Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN PENILAIAN BERTERUSAN

AG20703

PENGANTAR KLIMATOLOGI

NAMA PENSYARAH: DR.LINDAH ROZAINI BINTI JAMRU

TAJUK SOALAN: JELASKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN


KADAR PENERIMAAN TENAGA BAHANGAN MATAHARI OLEH PERMUKAAN
BUMI? TERANGKAN SECARA TERPERINCI PENGARUH SETIAP FAKTOR
DENGAN MEMBERIKAN CONTOH DAN BUKTI TERTENTU

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIKS
ASHLLEY ANAK KRANI BA22110657
Bahangan matahari boleh ditakrifkan sebagai tenaga haba yang dipindahkan ke permukaan
Bumi melalui bahangan secara terus tanpa perantaraan dalam bentuk gelombang
elektromagnet dan cahaya. Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari, Bumi akan
membebaskan bahangannya pada waktu malam. Pembebasan bahangan dikenali sebagai
bahangan bumi dan pembebasan ini berlaku dalam bentuk gelombang panjang. Bahangan ini
tidak terus lesap ke angkasa dan sebahagiannya akan diserap oleh lapisan atmosfera.
Perbezaan jumlah tenaga suria yang diterima oleh sesuatu permukaan Bumi menyebabkan
wujudnya kawasan yang panas dan sejuk, kawasan bersuhu tinggi dan rendah serta kawasan
yang berlainan iklim. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kadar penerimaan tenaga
suria yang berbeza-beza oleh permukaan Bumi.

Faktor pertama yang mempengaruhi bahangan matahari adalah faktor perihelion dan
afelion. Ketika Bumi beredar mengelilingi Matahari dalam orbit bujurnya maka terdapat jarak
yang berbeza pada antara Bumi dengan Matahari. Perihelion merupakan fenomena di mana
jarak Bumi berada dekat dengan Matahari. Semasa fenomena ini, jarak Bumi dengan Matahari
berada sejauh 147 juta km dari Matahari. Jarak ini mendorong kepada penerimaan bahangan
matahari yang tinggi terhadap Bumi. Manakala fenomena Afelion pula, Bumi berada jauh
daripada Matahari. Pada fenemona ini, jarak Bumi dengan Matahari adalah sejauh 152 juta
km. Hal ini menyebabkan penerimaan bahangan matahari dalam kadar yang sedikit.

Perbezaan latitud juga menjadi faktor kepada penerimaan bahangan matahari.


Ketidaksamaan dalam kadar penerimaan tenaga matahari oleh permukaan Bumi adalah
disebabkan oleh sifat Bumi yang berbentuk sfera. Akibatnya, latitud di tengah Bumi seperti
garisan khatulistiwa adalah lebih dekat dengan matahari dan menerima tenaga sinaran
matahari yang banyak manakala garisan latitud di hujung glob seperti di bulatan artik adalah
lebih jauh dari Matahari, seterusnya menerima tenaga sinaran matahari yang sedikit. Bukan
itu sahaja, perbezaan latitud juga mempengaruhi sudut tuju sinaran matahari. Garisan
khatulistiwa menerima pancaran matahari dalam keadaan sudut tepat berbanding dengan
garisan artik yang menerima pancaran matahari dalam keadaan sudut condong. Oleh itu,
keamatan tenaga matahari di kawasan khatulistiwa adalah tinggi berbanding dengan kawasan
kedua-dua kawasan kutub.

Selain itu, kelutsinaran atmosfera atau perlindungan awan juga menjadi faktor kepada
penerimaan bahangan matahari yang diterima oleh permukaan Bumi. Hal ini kerana di
kawasan khatulistiwa, jumlah awan yang banyak akan melindungi permukaan Bumi daripada
menerima jumlah bahangan yang berlebihan. Secara relatif, kawasan garis lintang tengah
iaitu di sekitar 30° Utara dan 30° Selatan kurang dilitupi awan. Oleh itu, kawasan-kawasan
tersebut menerima bahangan matahari yang lebih banyak. Hal ini telah mewujudkan kawasan
gurun garis lintang tengah di sekitar Gurun Kalahari, Sahari, Gurun Thar dan sebagainya.

Penerimaan bahangan matahari juga dipengaruhi oleh kehadiran bahan pencemar


udara. Kawasan yang mempunyai kadar pencemaran udara yang lebih tinggi mendorong
kepada penerimaan bahangan matahari dalam kadar yang tinggi. Bahan-bahan pencemaran
yang dihasilkan oleh aktiviti perindustrian, kenderaan, pembakaran dan perlombongan akan
diserap masuk ke dalam lapisan atmosfera. Bahan-bahan seperti asap, habuk, abu, karbon
monoksida, karbon dioksida dan gas-gas yang lain akan bertindak cara yang hampir sama
seperti awan. Bahan-bahan ini boleh menyerap, menyebar dan membalikkan tenaga
bahangan. Oleh itu, penerimaan bahangan matahari adalah tinggi di kawasan seperti ini.
Sebaliknya, kawasan yang yang atmosferanya mempunyai jumlah bahan pencemaran yang
sedikit misalnya di kawasan luar bandar dan kawasan hutan akan menerima bahangan
matahari yang sedikit.

Anda mungkin juga menyukai