Anda di halaman 1dari 15

HGF3043 KAJI IKLIM

PENSYARAH: MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

TENAGA
KANG SIEW YIENG

D20141066511

MOHD HAFIZUL BIN ABU HASSAN

D20141067550

NOOR NATASYA BINTI SHAIDAN

D20132065373

NOOR SHAHIRA BINTI AZHARUDDIN

D20141067637

NUR IYLIANE BINTI AHMAD

D20141067647

NURUL FATHIN BINTI TALIB

D20141066581

BUYUNG JACQULINE BINTI RINING

D20141066526

NURHAFIYANTI BINTI TOKIMIN

D20141067624

TENAGA
Apabila satu objek digerakan melawan daya yang menentang
pergerakan itu, kerja dilakukan dan tenaga digunakan objekyang
melakukan keja tersebut.
Tenaga merupakansuatu kuantiti yang memberi kemampuan untuk
melakukan kerja.
Tenaga di dalam fizik merupakan suatu kuantiti skalar yang
menerangkan jumlah kerja yang dapat dilakukan oleh
sesebuah daya dan juga merupakan sejenis ciri pada objek dan sistem
yang menuruti sebuah Hukum Keabadian. Jenis-jenis tenaga
termasuklah tenaga kinetik, keupayaan, haba, graviti, bunyi, elastik
dan elektromagnetik.

JENIS-JENIS TENAGA
TENAGA HIDROELETRIK
Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang
popular di negara-negara membangun. Tenaga ini dapat dijalankan di
negara membangun kerana adanya sungai yang mempunyai aliran
deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjunmembolehkan tenaga
elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yangmempunyai
banyak empangan
hidroelektrik seperti di
Empangan Bakun,
Sarawak. Halini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air
terjun membolehkan turbindigerakkan dan seterusnya menyebabkan
generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.

TENAGA GEOTERMAL
Tenaga geotermal merupakan salah satu tenaga yang
amat rumit untuk dijana.Hal inidemikian kerana tenaga
ini berasal dari dalam bumi.Oleh sebab itu,
tenagageotermal dikatakan sebagai penghasilan haba
dari dalam bumi untuk menjana tenagaelektrik.Tenaga
ini juga banyak dijanadi negara-negara membangun
khususnya negarayang berada dalam lingkaran api
pasifik.Hal ini demikian kerana haba yangdialirkan
dikawasan mata air panas atau gunung berapi ini
adalah lebih cepat iaitu melalui prosesperolakan.

TENAGA SURIA
Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh
diperbaharui dantidak akankehabisan.Tenaga suriajuga
dikenalisebagai tenaga solar keranapuncatenaga utama
bagitenaga suria adalah daripada cahaya matahari.Tanpa tenaga
matahari,bumi akan mati.Sumber tenagasuria dianggap bersih
dantidak mencemarkanalamkerana tenaga ini diperoleh secara
semulajadi daripada sinaran suria dan tenaga ini jugatidak
terhadserta berterusanpenggunaanya.Matahari dikatakansebagai
pusattenagakerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada
sinaran cahaya matahari yang sampai kepermukaan bumi.Purata
keseluruhantenaga suriayang sampaike permukaaan bumikirakirasebanyak 1353 kwper meter persegi.( JauhriP. K, 2005).

TENAGA BIOMAS
Tenaga biomass merupakan salah satu sumber tenaga yang tertua di
dunia.Tenaga biomass ini mudah diperoleh kerana merupakan sumber tenaga
yang bergantungsepenuhnya dengan alam sekitar. Tenaga biomass ini juga
dikenali dengan
nama
tenaga biojisim ataupun
tenaga biogas. Pada
masa dahulu masyarakat menggunakan tenaga biomass dengan mengambil
kayu-kayan sebagai bahan bakar utama untuk mendapatkan tenaga. Namun
kini ekoran daripada aktiviti pertanian yang giat dijalankan hasil
hampasdaripada sisa pertanian ini boleh digunakan sebagai sumber tenaga
biomass. Contohnya
negara
Brazil banyak
menggunakan
hampas
daripada tebu untuk menghasilkan tenaga elektrik daripada sumber
biomass ini.

Pemindahan tenaga ke ruang


atmosfera
Terdapat 4 proses pemindahan tenaga:
1.

2.

Perolakan: Pemindahan secara perolakan berlaku


apabila cecair yang mengalir bersentuhan dengan jisim
pepejal atau jisim cecair yang berlainan suhu. Cecair
boleh menambah atau mengurangkan haba di
permukaan sentuhan dengan cara percampuran di
antara cecair yang lebih dingin atau panas.
Pengaliran: Perpindahan secara pengaliran berlaku
apabila wujud pertembungan antara dua jisim panas
dangan jisim sejuk.tenaga haba biasanya akan mengalir
dari jisim panas kepada jisim sejuk.

3. proses sinaran: berlaku dalam bentuk gelombang elektromagnet.


Pemindahan haba bagi proses ini tidak memerlukan platform atau
perantaraan. Sebagai contoh pemindahan tenaga suria dari
matahari ke bumi banyak berlaku melalui sinaran gelombang
elektromagnet.
4. Proses haba pendam: berlaku melalui pembebasan haba pendam
di dalam proses penyejukan bahangan, pemeluwapan, dan
pemindahan haba rasa dari bumi. Pemindahan tenaga dalam
bentuk haba pendam iaitu wap air udara yang bergerak dan haba
rasa yang melalui arus lautan yang panas dan anginpanas yang
mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk.

IMBANGAN BAHANGAN
Imbangan bahangan bermaksud keseimbangan yang berlaku
antara bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi
(atmosfera) dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan
semula ke angkasa.
Imbangan bahangan merupakan perbandingan antara sinaran
matahari yang masuk dengan sinaran matahari yang keluar.
Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang
memasuki sistem atmosfera akan tiba ke permukaan bumi.
Ada yang diserap, diserak, dipantul oleh pelbagai juzuk dan
unsur dalam atmosfera tersebut. Begitu juga dengan sinaran
bumi, bukan semua akan terlepas ke angkasa. Ia juga akan
melalui proses yang sama dengan sinaran matahari.

Proses yang berlaku dalam


imbangan bahangan
Terdapat 4 proses pemindahan bahangan iaitu:
i. Proses Serakan - Partikel-partikel akan menyerak bahangan
matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut
dipancarkan kepadanya.
ii.Proses Serapan - Partikel-partikel di atmosfera dan stratosfera
juga menjalani proses serapan.
iii.Proses Pantulan - bahangan matahari apabila terkena
partikel-partikel, sebahagiannya akan dipantulkan semula ke
angkasa secara menegak ( vertikal).
iv.Proses Albedo - Ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau
kecerahan sesuatu permukaan bumi. Semakin cerah sesuatu
permukaan, maka semakin tinggi jumlah sinaran matahari yang
akan dipantulkan. Tidak semua sinaran suria yang telah tiba ke
permukaan bumi akan diserap dan digunakan oleh hidupan.
Sebahagian daripada sinaran suria akan dipantulkan oleh
permukaan bumi secara langsung keluar ke angkasa.

FAKTOR
RUANG
KETIDAKSEIMBANGAN BAHANGAN

KETIDAKSEIMBANGAN DARI SEGI RUANG


PERBEZAAN LATITUD
Ketidaksamaan dalam kadar penyerapan
jumlah tenaga sinaran matahari antara
latitud
yang
berlainan
disebabkan
permukaan bumi yang bersifat bulat.
Disebabkan itu, kawasan yang terletak
berhampiran dengan khatulistiwa terletak
lebih dekat dengan matahari.
Justeru itu, kawasan tersebut akan
menerima lebih banyak tenaga sinaran jika
dibandingkan dengan kawasan yang
berhampiran dengan kedua-dua kutub yang
terletak lebih jauh darinya.
Pada dasarnya, permukaan bumi yang
terletak berhampiran dengan khatulistiwa
terdedah secara tegak 90 kepada sinaran
matahari.
Sebaliknya, kawasan-kawasan latitud tinggi
menerima sinaran matahari pada sudut yang
agak kecil. Ini menyebabkan keamatan
tenaga sinaran akan menjadi amat rendah.

KEHADIRAN BAHAN-BAHAN
PENCEMARAN

Bahan-bahan pencemaran yang dihasilkan


oleh manusia melalui kegiatan seperti
perindustrian, kenderaan, pembakaran dan
perlombongan akan diserap masuk ke dalam
lapisan atmosfera tertentu.
Bahan seperti habuk, abu, asap, karbon
dioksida dan gas yang lain akan bertindak
dengan cara yang hampir sama seperti awan
iaitu bahan tersebut boleh menyerap,
menyerak dan memantulkan tenaga sinaran.
Kawasan yang mempunyai atmosfera bersih
iaitu mengandungi jumlah bahan-bahan
pencemar yang kurang akan menyerap jumlah
haba yang sedikit sahaja dalam atmosfera.
Sebaliknya, atmosfera yang penuh dengan
bahan kotoran akan menyerap banyak haba.
Pada waktu malam, udara bersih juga
membenarkan banyak sinaran gelombang
panjang dilepaskan ke angkasa tetapi udara
penuh dengan kotoran akan menghalang
sinaran keluar.

CIRI-CIRI PERMUKAAN
TEMPATAN
Bentuk muka bumi adalah berbeza-beza dari
satu tempat ke satu tempat yang lain.
Akibatnya dua kawasan yang berlainan terletak
dalam lingkungan satu jenis iklim yang sama
alami perbezaan dalam jumlah tenaga sinaran
yang diterima
Hemisfera utara, cerun yang menghadap ke arah
selatan akan menerima pancaran matahari yang
lebih terik berbanding dengan cerun yang
menghadap ke arah utara.
Hemisfera selatan yang cerun menghadap utara
menerima lebih banyak tenaga sinaran pada
keamatan yang lebih tinggi.
Albedo
permukaan
bumi
berbeza-bezamempengaruhi kadar penyerapan sinaran kerana
apa yang ditinggalkan oleh albedo merupakan
jumlah serapan.
Jenis permukaan yang mempunyai kadar albedo
yang tinggi akan menerima sinaran yang rendah
sementara permukaan kadar albedo yang rendah
akan menyerap lebih banyak sinaran

KADAR
AWAN

PERLINDUNGAN

Awan
tebal
seperti
jenis
kumulonimbus akan memantulkan
banyak sinaran matahari balik ke
angkasa
lepas
dan
hanya
melepaskan sebahagian sinaran kecil
untuk tiba di permukaan bumi (75
peratus daripada tenaga sinaran akan
diserakkan atau diserapkan oleh
awan jenis kumulonimbus apabila
sinaran matahari menembusinya.
Kawasan dunia yang mempunyai
litupan awan yang tinggi dan tebal
akan kurang menyerap sinaran.
Kawasan yang langsung tidak
berawan-kawasan gurun panas akan
menerima jumlah tenaga sinaran
yang tinggi.
Sebagai
contoh-Gurun
Sahara
menerima kadar jumlah sinaran yang
melebihi 200Kkal/cm/tahun

KETIDAKSEIMBANGAN DARI SEGI MASA

skala musiman- wujudnya musim yang berlainan


mempengaruhi jumlah sinaran bahangan.
Cth: musim panas merupakan tempoh masa apabila terdapat
tenaga berlebihan sementara musim dingin tenaga berkurangan.
Musim panas di hemisfera utara-bulan Julai minimum nilai haba
sinaran yang diterima dengan banyak sekali terdapat di latitude
tengah iaitu di sekitar 30U
Hemisfera selatan-bulan Januari-kawasan-kawasan di sekitar
30S menerima nilai sinaran sebanyak Kkal/cm/bulan.
Nilai ini beransur-ansur berkurangan ke arah kedua-dua kutub

RUJUKAN
Ab. Latif ibrahim,.et al. atmosfera. Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia.(2008).
Alan Strahler dan Arthur Strahler, 1997. Physical
Geography. United States: John Wiley & Son, Inc.
Baharudin Yatim. (1989). Tenaga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Chan Ngai Weng. (2000). Asas Kaji Iklim. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 19-22
Robert E. Gabler, James F. Peterson, L. Micheal Trapasso &
Dorothy Sack. (2009). Physical Geography(Ninth
Edition). China: Broooks/Cole Cengage Learning.

Anda mungkin juga menyukai