Anda di halaman 1dari 3

Terdapat pelbagai jenis bekas yang sesuai untuk dijadikan bekas tanaman.

Contohnya pasu seramik, pasu tanah liat, pasu plastic, bekas kayu, tempayan,
tayar terpakai, sabut kelapa dan tin kosong.

Kita mestilah memilih bekas tanaman yang sesuai untuk menanam tanaman
hiasan. Semasa memillih bekas tanaman, beberapa kriteria perlulah di titik
beratkan, iaitu:-

1. Saiz pasu

- Mestilah sesuai dengan saiz pokok yang hendak ditanam.

- Mestilah mempunyai ruang yang cukup untuk pertumbuhan akar.

2. Mempunyai lubang saliran


- Pilih pasu yang mempunyai lubang saliran dibawahnya.

- Lubang tersebut akan berfungsi untuk mengalirkan air siraman yang


berlebihan.

3. Kemas dan menarik

- Pilih pasu yang kemas dan menarik dari segi warna dan bentuknya.

4. Mudah dibersihkan

- Pilih pasu yang mudah dibersihkan.

- Pasu yang memiliki permukaan kasar sukar untuk dibersihkan.

5. Ringan dan mudah dialihkan Penyediaan Bekas Penanaman


Berikut adalah langkah-langkah penyediaan bekas penanaman, iaitu:-

1. Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian
bawahnya.

2. Cuci bekas tersebut. Sekiranya menggunakan pasu tanah liat baharu,


maka rendamkannya didalam air semalaman supaya air dapat meresap ke
rongga halus pasu. Dengan cara ini,pasu tidak akan menyerap air daripada
medium.

3. Tutup lubang saliran dengan batu-batu kecil atau pecahan pasu untuk
mengelakkan medium daripada terkeluar bersama-sama air siraman.

Anda mungkin juga menyukai