Anda di halaman 1dari 11

UNIT 13

DORONGAN DALAMAN
TERHADAP PEMBELAJARAN
REMAJA

DR NURULHUDA MD HASSAN
MOTIVASI
• Motivasi melibatkan proses yang memberi tenaga, mengarahkan, dan mengekalkan tingkah laku.
• Terdapat 2 jenis motivasi
• Motivasi ekstrinsik
• Motivasi intrinsik
MOTIVASI
• Motivasi ekstrinsik
• Melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang
lain.
• Sering dipengaruhi oleh insentif luaran seperti
ganjaran dan hukuman.
• Sebagai contoh, seorang pelajar belajar bersungguh-
sungguh untuk memperoleh gred yang baik.
MOTIVASI

• Motivasi intrinsik
• Motivasi dalaman untuk melakukan sesuatu demi kepentingannya
sendiri.
• Dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti minat dan keseronokan.
• Sebagai contoh, seorang pelajar belajar bersungguh-sungguh
kerana meminati sesuatu subjek.
Penentuan kendiri dan
pilihan peribadi

Jenis Motivasi
Intrinsik
Pengalaman optimum
dan ‘flow’

Minat

Penglibatan kognitif dan


tanggungjawab kendiri
PENENTUAN KENDIRI DAN PILIHAN PERIBADI

• Satu pandangan mengenai motivasi intrinsik menekankan penentuan kendiri (Ryan & Deci,
2009, 2016).
• Dalam pandangan ini, pelajar percaya bahawa mereka melakukan sesuatu kerana kehendak
mereka sendiri, bukan kerana kejayaan atau penghargaan luar.
• Motivasi dalaman dan minat intrinsik pelajar terhadap tugas sekolah meningkat apabila pelajar
mempunyai beberapa pilihan dan beberapa peluang untuk mengambil tanggungjawab peribadi
untuk pembelajaran mereka (Grolnick, Friendly, & Bellas, 2009).
PENGALAMAN OPTIMUM DAN ‘FLOW’

• Pengalaman optimum melibatkan perasaan kenikmatan dan kebahagiaan yang mendalam.


• Csikszentmihalyi menggunakan istilah ‘flow’ untuk menggambarkan pengalaman optimum dalam kehidupan.
• ‘Flow’ berlaku paling kerap ketika seseorang mengembangkan masteri dan berada dalam konsentrasi semasa
melakukan aktiviti.
• ‘Flow’ berlaku ketika seseorang terlibat dalam cabaran yang dianggap tidak terlalu sukar atau terlalu mudah.
• Sebagai contoh, ‘flow’ berlaku apabila seorang pelajar sangat berminat untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh gurunya pada tahap yang mencabar tetapi tidak melebihi kemampuannya.
PENGALAMAN OPTIMUM DAN ‘FLOW’

• Cabaran tinggi, kemahiran tinggi = ‘flow’


• Cabaran rendah, kemahiran tinggi = bosan
• Cabaran rendah, kemahiran rendah = apati (tidak peduli)
• Cabaran tinggi, kemahiran rendah = gelisah
MINAT

• Minat – ukuran pembelajaran mendalam (mengingat idea utama, jawapan kepada soalan-soalan sukar,
• Pembelajaran surface - seperti respons terhadap soalan mudah dan mengingat teks secara verbatim (wigfield & lain-lain, 2015).
• Minat individu
• Stabil
• Contoh: kemahiran matematik pelajar
• Minat situasional
• Dihasilkan oleh aspek tertentu
• Contoh: gaya pengajaran guru
• Minat situasional merangkumi faktor kontekstual, seperti sokongan autonomi, pendekatan guru, peluang penglibatan, dan
kaitan kandungan pembelajaran dapat menyokong minat individu (Linnenbrink-Garcia & Patall, 2016).
PENGLIBATAN KOGNITIF DAN
TANGGUNGJAWAB KENDIRI
• Phyllis Blumenfeld et al.(2006) mencadangkan variasi lain mengenai motivasi intrinsik.
• Mereka menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mendorong
pelajar untuk terlibat secara kognitif dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.
• Tujuannya adalah untuk membuat pelajar menjadi terdorong untuk memperluas usaha untuk
bertahan dan menguasai idea.
• Cara - mengaitkan kandungan subjek dan pembelajaran kemahiran dalam konteks yang bermakna
(alam sebenar) yang sesuai dengan minat pelajar (Gregory & Korth, 2016).
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai