Anda di halaman 1dari 12

teori psikososial

Teori ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan perkembangan individu di persekitaran kanakkanak. Personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Erikson memperkenalkan lapan peringkat di mana tiap peringkat saling berkait rapat antara satu sama lain. Bagi Erikson, individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan dan kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan memberi kesan terhadap imej kendiri seseorang individu.

JADUAL PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON


Tahap umur Dari lahir hingga 1 tahun Peringkat Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan 1-3 tahun 4-5 tahun 6-11 tahun 18-35 tahun 35-65 tahun 65 tahun dan ke atas Autonomi lawan keraguan Inisiatif lawan rasa bersalah Industri lawan rendah diri Keintiman lawan keasingan Generativiti lawan kekakuan Integriti lawan kekecewaan

1.Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan

2. Autonomi lawan keraguan

Inisiatif lawan rasa bersalah

Industri lawan rendah diri

Keintiman lawan keasingan

Generativiti lawan kekakuan

Integriti lawan kekecewaan

APLIKASI KEPADA MURID PENDIDIKAN KHAS


Beri peluang dan sokongan kepada kanak-kanak untuk mencuba kemahiran-kemahiran baru. Pastikan persekitaran selamat untuk kanak-kanak mencuba kemahiran. Jangan menghukum kanak-kanak apabila tersalah langkah di dalam proses ini. Hukuman dan dendaan akan membawa kepada pengurangan rasa autonomi dan menimbulkan keraguan. Beri pujian kepada kanak-kanak yang menunjukkan inisiatif mencuba kemahiran baru. Laksanakan kurikulum pembelajaran yang boleh membentuk kanakkanak untuk mencapai kemahiran-kemahiran ini. Contoh: latihan koordinasi otot dan deria. Beri peluang kanak-kanak mencuba kemahiran-kemahiran baru melalui kaedah bermain.

Rumusan Teori Psikososial Dan Kepentingannya


Hubungan sosial dan persekitaran. Perkaitan peringkat dengan keupayaan murid. Galakkan mereka untuk mencuba dan berdikari. Libatkan mereka dengan aktiviti sosial. Beri penghargaan yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai