Anda di halaman 1dari 23

KESEDARAN MASA

Berdasarkan tema ini, pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat dan serta
merta. Faktor ruang seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan akan
mempengaruhi Kelajuan sesuatu pergerakan. Kesedaran masa juga mempunyai kaitan dengan aspek
kecergasan fizikal seperti kelajuan.
Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza
Dalam pergerakan ini aktiviti yang dilakukan ialah bergerak dengan pelbagai kelajuan contohnya cepat, lambat
dan serta merta.
Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza
 Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan
 Berjalan dengan cepat
 Berhenti dan berdiri tegak
 Berjalan dengan lambat
 Berhenti dan berdiri tegak
 Berjalan dengan serta-merta
 Berhenti dan berdiri tegak
Bergerak dengan Memilih Kelajuan yang Sesuai
Dalam kemahiran ini, pelaku boleh memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat,
dan kemampuan murid. Konsep yang diutarakan ialah perbezaan pergerakan dan kelajuan yang sesuai dengan
kemahiran atau alatan yang digunakan. Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza. Contoh aktiviti:

 Bergerak seperti ulat


 Berhenti dan berdiri tegak
Bergerak dengan Mengawal Kelajuan ( Serta-merta)
Dalam kemahiran, ini pelaku akan bergerak dengan pelbagai kelajuan yang terkawal sama ada secara pantas
(serta-merta) atau secara lambat mengikut arahan atau keperluan gerakan. Contoh aktiviti:

 Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan


 Berjalan dengan cepat
 Berjalan dengan lambat
 Melompat
 Mendarat
 Berguling ke hadapan
 Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan
Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menghasilkan Kelajuan yang berbeza
Mengerakkan tubuh badan untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza ertinya kita mengerakkan anggota tubuh
badan untuk kelajuan yang berbeza. Kelajuan yang berbeza adalah dalam bentuk cepat, lambat, serta-merta
dan kawalan lambat.
 Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan
 Hayun tangan dengan perlahan
 Hayun tangan dengan cepat
Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Memilih Kelajuan yang Sesuai
Dalam kemahiran gerakan ini, pelaku dikehendaki meneroka pelbagai pergerakan mengikut kelajuan dan tempo
yang sesuai.
 Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas
 Buat dirian tangan dan kedua belah kaki lurus ke atas
 Turunkan sebelah kaki perlahan-lahan ke lantai
 Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas
Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mengawal Kelajuan
Kemahiran ini menghendaki pelakunya melakukan pergerakan serta merta dan kawalan lambat.
 Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang berlawanan dengan segera
 Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang berlawanan dengan laju
 Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang berlawanan dengan perlahan
Merangkai Pergerakan dengan Menggunakan Dua atau Lebih Aspek
Dalam kemahiran ini, pelakunya perlu meneroka pelbagai pergerakan mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan:
 Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan
 Berlari
 Melompat dengan meluruskan tangan di atas
 Menghayunkan tangan dan kaki ke arah berlawanan
 Mendarat dengan meluruskan tangan ke belakang dan membengkokkan kedua-dua lutut
 Duduk mencangkung dengan meluruskan kedua belah tangan ke hadapan.
 Melompat sambil mendepakan tangan dan mengangkangkan kedua-dua belah kaki.
Anda mungkin juga meminati:

KESEDARAN MASA

KESEDARAN RUANG

KESEDARAN RITMA

LinkWithin

KESEDARAN TUBUH BADAN

KESEDARAN TUBUH BADAN


Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak, jari
dan lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki). Semua pergerakan dalam tema tersebut melibatkan
komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan, imbangan dan kordinasi.

Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran Tubuh Badan

Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti

Bergerak secara sentuhan Bergerak dengan bahagian pada  Berjalan, berlari,


berselang. tubuh badan berselang – seli merangkak, dan berjalan secara
menyentuh lantai. melutut.

Bergerak secara sentuhan Bergerak dengan bahagian  Gulingan, guling balak,


selalu. tubuh badan menyentuh lantai menarik dan menolak.
sentiasa.

Bergerak tanpa sentuhan Bergerak dengan seluruh tubuh  Lompat bintang, lompat
seketika. badan di udara seketika dakap dan lompat layang.

