Anda di halaman 1dari 8

GOTONG-ROYONG

Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud amalan saling menolong atau kerja bersama-sama.
Masyarakat Malaysia pada hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong oleh sebab mereka lebih suka duduk
di dalam rumah sendiri sambil menonton rancangan televisyen atau bermain permainan komputer. Sebenarnya,
amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia dan harus dipupuk sejak kecil. Amalan bergotong-
royong juga telah banyak membawa kebaikan kepada kita.

Pertama sekali, bergotong-royong dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan latar belakang. Melalui aktiviti gotong-royong,
kita dapat memahami dan menghormati adat istiadat kaum lain tanpa menimbulkan rasa waswas dan curiga.

Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepat dan mempermudah kerja seharian. Jika semua
orang bersatu padu, tolong-menolong, maka kerja yang sukar atau berat akan menjadi senang dan ringan.
Contohnya, sekumpulan murid diberi tugasan oleh guru untuk membersihkan Taman Bunga di kawasan
sekolah. Kalau murid-murid bekerjasama dan tidak malas, aktiviti pembersihan Taman Bunga dapat disiapkan
dalam masa yang singkat.

Amalan gotong-royong juga dapat menperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat berbilang
ras dan agama. Dalam satu taman, terdapat jiran tetangga yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, semangat
kejiranan dapat dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri-kendara, musim perayaan utama,
kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan atau aktiviti yang memerlukan kerjasama semua orang.

Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan pesekitaran yang bersih dan ceria. Kawasan
yang bersih dan ceria dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera bak kata slogan pihak berkuasa
tempatan, yakni Negara Bersih, Rakyat Sihat.

Secara kesimpulannya, aktiviti gotng-royong banyak mendatangkan kebaikan kepada penduduk setempat
yang rata-rata terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk hidup aman makmur, saling
menghormati dan bekerjsama, bak kata peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
enaikan harga petrol telah membebankan kehidupan rakyat.
Berikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan
rakyat ini.

Kenaikan harga petrol bermaksud harga barang mentah ini akan dinaikkan lebih kerap
apabila harga pasaran dunia melonjak naik. Perkara ini menyebabkan golongan rakyat
berpendapatan rendah dan sederhana akan menderita kerana kos hidup melambung
tinggi. Lantaran itu, pihak berkuasa boleh melakukan pelbagai tindakan untuk menjamin
kehidupan rakyat lebih selesa.

Tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban
kehidupan rakyat dalam isu ini ialah kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta.
Amalan ini bukan sahaja mengurangkan kos petrol individu tetapi turut membantu
mengekalkan keindahan alam sekitar daripada tercemar. Ringkasnya, amalan yang
mudah seperti berkongsi kereta akan membantu pengurusan perbelanjaan rakyat
menjadi lebih baik lagi.

Selain itu, kerajaan boleh memajukan sistem pengangkutan awam negara untuk
membantu rakyat jelata. Kos tambang pengangkutan awam terutamanya bas dan lrt
begitu murah berbanding kos menggunakan kenderaan sendiri apabila pergi ke pejabat
atau bersiar-siar. Jadi, semakin maju pengangkutan awam negara semakin banyaklah
rakyat yang akan menggunakannya lalu kos hidup mereka menjadi kurang berbanding
menggunakan kenderaan sendiri.

Tambahan pula, usaha menambah jumlah produk menjadi barang kawalan dilihat satu
kaedah untuk meringankan beban kehidupan rakyat negara. Semua barang kawalan
akan ditetapkan harganya oleh kerajaan lalu peniaga tidak boleh menaikkannya sesuka
hati seperti harga beras, gula, tepung, susu, dan minyak masak. Akibatnya, rakyat tidak
akan dibebankan dengan alasan harga barang naik ekoran harga petrol yang
melambung itu.

Kerajaan juga boleh mengurangkan cukai pendapatan individu dalam usaha membantu
rakyat hidup dengan selesa. Pengurangan ini membolehkan setiap orang mempunyai
wang lebihan yang berguna untuk disimpan atau membiayai kos lain yang meningkat
ekoran harga minyak mahal tersebut. Sesungguhnya, cukai yang berkurangan akan
memberikan satu kelegaan kepada rakyat dalam mengharungi cabaran harga petrol
yang tinggi tersebut.

Kesimpulannya, semua kaedah yang diberikan tadi berupaya meringankan beban


kehidupan rakyat apabila harga petrol menjadi mahal. Rakyat harus bijak dan menilai
sendiri keperluan yang utama dalam kehidupan jika mereka mahu hidup dengan
tenteram ketika masalah minyak ini berterusan. Peribahasa ukur baju di badan sendiri
mengingatkan kita supaya berbelanja mengikut gaji yang diterima setiap bulan dan
bukannya mengikut hawa nafsu.
Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang telah saya alami sewaktu
saya dan keluarga saya pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti sekolah tempoh hari.
Suasana yang berlainan daripada tradisi masyarakat setempat yang tentu sahaja
berbeza daripada tradisi masyarakat di tempat saya menambahkan keterujaan saya
untuk terus meneroka pulau yang penuh bersejarah ini.

Kami bertolak ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas. Penerbangan ini hanya memakan
masa selama 25 minit. Sekitar pukul 11.00 pagi, kami akhirnya selamat mendarat di
Lapangan Terbang Pulau Langkawi. Perasaan gembira bercampur teruja jelas sekali
menguasai diri saya dan tanpa melengahkan lagi masa saya dan kakak saya segera
bergambar bersama-sama.Setelah selesai bergambar, kami telah dijemput oleh
pemandu pelancong tempat yang akan kami menginap. Kalau diikutkan sahaja gerak
hati ini, ingin sahaja saya terus menjelajahi Pulau Mahsuri ini namun, atas menghormati
permintaan ibu yang meminta agar kami berehat sahaja dahulu di hotel terpaksa saya
turuti.

Destinasi pertama yang menjadi pilihan kami sekeluarga setelah merehatkan diri
sebentar di hotel sudah tentu Pantai Chenang yang merupakan destinasi yang paling
popular di Pulau Langkawi ini. Keindahan Pantai Chenang ini ternyata susah untuk
diungkapkan melalui kata-kata. Saya,ibu dan kakak tidak melepaskan peluang untuk
bergambar di sini. Orang yang paling gembira akan kunjungan kami ke pantai ini tentu
sahaja adik lelaki tunggal saya, Adnan. Dia berasa sangat seronok mandi-manda di sini
bersama dengan ayah saya.Selepas penat mandi-manda di pantai, kami memutuskan
untuk terus pulang ke hotel bagi menikmati makan malam.

Keesokan paginya, kami telah dibawa oleh pemandu pelancong kami iaitu Pak Cik
Rashid mengelilingi pulau ini. Kami sekeluarga juga telah dibawa untuk mengunjungi
tempat-tempat menarik dan bersejarah di pulau ini.Antara tempat yang telah kami
lawati ialah Underwater World, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Gunung Mat Cincang,
kilang minyak gamat,Tasik Dayang Buting dan akhir sekali destinasi wajib dilawati
apabila berada di pulau ini iaitu Makam Mahsuri. Selepas penat mengunjungi tempat-
tempat ini, kami telah dibawa oleh beliau untuk menjamu selera.

Pada hari terakhir di sini, kami sekeluarga telah berkunjung ke salah satu pusat beli-
belah terletak di Pekan Kuah yang dikenali di seluruh negara. Kami telah menghabiskan
masa dengan membeli pelbagai jenis cenderahati seperti coklat, minyak gamat dan
pelbagai jenis pinggan untuk ahli keluarga yang tidak dapat menyertai lawatan ini.

Sesungguhnya, semua kenangan dan pengalaman indah yang telah saya alami
sewaktu berkunjung ke sini akan menjadi suatu memorabilia yang akan selalu terpahat
di kotak minda saya ini.

Bencana alam sering berlaku terutama banjir dan tanah runtuh. Huraikan
cara-cara mengatasinya.

Bencana alam tidak kerap berlaku di negara ini berbanding negara jiran seperti Filipina
dan Indonesia. Antara bencana alam yang sering melanda Malaysia meliputi banjir,
tanah runtuh dan kebakaran hutan. Maka, ada beberapa inisiatif yang boleh
dilaksanakan untuk menghalang bencana alam berlaku.

Kaedah yang paling mudah ialah kerajaan mewujudkan satu sistem amaran awal
apabila bencana alam berlaku di negara ini. Sistem ini boleh melibatkan penggunaan
siren, telefon bimbit dan juga pengumuman menerusi televisyen supaya masyarakat
boleh melarikan diri dengan segera. Sesungguhnya, pengenalan sistem awal ini boleh
menghalang nyawa manusia daripada terkorban itu.

Selain itu, masyarakat harus dilatih dengan pelbagai latihan kecemasan supaya
bersedia menghadapi bencana alam. Golongan muda harus didedahkan dengan teknik
menyelamatkan diri apabila berlaku kejadian banjir dan angin taufan supaya mereka
tahu tindakan yang betul untuk dilaksanakan itu. Sebenarnya, kefahaman tentang
kaedah menyelamatkan diri boleh membantu mengurangkan kadar kematian apabila
bencana alam berlaku.

