Anda di halaman 1dari 10

INFO GEOGRAFI 942

Geografi STPM + Penggal 1 ▼

Geografi STPM + Penggal 1

Geografi STPM + Penggal 1

BAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

SISTEM BUMI
Ditakrifkan sbg satu set angkubah atau unsur-unsur
yg saling bertindak antara satu sama lain,
mempunyai tenaga dan bahan yg dpt masuk dan
keluar dari sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan
semulajadi di mana inputnya terdiri drp tenaga suria,
karbon dioksida dan air yg datang dari atmosfera.
Outputnya pula spt wap air yg dibebaskan melalui
proses respirasi dan oksigen dibebaskan melalui
proses fotosintesis.

*Sistem Atmosfera
Saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara kelembapan
udara, tiupan angin yg berlaku di ruang atmosfera.

*Sistem Geomorfologi
Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yg
makro atau yg mikro.

*Sistem Hidrologi
Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai kerpasan ,
air permukaan spt sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah.

*Sistem Ekologi
Mengkaji habitat fauna dan flora yg dibahagikan kpd ekosistem yg berantaian antara satu sama lain
spti ekosistem muara, ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.

JENIS-JENIS SISTEM
Terpencil – mempunyai sempadan yang nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan
dan tenaga.
Tertutup  – mempunyai sempadan yang
membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi
menghalang kemasukan bahan.

Terbuka  – tidak mempunyai sempadan yang nyata


dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan
melalui sempadannya.

1.2 SISTEM SURIA 

Satu sistem yg terdpt dlm galaksi Bima sakti yg terdiri drp planet-planet dan bintang-bintang yg
mengelilingi m/hari mengikut orbit masing-masing. Sistem suria terdiri drp 8 buah planet setelah
Pluto di singkirkan (tidak memenuhi kreteria sebuah planet mengikut Kesatuan Astronomi
Antarabangsa).
Nebula atau Galaksi
Merupakan kelompok besar bintang, gas dan habuk. Galaksi kita dikenali sbg Bima Sakti / Milky
Way yg mengandungi sehingga 100 bilion bintang. Bumi merupakan salah satu planet yang
menerima tenaga dari Matahari.

1.3 KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA


Bumi berbentuk sfera, rata sedikit di bahagian kedua-dua kutubnya ,

Mempunyai diameter 12753 km

Terdiri daripada lapisan litosfera ( kerak bumi), mantel dan teras bumi,

Sentiasa berputar di atas paksinya yang condong dan mengambil masa 24 jam untuk
membuat satu pusingan lengkap Sambil bergerak mengelilingi matahari dan mengambil
masa satu tahun untuk membuat satu pusingan lengkap.
Kerak Bumi
Lapisan Diluar Sekali

Lapisan Paling Nipis

Meliputi Benua(SIAL) dan Lautan (SIMA)

Batuan Jenis Granit dan Basal

Ketumpatan Batuan 2.7-3

   Mantel
Lapisan Pertengahan

Lapisan Tidak Stabil

Lapisan Dalam Bentuk Pepejal & Cecair

Batuan Jenis Granit dan Basal ketumpatan 5.5


Teras Bumi
Lapisan Paling Dalam

Bentuk Pepejal

Lapisan yang luar bentuk cecair

Mengandungi Nikel Dan Besi

Putaran dan Edaran Bumi


Pergerakan bumi mempunyai satu orbit yang tetap

Bumi yang beredar mengelilingi matahari juga berputar pada paksinya. ianya beredar dengan
kelajuan 3600 kilometer sejam

Bumi berputar pada paksinya 23.5 D. daripada satah tegak


Arah putar bumi adalah dari barat- timur. satu putaran 360 D mengambil masa 23 jam 56
minit.

peredaran mengelilingi matahari mengambil masa 365 hari.

putaran bumi menyebabkan kejadian siang dan malam

Jarak yang paling Dekat (147 Juta Km) dengan Matahari ialah pada 3 Januari dan dikenali
sebagai Perihelion manakala jarang yang paling jauh (152 Juta Km) dengan matahari ialah
pada 4 Julai dikenali sebagai afelion.

putaran dan peredaran berlaku serentak. bumi berputar pada paksinya sambil beredar
mengelilingi matahari. pergerakan2 ini menyebabkan kejadian siang dan malam kejadian 4
musim dan perbezaan waktu tempatan.

Jelaskan kesan peredaran bumi bumi mengelilingi matahari

1. Kejadian empat musim


Pada 21 Mac ( ekuinoks musim bunga ), Kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami
musim bunga dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mcngalami musim lurah.
Pada 21 Jun ( solstis musim panas) , kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami
musim panas dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim sejuk.
Pada 23 September ( ekuinoks musim. luruh ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara
mengalami musim luruh dan kawasan sederhana dunia hemisfera sclalan mengalami musim
bunga.
Pada 22 Disember ( solstis musim sejuk kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami
musim sejuk dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami musim panas.

