Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS RAJA MELEWAR, 70400 SEREMBAN,


NSDK.

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN


PERSATUAN TEATER

NAMA PELAJAR
:
1. NARESH KUMAR A/L SOMAN (890716-01-6153)
2. DURGA A/P RAJAMANIKAM (871210-01-5432)
3. BANUPRIYA A/P GUNASEGARAN ( 900928-10-5330 )
4. THURGA THEVI A/P AHYANARI ( 900520-05-5296 )
5. VASANTHI A/P MURUGAN ( 830420-01-5392 )
UNIT

: PT ( KDPM-KDC ) AMBILAN NOVEMBER 2010

NAMA PENSYARAH

: PN.MAZNAH MANAN

TARIKH HANTAR

: 04 JUN2013

GERKO PERSATUAN TEATER

PERLEMBAGAAN PERSATUAN TEATER


1. Nama Persatuan
2. Alamat Persatuan

3. Matlamat

: PERSATUAN TEATER PT 2010


: IPG Kampus Raja Melewar
Jalan Sikamat,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
:

1. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan


rohani, jasmani dan emosi guru-guru pelatih.
2. Membina dan meningkatkakn minat dan bakat guru-guru pelatih dalam
pementasan teater.
3. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala
antara sekolah dan masyarakat.
4. Keahlian

4.1Dibuka kepada semua guru-guru pelatih dari opsyen Pengajian Tamil


IPGKRM.
4.2Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.

GERKO PERSATUAN TEATER

5. Jawatankuasa Persatuan :
Pengarah IPGKRM
Pensyarah Penasihat
Pengerusi Persatuan
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK
AJK Kecil/ Biro
6. Tugas dan tanggungjawab ahli jawatankuasa
6.1 Pengerusi
6.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan semua mesyuarat
6.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
6.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
6.2 Naib Pengerusi
6.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung
jawab yang diberi.
6.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
6.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

GERKO PERSATUAN TEATER


6.3 Setiausaha
6.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
6.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan
kegiatan-kegiatan.
6.3.3 Mencatat kehadiran ahli
6.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
6.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
6.4 Penolong Setiausaha
6.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
6.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan
Setiausaha.
6.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
6.5 Bendahari
6.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
6.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
6.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
6.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
6.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
6.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
6.6 Penolong Bendahari
6.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan
Bendahari.
6.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
6.7 Ahli Jawatankuasa
6.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
yang dilaksanakan.
6.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
6.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa

6.8 Pemeriksa Kira-Kira

GERKO PERSATUAN TEATER

6.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
6.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
7. Kewangan
7.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang
diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM
5.00 seorang sebulan.
7.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
7.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti
tersebut.
7.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun
Persatuan sekiranya mendapat kebenaran Pensyarah Penasihat.
8. Pembatalan & Pembukaan persatuan
8.1 Pensyarah penasihat diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika
didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
8.2 Segala hutang wajib dijelaskan.
Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.
9. Pindaan Perlembagaan Persatuan
9.1 Mana-mana bahagian
dalam
perlembagaan ini sah sehingga ia
dipinda.
9.2 Cadangan
pindaan
perlembagaan
boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara
bertulis.
9.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa
akan
membincangkan
cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
9.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan
oleh Pengetua/Guru Besar.
10. Mesyuarat Persatuan
10.1 Pengelolaan persatuan adalah terserah kepada pihak IPG manakala
ahli-ahli jawatanakuasa nya adalah dilantik dalam mesyuarat agung
tahunan.
10.2 Mesyuarat Agung hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga kali
dalam setahun.
10.3 Mesyuarat Agung PAI adalah dihadiri semua ahli-ahli jawatankuasa
persatuan.
10.4 Sekurang-kurang seminggu terlebih dahulu hendaklah diberitahu
mengenai mesyuarat agung tahunan. Agenda dan minit mesyuarat agung

GERKO PERSATUAN TEATER


dan penyata tahunan hendaklah diberikan kepada para perwakilan 2 hari
sebelum mesyuarat dijalankan.
10.5 Agenda mesyuarat hendaklah mengandungi:
10.5.1 Penyata tahunan
10.5.2 Minit mesyuarat agung tahunan lalu
10.5.3 Penyata kira-kira kewangan
10.5.4 Cadangan usul untuk tahun akan dating dan
10.5.5 Melantik pegawai baru bagi tahun berikutnya.
11. Jawatankuasa kecil.

11.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


11.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala
ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
11.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
11.4 Ahli
Jawatankuasa
Kecil
boleh dilantik oleh Pensyarah
Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
11.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Pensyarah Penasihat.
12. Tindakan Disiplin

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan


dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut
12.2.1 .Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Pensyarah Penasihat persatuan secara bertulis
dan keputusan pensyarah Penasihat adalah muktamad.
13. Larangan Dalam persatuan
13.1
13.2
13.3

Peraturan IPG adalah menjadi peraturan asas.


Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

14. Perlembagaan perlu dikemaskini dan diubahsuai selaras dengan keperluan


persatuan dari masa ke masa.
15. Perlembagaan dan undang-undang mesti diluluskan dam mesyuarat agung.

Disediakan oleh:
.

..

GERKO PERSATUAN TEATER


(
Setiausaha
Tarikh:

)
Pengerusi

.................

Disemak oleh:

...................................................

Tarikh:

)
Guru Pemimpin

Tarikh: ....................

Tarikh: ..............

Diluluskan oleh:

...... ...............................................

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai