mendengar


nasihat yang ingin disampaikan di dalam pantun ini. Tujuan nasihat
disampaikan adalah sebagai panduan kepada murid supaya mempunyai
badan yang sihat. Kesimpulannya, rangkap pantun ini menjelaskan sekiranya
murid ingin mempunyai badan yang sihat, mereka perlulah mengikut panduan
dan nasihat yang disampaikan di dalam pantun ini.

30
Bersihkan rumah setiap hari,
Agar penyakit kita hindari.

Rangka kedua dalam pantun dua kerat ini juga berbentuk nasihat
yang ditujukan kepada pembaca. Jika dilihat dalam rangkap ini, pengarang
cuba untuk menasihati pembaca supaya membersihkan rumah setiap hari.
Rangkap kedua ini juga menjelaskan tujuan membersihkan rumah adalah
untuk mengelakkan daripasa sebarang penyakit. Dapatkah kita bayangkan
sekirannya kita tinggal dalam rumah yang kotor? Justeru, pengarang
menasihati pembaca berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Hal ini
pembaca terdiri daripada golongan kanak-kanak yang lebih mudah belajar
sekiranya mereka mempunyai pengalaman mengenai perkara yang dipelajari.

Kurangkan makan gulai bersantan,


Amalan baik untuk kesihatan.

Dalam rangkap ketiga ini juga, pengarang masih menyampaikan


pantun berupa nasihat. Pengarang menasihati pembaca supaya tidak terlalu
banyak makan makanan bersantan. Pengarang menggunakan perkataan
gulai bersantan kerana kebiasaannya makanan yang digulai kebanyakkan
dicampurkan santan. Seperti kita sedia maklum, santan merupakan makanan
yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya terlalu banayak
makan makanan yang berlemak, kolestrol dalam badan akan meningkat dan
akan mengundang peyakit yang berbahaya seperti diabetes. Dalam rangkap
ini juga, pengarang menggunakan bahan yangberkaitan dengan kehidupan
seharian murid iaitu santan. Hal ini suapaya murid lebih mudah untuk
memahami nasihat yang ingi disampaikan.

Kurangkan manis dalam minuman,


Banyakkan aktiviti seperti senaman.

Rangakap keempat ini juga seperti rangkap ketiga. Pengarang masih


menggunakkan elemen makanan kerana kanak-kanak lebih mudah faham
tambahan lagi jika makanan yang sifatnya manis. Justeru, mudahla untuk
pengarang menasihati pembaca untuk mengurangkan pengambilan manisan.
Penulis menggunakan perkataan minuman kerana kanak-kanak tahu bahawa

31
air selain air kosong ialah air manis yang dimasukkan gula. Semu elemen
tersebut masih berkisar dengan pengalaman seharian kanak-kanak. Selain
itu juga, menggalakkan pembaca untuk melakukan aktivii senaman. Kanaka-
kanak ada mengikuti kelas Pendidikan Jasmani di sekolah dan telah
ditekankan oleh guru mereka kepentingan bersenam semenjak tahun 1 lagi.
Justeru, pengalaman sedia ada kanak-kanak membantu proses mereka
untuk memahami pantun yang disampaikan.

3.2.2 Analisis Struktural

1. Tema

Tema dapat juga dikatakan sebagai gagasan penyatuan yang telah digarap
oleh penulis atau pengarang di dalam teks mereka. Tema juga adalah
gambaran tentang gagasan, fikiran, atau persoalan pokok yang menjadi
tunjang sesebuah cerita atau persoalan utama yang diutarakan atau
dikemukakan oleh pengarang sesebuah karya ataupun isi atau inti pemikiran
yang ingin disampaikan oleh penyair. Bagi genre puisi, tema membawa
maksud persoalan pokok yang menjadi sesuatu maksud atau perkara yang
hendak disampaikan dalam sesebuah puisi. Tema juga merupakan persoalan
utama yang diutarakan atau dikemukakan oleh pengarang iaitu dengan kata
lainnya, struktur ini ialah isi atau inti pemikiran yang ingin disampaikan oleh
pengarang.

Tema bagi Pantun Dua Kerat (Nasihat) Kebersihan dan Kesihatan


dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 adalah tentang nasihat supaya
sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Maknanya, seseorang itu haruslah sentiasa mengamalkan hidup yang sihat
agar dapat membentuk tubuh yang cergas dan sihati. Pembaca juga
dinasihati menjaga kebersihan kerana penyakit mudah tersebar dalam
persekitaran yang kotor.

Jika diperhatikan, keseluruhan pantun ini menasihati pembaca dalam


mengharungi kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana, pengarang

32
menyelitkan pelbagai nasihat dalam setiap rangkap. Sebagai contohnya,
dalam rangkap kedua, pantun tersebut:

Bersihkan rumah setiap hari,


Agar penyakit kita hindari

Rangkap di atas menjelaskan bahawa kebersihan rumah perlulah


dijaga. Rumah merupakan tempat untuk kita diami. Bayangkan sekiranya
kita tinggal dalam persekitaran yang kotor. Pastilah mengundang pelbagai
haiwan-haiwan yang membawa penyakit seperti lipas, tikus dan sebagainya.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pengarang menasihati pembaca supaya
sentiasa membersihkan rumah supaya terhindar daripada sebarang penyakit.

2. Persoalan

Persoalan ialah perkara-perkara pokok atau utama yang ingin dikemukakan


oleh pengkarya atau pengarang bagi memantapkan tema dalam sebuah
karya atau isi-isi sampingan yang membentuk idea puisi. Persoalan lahir dari
tema yang digarap oleh pengarang. Namun begitu, tema berbeza daripada
persoalan kerana tema merupakan teks idea bagi sesebuah binaan teks,
manakala persoalan merupakan aspek berulang yang melambangkan idea
tersebut. Oleh itu, persoalan ialah idea di sebalik tema cerita dan mempunyai
kaitan langsung dengan tema. Persoalan yang terdapat dalam pantun dua
kerat kebersihan dan kesihatan ialah:

Kesihatan perlu diutamakan

Kesihatan diri perlu diutamakan dengan mengamalkan gaya hidup


yang sihat supaya dapat membentuk tubuh yang sihat. Kesihatan
yang baik akan menjadi imbuhan terhadap kesempurnaan kerja yang
akan dilakukan namun kesihatan diri yang tidak dijaga akan
mecacatkan kualiti pekerjaan yang dihasilkan.

Utamakan kebersihan

33
Kebersihan perlu diutamakan dan haruslan dijadikan amalan.
Persekitaran yang bersih dapat menjauhkan diri daripada sebarang
penyakit

3. Gaya Bahasa

Gaya bahasa ialah cara atau ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan
atapun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau susunan kata,
frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan
tema dan persoalan dan sebagainya dalam karya yang dihasilkan. Terdapat
lima jenis gaya bahasa iaitu gaya bahasa pengulangan, penyirnaan,
perbandingan, pertautan dan pertentangan. Melalui gaya bahasa, pembaca
dapat merasai tema dan tujuan yang cuba disampaikan oleh pengarang
berdasarkan pemilihan diksi dan susunan kata yang digunakan.

Secara keseluruhannya, kesemua aspek ini mencakupi gaya bahasa


atau ragam bahasa yang menjadi perhatian dalam setiap karya. Terdapat
pelbagai jenis gaya bahasa yang digunakan dalam menghasilkan suatu karya
antaranya seperti personafikasi, anafora, simile, perlambangan, sinkof,
hiperbola, metafora dan sebagainya.

Asonansi

Asonansi Asonansi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi


vokal yang sama dalam satu baris yang sama. Pengulangan bunyi
vokal iaitu a, e, i, o dan u sangat banyak untuk disenaraikan dalam
pantun ini. Contoh gaya bahasa asonansi iaitu pengulangan vokal a
dapat dilihat pada rangkap pertama seperti yang berikut:

Marilah dengar kata nasihat,


Supaya badan menjadi sihat.

4. Bentuk

Bentuk Pantun mempunyai beberapa bentuk yang khususnya dari aspek


rangkap, baris/kerat, suku kata, rima, dan nada.

34
i. Rangkap

Bentuk asal pantun pada awalnya hanya terdiri daripada empat baris
serangkap. Namun kini, rangkap dalam sesebuah binaan pantun diisi
dengan beberapa kerat atau baris. Terdapat pantun dua kerat, pantun
empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh
kerat, pantun dua belas kerat, pantun empat belas kerat, dan pantun
enam belas kerat. Kesemua bilangan kerat/baris dalam pantun ini
digelar sebagai jenis pantun tersebut. Sebagai contohnya, Pantun
Kebersihan dan Kesiahatan dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun
3 ini dikenali dengan pantun dua kerat kerana jumlah kerat/baris dalam
satu rangkap tersebut berjumlah dua kerat/baris. Contohnya adalah
seperti berikut:

Bersihkan rumah setiap hari,


Supaya penyakit kita hindari.

ii. Suku Kata

Jumlah suku kata dalam pantun secara tidak langsung telah memberi
tarikan terhadap sesebuah pantun tersebut. Hal ini demikian kerana,
jumlah suku kata yang seuai dengan bilangan perkataan dalam pantun
akan menyebabkan pantun tersebut sedap didengar dan dilafazkan.
pantun yang baik terdiri daripada empat hingga lima suku kata dan
lapan hingga dua belas suku kata dalam sebaris. Pantun Kebersihan
dan Kesihatan ini mempunyai antara sepuluh hingga dua belas suku
kata. Contohnya:

Kurangkan makan gulai bersantan,


Amalan baik untuk kesihatan.

Namun begitu, terdapat satu baris dalam satu rangkap yang


mempunyai tiga belas suku kata iaitu:

Kurangkan manis dalam minuman,


Banyakkan aktiviti seperti senaman.

35
iii. Rima

Rima ialah penghasilan bunyi yang sama atau persamaan pada


pemilihan vokal atau konsonan yang dihasilkan pada awal, tengah dan
hujung baris dalam sesebuah puisi. Rima memberikan nada atau
rentak yang menarik bagi sesebuah puisi. Pengulangan bunyi vokal
atau konsonan dalam struktur perkataan dalam sebaris bagi sesebuah
puisi dikenali sebagai rima tengah atau rima dalaman. Manakala,
pengulangan bunyi vokal atau konsonan dalam struktur perkataan
akhir dalam sesuatu baris bagi sesebuah puisi dikenali sebagai rima
akhir atau rima luaran ayat.

Terdapat beberapa jenis rima yang digunakan dalam


penghasilan sesebuah karya. Antaranya ialah rima akhir atau rima
luaran ayat iaitu aa;aa, ab;ab, abc;abc, aabb, abba dan sebagainya.
Bagi pantun dua kerat, rimanya a-a-, iaitu baris pertama merupakan
pembayang manakala baris kedua merupakan maksud. Pembayang
juga dikenali sebagai sampiran.

iv. Nada

Nada ialah sudut pandangan pengarang atau perasaan serta emosi


penyair atau sikap penyajak apabila berhadapan dengan subjek yang
dijadikan fokus karyanya. terdapat pelbagai jenis nada yang sering
digunakan dalam penghasilan sesebuah puisi.

Antaranya adalah seperti nada melankolik, patriotisme, sinis,


romantis/romantik, protes, ironi dan ode/oda. Melankolik ialah nada
yang menggambarkan rasa hati yang murung, merayu-rayu atau hiba.
Penggunaan gaya bahasa atau pemilihan kata-katanya lebih banyak
menekankan perasaan. Patriotisme pula menggambarkan cinta
terhadap negara manakala sinis pula seakan menyindir dan nada

36
protes merupakan nada yang menggambarkan perasaan
membangkang oleh pengarang. Nada yang terdapat dalam pantun ini
ialah nada nasihat yang mengajak pembaca untuk mendengar nasihat
yang diberi oleh pengarang.

5. Nilai dan pengajaran

Nilai ialah ketinggian sifat dari segi pemikiran, keagamaan, kemasyarakatan


dan sebagainya. Nilai juga dikaitkan dengan perasaan dan emosi. Nilai ialah
elemen penting dalam penghasilan sesebuah karya sastera, khususnya
pantun. Hal ini kerana, nilai yang terdapat dalam karya berkait rapat dengan
nilai-nilai murni yang akan diterap oleh pembaca dalam kehidupan seharian
mereka. Pengajaran pula ialah perkara-perkara yang dapat dijadikan
panduan, pedoman ataupun teladan dan elemen pengajaran dalam karya
tidak ditunjukkan secara harafiah tetapi secara tersurat. Nilai yang terdapat
dalam pantun dua kerat ini ialah menjaga kesihatan dan menjaga kebersihan.
Contoh rangkan yang menunjukkan nilai menjaga kesihatan ialah:

Kurangkan manis dalam minuman,


Banyakkan aktiviti seperti senanam

Manakala rangkap pantun yang menunjukkan nilai menjaga kebersihan ialah:

Bersihkan rumah setiap hari,


Agar penyakit kita hindari.

37
4.0 TUGASAN 3 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh / Masa : 23 Julai 2014


Tahun : 3 Mawar
Bilangan murid : 35 / 35 orang
Masa : 8.45 9.45 pagi
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Kebersihan dan Kesihatan
Tajuk : Jaga Kesihatan Diri

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan 4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat
intonasi yang betul menggunakan bahasa dengan intonasi yang betul secara didik
yang indah secara didik hibur. hibur.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

i. Melafazkan pantun dua kerat dengan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul; dan
ii. Menjawab sekurang-kurangnya dua soalan dengan betul dalam lembaran pantun
berdasarkan pantun.

Sistem Bahasa
Kosa kata : senaman, bersantan

Pengisian Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Kesihatan
Nilai : bekerjasama, kebersihan fizikal dan mental, menjaga kesihatan

Elemen Nilai Tambah


KB : menjana idea, mengenal pasti, menghubung kait
KP : verbal linguistik, kecerdasan muzik, Kecerdasan audio visual
BCB : memproses maklumat
EMK : kreativif dan inovatif

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mendengar ujaran pantun di televisyen


Bahan Bantu Mengajar

Bil Jenis Kuantiti


1. Video Pantun 1
2. Kad-kad pantun 4 set
3. Lembaran pantun 20 helai
4. Lembaran pemulihan 5 helai
5. Lembaran pengayaan 20 helai

38
Langkah / Isi pelajaran Langkah dan Aktiviti Catatan
Masa

Set induksi a) Makanan 1. Guru membawa bahan BBM


(5 minit) berkhasiat maujud (buah-buahan dan Buah-buahan
sayur-sayuran). dan sayur-
2. Murid bersoaljawab sayuran
dengan guru tentang
khasiat buah-buahan dan
sayur-sayuran. KB
3. Guru mengaitkan aktiviti Menjana idea
dengan isi pelajaran.
a) Menonton video 1. Murid menonton video BBM
Langkah 1 pantun pantun dan mendengar Video pantun
(1o minit) cara melafazkan pantun.
Marilah dengar kata 2. Murid dibimbing oleh guru
nasihat, melafazkan pantun.
supaya badan menjadi 3. Murid dipilih secara rawak KB
sihat untuk melafazkan pantun. Mengaplikasi
4. Murid melafazkan pantun
Bersihkan rumah setiap secara kumpulan.
hari,
agar penyakit tidak BCB
hampiri. Memproses
maklumat
Kurangkan makan gulai
bersantan,
amalan baik untuk Nilai
kesihatan Bekerjasama

Kurangkan manis
dalam minuman,
banyakkan aktiviti
seperti senaman
b. 1. Murid diberikan lembaran
Langkah 2 pantun. KB
(10 minit) a) Makna pantun 2. Murid dibimbing guru untuk Menghubung-
memahami maksud kaitkan
pantun.
3. Murid perlu menulis
maksud setiap rangkap KP
pantun dalam peta buih Verbal
yang telah dinomborkan linguistik
mengikut rangkap pantun.
a) Menjawab soalan 1. Guru membimbing murid

39
Langkah 3 pemahaman untuk menjawab soalan BBM
(10 minit) menggunakan teknik dengan betul. Lembaran
pasar malam 2. Murid menjawab soalan pantun
tersebut.
3. Murid bergerak dari satu KB
kumpulan ke satu Menghubung-
kumpulan menggunakan
kaitkan
teknik pasar malam untuk
mendapatkan jawapan
soalan pemahaman bagi
BCB
membanding beza
Memproses
jawapan antara kumpulan.
maklumat
Langkah 4 a) Mencungkil bakat 1. Murid dibahagikan kepada BBM
(10 minit) murid 4 kumpulan. Lembaran
2. Murid memilih melodi lagu pemulihan
masing-masing untuk Lembaran
disesuaikan dengan pengayaan
pantun yang dipelajari.
3. Murid diberi penerangan
oleh guru cara memilih
melodi yang betul.
4. Murid membuat
persembahan hasil kerja
murid mengikut murid.
Langkah 5 Pemulihan dan Pemulihan
(10 minit) pengayaan 1. Murid mengisi tempat BBM
kosong pantun berdasarkan Lembaran
gambar. Pemulihan
Lembaran
Pengayaan pengayaan
1. Murid mencipta pantun
dengan bimbingan guru.
Penutup Penutup sosial : Penutup Sosial:
(5 minit) Melagukan pantun dua 1. Murid menonton rakaman BBM
kerat mengikut irama pantun dua kerat mengikut Rakaman
lagu Gambus Jodoh irama lagu Gambus video
Jodoh.
2. Murid melagukan pantun. KB
Menghubung-
Penutup Kognitif: kaitkan
1. Murid dan guru bersoal
jawab mengenai pantun Nilai
2. Guru memberi ingatan Kebersihan
kepada murid supaya Fizikal dan
menjaga kebersihan fizikal mental
dan mental serta sentiasa Menjaga
menjaga kesihatan Kesihatan

40
KP
Kecerdasan
muzik

41
5.0 TUGASAN 4 : RAKAMAN PERSEMBAHAN PANTUN DUA KERAT

42
6.0 PENUTUP

Berdasarkan perbincangan yang diutarakan di atas, dapat kita perhatikan


bahawa penggunaan unsur sastera terutama genre pantun dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mampu meninggalkan
kesan yang positif dalam kalangan pelajar. Kesan ini tidak hanya mampu
kita lihat dalam aspek perkembangan psikomotor pelajar tetapi mampu
juga meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan kognitif
pelajar tersebut.

Di samping itu, pantun juga mampu mengungkapkan pengalaman


seseorang itu ke dalam bentuk yang lebih kreatif dan imaginatif untuk
dihayati oleh pelajar. Oleh yang demikian, hal ini akan mampu membina
modal insan yang seimbang dalam semua aspek tidak kira jasmani,
rohani, emosi mahupun inteleknya selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Menurut Aziz Deraman (1999), terdapat tiga rasional pengajaran


kesusasteraan di sekolah. Pertama, kepentingan tradisi yang berasaskan
kurikulum yang menganggap bahawa sastera berfungsi untuk membentuk
suatu warisan. Melalui pembacaan, penghayatan dan peniruan warisan
itu, nilai-nilai budaya masyarakat dapat disalurkan dari satu generasi
kepada satu generasi seterusnya. Kedua, kurikulum pendidikan sastera
analitik menekankan aspek perkembangan daya kritis pelajar, iaitu
keupayaan untuk memahami, menganalisis dan memberi reaksi terhadap
bahan sastera yang dipelajari. Ketiga, kurikulum sastera yang
menggunakan pendekatan psikologikal atau generatif dan menekankan
perkembangan individu melalui pembacaan. Oleh sebab itu,
kesusasteraan sebagai sebahagian komponen daripada Bahasa Melayu
(KOMSAS).

43
Keseluruhannya, dapat kita tegaskan di sini, penggunaan bahan
sastera seperti pantun dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu sememangnya meninggalkan kesan yang positif dalam diri pelajar
terutama dalam melahirkan modal insan yang mampu meneruskan
kesinambungan tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang.

44

Anda mungkin juga menyukai