Anda di halaman 1dari 8

SULIT PKSR

PJPK
PJPK Nama : .................................................... Tingkatan: ....................

LEMBAGA PEPERIKSAAN
1 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Tahun 6

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1 Kertas soalan ini mengandungi 30 Soalan

2 Jawab semua soalan

Hak Cipta Terpelihara SK PARIT KEROMA DARAT, MUAR


[ Lihat sebelah]

SULIT

1
Kecergasan

Soalan 1 hingga 7, pilih jawapan yang betul.

1. Aktiviti tekan tubi dapat menguji tahap . seseorang.

A. kelembutan
B. kardiovaskular
C. kekuatan
D. masa tindak balas

2. Ahmad berupaya melakukan suatu aktiviti dalam jangka masa yang lama
tanpa berasa letih. Ini menunjukkan Ahmad mempunyai tahap daya
tahan yang tinggi.

A. otot
B. kardiovaskular
C. kelembutan
D. ketangkasan

3. Untuk mendapatkan `pendaratan yang baik dalam acara lompat jauh,


seseorang itu memerlukan perlakuan dan kemahiran dalam komponen

A. imbangan
B. kuasa
C. kelenturan
D. kepantasan

4. Keupayaan seseorang bertindak balas dengan cepat di samping dapat


mengawal pergerakannya adalah berkaitan dengan .

A. kepantasan
B. kelenturan
C. keseimbangan
D. masa tindak balas

5. Latihan `fartlek bermaksud

A. latihan rancak diselang-selikan dengan jangka masa rehat yang


pendek.
B. latihan dengan iringan muzik.
C. suatu aktiviti yang jaaraknya ditetapkan.
D. suatu aktiviti larian yang kelajuannya berubah-ubah.

2
6. Komposisi tubuh badan menggambarkan seseorang.

A. ketinggian
B. kecergasan
C. berat dan bentuk badan
D. kekuatan

7. Seseorang yang badan berotot dan tegap menggambarkan bentuk tubuh


badan seseorang yang aktif bersukan. Bentuk badan tersebut
dinamakan ..

A. ektomorf
B. endomorf
C. extremorf
D. mesomorf

8. Senaman yang kita lakukan dapat memperbaiki ________

A. postur badan
B. bentuk tulang
C. otot kaki
D. ketinggian

9. Kebolehan melakukan kegiatan yang pantas dengan daya yang


maksimum dalam masa yang singkat berkaitan dengan ________

A. kelenturan
B. kuasa
C. kepantasan
D. ketangkasan

10. Apakah faedah kecergasan ?

i. Boleh melakukan aktiviti tanpa cepat berasa letih


ii. Boleh menjadi seorang yang cergas
iii. Mempunyai tenaga lebihan untuk bersukan
iv. Dapat mengawal diri ketika berlaku kecemasan

A. i, ii dan iii
B. ii, iii dan iv
C. i, iii dan iv
D. semua di atas

Kemahiran
3
Bola Keranjang

11. Berapakah bilangan pemain dalam satu pasukan bola keranjang ?

A. 10 orang
C. 16 orang
B. 14 orang
D. 12 orang

12. Di dalam sesuatu pertandingan bola keranjang, pertukaran pemain boleh


dilakukan .

A. bila-bila masa
B. bila dibenarkan oleh pengadil
C. waktu rehat sahaja
D. selepas melakukan kesalahan

13. Masa dalam sesuatu pertandingan bola keranjang ditentukan oleh


.

A. Pengurus Pasukan
B. Penjaga Masa
C. Pengadil Pertandingan
D. Jurulatih

14. Jaringan yang dilakukan di luar kawasan D diberikan mata .

A. 2 mata
B. 3 mata
C. 1 mata`
D. 4 mata

4
GAMBAR 1

15. Kemahiran yang ditunjukkan oleh gambar di atas ialah aktiviti .

A. menjaring
B. mengelecek
C. menghantar dan menerima
D. melantun

Gaya Hidup Sihat Dan Selamat

Soalan 16 hingga 20. Pilih jawapan yang betul.

16. Ubat yang dibeli daripada farmasi perlu mendapat nasihat..


terlebih
dahulu.

A. guru
B. ibu bapa
C. doktor
D. rakan karib

17. Bahan-bahan berikut boleh menjejaskan kesihatan yang terdapat dalam


rokok
kecuali ..

A. Tar
B. Gelatin
C. Nikotin
D. Tembakau

18. Perokok mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser paru-paru.


Penyakit lain akibat merokok ialah.

5
A. asma
B. SARS
C. rubela
D. tetanus

19. . adalah musuh utama negara yang patut kita perangi.

A. Paracetamol
B. Dadah
C. Aerosol
D. Panadol

20. Berikut adalah jenis-jenis dadah berbahaya kecuali

A. pil Ecstasy
B. morfin
C. karbon monoksida
D. heroin

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

21.Apakah perubahan fizikal yang dialami oleh remaja lelaki dan perempuan
setelah akil baligh?

I.Tumbuh jerawat
II.Payu dara membesar
III.Suara menjadi lunak dan garau
IV.Lebih matang

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas

22. Apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan kebersihan diri?

A. Menjaga kebersihan diri supaya kita dapat membesar dengan sihat.


B. Menjaga kebersihan diri dari segi fizikal supaya sentiasa bersih daripada
najis dan perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan.
C. Menjaga kebersihan diri dari segi mental dan rohani supaya sentiasa
bersih daripada perkara-perkara yang kotor.
D. Menjaga kebersihan diri dari segi fizikal, mental dan rohani supaya
sentiasa bersih daripada perkara-perkara yang boleh mengancam
kesihatan.

6
23. Apakah contoh alatan yang digunakan untuk kebersihan diri?

A. Baju
B. Seluar
C. Pakaian dalam
D. Berus

Soalan 24 dan 25 berdasarkan pernyataan di bawah

Rakan anda memperlihatkan senaskhah majalah lucah kepada anda di sekolah.


Anda berasa teruja dan melihat bahan tersebut. Seorang rakan yang lain telah
melaporkan perbuatan anda itu kepada guru disiplin.

24. Apakah penjelasan anda kepada guru disiplin apabila anda dipanggil?

A. Saya berasa seronok dan ingin tahu lalu melihat bahan tersebut
B. Saya tidak melihat bahan tersebut.
C. Saya telah terpengaruh dengan tindakan rakan lalu melihat bahan
tersebut.
D. Saya tidak pernah melihat bahan tersebut lalu bertindak melihat bahan
tersebut.

25. Apakah tanggungjawab anda sebagai seorang rakan dan juga pelajar
sekolah apabila berhadapan dengan situasi di atas?

A. Menegah dan menasihati rakan tersebut agar tidak mengulangi perbuatan


tersebut dan melaporkannya kepada guru.
B. Tidak mempedulikan tindakan rakan tersebut.
C. Melaporkan terus kepada pihak sekolah.
D. Turut serta melihat bahan lucah tersebut

26. Apakah cara penyakit HIV/AIDS tersebar?

A. Bersalaman bersama pesakit HIV/AIDS.


B. Melakukan hubungan seks secara rambang dan bertukar-tukar pasangan.
C. Berkawan dengan pesakit HIV/AIDS
D. Bersentuhan kulit dengan pesakit HIV/AIDS

27. Apakah risiko jangkitan HIV/AIDS

A. Kematian
B. Cacat seumur hidup
C. Lumpuh sebelah badan
D. Hilang penglihatan

7
28. Apakah cara menangani tingkah laku seksual yang negatif dalam kalangan
remaja?

A. Memberi kesedaran dan menanam pengetahuan tentang risiko tingkah


laku seksual
B. Menasihati remaja agar meminggirkan penghidap-penghidap penyakit
HIV/AIDS
C. Menasihati remaja agar menjauhi rokok dan dadah.
D. Mengadakan satu sesi ceramah di sekolah tentang bahaya dadah.

29. Apakah risiko kehamilan sebelum nikah?


A. Dipinggirkan oleh ibu bapa
B. Peningkatan kes pembuangan bayi
C. Perkahwinan yang sah dan keluarga yang bahagia
D. Gangguan emosi, kes-kes jenayah dan pembuangan bayi, serta risiko
dipinggirkan dalam masyarakat.

30. Apakah kesan tingkah laku seksual?


I. Ketagihan merancap
II.Kerap berfantasi perkara-perkara yang erotic
III.Ketagihan dadah, rokok dan alcohol
IV.Jangkitan HIV dan AIDS

A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

Anda mungkin juga menyukai