Anda di halaman 1dari 12

FOKUS UJIAN PERTENGAHAN SEJARAH SPM (T5)

PERJUANGAN PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH

BAHAGIAN A: SOALAN STRUKTUR

1. Jadual di bawah menunjukkan pemimpin tempatan yang


menentang penglibatan British di daerah mereka.
Negeri Tokoh
Perak Dato Maharajalela
Sarawa Rentap
k

(a) Apakah sebab Dato Maharajalela menentang penglibatan British


di Perak ?.

[2 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

1
(b) Jelaskan peristiwa penentangan Dato Maharajalela dan
pembesar Melayu Perak terhadap British di Perak.

[2 markah]

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(c) Nyatakan dua usaha yang dilakukan oleh pihak British untuk
mengatasi penentangan tersebut.

[2 markah]

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

(d) Kemukakan dua alasan yang menyokong tindakan Rentap


menentang penglibatan James Brooke di Sarawak.

[2 markah]

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

2
(e) Pada pandangan anda, mengapakah penentangan Rentap tidak
berjaya ?

[2 markah]

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

JAWAPAN STRUKTUR

(a) Apakah sebab Dato Maharajalela menentang penglibatan


British di Perak ?.

Residen bertindak melebihi had sebagai penasihat

Pembesar membantah sistem cukai baharu

Pembesar hilang kuasa memungut cukai

British menguasai kawasan pembesar

Pembesar hilang pengaruh di kawasannya

British mencampuri adat resam tempatan

J.W.W. Birch tidak memahami adat Melayu

[2 markah]

3
(b) Jelaskan peristiwa penentangan Dato Maharajalela dan
pembesar Melayu Perak terhadap British di Perak.

Sultan Perak membantah campur tangan British.

Dato Maharalela membina kubu di Pasir Salak.

Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan pembesar Melayu di


Durian Sebatang.

Mereka membantah undang-undang British.

Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan


pembesar Melayu di Belanja.

Dato Maharaja Lela mengambil tanggungjawab untuk


membunuh J.W.W. Birch.

J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak.

British menyerang Pasir Salak. Dato Maharaja Lela dan Dato


Sagor melarikan diri ke Kota Lama.

Dato Maharaja Lela. Dato Sagor, Pandak Lam, Seputum dan


Pandak Induk dihukum mati.

Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syhabandar dan


Laksamana dibuang negeri ke Pulau Sychelles.

[2 markah]
4
(c) Nyatakan dua usaha yang dilakukan oleh pihak British
untuk mengatasi penentangan tersebut.

Menyerang Pasir Salak

Menangkap pembesar Perak dan orang suruhannya

Membunuh pembesar Perak dan orang suruhannya

Membuang negeri ke atas Sultan Perak dan pembesar

[2 markah]

(d) Kemukakan dua alasan yang menyokong tindakan Rentap


menentang penglibatan James Brooke di Sarawak.

Tindakan Rentap menentang James Brooke di Sarawak wajar kerana :

James Brooke menganggap orang Iban sebagai lanun.

James Brooke hendak menghapus orang Iban.

James Brooke membakar kampung Rentap.

Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]

5
(e) Pada pandangan anda, mengapakah penentangan Rentap
tidak berjaya ?

Kekurangan senjata.

Senjata kurang canggih

Tiada perpaduan

Tiada bantuan daripada pembesar lain

Kelemahan strategi

Mana-mana jawapan munasabah

[2 markah]

SOALAN ESEI

Penglibatan British di Tanah Melayu telah ditentang oleh pemimpin


tempatan seperti Penghulu Dol Said, Dato, Maharaja Lela, Rentap, Mat
Salleh dan lain-lain demi menjaga kepentingan mereka daripada
dikuasai oleh orang luar.

(a) Huraikan sebab pemimpin tempatan menentang British.


6
[6 markah]

(b) Terangkan peristiwa penentangan Penghulu Dol Said di Naning atau


Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

[6 markah]

(c) (i) Kemukakan hujah anda bagi menjelaskan bahawa


penentangan pemimpin tempatan terhadap British adalah suatu
tindakan yang wajar ?

