Anda di halaman 1dari 7

PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENGENALAN

Dalam profesion keguruan, guru perlu berkomunikasi dan hidup bermasyarakat antara
satu sama lain sama ada dalam institusi atau komuniti. Maka, suatu sistem perlu diatur sebagai
panduan untuk diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati dan mempunyai kesantunan,
kepedulian terhadap profesionnya serta berkebolehan menguruskan kehidupan dengan baik.
Pedoman ini membantu untuk menjaga kepentingan masing-masing yang terlibat tanpa
merugikan kepentingannya serta terjamin agar perbuatan yang dilakukan sesuai dengan adat
kebiasaan yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak-hak asasi umumnya.

Hal ini akan mewujudkan etika guru yang merupakan peraturan perilaku, adat kebiasaan
manusia dalam pergaulan dan penegasan tentang mana yang benar dan mana yang buruk
dalam masyarakat kita. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika
profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd.
Rahim, 2007). Namun begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru yang wujud kerana faktor-
faktor tertentu yang menyebabkan seseorang guru itu melakukan perbuatan yang tidak beretika
serta bercanggah dengan prinsip-prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang penjawat
awam.

Kadangkala perbuatan ini dilakukan akibat daripada tekanan yang dihadapi seperti
kepentingan kekeluargaan, agama dan kaum. Isu etika guru merujuk kepada suatu perkara
mengenai perilaku guru yang difikirkan dan dibincangkan secara terbuka dan isu ini boleh
menjadi masalah atau perkara biasa.

Tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah semakin kompleks apabila pendidikan
semakin berkembang. Dalam masyarakat moden ini, kemajuan bidang pendidikan telah sampai
ke tahap yang canggih sehingga tugas guru tidak terhad kepada mengajar sahaja, tetapi di
tambah dengan tugas-tugas yang lain. Tugas-tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah
tersebut bukan sahaja perlu, bahkan juga amat penting untuk menjamin segala aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lancar dan berkesan di bawah keadaan
yang berdisiplin tanpa membazirkan masa.
2.0 Aspek Pengurusan Bilik Darjah

Kecemerlangan pencapaian pelajar adalah sangat penting dalam melahirkan lebih ramai
tenaga kerja yang kompetitif, seiring dengan wawasan negara mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020. Perluasan akses kepada pendidikan berkualiti, akan memberi peluang
kepada lebih ramai rakyat Malaysia meningkatkan taraf hidup mereka. Pencapaian
keberhasilan yang tinggi secara menyeluruh dalam sistem pendidikan akan hanya berlaku
dengan memastikan semua sekolah menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
berkualiti tinggi kepada setiap satu kanak-kanak.

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk
menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana
sekumpulan muriddi ajar oleh seorang guru. Manakala menurut Akta Pendidikan, murid atau
pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya guru
bermakna seorang yang mengajar murid murid di sekolah atau institusi pendidikan atau
menyediakan bahan pelajaran atau menandakan skrip jawapan di sesebuah sekolah.
Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting bagi mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Negara. Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan
menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar.

Di dalam bilik darjah, murid-murid yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan
pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna suasana
sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis. Aktiviti dan pembelajaran dapat
dilaksanakan secara sistematik,teratur serta licin. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dapat di pertingkatkan dan segala tugas dapat di selesaikan mengikut jadual. Sikap
tanggungjawab, tolong menolong, toleransi,kerajinan, kerjasama dan kebersihan dapat di pupuk
dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan.

Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud
begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh
mewujudkan ke arah persekitaran dan iklim yang sedemikian. Suasana bilik darjah yang
harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan
pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap
perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan
dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.

3.0 Analisis Masalah Dan Pengaplikasian Teori

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti yang meliputi pengajaran
guru dan disertai dengan pembelajaran murid. Semasa saya menjalankan praktikum saya di
sebuah sekolah saya menghadapi pelbagai masalah dengan murid sewaktu melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah utama yang hadapi di dalam bilik darjah
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah masalah displin.
Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini
kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek,
jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Disiplin murid merupakan salah satu aspek
penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin
dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses
pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada
masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah-
masalah disiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung
kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah. Menurut Lindgren (1976)
menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi
tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan
mengukuh pelakuan seseorang.

Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkahlaku bermasalah atau disiplin berlaku
dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran terjejas. Masalah yang saya hadapi
dalam kelas semasa melakukan proses pengarajan dan pembelajaran ialah masalah nakal dan
bising dalam kalangan murid. Pelajar yang nakal dan bising adalah pelajar yang tidak
menunjukkan minat dengan pengajaran guru. Mereka berkelakuan sedemikian kerana
penyampaian guru tidak dapat menarik minat, sukar difahami dan pengajaran guru yang
berpusatkan guru sahaja dan bersikap autokratik. Masalah ini ditimbulkan oleh murid pemulihan
dalam kelas arus perdana. Murid pemulihan ini tidak dapat mengikuti pengajaran yang konflik
dan murid-murid ini bosan dengan pengajaran guru sehingga mereka menganggu atau
menunjukkan sikap yang agresif seperti membaling rakan dengan kertas, menolak dan
menumbuk rakan lain serta menyanyi-nyanyi semasa guru mengajar. Mereka juga turut
bergerak ke sana sini menganggu rakan lain. Punca lain pelajar ini berkelakuan sedemikian
adalah kerana keadaan dan iklim kelas yang tidak ceria dan kurang kondusif, sosiemosi kelas
yang kurang sesuai dan pengurusan kelas yang tidak sistematik.

Menurut teori kepimpinan, banyak kajian telah dibuat berkaitan kepemimpinan dan
pelbagai teori kepemimpinan telah dikemukakan untuk menjelaskan fenomena yang kompleks
ini. Teori kepimpinan yang sesuai untuk masalah di atas ialah teori tradisional iaitu dimaksudkan
teori tingkah laku yang dinamakan sebagai Teori X dan Teori Y. Teori tingkah laku merupakan
pengarah dominan dan mengendalikan kepemimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku
yang boleh dilatih atau dipelajari secara formal dan tidak formal. Sebagai seorang guru harus
memainkan peranan penting untuk mengamalkan teori kepimpinan tingkah laku dalam kelas.
Contohnya menurut teori Y sebagai seorang guru perlu rajin, melihat kerja sebagai suatu
perkara semula jadi seperti bermain atau beristirahat memupuk kerjasama antara murid,
memberi semangat kepada murid dan mempunyai sikap positif terhadap murid.

Sikap pelajar yang berkelakuan nakal dan bising di dalam kelas melalui teori kepimpinan
tingkah laku ini adalah disebabkan kerana pelajar cuba menganggu rakan-rakannya kerana
sudah bosan dengan pengajaran guru. Mereka berpura-pura mengatuk, membaling rakan
dengan kertas, bercerita dengan rakan lain dan cuba menganggu rakan lain sambil memberi
isyarat bagus. Mereka juga meniru perlakuan guru dan rakan mereka sehinnga mereka
tergelak dan menganggu penumpuan rakan-rakan lain. Menurut teori tingkah laku ini sebagai
seorang guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak dan
mewujudkan minat terhadap proses P&P. Guru harus menyediakan aktiviti bermain sambil
belajar semasa proses P&P supaya murid-murid belajar dalam situasi gembira dan memberi
perhatian.

Blake dan mouton (1964, 1978) mengkaji tingkah laku dalam kepimpinan dan telah
menghasilkan Grid Pengurusan yang menjelaskan dua dimensi yang berbeza iaitu keprihatinan
terhadap penghasilan dan keprihatinan terhadap manusia. Keprihatinan terhadap merupakan
teori kepimpinan yang sesuai untuk digunakan dalam sekitar bilik darjah. Contohnya guru perlu
memberikan perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baiknya dengan murid-murid.
Guru sentiasa memberi perhatian yang bagus dan sentiasa ambil berat tentang murid dalam
apa jua situasinya. Contohnya walaupun murid nakal dalam kelas guru harus memberi
perhatian dan perlu memberi layanan yang baik. Guru harus menunjukkan guru mengambil
berat tentang dirinya dan menunjukkan keperrhatianan terhadap muridnya.

Teori tingkah laku kepemimpianan menganalisa kepelbagaian tindakan guru tanpa


mengambil kira kepelbagaian situasi yang mungkin berbeza dari satu organisasi ke organisasi
yang lain. Keberkesanan satu-satu cara kepemimpinan bergantung pada situasi dalam konteks
tersebut. Dengan ini, timbul satu lagi perspektif teori kepemimpinan yang lebih popular, realistic
dan menarik minat pengamal-pengamal kepemimpinan. Teori yang sesuai untuk aplikasikan
dalam kelas untuk menyelesaikan masalah nakal dan bising dalam kelas ialah teori
kepemimpinan situasi.

Berikutan itu, teori kepepimpinan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah nakal dan
bising dalam kelas adalah teori tradisional iaitu teori situasi. Berdasarkan situasi tersebut, teori
Kontinjensi Fielder (1967) menyatakan pemimpin harus bijak mengkaji persekitaran dan
seterusnya menentukan gaya kepemimpinan yang dapat menyokong persekitaran tersebut.
Sebagai seorang guru matapelajaran atau guru kelas harus mengenal warga kelas dengan
lebih rapat dan sentiasa mengambil berat tentang murid-muridnya. Guru juga harus memberi
atau mendapat sokongan daripada murid-murid semasa sesi soal jawab atau perbincangan
dalam kelas. Hal ini mendorong murid berasa dirinya dihormati dan terdorong untuk memimpin
mereka ke aras yang lebih tinggi dan tidak melakukan masalah dalam kelas. Jika seseorang
guru kurang pasti tentang tugas dan tanggungjawab mereka, maka disitu munculnya masalah
terhadap seseorang guru darisegi pengurusan bilik darjah dan sebagainya. Apabila seseorang
guru mengetahui bidang tugas masing-masing, maka situasi akan menyokong proses
kepemimpinan.

Tingkah laku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antara
manusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal, iaitu: hubungan pemimpin-ahli, struktur
tugasan dan kedudukan kuasa. Hubungan pemimpim ahli, iaitu sebagai seorang guru harus
menerima dan meyokong pendapat murid yang selalu menimbulkan masalah dalam kelas.
Apabila pendapat murid dapat memberi pandangan murid itu berasa gembira dan bersemangat
lagi untuk memberi pandangan seterusnya dan memberi fokus terhadap proses P&P. Manakala
kedudukan kuasa pula guru mempunyai kuasa untuk melantik, mendisiplinkan dan menukaran
kedudukan dalam kelas. Di sini sebagai pemimpin kelas guru harus mengambil tindakan yang
sewajarnya apabila berlaku konflik dalam kelas.
Mengikut Hersey dan Blanchard, keberkesanan kepemimpinanan berasaskan situasi.
Terdapat empat gaya kepemimpinan yang diutarakan oleh mereka, iaitu gaya memberitahu,
menjual, mengambil bahagian dan menurunkan tanggungjawab. Penggunaan gaya
kepemimpinan yang berbeza-beza perlu disepadankan dengan tahap kematangan ahli dalam
kumpulannya. Tahap kematangan ahli ditafsirkan berdasarkan dua aspek yang khusus iaitu:
kematangan psikologikal, iaitu keyakinan, kebolehan dan kesediaan ahli untuk menerima
tanggungjawab yang diberikan. Kematangan pengendalian tugas, iaitu kemahiran dan
pengetahuan teknikal yang dimiliki.

Bagi kumpulan kematangan rendah iaitu contohnya murid pemulihan mempunyai


motivasi yang tahap rendah, kurang kemahiran, kurang pasti matlamat organisasi, kurang
kejelekitan kumpulan. Pemimpin perlu iaitu guru perlu meluangkan masa untuk memperjelas
peranan ahli dan matlamat organisasi, membuat penyeliaan yang rapi serta menggalakkan
murid untuk menerima tugasmereka melalui cara pujukan.

Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat
melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu
untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.Pada hakikatnya, tidak dapat
dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada
memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses
seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya
sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga
pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara
individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat.

Secara konklusinya, sebagai Seorang guru yang baik harus memiliki integritas
(kepribadian), intelektual (pengetahuan), intelegensi (spiritual), atau kemampuan/keahlian,
memiliki kekuatan atau dapat mempengaruhi orang lain, hendak belajar, mendengar dan siap
dikritik. Apabila ketujuh isi dari hakikat kepemimpinan tersebut telah dimiliki oleh seorang
pemimpin maka pemimpin tersebut akan arif dan bijaksana.
4.0 Rumusan

Teori-teori dan kajian-kajian yang berkaitan dengan kepemimpinan cuba mencari jawapan
kepada cara yang paling berkesan untuk mengurus sesebuah organisasi supaya produktiviti
dapat dimaksimumkan dan kos dapat diminimumkan. Terdapat pengkaji yang cuba mencari
korelasi antara kepemimpinan sekolah dengan kemenjadian murid, ada pula yang mengaitkan
gaya kepemimpinan organisasi dengan kepuasan kerja. Metaanalisis kajian yang dijalankan
oleh Marzano (2005) terhadap kepemimpinan sekolah dan kemenjadian murid terbukti tidak
terdapat satu model yang menjadi dominan dalam menentukan keberkesanan kepemimpinan.

Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan
kemahiran untuk mengurus perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa.
Keterbukaan kepada idea baharu, kesediaan mengubahsuai corak dan gaya kepemimpinan
dan kerelaan mempelajari semula ilmu pengetahuan untuk bekerja dalam persekitaran
teknologi merupakan antara cabaran yang perlu ditangani.

Guru pada masa kini harus bersikap responsif kepada arus perubahan yang dibawa oleh
ledakan maklumat dan teknologi agar dapat mengurus perubahan dan inovasi yang berlaku
setanding dengan era abad ke-21.

Anda mungkin juga menyukai