Tambahan pula, bencana alam boleh dikekang apabila kita menjaga keseimbangan alam
itu. Kawasan bukit dan hutan hendaklah dipelihara supaya wujud dalam keadaan yang
sempurna tanpa ada pembangunan tertentu. Jadi, alam yang dikekalkan keadaannya
boleh memastikan bencana alam tidak akan berlaku sewenang-wenangnya.

Pasukan khas menangani bencana alam boleh ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam
mengatasi isu bencana alam ini. Penyertaan ahli pasukan ini mestilah mempunyai
kemahiran dalam pelbagai bidang dan fizikal yang lasak serta kuat. Ringkasnya,
pasukan khas ini boleh dihantar untuk melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa
bencana alam dengan pantas.

Kesimpulannya, semua kaedah tadi boleh menghalang bencana alam daripada meragut
nyawa manusia di Malaysia. Kerjasama semua pihak terutamanya masyarakat amat
diperlukan agar bencana alam tidak menjadi sesuatu yang lazim di negara ini.
Peribahasa malang tak berbau mengingatkan kita bahawa kejadian bencana alam boleh
menimpa sesiapa sahaja yang tidak berdosa itu.

Kebaikan amalan berkelah kepada keluarga

Amalan berkelah merujuk aktiviti bersantai di sesuatu kawasan bersama-sama ahli


keluarga. Biasanya, amalan murni ini dilakukan di kawasan tepi pantai, tepi sungai, dan
juga di kawasan air terjun itu. Jadi, amalan ini membawa pelbagai manfaat kepada
keluarga apabila dilakukan secara kerap.

Faedah melakukan amalan berkelah ini ialah aktiviti ini mampu merapatkan hubungan
sesama ahli keluarga. Hubungan ahli keluarga menjadi intim kerana setiap anggota
akan ditugaskan untuk melakukan sesuatu aktiviti ketika berkelah seperti menguruskan
bekalan makanan. Sudah pasti interaksi akan berlaku sesama ahli keluarga ketika
berusaha memastikan amalan ini berjaya.

Selain itu, minda setiap ahli keluarga akan menjadi tenang apabila menyertai aktiviti
berkelah itu. Ketenangan jiwa diperoleh kerana kawasan berkelah begitu sunyi, indah,
dan dipenuhi dengan keindahan alam sekitar itu. Akibatnya, jiwa setiap ahli keluarga
menjadi lebih tenang untuk mengharungi cabaran hidup itu.

Tambahan pula, setiap ahli keluarga dapat mengenali ahli keluarga yang lain menerusi
amalan ini. Banyak kejadian atau peristiwa akan berlaku ketika berkelah itu yang
memberikan pengalaman kepada setiap ahli keluarga. Sesungguhnya, ahli keluarga itu
akan lebih memahami dan tidak terjebak dalam pergaduhan keluarga pula.
Amalan berkelah juga menjamin masa hujung minggu keluarga itu dihabiskan secara
berfaedah. Berkelah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan positif berbeza
aktiviti lain yang boleh dilakukan itu. Maka, keluarga sebegini tidak akan menghadapi
pelbagai kemelut sosial yang melanda masyarakat itu.

Kesimpulannya, semua hujah tadi membuktikan amalan ini wajib dilakukan oleh setiap
keluarga di Malaysia. Anak harus memberikan sokongan kepada ibu bapa dalam
melaksanakan amalan murni ini. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan
hubungan keluarga menjadi erat selepas amalan ini dilaksanakan.
Negara kita sedang mengalami pelbagai masalah terutama yang berkaitan
dengan perpaduan. Huraikan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk
memastikan perpaduan terus kekal.

Perpaduan merujuk satu suasana yang harmoni dalam sesebuah masyarakat negara itu.
Antara perkara yang mengancam kestabilan perpaduan itu meliputi perasaan hasad
dengki, perselisihan faham, dan juga dendam kesumat. Akibatnya, pihak kerajaan
perlulah melakukan beberapa tindakan supaya perpaduan di negara ini mampu dicapai
itu.

Langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan itu ialah mereka menganjurkan Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program ini memiliki pelbagai aktiviti yang boleh
memupuk perpaduan sesama pelajar kita yang berbilang kaum itu seperti melawat
rumah kebajikan, masuk hutan berkumpulan, dan menembak senjata. Ringkasnya, PLKN
boleh membentuk satu golongan remaja yang memiliki sikap toleransi sesama kaum.