[4 markah]

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah penentangan pemimpin


tempatan terhadap British tidak memperoleh kejayaan ?

[4 markah]

JAWAPAN ESEI

(a) Huraikan sebab pemimpin tempatan menentang British.

Dasar penaklukan British


7
British menakluk Negeri Melayu untuk meluaskan tanah jajahannya.

British memperkenalkan peraturan supaya dapat mengukuhkan


kedudukannya.

Pemimpin tempatan menentang kehendak British menyebabkan


berlakunya peperangan.

British mengeksploitasi ekonomi tempatan.

British menguasai sumber ekonomi melalui perjanjian dengan


pemimpin tempatan.

Saudagar Negeri Selat dibenar menjalankan kegiatan perlombongan


dan perdagangan bijih timah.

Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Pelaksanaan pentadbiran Barat

British memaksakan pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.

British memperkenalkan sistem cukai, peraturan tanah dan lain-lain


untuk mendapatkan hasil.

Kesulitan penduduk tempatan.

Penduduk tertekan dengan undang-undang British.

8
Undang-undang British bertentangan dengan amalan tradisi
masyarakat.

Cth: Di Terengganu, pembukaan tanah mestilah mendapat keizinan


British dan dikenakan cukai tanah.

Pemimpin tempatan kehilangan kuasa

Pemimpin tempatan hilang kuasa memungut cukai.

Pembesar kehilangan pengaruh ke atas anak buah dan kawasan


pegangannya.

Pemimpin tempatan yang mendapat sokongan anak buah mereka


menentang British.

British campur tangan dalam adat resam tempatan.

British mencampuri adat resam tempatan.

British memaksa masyarakat tempatan menerima nilai-nilai British.

Cth: Di Perak, British melarang amalan gunakan orang suruhan.

[6 markah]

(b) Terangkan peristiwa penentangan Penghulu Dol Said di


Naning atau Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

9
Penentangan Dol Said di Naning

British mendakwa Naning sebagai jajahan takluknya

Dol Said enggan menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai


ufti kepada British di Melaka

British menghantar tentera untuk menakluki Naning.

Penghulu Dol Said yang dibantu oleh Penghulu Rembau,


Penghulu Remai, Dato Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh
berjaya mengalahkan tentera British

British menyerang Naning sekali lagi.

Penghulu Dol Said tidak dibantu oleh sesiapa pun.

Penghulu Dol said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

[6 markah]

Penentang Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu

Haji Abdul Rahman Limbong membantah sistem cukai dan


undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British.

Beliau mengetuai penduduk kampung membuka tanah di Kuala


Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah.

10
Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku
Nik Maimunah tetapi dapat disuraikan oleh British.

Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata.

Mereka berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.

Dengan menggunakan nama Sultan, British menghantar


pembesar dan berjaya menawan semula Kuala Berang.

Sepasukan polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya


menangkap Haji Abdul Rahman Limbong.

Beliau dibuang negeri ke Makkah.

[6 markah]

(c) (i) Kemukakan hujah anda bagi menjelaskan bahawa


penentangan pemimpin tempatan terhadap British adalah suatu
tindakan yang wajar ?

Mereka mempertahankan kedaulatan tanah air

Mereka mempertahankan adat resam dan budaya tempatan

Mempertahankan hak mereka

Mempertahankan kewibawaan

Mempertahankan maruah

11
Mempertahankan agama

Mana-mana jawapan munasabah

[4 markah]

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah penentangan


pemimpin tempatan terhadap British tidak memperoleh
kejayaan ?

Strategi penentangan kurang tersusun

Perpecahan dalam kalangan pengikut

Kelengkapan senjata kurang canggih

Kekurangan sokongan

Perjuangan bersifat setempat

Mana-mana jawapan munasabah

[4 markah]

12

Anda mungkin juga menyukai