2. Perbezaan panjang siang dan


malam antara kawasan semasa solstis ·
Pada 21 Jun ( soltis musim panas ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami siang
lebih panjang daripada malam dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
panjang malam melebihi siang. Kutub utara mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam dan
kutub selatan mengalami panjang waktu malam hampir 24 jam. Kawasan khatulistiwa panjang
siang dan malam yang hampir sama
Pada 22 Disember ( soltis musim sejuk ), kawasan sederhana dunia di hemisfera utara mengalami
malam lebih panjang daripada siang dan kawasan sederhana dunia hemisfera selatan mengalami
panjang siang melebihi malam. Kutub utara mengalami panjang waktu malarn hampir 24 jam dan
kutub selatan mengalami panjang waktu siang hampir 24 jam. Kawasan khatulistiwa panjang siang
dan malam yang hampir sama.
3. Kejadian gerhana

Apabila bumi berada pada kedudukan di antara matahari dan bulan - bayang bumi akan jatuh pada
bulan dan keadaan ini akan menyebabkan berlakunya gerhana bulan. Sekiranya bulan berada antara
bumi dengan matahari maka bayang bulan akan jatuh ke permukaan matahari dan keadaan ini akan
menyebabkan berlaku gerhana matahari.

4. Perubahan kedudukan ketinggian matahari tengah hari


Kedudukan matahari tengah hari berubah ubah seiring dengan perubahan musim. Pada 21 Jun (
solstis musim panas ) tergak, di atas garisan sartan. Pada 22 Disember (soltis musim dingin) tegak
di atas garisan jadi. Pada 21 Mac dan 23 September (ekuinoks) - tegak di atas garisan khatulistiwa.
5. Kejadian perihelion dan afelion
Perihelion dan aphelion merujuk kepada jarak bumi dengan matahari ketika bumi berada orbitnya
yang elips. Prihelion (near sun) - paling hampir iaitu kira-kira 147 juta km yang berlaku pada 3
januari manaka efelion (away from) pula -paling jauh iaitu kira kira 152 juta km yang berlaku pada 4
Julai.

1.4 TENAGA
Konsep Tenaga
Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghasilkan sebarang bentuk aktiviti . Tenaga
terdpt dlm pelbagai bentuk spt tenaga haba, tenaga kenetik, tenaga potensi, tenaga kimia, tenaga
pendam dan juga tenaga elektrik.

Tenaga Endogenik

Tenaga dalaman yg berpunca dari perut bumi spt tenaga graviti, radiogenik dan juga tenaga haba.

Tenaga Eksogenik

Tenaga yg berpunca dari luar bumi iaitu dari m/hari (hasil tindakbalas nukleus:- atom-atom hidrogen
berpadu membentuk helium) yg diterima bumi dlm bentuk bahangan yg kemudiannya ditukar kpd
tenaga haba.

Tenaga potensi

Tenaga keupayaan yg dimilki dan disimpan dlm sesuatu jasad krn kedudukan dan keadaannya.
Contoh; air sungai – semakin byk isipadu air sungai semakin besar tenaga potensinya.

Tenaga kinetik

Terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Bergantung kpd halaju pergerakan. Semakin laju
pergerakan sesuatu jasad semakin tinggi tenaga kinetik yg terhasil.
Tenaga Graviti:

Tenaga yg dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke bawah. Ia bergantung kpd
saiz jisim dan ketinggian jisim itu.

Tenaga Haba

Tenaga kepanasan sesuatu jisim yg diukur dlm unit darjah celsius. Terbahagi dua iaitu:
Tenaga haba rasa iaitu tenaga haba yg terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan tersebut
menjadi panas

Tenaga haba pendam

iaitu tenaga yg terkandung dlm sesuatu jisim sehingga dibebaskan.


Sinaran suria Merujuk kpd bahangan m/hari yg diterima bumi dlm bentuk gelombang pendek (0.48
mikron)

Sinaran bumi

Dikenali sebagai bahangan teresterial yg dibebaskan ke atmosfera dlm bentuk gelombang panjang
(10 mikron).

Hukum Boyle

Apabila suhu tinggi tekanan udara menjadi rendah. Angin akan bertiup dari kws tekanan tinggi ke
kws tekanan rendah.

8 comments:

Unknown 25 October 2015 at 05:20


ok la juga
Reply

Anonymous 17 November 2015 at 11:25


Ni kira tajuk ramalan ke cane?
Reply

Hafirah Tamizi 12 November 2016 at 23:53


This comment has been removed by the author.
Reply

Unknown 18 June 2019 at 18:55


Terbaik la mudah untuk faham
Reply

Unknown 17 July 2020 at 01:17


good

Reply

Unknown 17 July 2020 at 17:08


Terima kasih atas perkongsian ilmu nie
Reply

Unknown 17 July 2020 at 18:33


Terima kasih
Reply

Unknown 20 July 2020 at 17:16


Banyak membantu..
Reply

Enter your comment...

Comment as: Google Acco

Publish Preview

Home

View web version

About Me
Geo
View my complete profile

Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai