Anda di halaman 1dari 4

5 Jahitan Sulaman Asas (Benang

dan Riben)
BY CHEQ SUE JANUARY 20, 2008
Terdapat berpuluh atau mungkin juga beratus jenis jahitan yang mencorakkan hasil
sulaman yang indah. Namun disini cheq buatkan rumusan terdapat 5 jenis jahitan
asas yang perlu dipelajari terlebih dahulu bagi kita yang baru mula hendak belajar
menyulam. Malah 5 jahitan sulaman asas ini juga biasa (famous) digunakan untuk
produk hasil kerja tangan sulaman pada masa kini.

5 jahitan sulaman asas ini juga sudah cukup untuk menghasilkan suatu hasil
sulaman yang indah jika digabungkan dan ditambahkan dengan kreativiti serta
kombinasi warna yang menarik. Sulaman benang dan sulaman riben juga
sebenarnya boleh digabungkan. Teknik jahitan adalah sama, ia hanya berbeza pada
jenis jarum yang digunakan. Jenis jarum berbeza mengikut saiz benang atau riben.
Rujuk web umisma untuk maklumat berkaitan jarum.
1. Jahit Lurus (Straight Stitch)

Jahitan paling mudah iaitu jahit lurus (straight stitch) namun boleh menghasilkan
kesan yang berbeza mengikut bentuk dan kreativiti.

langkah-langkah:

1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.

2. Kemudian cucukkan benang di "B" dan tarik benang ke bawah. Ulang langkah
seterusnya mengikut bentuk yang ingin dihasilkan.
2. Jahit Sulam Riben (Ribbon Stitch)

Jahitan jenis ini hanya boleh diaplikasikan untuk sulaman riben. Riben pulak
haruslah dari jenis sutera "silk ribbon". Jahitan jenis ini membentuk daun dan
kelopak bunga yang menarik.

langkah-langkah:

1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.

2. Ratakan riben atas permukaan kain mengikut saiz yang dikehendaki, cucukkan
pula jarum di "B" iaitu di tengah riben yang diratakan tadi.

3. Tarik jarum ke bawah perlahan-lahan sehingga riben yang ditarik bersama jarum
menembusi riben. Riben akan bergulung seperti gambarajah.

3. Jahit Lazy Daisy


Biasa digunakan untuk membentuk daun atau kelopak bunga.

Langkah-langkah:

1. Cucuk jarum di "A" dan tarik benang/riben ke atas.

2. Buat pusingan U dan cucukkan jarum di "B". Seterusnya keluarkan jarum di


"C".

3. Tarik benang/riben keluar dari "C".

4. Cucuk jarum di "D" dan tarik benang/riben ke bawah dan ketatkan jahitan.

4. Ikatan French (French Knots)


Ikatan French sahaja sudah cukup untuk menghasilkan suatu rekaan sulaman yang
menarik jika digabungkan serta kombinasi warna yang sesuai. Namun Ikatan
French selalu digunakan untuk membentuk tengah bunga.

langkah-langkah:

1. Susupkan jarum dari bawah fabrik di "A" dan tarik benang/riben ke atas.

2. halakan mata jarum ke bawah dan lilitkan benang/riben yang berada di "A"
sebanyak 2 atau 3 lilitan.

3. Pegang benang/riben yang dililit pada jarum rapat ke fabrik, kemudian cucuk
jarum ke "B".

4. Perlahan-lahan tarik jarum kebawah fabrik keluar dari "B".

5. Matikan jahitan dengan cara menyusup jarum ke jahitan pertama pada fabrik di
"A".

5. Jahitan Batang (Stem Stitch)

Jahitan Batang biasa digunakan sebagai garisan luar sesuatu bentuk. Ia juga
digunakan untuk membentuk batang bunga atau daun.

langkah-langkah:

1. Cucuk jarum di "A" dan tarik benang/riben ke atas.

2. Masukkan pula jarum di "B" dan susup keluar jarum di "C".

3. Tarik benang/riben keluar dan ulangi langkah seterusnya. Jarak dari "A-C"
adalah sama dengan "C-B"

Jika menggunakan riben, kesan berpintal adalah lebih ketara.

Anda mungkin juga menyukai