Anda di halaman 1dari 12

UNIT 6

PERSONALITI PELAJAR REMAJA

Dr. Nurulhuda Md Hassan


Teori Psikososial Erikson

 Lapan peringkat perkembangan sepanjang jangka hayat manusia.


 Setiap peringkat mempunyai tugas perkembangan yang memerlukan individu berhadapan
dengan krisis.
 Setiap krisis merupakan titik perubahan peningkatan potensi individu.
 Kesejahteraan psikologi individu ditentukan berdasarkan kejayaan individu dalam
menyelesaikan setiap krisis.
 Setiap peringkat mempunyai aspek positif dan negatif.
Peringkat Kepercayaan lawan Ketidakpercayaan

 Peringkat psikososial pertama.


 Berlaku dari lahir sehingga sekitar 18 bulan.
 Kepercayaan - memerlukan penjagaan dan pengasuhan yang mesra.
 Ketidakpercayaan wujud apabila bayi diperlakukan secara negatif atau diabaikan.
Autonomi lawan Rasa Malu / Ragu-ragu

 Peringkat psikososial kedua.


 Berlaku dari usia 18 bulan sehingga sekitar 3 tahun.
 Mula mengetahui bahawa tingkah laku mereka adalah untuk diri mereka sendiri.
 Kekangan atau hukuman terhadap tingkahlaku menimbulkan rasa malu dan ragu.
Peringkat Inisiatif lawan Rasa Bersalah

 Peringkat psikososial ketiga.


 Berlaku sekitar usia 3 hingga 6 tahun.
 Mengalami cabaran yang lebih banyak berdasarkan konteks sosial yang lebih luas.
 Terlibat dalam tingkah laku aktif dan bertujuan yang melibatkan inisiatif.
 Membentuk perasaan bersalah sekiranya inisiatif yang dilakukan tidak disokong oleh
konteks sosial.
Peringkat Industri lawan Rasa Rendah Diri

 Peringkat psikososial keempat.


 Berlaku di peringkat sekolah rendah, dari usia 6 tahun hingga akil baligh atau awal remaja.
 Memperuntukkan tenaga ke arah menguasai pengetahuan dan kemahiran intelektual.
 Membentuk rasa rendah diri, tidak produktif, dan tidak kompeten sekiranya tidak merasai
pencapaian.
Peringkat Identiti lawan Kekeliruan Identiti

 Peringkat psikososial kelima.


 Berlaku ketika usia remaja.
 Cuba mencari identiti diri.
 Berhadapan dengan banyak peranan baru dan status orang dewasa.
 Perlu dibenarkan meneroka pelbagai bidang untuk mencapai identiti yang sihat.
 Membentuk kecelaruan identiti sekiranya tidak dapat meneroka peranan yang berbeza.
Peringkat Keintiman lawan Pengasingan

 Peringkat psikososial keenam.


 Berlaku pada usia awal dewasa (20-an dan 30-an).
 Membentuk hubungan rapat yang positif dengan orang lain.
 Membentuk rasa terasing sekiranya gagal menjalin hubungan intim dengan pasangan.
Peringkat Generativiti lawan Stagnasi (Kekakuan)

 Peringkat psikososial ketujuh.


 Berlaku pada usia pertengahan dewasa (40-an dan 50-an).
 Generativiti - menyebarkan sesuatu yang positif kepada generasi seterusnya.
 Melibatkan peranan seperti keibubapaan dan pengajaran, di mana orang dewasa membantu
generasi seterusnya dalam melalui kehidupan yang berguna.
Peringkat Integriti lawan Putus Asa

 Peringkat psikososial kelapan dan terakhir.


 Berlaku pada usia akhir dewasa (60-an hingga kematian).
 Merenung kehidupan lampau dan perkara yang dilakukan sepanjang kehidupan.
 Membentuk rasa integriti sekiranya memiliki pandangan yang positif terhadap kehidupan
lampau.
 Membentuk rasa putus asa sekiranya memiliki pandangan yang negatif terhadap kehidupan
lampau.
Aplikasi Teori Perkembangan Psikososial Erikson

 Galakkan inisiatif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.


 Menggalakkan industri dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
 Merangsang penerokaan identiti dalam kalangan remaja.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai