Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Malaysia terkenal dengan masyarakat yang pelbagai agama, bangsa dan budaya.
Malaysia yang diduduki oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama adalah negara yang aman
dan damai di mana saling mempengaruhi antara satu sama lain untuk menghasikan hubungan
etnik dan dan gabungan budaya Malaysia yang unik. Apakah yang dimaksudkan dengan
masyarakat ? Mengikut Linton ( 1936 ) melihat masyarakat sebagai kelompok manusia yeng
telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerjasama sehingga dapat mengorganisasikan diri
dan meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu.

Oleh yang demikian, tugasan ini menyatakan peranan parti-parti politik di Malaysia
memupuk perpaduan kaunm dalam masyarakat. Di sini, saya diberi amanah untuk menganalisis
sejarah, aktiviti dan program-program parti politik dan kemampuan parti-parti tersebut untuk
menyalin perpaduan dalm masyarakat di Malaysia. Jika dipandang dari sudut, Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka Edisi keempat parti politik boleh ditakrifkan sebagai satu golongan
( kumpulan ) yang bergerak untuk tujuan ( dasar dll ) yang sama dalam politik yang terikat
kepada rakyat dan pemerintah negara.

Oleh itu, saya yakin bahawa melalui tugasan ini yang akan memperincikan sejarah-
sejarah parti politik, program-program dan langkah- langkah parti politik yang dapat
melaksanakan untuk memupuk perpaduan dan intergrasi dalam kalangan masyarakat Malaysia
dapat menjurus kepada satu impak positif terhadap perpaduan di negra kita pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai