Anda di halaman 1dari 14

0 SULIT

1
1

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

Pra-UPSR SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI SEMBILAN 2012

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011


Julai

50 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT -2- 011

Soalan 1 - 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pada papan iklan itu tertulis Belilah Sijil Simpanan Premium untuk Menjamin
Masa Depan __________.

A kamu
B kami
C anda
D awak

2 Azam bercakap __________ lantang dan penuh bersemangat __________


mesyuarat agung semalam.

A hingga dalam
B dengan dalam
C hingga di
D dengan di

Soalan 3 dan 4 berdasarkan gambar di bawah.

3 Esah __________ adunan yang telah siap dibancuh dengan senduk.

A menuang
B mencurah
C meletak
D menyenduk

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK SULIT


SULIT -3- 011

4 Esah menggunakan __________ yang diperbuat daripada tembaga.

A acuan
B talam
C periuk
D bekas

5 Khairul terpesona melihat sepasang burung merak yang __________ di Zoo


Negara.

A lawa
B cantik
C anggun
D jelita

6 Pilih mana-mana yang awak suka__________ awak ingin yang mahal __________
yang murah.

A waima ataupun
B biarpun mahu pun
C sungguhpun namun
D bukan sahaja malahan juga

7 Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya __________ sauh yang berat itu di
muara sungai.

A menghulurkan
B melontarkan
C meletakkan
D melabuhkan

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT -4- 011

8 Anjing liar itu __________ seketul tulang yang dijumpai di belakang sebuah gerai.

A memakan
B mencengkam
C menggonggong
D menyepit

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Pak Abu berdiri __________ gerai duriannya sambil menunggu pelanggan tiba.

A di belakang
B di penjuru
C di depan
D di tepi

10 Kamariah merupakan murid yang __________ dipanggil oleh guru untuk diuji.

A lima
B kelima
C berlima
D kelima-lima

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK SULIT


SULIT -5- 011

11 Bawalah bertenang dan __________ menangis lagi, kata ibu kepada Diana.

A usah
B sila
C harap
D tolong

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Pak Hamid memikul __________ pisang yang baru ditebang di kebunnya.

A sebiji
B sesisir
C sesikat
D setandan

13 Maria memiliki __________ bibir yang cantik.

A sebuah
B sebiji
C seulas
D sekuntum

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK


[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT -6- 011

14 Kerja-kerja __________ sungai itu sedang giat dijalankan oleh kontraktor itu.

A memperdalam
B mendalam
C mendalami
D memperdalamkan

15 Para pelajar Kolej MARA Seremban berasa sungguh megah apabila berjaya
menawan _____________ Gunung Angsi.

A penjuru
B puncak
C bawah
D sisi

16 Dahi Amirul kelihatan __________ memikirkan masalah yang menimpa dirinya.

A bergaris-garis
B bergerak-gerak
C berkerut-kerut
D berdenyut-denyut

17 Encik Baharum berhasrat untuk belajar ke Sabah __________ banyak halangan


yang terpaksa ditempuhi.

A seandainya
B sekiranya
C lantaran
D kendatipun

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK SULIT


SULIT -7- 011

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18 Bahagian hadapan kereta itu __________ kerana terlanggar sebatang pokok kelapa.

A remuk
B kemik
C hancur
D lekuk

19 Cikgu Maria menegur murid-muridnya yang berjalan __________ menyebabkan


mereka lewat masuk ke kelas.

A bagai keli kena ketuk


B bagai itik pulang petang
C bagai disalak anjing bertuah
D bagai sibuta mendapat tongkat

20 Setelah masa semakin suntuk, barulah Maniam hendak mengulang kaji pelajaran.

Pilih perkataan seerti bagi suntuk.

A cepat
B pendek
C singkat
D perlahan

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT -8- 011

21 Jentera itu sedang menggali lubang untuk membuat longkang.

Pilih perkataan berlawan bagi menggali.

A mengaut
B mengorek
C menampal
D menimbus

Soalan 22 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22 I Kereta Proton Preve itu adalah kereta abang.


II Pemuda kerdil itu ialah bapa saudara saya.
III Surat itu adalah untuk kakaknya di luar negara.
IV Fakta yang dikemukakan Badrul ialah tidak benar.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan IV

23 I Air bah itu paras pinggang saya.


II Ibu meletakkan periuk itu di atas paras kayu.
III Peragawati itu mempunyai paras rupa yang menawan.
IV Penghulu mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.

A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK SULIT


SULIT -9- 011

24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Mengapakah Xavier tidak datang untuk aktiviti kokurikulum semalam?

A Ya, Xavier tidak datang kerana demam.


B Xavier tidak datang kerana demam.
C Xavier kerap tidak datang ke sekolah.
D Sudah tiga hari Xavier tidak datang ke sekolah.

Soalan 25 berdasarkan gambar di bawah.

Ibutidakmembenarkan
sayamenyertailawatanitu.

25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

A Bilakah awak akan dibenarkan menyertai lawatan itu?


B Siapakah yang tidak membenarkan awak menyertai lawatan itu?
C Siapakah yang tidak membenarkan saya menyertai lawatan itu?
D Mengapakah ibu tidak membenarkan awak menyertai lawatan itu?

Soalan 26 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 Kakak melarang Siti bermain di tepi kolam itu

A " Siti, larang adik itu bermain di tepi kolam," kata kakak.
B " Siti, bahaya bermain di tepi kolam," jerit kakaknya.
C "Jangan bermain di tepi kolam," jerit Siti kepada kakak.
D "Usah bermain di tepi kolam," kata kakak kepada Siti.

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT -10- 011

27 Pasukan Harimau Muda memukau penonton dengan permainan yang menarik.

A Para penonton tertarik oleh permainan pasukan Harimau Muda.


B Permainan yang menarik oleh pasukan Harimau Muda memukau penonton.
C Pasukan Harimau Muda menarik penonton dengan permainan yang memukau.
D Permainan memukau pasukan Harimau Muda menarik penonton.

Soalan 28 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

28 A Ah, kamu rupa-rupanya.


B Aduhai, sakitnya kakiku ini!
C Eh, bagaimana keadaannya!
D Wah, cantiknya burung merak itu!

29 I Kek coklat itu suka saya makan.


II Baju kurung itu dijahit kakaknya.
III Buku itu ibu susun di atas meja.
IV Tikar itu Nik Kiah anyam semalam.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

30 I Penghawa dingin di makmal komputer itu rosak.


II Dia lupa akan janji temunya dengan doktor pakar semalam.
III Pekerja pasar raya menyimpan daging itu di bilik dingin beku.
IV Maria mendapat hadiah sehelai mini telekung berwarna biru.

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK SULIT


SULIT -11- 011

Soalan 31 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aku selalu pergi memancing di kolam tidak jauh dari rumahku. Kolam itu terletak di
atas sebuah bukit. Di hujung semak terdapat sebuah rumah yang telah lama ditinggalkan.
Atapnya sudah tiada. Yang tinggal hanyalah dinding dan berandanya. Kadangkala aku selalu
ke situ mencari cacing-cacing sebagai umpan.

Aku hairan dengan bentuk binaan rumah itu. Jelas sangat berbeza daripada rumah-
rumah biasa. Kayunya juga terdiri daripada kayu yang bermutu tinggi. Entah bagaimana
keadaan di dalamnya, aku kurang pasti. Apabila aku bertanyakan ibu tentangnya, ibu cepat-
cepat berdalih dan menukar tajuk perbualan.

Hari ini, aku datang seorang diri. Setelah beberapa jam menunggu ikan memakan
umpan, aku hampa. Tiba-tiba hatiku ditarik-tarik untuk ke rumah itu. Aku mencacakkan
batang pancing ke tanah dan terus ke sana. Kali ini aku dapat merasakan sesuatu yang
berlainan. Seperti ada seseorang di situ. Aku menolak daun pintu dan melangkah ke dalam.
Memang benar! Seorang perempuan separuh umur sedang tidur di situ. Aku memberanikan
diri menghampirinya.