Menyokong beban pada Bergerak dengan beban di  Membawa pundi kacang di


bahagian tubuh. bahagian tubuh. atas kepala serta Menggolekkan
bola kecil di atas belakang badan

Membuat berbagai bentuk Membentukkan tubuh badan Pergerakan mengikut situasi


dengan bahagian tubuh menjadi besar, kecil, panjang, seperti:
badan. pendek.
 bunga sedang kembang
 arnab tidur dalam lubang
 galah menjulang awan
 kain dilipat dua

Membekukan tubuh badan. Berhenti bergerak apabila isyarat  Galop


diberi.
 Lompat kanggaru dalam
arah zig-zag

Merangkaikan dua atau lebih Merangkaikan beberapa  Lompat ke dalam gelung


pergerakan. kemahiran ke dalam satu bentuk rotan
permainan kecil.  Menyusup di bawah
palang
 Berlari & melompat
melepasi palang

MY VVIP Members
Carian Tajuk Dalam Blog Ini
Top of Form

powere
03/11/2011

KESEDARAN RUANG
Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ruang untuk
melakukan pergerakan terbahagi kepada dua iaitu:
 Ruang Diri
Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.
 Ruang Am
Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan.
Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan. Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-
olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka. Perasaan gembira dikemukakan
bila tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain.
Daya cipta kreatif juga dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau
menyampaikan sesuatu idea atau perasaan.
Terdapat sub-sub kemahiran yang perlu dikuasai di dalam tema kesedaran ruang seperti berikut:
 Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang
 Membuat pergerakan menggunakan ruang diri
 Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras
 Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah
 Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan
a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang
Pergerakan dalam sub kemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu tempat
dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu
tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari
dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan.
Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan
melantunkan bola. Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen
kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot.
b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri
Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan
bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana anggota
boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka
pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal
terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan.
c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras
Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang dibuat dengan menggunakan
ruang diri dan ruang am. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah.
Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain.
Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya
kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.
d. Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah
Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan yang membolehkan
perlakunya bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.
e. Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan
Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan yang membolehkan
perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.

MY VVIP Members
Carian Tajuk Dalam Blog Ini

powere

Memapar catatan untuk pertanyaan kesedaran aliran. Papar semua catatan


03/11/2011

KESEDARAN RITMA
Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di kenali sebagai kesedaran rithma. Rentak rithma boleh di
lakukan sama ada dakam bentuk rendah, tinggi, mendatar dan terputus-putus. Gabungan pergerakan badan
akan menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut rentak rithma. Corak rithma adalah hasil
gabungan pelbagai rentak seperti mendatar, tinggi, rendah atau terputus-putus. Corak rithma boleh dilakukan
secara berulang-ulang. Sementara rentak rithma akan dilakukan secara lembut, pelahan, kuat, cepat, sederhana
dan sebagainya. Di peringkat awal latihan kesederan rithma atlet di lakukan pelbagai corak pergerakan badan
melalui rithma yang berbeza-beza. Berbagai rentak rithma boleh dihasilkan dengan cara menghentak kaki ke
lantai, tepuk tangan dan lain-lain
Menggunakan Rentak Rithma untuk Menghasilkan Rangkaian Pergerakan
Pergerakan berangkai dalam persembahan yang pelbagai bentuk dibantu oleh rentak rithma.
Mendapatkan Rentak Rithma untuk Koreografi Rangkaian Pergerakan
Koreografi ialah pergerakan berangkai dengan rentak ritma dan dilakukan mengikut kreativiti individu. Rentak
rithma dihasilkan melalui bersiul, tepuk tangan dan melalui alat muzik. Lagu-lagu rakyat seperti ‘burung kakaktua’
dan ‘rasa sayang eh’ juga boleh digunakan. Pergerakan ini dilakukan secara individu dan di ikuti kumpulan.
Mengabung Aliran Pergerakan Diiringi Rentak Ritma
Corak aliran pergerakan mengikut kepelbagaian rentak rima. Aliran pergerakan dirancang secara teratur, kemas,
lancar dan menggunakan ruang latihan. Aliran yang di lakukan mesti mempunyai permulaan, penamat serta
dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang.
MY VVIP Members
Carian Tajuk Dalam Blog Ini

powere

Memapar catatan untuk pertanyaan kesedaran aliran. Papar semua catatan


03/11/2011

KESEDARAN RITMA
Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma di kenali sebagai kesedaran rithma. Rentak rithma boleh di
lakukan sama ada dakam bentuk rendah, tinggi, mendatar dan terputus-putus. Gabungan pergerakan badan
akan menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut rentak rithma. Corak rithma adalah hasil
gabungan pelbagai rentak seperti mendatar, tinggi, rendah atau terputus-putus. Corak rithma boleh dilakukan
secara berulang-ulang. Sementara rentak rithma akan dilakukan secara lembut, pelahan, kuat, cepat, sederhana
dan sebagainya. Di peringkat awal latihan kesederan rithma atlet di lakukan pelbagai corak pergerakan badan
melalui rithma yang berbeza-beza. Berbagai rentak rithma boleh dihasilkan dengan cara menghentak kaki ke
lantai, tepuk tangan dan lain-lain

Menggunakan Rentak Rithma untuk Menghasilkan Rangkaian Pergerakan


Pergerakan berangkai dalam persembahan yang pelbagai bentuk dibantu oleh rentak rithma.
Mendapatkan Rentak Rithma untuk Koreografi Rangkaian Pergerakan
Koreografi ialah pergerakan berangkai dengan rentak ritma dan dilakukan mengikut kreativiti individu. Rentak
rithma dihasilkan melalui bersiul, tepuk tangan dan melalui alat muzik. Lagu-lagu rakyat seperti ‘burung kakaktua’
dan ‘rasa sayang eh’ juga boleh digunakan. Pergerakan ini dilakukan secara individu dan di ikuti kumpulan.
Mengabung Aliran Pergerakan Diiringi Rentak Ritma
Corak aliran pergerakan mengikut kepelbagaian rentak rima. Aliran pergerakan dirancang secara teratur, kemas,
lancar dan menggunakan ruang latihan. Aliran yang di lakukan mesti mempunyai permulaan, penamat serta
dilakukan secara berterusan dan berulang-ulang.
Anda mungkin juga meminati:

 KESEDARAN MASA
 KESEDARAN TUBUH BADAN
 KESEDARAN RUANG
LinkWithin

Posted by zaireey at 1:20 PTG 2 comments Links to this post

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Labels: KESEDARAN RITMA

Reactions:
GIMNASTIK PENDIDIKAN
Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk
tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi
asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan
berasaskan lapan tema iaitu:

 Kesedaran tubuh badan


 Kesedaran ruang
 Kesedaran masa
 Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan
 Kesedaran beban
 Kesedaran aliran
 Kesedaran perkaitan dengan orang lain
 Kesedaran ritma

Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah:

1. Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan


2. Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran
3. Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran
dalam situasi-situasi penyelesaian masalah
4. Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik
Anda mungkin juga meminati:
 GIMNASTIK PENDIDIKAN
 PERGERAKAN DALAM GIMNASTIK ARTISTIK
 PERGERAKAN DALAM GIMNASTIK ARTISTIK
LinkWithin

Posted by zaireey at 12:09 PTG 0 comments Links to this post

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Labels: GIMNASTIK PENDIDIKAN

Reactions:

23/06/2011

GIMNASTIK PENDIDIKAN
Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk
tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi
asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan
berasaskan lapan tema iaitu:
i. Kesedaran tubuh badan
ii. Kesedaran ruang
iii. Kesedaran masa
iv. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan
v. Kesedaran beban
vi. Kesedaran aliran
vii. Kesedaran perkaitan dengan orang lain
viii. Kesedaran ritma

Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah:


• Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan
• Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran
• Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-
situasi penyelesaian masalah
• Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik

Anda mungkin juga meminati:

 GIMNASTIK PENDIDIKAN
 PERGERAKAN DALAM GIMNASTIK ARTISTIK
 PERGERAKAN DALAM GIMNASTIK ARTISTIK
LinkWithin

Posted by zaireey at 11:23 PTG 1 comments Links to this post

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Labels: PERGERAKAN PENDIDIKAN

Reactions:

29/11/2010

PERGERAKAN KREATIF
PENGENALAN
Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan Kreatif dihasilkan
daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang
diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan mengangkat
kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam
melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang
konsep pergerakan.

Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk
melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud
suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan
pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.
Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi
lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan berunsurkan pertandingan. Setiap
pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri.

Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif Kesemua unsur yang dinyatakan ini akan dapat
membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur tersebut itu ialah:
 Tubuh badan

 Ruang

 Masa dan

 Daya

TUJUAN

Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan
ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif memberi fokus kepada
penggunaan pancaindera. untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Melalui
pergerakan kreatif pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar. Dengan kata lain tujuan
utama pergerakan kreatif adalah untuk berkomunikasi melalui pergerakan. Pergerakan kreatif
ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.

NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN DALAM PERGERAKAN KREATIF


Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam
kehidupan seharian. Antara nilai-nilai yang perlu diperhati dan ditegaskan, ialah:

 Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan

 Keseronokan dan kepuasan

 Kesyukuran

 Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi

 Menghormati orang lain

 Menyedari keperluan orang lain

 Semangat cintakan keindahan alam sekitar

 Bekerjasama

 Baik hati

 Berhemah tinggi

 Kasih saying

 Kebebasan

 Kejujuran

 Rasional

 Bekerjasama

 Berdikari

 Keadilan
 Keberanian

 Kebersihan fizikal dan mental

 Kerajinan

 Kesederhanaan

 Semangat bermasyarakat

FAEDAH PERGERAKAN KREATIF


Antara faedah yang kita peroleh daripada pergerakan kreatif ialah:

 Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti.

 Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia.

 Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.

 Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat Jay a diri dan inisiatif.

 Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh.

 Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan tubuh
badan sebagai wadah ekspresi.

 Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan masalah-
masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan.

 Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek pergerakan melalui pengalaman dalam
mengaplikasikan prinsipnya.

 Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam geraktari.

 Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di
dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang
diberikan.

 Untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari yang
signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai estetika.

 Perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.

 Peningkatan kemahiran pergerakan.

 Penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri.

 Perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif.

 Perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif.

 Pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain.

 Peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan kekuatan.


TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF
1. Kesedaran Tubuh Badan
Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian badan
serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.

a. Keseluruhan Tubuh Badan


Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti
daripada bergerak secara bebas atau terkawal. Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor atau
bukan lokomotor tubuh badan. Misalnya, pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau
terkawal. Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang diberi,
misalnya muzik.

b. Bahagian Tubuh Badan


Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan,
kaki dan pinggul. Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima
berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang
pergerakan mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti kucing berjalan,
bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut. Tapak tangan dan lutut menjadi
sokongan kepada berat badan.

2. Kesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa


Tema ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan membantu individu
mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan.

a. Beban
Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya beban. Kesan daripada
beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Misalnya,
seseorang yang sedang mencangkung akan sukar untuk berdiri jika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu
seolah-olah dia memikul benda berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika pergerakan adalah halus dan
ringan contohnya menyelam.

b. Masa
Kesedaran rintangan terhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan
gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat. Contohnya pergerakan secara serta merta ialah
sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara
pergerakan kawal lambat ialah membayangkan cara burung terbang tinggi.

3. Kesedaran Ruang
Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang ini akan melibatkan
penggunaan kawasan dan arah udalam mentontonkan sesuatu pergerakan.

a. Kawasan
Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang diri dan ruang am. Sebagai
contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang dengan cara
melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan
ini juga melibatkan penggunaan arah.

b. Arah
Arah pergerakan ialah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke
bawah. Contohnya dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat akan
melibatkan juga arah pergerakan tersebut. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan
teratur boleh dilakukan dengan menggunakan peta.

4. Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa


Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan menggunakan ruang dan
masa
a. Aliran
Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa dalam melakukan gerakan.

Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu

 Aliran bebas
Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badan berada di udara dan sukar
diberhentikan.

 Aliran terikat
Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan
berada dalam keadaan seimbang

b. Ruang
Salah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada kesedaran tentang cara
menggunakan ruang untuk melakukan pelbagai pergerakan. Daya cipta kreatif dapat dihasilkan dan
dipertontonkan apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus.
Ruang terus ialah ruang yang digunakan secara langsung dengan berada dalam lingkungan kawasan yang tidak
luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. Contoh berjalan menggunakan pergerakan lurus,
melengkung dan zig-zag. Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang yang di gunakan secara tidak langsung di
gunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas berbanding ruang
terus.

 Penyesuaian terhadap Rakan


Penyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam
pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dalam kemahiran ini ialah:

 Aktiviti 1

 Kerja Berpasangan
Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan dapat dilakukan bersama-sama berdasarkan
peralihan tempat meniru sama ada selari atau pergerakan meniru bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan
di pertontonkan secara unik

 Arahan Tugasan
Anda dan rakan anda telah ditugaskan untuk membersihkan kelas Lakukan tiga tugasan aksi pergerakan meniru
selari dan tiga pergerakan meniru bertentangan. Gunakan tamborin atau tepukan tangan semasa melaksanakan
tugasan sebagai ritma.

 Contoh Aktiviti

 Kerja Berkumpulan
Dalam kerja berkumpulan penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan perlu dilakukan oleh pelaku.
Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan seperti yang berikut:

 Ketua dengan pengikut.

 Kumpulan bekerjasama

 Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan.

Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara penyesuaian terhadap
rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga
kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.
5. Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat
Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan tubuh badan sebagai
alat persembahan secara spontan dan bebas.

a. Lompatan Asas
Terdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat lompatan tidak ditetapkan.
Pengalaman lompatan ini berguna untuk membolehkan murid menyedari bahawa cara lompatan berbeza akan
memberi kesan yang berbeza.

b. Bentuk Tubuh Badan


Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa
dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang sebagai satu pergerakan dan
perkaitan antara bahagian tubuh badan yang melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar
(seperti tembok), lurus (seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru).

c. Gaya Isyarat
Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan.
Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan berat badan di sokong oleh kedua belah kaki. Lakuan gerak
isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan.

6. Ritma Berkaitan dengan Pekerjaan


Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif ialah rithma yang berkaitan dengan pekerjaan.
Setiap pelbagai bidang pekerjaan sama ada dalam industri pertanian, perkhidmatan atau perindustrian
mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan sebagai rangsangan pergerakan. Antara ciri untuk
mengenal pasti lakuan pergerakan yang berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut:

 Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat.

 Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan.

 Peralihan antara dua pergerakan.

 Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan.

Kesedaran Bentuk-bentuk Pergerakan

Dalam kemahiran ini bentuk-bentuk pergerakan dibina daripada pergerakan tubuh badan dalam sesuatu ruang.
Terdapat pelbagai bentuk-bentuk pergerakan seperti garisan lurus, lengkung dan bulatan. Bentuk-bentuk ini
boleh dihasilkan atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan. Bentuk pergerakan di lantai boleh dilakukan
dengan pergerakan kaki secara melompat atau merangkak. Pergerakan tangan seperti melambai-lambai atau
ayunan tangan ketika berkawad menghasilkan bentuk di awangan. Bentuk pergerakan ini boleh dilakukan secara
individu atau berkumpulan.Alat gendang dan alat muzik lain seperti tamborin boleh di gunakan untuk
menimbulkan suasana pergerakan

Orientasi Ruang
Ruang boleh dibahagikan kepada ruang diri, ruangan umum dan persekitaran. Dalam membincangkan tema
orientasi ruang. Perbincang lebih mengutamakan arah bahagian tubuh badan yang boleh digerakkan dan
perkaitannya dengan beberapa arah yang lain. Orientasi ruang ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
dimensi ruang, orientasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan dan urutan.

PENAIKAN DARI LANTAI


Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan dari lantai beransur-ansur hingga
keseluruhannya lepas ke udara. Kemahiran ini melambangkan perasaan kebebasan. l Kemahiran penaikan dari
lantai dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu:

 Penaikan dari lantai


 Lepas dari lantai ke ruang udara

 Membina pelbagai bentuk di ruang

 Melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang

Kesedaran Kumpulan
Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan
mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan mempunyai peranan mereka tersendiri sama
ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk pergerakan.
Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut. Peranan boleh
dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli
kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan
masing-masing.

Anda mungkin juga meminati:

 Pergerakan Kreatif
 :: Pergerakan Kreatif 02 ::
 Pergerakan
LinkWithin

Posted by zaireey at 12:51 PTG 0 comments Links to this post

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Labels: Pergerakan Kreatif

Reactions:

25/11/2010

Pergerakan Kreatif
Pergerakan Kreatif(PK)

PK ialah pergerakan-pergerakan yang digambarkan secara simbolik. Pergerakan ini


menginterprestasikan perasaan, idea dan tanggapan deria. Pergerakan ini membolehkan
kanak-kanak meluahkan perasaan, idea dan menyusunkan perasaan dan idea berdasarkan
tema tertentu.

Definisi:

 “…merupakan aspek pergerakan tertentu yang dipilih oleh seseorang


guru sebagai titik fokus untuk membentuk beberapa
pelajaran”. (William, 1981)
 “…kreativiti merujuk kepada daya cipta seseorang untuk mencipta bentuk
atau idea baru; menyusun objek, pola atau idea yang sedia ada untuk diintegrasikan ke
dalam masyarakat”.
(Murray, 1980)
 “…Pergerakan kreatif adalah bentuk pernyataan kendiri yang unik, iaitu
murid-murid akan menggunakan pergerakan-pergerakan berentak untuk meluahkan
perasaan, pemikiran idea”.
(Lioyd, 1990)
Objektif PK
1. Member kesedaran dan kefahaman kepada kanak-kanak tentang tubuh badan sebagai
perantaraan untuk bergerak.

2. Member kebebasan kepada kanak-kanak untuk mencurah perasaan dan idea melalui
perantaraan tubuh badan.

3. Member peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta, menjadi kreatif dalam meneroka
pergerakan serta menghadapi cabaran.

4. Meningkatkan tahap kecergasan melalui pergerakan yang dilakukan.

Komponen-komponan PK

Lloyd(1990) mencadangkan 5 komponen yang terdiri daripada tubuh badan, masa, ruang,
daya dan aliran dalam PK.

► Terdiri daripada 5 komponen;

 Tubuh badan – bahagian luaran badan; idea-idea pergerakan diluahkan dengan menggunakan
bahagian-bahagian badan, permukaan badan dan bentuk yang dibentuk oleh badan.

 Masa – merujuk kepada tempo, denyutan, aksi dan tempoh.

 Ruang – diri, am atau persekitaran.Faktor-faktor ruang; arah, aras, jarak, saiz, laluan,bentuk
dan, fokus (arah mata memandang).

 Daya – digunakan di dalam semua pergerakan dan dikategorikan dari lemah hingga kuat.
Penggunaan tenaga daalam sesuatu pergerakan menggambarkan daya lemah atau kuat.

 Aliran – merupakan faktor penyatuan pergerakan. Aliran pergerakan menyatukan pergerakan


bahagian-bahagian badan yang berbeza dan memberi ritma, kelicinan serta keseluruhan
kepada pergerakan tersebut.

Tema Pergerakan Asas PK

Pk mempunyai 16 tema sebagai panduan pengajaran dan pengajaran. Tema tersebut


dibahagi kepada dua tahap asas dan tahap lanjutan. Tema asas merangkumi Tema 1 -8
sebagai pengenalan asas untuk membolehkan pelajar bergerak dengan kesedaran tubuh
badan masa dan daya.Ini dikaitkan dengan kesedaran ritma dan perhubugan asas dengan
rakan-rakan. Tahap lanjutan pula merangkumi Tema 9 -16 yang merupakan variasi dan
perkembangan lanjut idea-idea pergerakan dari Tema 1 – 8. Tahap asas selalunya
dilaksanakan di sekolah rendah dan tahap lanjutan dilaksanakan di sekolah menengah.

Tema 1: Kesedaran Tubuh Badan

Tema 2: Kesedaran Rintangan Kepada Beban dan Masa

Tema 3: Kesedaran Ruang

Tema 4: Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Tema 5: Penyesuaian Terhadap Kawan

Tema 6: Penggunaan Tubuh Badan sebagai Alat


Tema 7: Lapan Lakuan Asas

Tema 8: Ritma-ritma Berkaitan dengan Pekerjaan

Dalam melaksanakan tema-tema dalam PK beberapa pertimbangan penting perlu diambil


kira;

1. Rangsangan: muzik, suara, gambar, lukisan dan design

2. Daya cipta kreatif

3. Memperkenalkan imaginasi pergerakan

4. Tubuh badan sebagai alat curahan perasaan dan idea

5. Perasaan individu dan semangat berkumpulan dalam pergerakan

6. Ritma semula jadi sebagai satu daya kreatif

KESEDARAN RUANG

Melibatkan lokasi, arah, aras, laluan dan ekstensi :

a)Lokasi ~ ruang diri dan ruang am

b)Arah~ atas-bawah, kiri-kanan, depan- belakang

c)Laluan ~ lurus, melengkung, zig-zag

d)Ekstensi ~ besar-kecil, jauh-dekat

‡ Menentukan arah pergerakan tubuh badan dan dapat mengesan tempat pergerakan, arah
pergerakan dan dari mana datangnya pergerakan

KESEDARAN TUBUH BADAN

‡Elemen asas :
~ Gerak laku asas tubuh ~ Aktiviti gerak laku anggota- anggota tubuh ~ Aktiviti serta
bentuk- bentuk tubuh badan. Lakuan bahagian tubuh badan ~ fungsi bahagian tubuh badan-
menyokong tubuh badan serta membimbing dan memikul berat badan.

BEBAN
‡Kelajuan sesuatu pergerakan

‡ Kekuatan:

a) Masa: cepat-lambat
b) Daya: kuat-ringan
c) Aliran: bebas-terikat

PERHUBUNGAN

Perhubungan dengan objek dan manusia

Objek: atas-bawah, dekat-jauh, keliling-sisi, bertemu-berpisah.

Manusia: memimpin-ikat, solo,berpasangan, berkumpulan

Anda mungkin juga menyukai