Anda di halaman 1dari 3

Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama: Setiap individu mempunyai keperluan asas yang

sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya. Lapan peringkat perkembangan: Peringkat 1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan Tahap umur Lahir ke 1 tahun huraian Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan akan timbul.

2. Autonomi lawan keraguan

1 3 tahun

3. Inisiatif lawan rasa bersalah

4 5 tahun

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekirannya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri. Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh rasa bersalah

4. Industri lawan rasa rendah diri

6 11 tahun

Kanak-kanak perlu menguasaikemahirankemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

5. Identiti lawan kekeliruan identiti

12 18 tahun Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam

perkerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial. 18 35 tahun Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke arah perkhawinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih. 35 65 tahun Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.

6. Keintiman lawan keasingan

7. Generativiti lawan kekakuan

8. Integriti lawan kekecewaan

65 ke atas

Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan kerjaya. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.

Pelajar perlu diberikan kepercayaan agar mereka mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Sekiranya pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan cara mereka bertindak, guru seharusnya memberikan peluang tersebut kepada anak didik mereka.

Pelajar gugup semasa mebentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas Keadaan ini biasanya berlaku semasa P&P yang melibatkan pembentangan hasil kerja setelah perbincangan dalam kumpulan diadakan. Jika pelajar anda gugup di hadapan kelas, anda perlu maklumkan kepada pelajar yang lain agar mereka memberikan kerjasama terhadap pelajar tersebut. Berikan tepukan kepada pelajar tersebut setelah selesai beliau membentangkan hasil kerja. Langkah ini sangat penting supaya pelajar tersebut merasakan bahawa hasil kerja mereka dihargai. Terdapat 2 tindakan guru sejurus selepas itu iaitu memberikan peneguhan ataupun kritikan membina. Pelajar tidak yakin dengan kebolehan sebenar mereka Semasa aktiviti sukan ataupun situasi di luar kelas, pelajar lebih cenderung untuk beeperlakuan pasif (tidak aktif). Sebagai contoh, semasa sukan lompat tinggi, ada antara pelajar yang tidak dapat melakukan lompatan dengan cara yang betul. Maka, guru perlulah menunjukkan cara melompat dengan betul terlebih dahulu agar pelajar yakin dengan kebolehan masing-masing. Dengan cara ini, keyakinan dalam diri pelajar dapat dibentuk secara tidak langsung.

Anda mungkin juga menyukai