Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Tidak ada bola kristal yang memungkinkan kita untuk melihat apa yang akan terjadi
pada abad ke-21. Pendekatan penggunaan teori pembelajaran memainkan peranan
penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam
bidang pendidikan kerana teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang
ilmu. Menurut Calvin S. Hall dan Gardner Lindzey(2000), pengertian teori adalah
hipotesis yang belum terbukti atau spekulasi tentang kenyataan yang belum diketahui
secara pasti. Sehubungan itu, teori pembelajaran merupakan Hipotesis-hipotesis oleh
ahli-ahli Psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan
faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran Terdapat tiga perspektif utama
dalam teori belajar iaitu behaviouris, kognitif dan konstruktivis (Schuman,1996).

Teori Pembelajaran Behaviouris

Teori pembelajaran behaviouris yang membawa maksud belajar adalah perubahan


tingkah laku sebagai akibat dari adanya interaksi antara rangsangan dan tanggapan.
Maka, tingkah laku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini adalah
dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran dan dipelajari adalah proses penting
dalam mengawal tingkah laku. Dalam teori belajar behaviouris, ia mengutamakan
unsur-unsur dan bahagian kecil, bersifat mekanisme, menekankan peranan
persekitaran, mementingkan pembentukan reaksi atau tindak balas, menekankan
pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil belajar, mementingkan peranan
kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya tingkah laku yang
diingini.

Teori Pelaziman Operan Skinner

1
Burrhus Federic Skinner

Burrhus Federic Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang
terkenal dari aliran behaviorisme. Beliau menekankan pada perubahan perilaku yang
dapat diamati dengan mengabaikan kemungkinan yang terjadi dalam proses berfikir
pada otak seseorang. Penyelidikan utama B.F Skinner adalah pada tikus dan merpati.
Menurut Skinner, tingkah laku yang terhasil tidak mengikut urutan kemunculan
tingkah laku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tidak terlazim, tetapi ianya
berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Skinner membuktikan
hipotesisnya iaitu manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya dengan mereka
bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner.

Dalam eksperimen skinner terdapat istilah peneguhan positif dan negatif. Peneguhan
positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan.
Manakala, peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

Tikus yang lapar dalam Tikus berlari Biji-biji makanan


kotak yang dilengkapi mundar-mandir terkeluar kerana tikus
alat penekan pada keplaparan tersebut terpijak alat
dindingnya penekan

Skinner kemudian Proses yang sama


2
berulang sehingga
Tikus berhenti dari memutuskan
menekan butang hubungan makanan tikus akan memijak
tersebut dengan laat penekan untuk
Implikasi Teori Skinner terhadap Pedagogi Pengajaran Pada Abad ke-21

Teori Skinner membawa implikasi iaitu guru hendaklah memberikan peneguhan


secara berterusan dan diikuti secara berkala untuk memastikan kamajuan murid
terhadap kemahiran atau ilmu yang baru diterima. Guru dapat menerima gerak balas
ataupun keadaan murid supaya murid dikawal dan diperhatikan. Guru haruslah
memberi peneguhan berterusan terhadap pelajar sebagai rangsangan terhadap pelajar.
Contohnya, peneguhan seperti memberi kata pujian atau ganjaran kepada pelajar
terutamanya pelajar yang kurang minat untuk belajar. Guru juga memberi teguhan
kepada pelajar tentang topik-topik yang baru diajar secara berterusan supaya murid
dapat menguasainya. Peneguhan secara berterusan dapat membangkitkan kesedaran
pelajar dalam pembelajaran supaya mencapai kejayaan mereka sendiri. Peneguhan
yang diberikan juga sebagai motivasi murid untuk belajar sampai menguasai supaya
mencapai prestasi yang tinggi. Guru boleh memberikan peneguhan tersebut secara
berterusan, berkala tetap, berkala berubah ataupun secara berkala nisbah berubah.

Implikasi seterusnya adalah penggunaan peneguhan positif dalam pedagogi abad


ke-21 yang membawa keseronokan. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, seronok dan kreatif. Kaedah peneguhan
positif perlu diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kawalan
kelas adalah sangat penting. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat
menjadikan rangsangan bagi murid supaya menumpukan perhatian dalam kelas.
Dengan usaha ini, guru boleh menarik minat pelajar supaya melibatkan diri secara
aktif dalam perancangan aktiviti guru. Guru boleh memberi peneguhan positif seperti
kata-kata pujian, hadiah, senyuman ketika pelajar sanggup menjawab soalan atau
menunjukkan perubahan tingkah laku. Contohnya, pelajar cuba menjawab soalan
yang ditanya, guru boleh memberi pujian dan memdorong pelajar dengan kata-kata
positif semasa pelajar tidak sanggup menjawabnya. Oleh hal yang demikian,
peneguhan positif yang dikaji oleh Skinner memberi kesan untuk memberkesankan
proses pembelajaran dan pengajaran.

3
Di samping itu, konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan memberi
implikasi bagi membantu murid untuk memperolehi ilmu serta kemahiran dengan
tepat. Dalam konsep diskriminasi, guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi
fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan
dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, guru seharusnya memberitahukan
objektif yang spesifik supaya dapat mencapai objektif tersebut. Maka pelajar akan
lebih jelas dalam proses pembelajaran dan pelajar dapat membuat diskriminasi antara
kepentingan maklumat diterima. Pelajaran berdasarkan konsep diskriminasi dapat
menentukan rangsangan-rangsangan diterima dan seterusnya menghasilkan tindak
balas yang khusus. Maka, setiap rangsangan dan tindak balas dapat diasingkan dari
satu sama lain seperti pelbagai kemahiran, teknik atau ilmu yang dihasilkan. Contoh
pembelajaran diskriminasi ialah pelajar dapat membezakan jenis-jenis pecahan wajar,
pecahan tidak wajar dan pecahan bercampur. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang
membezakan jenis pecahan ini.

Bukan itu sahaja, perhubungan antara rangsangan dan gerak balas boleh
dilazimkan iaitu dipelajari. Oleh itu, gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan
haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman. Pengukuhan tersebut boleh
dilakukan melalui latihan. Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan
gerak balas yang berulang-ulang Sebagai contoh, guru boleh sentiasa mengaitkan
dengan kejayaan dalam kehidupan masa depan apabila guru ingin membantu pelajar
untuk belajar bersungguh-sungguh. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan
sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Dengan contoh lain, guru
boleh sentiasa menunjuk ajar kepada pelajar-pelajar terhadap latihan mereka supaya
pelajar yakin terhadap diri sendiri dan membantu mereka beransur mahir dalam
penguasaan ilmu dan pengetahuan. Dengan ini, guru boleh melepaskan tangan pelajar
dengan mengikut tahap penguasaan mereka.

Implikasi Teori Skinner yang terakhir adalah prinsip penghapusan sesuai untuk
memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini. Contohnya, guru boleh
menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu sama ada peneguhan positif atau
negatif. Hal ini kerana sesuatu tingkah laku akan dihapuskan sekiranya tidak diberi

4
pengekuhan. Penghapusan bermaksud tingkah laku boleh dikikiskan secara
perlahan-lahan sekira sesuatu tingkah laku tidak diberi peneguhan. Sebagai contoh,
guru boleh mengikiskan perasaan takut pelajar terhadap peperiksaan. Sebagai contoh,
guru boleh sentiasa mendorong dan meningkatkan keyakinan dengan berkesan. Usaha
guru seperti guru boleh sentiasa memberi ujian untuk menguji pelajar supaya mereka
biasa dengan peperiksaan. Guru juga boleh memuji dan juga memberi dorongan
kepada pelajar serta ganjaran terhadap pelajar yang baik dan juga kurang baik. Oleh
hal yang demikian, tingkah laku yang tidak diingini akan dihapuskan dan menjadi
yang positif.

Kesimpulannya, teori pembelajaran merupakan prinsip-prinsip yang bersepadu


dan yang memberikan preskripsi untuk menetapkan situasi atau persekitaran belajar
sedemikian rupa sehingga dapat membantu pendidik mencapai tujuan belajarnya
dengan cekap dan senang. Guru-guru perlulah memahami kaedah-kaedah dalam
amalam pedagogi yang boleh digunakan berdasarkan teori-teori pembelajaran yang
ada. Dengan ini, teori yang dibincangkan iaitu teori behaviouris merupakan teori yang
menyatakan bahawa belajar adalah perubahan dalam tingkah laku sebagai akibat dari
interaksi antara rangsangan dan tindak balas. Melalui teori behaviouris yang telah
diterangkan implikasinya, kurikulum sekolah hendaklah dibangunkan tidak terlalu
ketat tetapi mengembangkan kreativiti dan produktiviti pelajar kerana penilaian
sepatutnya mementingkan proses belajar tetapi bukan hasil belajar. Dengan
mengetahui pelbagai teori belajar, pendidikan di negara kita terus dinilai sehingga
dapat mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan dengan baik.

5
Rujukan

Choong Lean Keow. (2012). Murid dan Alam Belajar Edisi ke-2. Kuala Lumpur:
Percetakan Seasons Sdn. Bhd.

Hariyanto. (2010). Macam-macam Teori Belajar. Retrieved Februari 13, 2017, from

http://belajarpsikologi.com/macam-macam-teori-belajar/

Moh, Suardi. (2015). Belajar dan Pembelajaran. Sleman. Penerbit Deepublish.

Siow Heng Loke, Abu Talib Putih, Lee Siew Eng, Sebestian, S., Adelina Asmawi.
(2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. Pahang: PTS Professional.

Hashim S., Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing.

Hashim S., Yaakub R., & Ahmad Z. (2007). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar
dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

West-Burnham J.& OSullivan F. (1998). Mengembangkan Profesionalisme di


Sekolah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Anda mungkin juga menyukai