Jantungku berdegup kencang. Wajah perempuan itu seiras wajah ibu. Tanpa
berlengah, aku pulang ke rumah. Aku bertanyakan ibu tentang perempuan itu. Kali ini ibu
tidak dapat berdalih lagi. Kata ibu, perempuan itu ialah saudara kembarnya. Dahulu dia
berkahwin dengan seorang lelaki kaya dari bandar. Namun pada suatu malam, tiga orang
yang tidak dikenali telah datang ke rumahnya dan membunuh suami perempuan itu. Lebih
malang lagi, anak lelakinya diculik.

Sejak itu saudara ibu itu menjadi tidak siuman. Dia telah dibawa ke rumah saudara-
mara tetapi tetap akan datang semula ke situ. Katanya untuk menanti kepulangan anak
lelakinya. Cerita ibu begitu menghibakan dan air mataku mengalir apabila mengetahui
bahawa anak lelaki perempuan itu ialah aku.

31 Apakah yang menghairankan penulis?

A Bentuk binaan rumah tersebut

B Kayunya yang bermutu tinggi

C Rumahnya berbeza dengan rumah lain

D Beranda dan dinding rumah sahaja yang tinggal

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK


[Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT -12- 011

32 Rangkai kata aku hampa dalam petikan bermaksud

A dia pergi memancing seorang diri

B menunggu ikan memakan umpannya

C tidak mendapat seekor ikan pun

D tiada mengetahui cerita tentang rumah itu

33 Mengapakah penulis menangis?

A Mendengar cerita ibu


B Saudara ibu tidak siuman
C Sedih melihat keadaan perempuan itu
D Mengetahui tentang dirinya yang sebenar

34 Apakah hubungan sebenar antara aku dengan perempuan yang kurang siuman
itu?

A Adik-beradik
B Anak-beranak
C Saudara-mara
D Ibu-adik

35 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang diri penulis?

A Penulis ialah anak yatim.


B Penulis seorang yang berani.
C Penulis selalu masuk ke dalam rumah itu.
D Ibu kandungnya kurang siuman.

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK SULIT


SULIT -13- 011

Soalan 36 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

8.00 pagi : Ketibaan para jemputan


8.30 pagi : Dif-dif kehormat mengambil tempat masing-masing di dalam
Dewan Kampus Raja Melewar
8.45 pagi : Ketibaan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
9.05 pagi : Bacaan Doa
9.10 pagi : Persembahan koir Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar
9.30 pagi : Ucapan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar
10.00 pagi : Ucapan Presiden Persatuan Penerbit Buku Negeri Sembilan
10.30 pagi : Ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia
Dato Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
9.40 pagi : Pelancaran pameran
10.00 pagi : Melawat pameran
10.30 pagi : Jamuan ringan

36 Berpandukan atur cara ini, pameran apakah yang diadakan?

A Pameran buku
B Pameran pendidikan
C Pameran penerbit buku
D Pameran Buku Malaysia

37 Siapakah tetamu kehormat dalam majlis ini?

A Presiden Persatuan Penerbit Buku Negeri Sembilan


B Dato Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
C Pengarah Institut.
D Peserta koir

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK [Lihat halaman sebelah
SULIT
SULIT -14- 011

38 Majlis ini mengambil masa selama

A Satu jam
B Satu jam setengah
C Dua jam
D Dua jam setengah

39 Maksud frasa dif-dif kehormat dalam petikan ialah

A Para jemputan
B Kakitangan majlis
C Pengerusi majlis
D Orang-orang kenamaan

40 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan

A Majlis perasmian diadakan di Pusat Penerbitan Buku


B Pengarah institut berucap selepas ucapan Dato Pengarah Pelajaran
C Selepas upacara perasmian, Dato Pengarah Pelajaran melawat pameran
D Dato Pengarah Pelajaran disambut dengan persembahan koir

KERTAS SOALAN TAMAT

012 @ 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan DK SULIT

Anda mungkin juga menyukai