Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN

Pemerintahan Meiji yang berlangsung selama 44 tahun bermula dari 1868 hingga 1912

merupakan satu era yang penting dalam sejarah Jepun. Ia juga dikenali sebagai era pemulihan

Meiji di mana bermulanya pemodenan baru yang dilakukan setelah Jepun mengamalkan dasar

tutup pintu selama hampir 200 tahun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.[1] Modernisasi

pada zaman keagungan Meiji ditinjau dalam aspek pencerahan pemikiran dan anjakan paradigma

kesedaran masyarakat akibat daripada kongkongan penyebaran ilmu bersifat global serta

lumpuhnya sekatan kebebasan berbentuk diskriminatif. Akibat daripada desakan kuat daripada

pihak Barat, kedatangan Komander Matthew Perry di Uraga pada tahun 1853 perintis awal untuk

Jepun membuka tirai besi yang telah lama dipagarinya.[2] Pada tahun 1862, seorang warga

British iaitu Richardson telah dibunuh oleh ketua suku Satsuma dari Yedo kerana tidak

menghormati adat memberi hormat.[3] Rentetan daripada kejadian ini, kerajaan British telah

menuntut pampasan dan serta membalas dendam dengan menyerang Kogoshima, ibu kota

Satsuma.[4]

Pada tahun 1863 pula, sebuah kapal Amerika Syarikat telah ditembak oleh suku Choshu kerana

lalu di Selat Shimonoseki. Maka British, Perancis, Belanda dan Amerika campurtangan dalam

hal ehwal politik Jepun serta mengenakan pampasan yang berat. Akhirnya pada tahun 1866, Sir

Harry Parkers bersedia menarik kembali tuntutan pampasan dengan syarat Jepun menghapuskan

dasar pemencilan yakni pelaksanaan hubungan perdangan terbuka.[5] Shogun terpaksa bersetuju

dengan permintaan tersebut walaupun mendapat pelbagai tentangan sengit daripada rakyat

misalnya dari Yedo. Kemudian pada musim luruh tanggal 1867, suku Satsuma, Choshu, Tosa,

Hizen serta suku-suku dari Barat menuntut agar Shogun meletak jawatan dan mengembalikan

kekuasaan Maharaja yang telah sekian lama dirampas.[6] Maka bermula pada 23 Oktober 1868,
dikatakan pemulihan atau pemodenan Jepun telah bermula dengan pemerintahan Meiji.[7]

Pemerintahan Meiji bertujuan untuk mengembalikan maharaja kepada kedudukannya yang

sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi . Walaubagaimanapun, kepimpinan

kerajaan baru telah didominasi oleh samurai muda dari suku kaum Satsuna dan Choshu atau

Oligarki Satsuma-Cho yang bertugas sebagai penasihat Meiji.[8] Oleh hal yang demikian, elok

kiranya kita menilai apakah bentuk manifestasi pembaharuan Meiji dan kesannya kepada

masyarakat awam.

2.0 PEMBAHARUAN MEIJI

2.1 PENGHAPUSAN SISTEM FEUDAL

Feudalisme boleh didefinisikan sebagai pentadbiran kerajaan tempatan bukannya berpusat.

Oligarki Meiji khususnya Kido, Okubo, Okurua dan Itagaki Taisuke telah menyedari tentang

kepentingan pemusatan kerajaan.[9] Mereka telah mempengaruhi golongan Dainyo dari suku

kaum Choshu, Satsuma, Toza dan Hizen supaya menyerahkan tanah mereka secara sukarela

kepada Maharaja.[10] Pada 3 Mac 1869, satu memorandum bersama yang meletakan tanah-tanah

mereka di bawah penguasaan Maharaja telah diserahkan. Pada Julai 1869, daimyo-daimyo lain

diperintahkan oleh kerajaan Meiji supaya menyerahkan kuasa tanah mereka kepada kerajaan.[11]

Pada 29 Ogos 1871, Maharaja telah mengumumkan penghapusan semua tanah feudal dan semua

tanah menjadi hak milik diraja.[12] Pada bulan berikutnya, semua tentera feudal telah

dibubarkan.[13] Seluruh Jepun dibahagikan kepada 45 daerah atau ken yang ditadbir oleh

pegawai kerajaan pusat. Dengan ini maka berakhirlah daimyo-daimyo sebagai pembesar feudal.

Mereka ini kemudiannya diberi pembayaran dalam bentuk bon-bon kerajaan atau bayaran beras

sebanyak 100 koku atas persaraan mereka.[14] Golongan samurai yang tidak mendapat jawatan
dalam jabatan-jabatan kerajaan telah mengalihkan tumpuan mereka terhadap perniagaan di mana

wang persaraaan yang diterima itu telah dijadikan modal untuk mereka berniaga.[15]

2.2 PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN 1889

Penubuhan Kerajaan Berpelembagaan merupakan rentetan awal daripada Ikrar Piagam 1868 iaitu

adat-adat kuno akan dihapuskan, semua tindakan yang diambil hendaklah dibuat secara adil

berasaskan petunjuk Tuhan dan mencari ilmu di seluruh pelusuk dunia untuk mengukuhkan

pengasasan empayar. Pada tahun 1874, perpaduan diantara Satcho dan Ito telah berpecah belah

kerana perasaan tidak puat hati terhadap pentadbiran politik.[16] Pelbagai kecelaruan dan

kebobrokan kepimpinan timbul maka akhirnya Parti Jiyuto di bawah Itagaki mencadangkan

penubuhan Kerajaan Berwakil untuk menyelesaikan permasalahan yang wujud.[17] Pada tahun

1881, Count Okuma daripada golongan birokrat tampil menyokong pembentukan tersebut.[18]

Beberapa parti politik telah muncul untuk mempercepatkan pembentukan Diet. Pada tahun 1881,

parti politik yang pertama iaitu Parti Liberal ( Jiyuto ) telah ditubuhkan oleh Itagaki Aisuka.

Setahun kemudian, Parti Progresif ( Kaishinto ) pula ditubuhkan oleh Okuma Shigenobu yang

berasal dari Hizen.[19] Kebanyakan ahli parti Liberal terdiri daripada pemilik-pemilik tanah

manakala ahli-ahli Parti Progresif pula kebanyakannya terdiri daripada golongan pedagang.

Kedua-dua parti ini merupakan parti politik yang sangat poluar dan dapat mempengaruhi politik

negeri Jepun.[20] Parti Imperialis ( Rikken Teisei ) telah ditubuhkan pada 1882 bagi menentang

kedua-dua parti di atas. Parti ini mendapat sokongan dari kerajaan. Pertentangan antara parti ini

telah membawa kepada suasana yang genting dan membimbangkan di mana Itagaki Taisuke

telah mati dibunuh. Ini telah menyebabkan Maharaja bertindak mengharamkan parti-parti itu.

Akibatnya pada Oktober 1884, Parti Liberal dibubarkan dan ini diikuti oleh parti-parti yang lain.
Ito Hirobumi yang merupakan samurai dari suku kaum Choshhu memainkan peranan

penting dalam membentuk perlembagaan yang moden.[21] Count Ito telah dihantar ke Prussia

untuk mengkaji corak perlembagaanya pada tahun 1883, maka Ito telah mengambil masa selama

5 tahun untuk mengkaji secara kritis bentuk perlembagaan yang sesuai di Jepun di bawah Jabatan

Diraja yakni Privy Council. Setelah semuanya selesai, tahun 1889 Maharaja telah

mengumumkan pembentukan perlembagaan secara rasmi. Perkara pertama yang disentuh di

dalam perlembagaan tersebut adalah mengenai kedudukan Maharaja yang suci dan kekal

disifatkan sebagai ketua empayar. Walaubagaimanapun, semua dasar yang dibuat oleh Maharaja

tertakluk kepada persetujuan dewan perwakilan iaitu Imperian Diet atau Shugiin.[22]

Pelbagai pembaharuan yang dilakukan di bawah kerajaan berpelembagaan misalnya penubuhan

tiga kementerian di bawah pimpinan Yamagita pada 24 Disember 1889, Matsukata pada 6 Mei