Selain itu, kerajaan juga boleh mewajibkan subjek Sejarah dalam sistem pendidikan
negara kita terutama di sekolah menengah. Pengenalan subjek ini penting kerana
banyak bahan sejarah boleh dipelajari oleh pelajar tentang kemerdekaan dan
perjuangan rakyat terdahulu itu. Jadi, semakin kerap subjek Sejarah diajar di sekolah
semakin tinggilah peluang untuk wujudnya perpaduan itu.

Tambahan pula, sambutan Hari Kebangsaan boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam
suasana yang lebih meriah tetapi bermakna. Semua lapisan masyarakat diminta untuk
menyertainya dan merayakannya bersama-sama supaya wujud satu suara Malaysia
yang sebenar. Lantaran itu, sambutan Hari Kebangsaan yang dirancang dengan teliti
mampu membuahkan semangat cinta akan negara yang sejati secara tersirat.

Kerajaan juga boleh melancarkan Gagasan 1Malaysia yang berteraskan konsep


perpaduan sesama kaum itu. Gagasan ini menekankan prinsip sama rata lalu semua
projek kerajaan disalurkan demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.
Sesungguhnya, gagasan ini akan memberi harapan tercetusnya semangat perpaduan
kerana rakyat menyedari kerajaan berusaha membantu kehidupan mereka secara
saksama itu.

Kesimpulannya, semua kaedah tadi perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan kita tanpa
dalih lagi. Kegagalan untuk bertindak dengan segera mampu menjadikan rakyat
Malaysia tidak bersatu hati pula lalu memudahkan musuh negara menangguk di air
keruh itu. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh membuktikan bahawa perpaduan itu
amat penting dalam mengharungi cabaran globalisasi yang hebat ini.

Krisis air di Malaysia ? apakah punca-puncanya?

Krisis air bermaksud sesuatu kawasan itu mengalami masalah pembekalan air bersih.
Contohnya, beberapa kawasan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan mengalami
catuan bekalan air selama beberapa bulan akibat krisis air ini. Maka, faktor-faktor yang
membawa kemelut air ini harus difahami oleh semua pihak supaya isu ini diselesaikan.

Sebab utama masalah air berlaku dikaitkan dengan fenomena musim kemarau yang
keterlaluan itu. Kejadian kemarau yang berpanjangan ini merupakan fenomena yang di
luar jangkaan semua pihak lalu menyebabkan langkah untuk mengawal bekalan air
tidak dilaksanakan segera. Akibatnya, banyak kawasan tadahan air hujan dan loji air
tidak mempunyai bekalan yang cukup untuk keperluan masyarakat kita itu.

Selain itu, krisis air ini disebabkan oleh sikap masyarakat kita yang suka membazirkan
air tersebut. Amalan negatif ini wujud kerana kadar tarif bekalan air di Malaysia begitu
rendah menyebabkan masyarakat tidak menghargai kemudahan bekalan air bersih itu.
Ringkasnya, masalah air berlaku kerana rakyat negara ini tidak memahami betapa
pentingnya bekalan air bersih itu lalu membazirkannya sahaja.

Tambahan pula, penyelenggaraan paip air yang tidak efektif telah menjadikan kemelut
ini semakin serius. Pihak yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan ini tidak
menjalankan tugas mereka sebaik mungkin sehingga membawa pelbagai kejadian paip
pecah yang membazirkan air itu. Lantaran itu, sikap sambil lewa pihak berkuasa dalam
menjaga paip air telah membawa krisis air ini terus menjadi bahan berita semasa
negara ini.

Kajian telah membuktikan bahawa krisis air ini disebabkan juga oleh kadar
pembangunan yang keterlaluan oleh pihak berkuasa. Apabila pembangunan
dilaksanakan tanpa kawalan sudah pasti kualiti bekalan air yang diperoleh menjadi tidak
baik kerana permintaan yang terlalu tinggi itu. Jelaslah, pembangunan yang drastik ini
membawa isu bekalan air menjadi meruncing.

Kesimpulannya, semua faktor tadi membuktikan krisis air di negara ini memang wujud.
Kerjasama semua pihak amat diperlukan supaya masyarakat tidak dibebankan dengan
masalah air saban tahun itu. Slogan jimatkan penggunaan air harus menjadi pegangan
dalam jiwa rakyat Malaysia supaya krisis air ini tidak lagi menjadi mimpi ngeri
masyarakat kita.

Anda mungkin juga menyukai