1891 dan akhir sekali Ito 8 Ogos 1892. Oleh kerana pelbagai pergelutan dan kekacuan hasil

daripada tentangan pembentangan belanjawan, Diet telah dibubarkan dua kali pada tahun 1891

dan 1893.[23]

2.3 KEPENTINGAN DAN KESEDARAN PENDIDIKAN

Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada awal 1871 dan langkah-langkah telah diambil

untuk mewujudkan sistem pendidikan yang seragam di negara tersebut. Pada tahun 1872, satu

undang-undang telah diadakan di mana semua kanak-kanak yang berusia 6 tahun diwajipkan

menerima pendidikan selama 4 tahun.[24] Menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28 000 buah

sekolah rendah dengan lebih daripada 2 juta pelajar. Pada tahun 1886 pula, Mori Arinori iaitu

Menteri Pelajaran telah mengubal sistem pelajaran yang ada di mana sekolah rendah adalah

selama 8 tahun sementara sekolah menengah pula selama 4 tahun.[25]


Maharaja Meiji mengalakkan sistem pelajaran moden. Namun, mereka tidak secara bulat-bulat

menerima sistem pendidikan barat. Matlamat dalam pendidikan adalah untuk melahirkan

masyarakat yang cintakan negara, menghargai nilai-nilai tradisi dan patuh kepada ketua. Oleh

itu, penduduk Jepun berjaya menerapkan kepentingan pendidikan kepada anak-anak sekaligus

mempercepatkan proses kemajuan negaranya. Kita dapat lihat dalam sistem pelajaran pada masa

itu sangat mementingkan subjek pengajaran sains dan kejuruteraan. Buku-buku yang bermutu

dalam bidang-bidang tersebut telah diterjemahkan ke bahasa Jepun. Di samping itu, ramai tenaga

pengajar dan golongan profesional dan ahli akademik luar telah diambil dari Britain dan

Amerika Syarikat.[26] Antara Professor yang terkenal ialah E. S. Morse dari Harvard pada 1877

dan Ernest Fenoliosa dari Boston pada 1878. Kerajaan Jepun telah menghantar ramai pelajar ke

Eropah untuk mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dalam tahun 1871 sahaja , terdapat kira-

kira 54 orang pelajar telah dihantar ke Britain untuk mempelajari aspek ketenteraan laut dan

perkapalan perdagangan, ke Jerman pula untuk mempelajari aspek tentera darat dan ilmu

perubatan dan tujuan Amerika pula mempelajari perkara-perkara mengenai perdagangan dan

ekonomi.[27]

Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam negeri telah ditubuhkan ekoran daripada kesedaran

bahawa Jepun tidak boleh bergantung hanya kepada pusat pengajian barat. Oleh itu, pada tahun

1877, universiti yang pertama dan terkenal iaitu Universiti Diraja Tokyo telah ditubuhkan.[28]

Menjelang 1910, beberapa buah universiti diraja lain telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto

dan Fukuoka. Selain sistem pelajaran negera, sekolah-sekolah, maktab-maktab dan unievrsiti-

universiti swasta juga telah ditubuhkan. Dua univeristi persendirian yang terkemuka iaitu

Universiti Keio telah diasaskan oleh Fukuzawa Yukichi pada tahun 1858 dan Universiti Waseda

diasaskan oleh Okoma dalam tahun 1882.[29]


2.4 PERKEMBANGAN EKONOMI

Proses memodenkan ekonomi ditumpukan kepada usaha membangunkan sektor pertanian yang

merupakan pekerjaan paling penting bagi majoriti penduduk Jepun. Sektor pertanian telah

menghasilkan 80% daripada jumlah hasil pendapatan dalam negeri melalui sistem percukaian

dalam tahun 1870 an dan 1880 an.[30] Pada hakikatnya sektor pertanian ini bertujuan memikul

beban sektor industri Jepun kerana pada 1873, perubahan dalam sistem cukai tanah telah

dilaksanakan di mana sebelum itu cukai tanah dipungut dalam bentuk beras dan jumlah yang

dikutip oleh tuan-tuan feudal adalah berbeza. Oleh itu, di bawah sistem baru ini, cara

pembayaran cukai dalam bentuk wang tunai dan kadar pencukaiannya adalah berdasarkan nilai

tanah.[31] Purata kaum tani hanya membayar 3% dari nilai tanah mereka sebagai cukai. Selain

itu, langkah baru untuk meningkatkan daya pengeluaran petani-petani telah diambil di mana

penuntut-penuntut dari bidang pertanian yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negeri telah

diambil untuk berkhidmat dengan kerajaan. Jenis-jenis benih baru yang diimport, baja kimia

yang intensif telah digunakan. Sistem pengairan dan saluran telah diperbaiki dan banyak

kawasan-kawasan pertanian baru telah dibuka di beberapa kawasan seperti Hokkaido. Di

samping itu, tanaman dagangan atau komersil seperti teh dan sutera juga digalakkan. Para

peneroka baru terutamanya samurai telah diberi banyak insentif untuk menceburi bidang

pertanian.[32]

Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah Negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada

tahun 1869 pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden.

Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor

968 .Pada tahun 1870, pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan pertumbuhan

syarikat-syarikat perkapalan Jepun.[33] Kedua-dua pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas


pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan perdagangan luarnya. Pedagang-pedagang

Barat seperti Amerika Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin

mendapatkan konsesi perdagangan yang terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah

menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Yokohama dan Nigata

menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut membina

kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada

luar. Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam

menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini telah meninggikan lagi

imej Jepun di kalangan negara-negara barat.[34]

Semua langkah pemodenan memerlukan suatu sistem kewangan yang kukuh dan licin.

Demi memudahkan urusan perdagangan dan perusahaan, kerajaan Meiji telah mengumpul

semula berbagai-bagai wang kertas dan wang syiling yang berbeza dan beraneka bentuk yang

dikeluarkan oleh KeshogunanTokugawa. Sistem mata wang yen yang standard telah dikeluarkan

pada 1871.[35] Pada tahun 1872, kerajaan telah mengarahkan supaya bank-bank ditubuhkan.

Dalam tahun tersebut, Bank Mitsui-Ono ditubuhkan. Kemudian pada tahun 1873, First National

Bank yang dianggap sebagai cabaran kepada pihak Mitsui ditubuhkan. Perkembangan bank-bank

terus berlaku dalam tahun 1880an.[36] Pada tahun 1882, Bank Pusat yang ditubuhkan. Ini diikuti

oleh Bank Yokohama Specific yang menjadi bank asing utama pada 1887. Pada tahun 1896,

kerajaan telah menubuhkan Bank Hypothec sebagai badan pusat bank-bank pertanian dan

perindustrian di 47 wilayah di Jepun. Ini telah diikuti oleh penubuhan Bank Perindustrian Jepun

dalam tahun 1900 untuk membiayai projek-projek perindustrian secara besar-besaran. Menjelang

1882, terdapat 143 buah bank kerajaan dan separa kerajaan telah ditubuhkan.

2.5 PENGUKUHAN SISTEM KETENTERAAN


Pemodenan dalam angkatan ketenteraan diberi perhatian yang serius oleh Jepun dari kesedaran

tentang keunggulan kuasa-kuasa barat terutamanya dari segi organisasi tentera dan senjata. Oleh

sebab itu, untuk menandingi kuasa barat, negara Jepun harus mempunyai senjata dan tentera

yang moden. Modenisasi angkatan tentera bermula dalam tahun 1870an.[37] Dalam tahun 1872,

Yamagata Aritomo dari Choshu telah mengemukakan suatu usul yang menyokong kuat tindakan

kerajaan Meiji melakukan polisi kerahan tentera dan polisi memodenkan angkatan tentera darat

dan laut Jepun. Pada bulan Disember 1872, Jepun telah mengadakan undang-undang kerahan

tentera kepada pemuda-pemuda yang berusia 20 tahun. Tentera Kebangsaan Jepun telah dibentuk

pada tahun 1873 di mana anggotanya diambil dari segenap lapisan masyarakat. Pada tahun 1878,

Yamagata Aritomo telah menyusun semula pentadbiran angkatan tentera ala Jerman. Pada tahun

yang sama, semangat ketenteraan telah ditiup didalam sanubari rakyatnya bertujuan menanam

semangat patriotisme, taat setia dan mengikut perintah.[38] Angkatan Tentera Laut Jepun juga

telah mengalami perkembangan dan modenisasi yang pesat. Kementerian Angkatan Laut telah

ditubuhkan pada 1872. Menjelang tahun 1873, Jepun mempunyai 17 buah kapal perang yang

setanding dengan kapal perang Amerika Syarikat. Kemudian dalam tempoh setahun sahaja iaitu

pada tahun 1875, 2 buah kapal api telah dibina. Pada tahun 1876 pula, 3 buah kapal besar dibeli

dari Britain. Menjelang tahun 1874 pula, kerajaan Meiji mempunyai 28 buah kapal moden

dengan jumlah isipadu 57000 tan serta 24 buah anak-anak kapal perang dan torpedo. Proses

modenisasi angkatan tentera telah menelan perbelanjaan yang besar dan membebankan. Hampir

1/3 belanjawan negara adalah untuk perbelanjaan ketenteraan. Dari sini, dapat kita lihat betapa

kerajaan Meiji mementingkan kewujudan suatu angkatan tentera yang moden dan berkuasa.

Menjelang 1880an, Jepun telah berupaya mempertahankan diri dari ancaman asing. Di samping

itu, Jepun juga bersiap-sedia untuk melancarkan satu kempen ketenteraan di Asia Timur.
3.0 KESAN PEMODENAN MEIJI KE ATAS MASYARAKAT

3.1 TARAF WANITA

Umum kita ketahui, semasa zaman Jahiliah di kawasan Asia Barat yang merendahkan martabat

wanita, sama juga halnya berlaku di negara China dan Jepun. Namun selepas pembaharuan-

pembaharuan yang dilakukan oleh Meiji, peranan wanita mula diangkat dan keperluan mereka

mula dijunjung. Sejak tahun 1871, wanita dibenarkan untuk mendengar syarahan-syarahan di

Universiti Diraja Tokyo, wujud penubuhan kolej-kolej Kristian khas untuk wanita dan universiti

persendirian iaitu Universiti Perempuan Jepun pada tahun 1901.[39] Pada zaman pemerintahan

Meiji, telah ramai wanita-wanita yang bekerja dalam bidang perguruan, perubatan,

kewartawanan dan segelintir kecil dalam prospek pertanian. Walaubagaimanapun, tidak dapat

dinafikan terdapat segelintir wanita yang dijadikan pelacur-pelacur berlesen di hotel dan rumah

tumpangan. Segelintir ibu bapa yang hidup di bawah paras kemiskinan, menjual anak-anak

perempuan untuk dijadikan alat hiburan golongan atasan iaitu Geisha. Konklusinya, walaupun

pemerintahan Meiji cuba meningkatkan martabat golongan wanita namun terdapat juga

sesetengan pihak yang mengeksploitasi kelemahan mereka untuk dijadikan alat pemuas nafsu

serakah manusia.

3.2 PERUBAHAN SUSUNAN KELAS SOSIAL MASYARAKAT

Selepas sistem feudal dihapuskan, wujud pula kelas-kelas sosial dalam masyarakat Jepun yang

menimbulkan pelbagai permasalahan dalam kelicinan pentadbiran kerajaan misalnya golongan


tuan tanah dan pekerja. Golongan bangsawan dan segelintir orang biasa yang kaya memiliki

banyak kawasan tanah yang luas kerana hasil sewaan dan pemilikan sendiri.[40] Kemiskinan

menyebabkan ramai petani menjual atau memberi sewa tanah dengan janji pinjaman wang,

implikasi buruk akibat tidak mampu membayar pinjaman tanah mereka akan dijadikan hak

milik. Maka lebih ramai petani yang kehilangan tanah dan hidup susah.

Di kawasan-kawasan perusahaan juga timbul perbezaan kelas di antara buruh dengan tuan

kilang. Golongan buruh ditindas dengan pemberian gaji yang rendah, tempoh masa bekerja yang

panjang dan suasana persekitaran tempat tinggal yang teruk. Pada akhir tahun 1920, sebanyak 90

buah persatuan-persatuan buruh yang menentang diskriminasi ke atas mereka. Seperti di barat

juga, mogok atau pemberontakan golongan buruh akan menjejaskan pentadbiran negara, oleh hal

yang demikian Jepun sangat menitikberatkan soal kebajikan agar struktur sosial tidak memberi

impak yang besar kepada rakyat.

3.3 IDEOLOGI DAN KEAGAMAAN

Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah disasarkan sebagai alat untuk meningkatkan

semangat nasionalisma. Ideologi baru yang diperkenalkan dinamakan Kokutai secara rasmi.

Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagiannya

memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja yang dianggap suci.[41]

Dalam konsep keagamaan telah diperkenalkan kefahaman Shinto Negara, Shinto Istana Diraja

dan Shinto Tempat Suci yang menyerap ajaran-ajaran Kung Fu Tze.[42] Agama Buddha telah

diasingkan daripada agama Shinto dengan membakar kitab-kitab suci Buddha, tempat beribadat

dimusnahkan serta harta-harta institusi dirampas. Di zaman Meiji juga, agama Kristian

dibenarkan dan berkembang pesat di Nagasaki, Yokohama dan Hakodate pada awal tahun
1870an.[43] Mubaligh-mubaligh Kristian di Jepun telah membuka sekolah dan pada akhir tahun

1920an, hampir 130 gereja wujud di seluruh kepulauan Jepun.[44]

3.4 PENGARUH BARAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Pengaruh kuat daripada Barat bukan sahaja merasuk orang-orang Jepun dalam bidang

pentadbiran mahupun perundangan, namun amalan harian mereka juga jelas menunjukkan

perubahan ketara. Kasut-kasut mula dipakai menggantikan geta dan terompah, Kimono

digantikan dengan coat, seluar panjang dan skirt, sudu dan garfu digunakan ketikan makan dan

juga topi ketika bekerja. Hal yang sama juga berlaku di setiap negara yang menerima kemasukan

pengaruh Barat misalnya Turki, kebudayaan Islam dan kehidupan sosial jelas sama sekali

berubah kerana orang-orang Barat datang bukannya tangan kosong sebaliknya penyebaran

pemahaman serta idealisme moden.

3.5 SEMANGAT IMPERIALISME DAN KOLONIALISME

Kuasa Jepun di Asia Timur telah mencapai satu peringkat baharu dalam tempoh 1917 hingga

1918. Hal ini dapar dibuktikan apabila Jepun menakluk Formosa dan Korea, kemudiannya

Manchuria pada tahun 1905 hingga 1914 dan berperang dengan China pada tahun 1914.[45]

Maharaja Meiji sedar bahawa Jepun akan dibelenggu dengan tekanan dan keterbatasan untuk

membangunkan ekonominya kerana campur tangan negara-negara barat. Menyedari masalah ini,

Nishi Amane, mengingatkan kepada bangsa Jepun supaya mengambil langkah segera untuk

menghalang negara mereka agar tidak menjadi mangsa kapitalisme barat. Maka tiga bentuk

pemodenan digembeleng bersama iaitu Fukoku-kyohei (menjadikan Jepun negara yang kaya dan

kuat), Shokusan-Kogyo ( mengembangkan industri dan perniagaan) dan Bumnmei-Kaika

(bangsa Jepun yang bertamadun dan bersemangat inkuiri).[46] Realiti politik selepas Perang
Dunia 1 menitikberatkan keamanan sejagat maka Jepun telah mengambil langkah realistik

dengan mengamalkan pendekatan Perjanjian Versailles, Sistem Washington dan asas Liga

Bangsa-Bangsa. Diplomasi Shidera mula diperkenalkan yang menggunakan konsep Taise-Juno

iaitu pragmatis dan akomodasionis yakni negara Jepun cuba untuk menyesuaikan diri dengan

senario politik antabangsa agar tidak berlaku permasalahan kepada negara mereka.[47]

4.0 KESIMPULAN

Pemerintahan Meiji menyaksikan pelbagai pembaharuan yang dibuat dalam aspek sosial,

ekonomi dan politik negara. Era feudalisme yang menyekat pembangunan dan kebebasan

pemikiran rakyat Jepun akhirnya terbebas dengan pelbagai kejayaan yang diperoleh selepas era

pemulihan Meiji. Hingga ke hari ini, kejayaan dan keagungan bangsa Jepun bolehlah dikatakan

Maharaja Meiji yang menjadi perintis untuk meningkatkan nama Jepun di mata dunia. Walaupun

terdapat pelbagai kesan buruk kerana perubahan-perubahan dasar, namun kesan positifnya lebih

banyak untuk rakyat negaranya sendiri.

BIBLIOGRAFI
Carol Gluck. 1985. Japans Modern Myths: Ideology in The Late Meiji Period. New Jersey:

Princeton University Press.

Chie Nakane. 1990. Tokugawa Japan:The Social and Economic Antecedents of Modern Japan.

Japan: University of Tokyo Press.

Conrad Schirokauer. 1978. A Brief History of Japanese Civilization. London: Harcourt Brace

College Publisher.

George M. Wilson. 1992. Patriots and Redeemers in Japan: Motive in the Meiji Restoration.

Chicago: University of Chicago Press.

Harold M. Vinacke. 1959. A History of The Far East In Modern Times. New York: Appleton

Century Crofts Inc.

H. Paul Varley. 1974. Japanese Culture: A Short Story. Rutland: Charles E. Tuttle Company Inc.

Janet Hunter. 1989. The Emergence of Modern Japan an Introductory History Since 1853.

Singapore: Longman Singapore Publisher Ltd.


John Benson dan Takao Matsumura. 2001. Japan: From Isolation to Occupation 1868-1945.

Kuala Lumpur: Pearson Education.

Marius B. Jansen. 1971. Sakamoto Ryoma and The Meiji Restoration. California: Stanford

University Press.

Mark Ravina. 2004. The Last Samurai: The Life and Battles of Saigo Takamori. Canada: John

Wiley & Sons Inc.

Meiji Japan Through: Contemporary Sources, Volume 1, Basic Documents, 1854-1889. 1990.

The Centre For East Asian Cultural Studies Tokyo.

Murukami Shigeyoshi. 1963. Kindai Minshu Shukyoshi no kenkyu, Edisi Ke-2. Tokyo.

Peter Duus. 1976. The Rise of Modern Japan. London: Houghton Mifflin Company.

Richard Storry. 1868. Themes and Theories in Modern Japanese History. London: The Athlone

Press.
Robert A. Wilson. 1978. Genesis of The Meiji Government in Japan, 1868-1871. Westport:

Greenwood Press.

Sterling Seagrave. 1999. The Yamato Dynasty: The Secret History of Japans Imperial Family.

London: Bantam Press.

W. G. Beasley. 1975. Modern Japan: Aspect of History, Literature and Society. London: George

Allen & Unwin Ltd.

[1] Mark Ravina, The Last Samurai: The Life and Battles of Saigo Takamori, (Canada: John

Wiley & Sons Inc. 2004) hlm. 63.

[2] Conrad Schirokauer, A Brief History of Japanese Civilization, (London: Harcourt Brace

College Publisher, 1978) hlm. 180.

[3] George M. Wilson, Patriots and Redeemers in Japan: Motive in the Meiji Restoration,

(Chicago: University of Chicago Press, 1992) hlm. 51.

[4] Murukami Shigeyoshi, Kindai Minshu Shukyoshi no kenkyu, Edisi Ke-2. (Tokyo: 1963)

hlm. 91.
[5] George M. Wilson, Patriots and Redeemers in Japan: Motive in the Meiji Restoration, hlm.

50.

[6] Chie Nakane, Tokugawa Japan:The Social and Economic Antecedents of Modern Japan,

(Japan: University of Tokyo Press, 1990) hlm. 102.

[7] Marius B. Jansen, Sakamoto Ryoma and The Meiji Restoration, (California: Stanford

University Press, 1971) hlm. 93.

[8] Ibid. hlm. 95.

[9] H. Paul Varley, Japanese Culture: A Short Story, (Rutland: Charles E. Tuttle Company Inc,

1974) hlm. 170.

[10] John Benson dan Takao Matsumura, Japan: From Isolation to Occupation 1868-1945,

(Kuala Lumpur: Pearson Education, 2001) hlm. 7.

[11] Ibid. hlm. 9.

[12] W. G. Beasley, Modern Japan: Aspect of History, Literature and Society, (London: George

Allen & Unwin Ltd, 1975) hlm. 15.

[13] Ibid. hlm. 17.

[14] Harold M. Vinacke, A History of The Far East In Modern Times, ( New York: Appleton

Century Crofts Inc, 1959) hlm. 139.

[15] Ibid. hlm. 140.

[16] Conrad Schirokauer, A Brief History of Japanese Civilization, hlm. 184.


[17] Harold M. Vinacke, A History of The Far East In Modern Times, hlm. 149.

[18] Conrad Schirokauer, A Brief History of Japanese Civilization, hlm. 190.

[19] Ibid. hlm. 199.

[20] H. Paul Varley, Japanese Culture: A Short Story, hlm. 170.

[21] Ibid. hlm. 222.

[22] Robert A. Wilson, Genesis of The Meiji Government in Japan, 1868-1871, (Westport:

Greenwood Press, 1978) hlm. 91.

[23] Meiji Japan Through: Contemporary Sources, Volume 1, Basic Documents, 1854-1889,

(The Centre For East Asian Cultural Studies Tokyo, 1990) hlm. 93.

[24] Richard Storry, Themes and Theories in Modern Japanese History, (London: The Athlone

Press, 1868) hlm. 103.

[25] Conrad Schirokauer, A Brief History of Japanese Civilization, hlm. 208.

[26] Ibid. hlm. 210.

[27] Harold M. Vinacke, A History of The Far East In Modern Times, hlm. 404.

[28] Ibid. hlm. 407.

[29] Ibid. hlm. 408.

[30] H. Paul Varley, Japanese Culture: A Short Story, hlm. 195.

[31] Conrad Schirokauer, A Brief History of Japanese Civilization, hlm. 210.


[32] Peter Duus, The Rise of Modern Japan, (London: Houghton Mifflin Company, 1976) hlm.

150.

[33] Sterling Seagrave, The Yamato Dynasty: The Secret History of Japans Imperial Family,

(London: Bantam Press, 1999) hlm. 32.

[34] Janet Hunter, The Emergence of Modern Japan an Introductory History Since 1853,

(Singapore: Longman Singapore Publisher Ltd, 1989) hlm. 250.

[35] Conrad Schirokauer, A Brief History of Japanese Civilization, hlm. 211.

[36] Ibid. hlm. 273.

[37] Ibid. hlm. 214.

[38] Harold M. Vinacke, A History of The Far East In Modern Times, hlm. 467.

[39] Ibid. hlm. 406.

[40] Conrad Schirokauer, A Brief History of Japanese Civilization, hlm. 283.

[41] Carol Gluck, Japans Modern Myths: Ideology in The Late Meiji Period, (New Jersey:

Princeton University Press, 1985) m.s 17.

[42] Ibid. 21.

[43] Conrad Schirokauer, A Brief History of Japanese Civilization, hlm. 210.

[44] H. Paul Varley, Japanese Culture: A Short Story, hlm. 146.

[45] Harold M. Vinacke, A History of The Far East In Modern Times, hlm. 467.
[46] Conrad Schirokauer, A Brief History of Japanese Civilization, hlm. 219.

[47] Harold M. Vinacke, A History of The Far East In Modern Times, hlm. 803.

Anda mungkin juga menyukai