Anda di halaman 1dari 5

CLASSICAL CONDITIONING (PENGKONDISIAN KLASIKAL)

Classical conditioning iaitu peristiwa belajar melalui pengkondisian.

Proses belajar pengkondisian menitikberatkan pembelajaran tingkah laku

yang baru melalui proses emosi. Classical conditioning juga merupakan

dua rangsangan yang dikaitkan bersama untuk menghasilkan tindak balas

yang baru untuk dipelajari oleh seseorang atau haiwan. Tokoh yang

melakukan kajian classical conditioning ini antaranya ialah “Ivan P. Pavlov”

dan “Skinner”. Istilah “klasikal” berasal dari perkataan “klasik” yang

dilakukan oleh Ivan P. Pavlov (1849-1936). Pavlov seorang pakar psikologi

Rusia yang memperkenalkan konsep pengkondisian dan mengemukakan

prinsip-prinsip utama dalam pengkondisian klasik. Pengkondisian klasik

juga sering disebut dengan respondent conditioning kerana organisma

semata-mata hanya sebagai “penerima” proses pengkondisian, dengan

kata lain yang mengawal proses pengkondisian adalah melalui kajian.

Terdapat beberapa asas yang menunjukkan pembelajaran dari segi

pengkondisian klasikal (classical conditioning) iaitu isi dari pengkondisian

klasik adalah pemasangan rangsangan yang benar-benar neutral dengan

rangsangan yang secara amnya menghasilkan respon tertentu.

Rangsangan ini berkaitan dengan proses di otak. Di dalam otak terdapat

dua bahagian iaitu bahagian yang pertama memproses (CS) dan yang
seterusnya memproses (US). Pengaktifan (US) akan menyebabkan refleks

atau tindak balas. Oleh itu memberi (CS) akan mengaktifkan (US) dan

menyebabkan refleks atau tindak balas. Seterusnya dari segi maklumat

dan harapan. Dalam teori ini, (CS) dianggap sebagai isyarat bagi (US).

Rangsangan yang pertama disebut unconditioned stimulus (US) atau

rangsangan tidak bersyarat iaitu rangsangan yang menimbulkan tindak

balas dimana sifatnya yang disebut sebagai unconditioned response (UR)

atau tindak balas tidak bersyarat misalnya bagi haiwan sebagai contoh,

anjing melihat makanan akan melakukan tindak balas mengeluarkan air

liur. Bagi manusia pula, tindak balas dapat di lihat melalui apabila

seseorang berjumpa dengan doktor, dan apabila doktor mengeluarkan

jarum suntikan sesetengah manusia beremosi mengeluarkan air mata di

sebebkan ketakutan. Rangsangan yang kedua disebut conditioned

stimulus (CS), atau rangsangan bersyarat iaitu rangsangan yang

menunjukkan tindak balas khusus manakala conditioned response (CR)

iaitu tindak balas bersyarat. Untuk mendapatkan pengertian yang lebih

mendalam, maka terlebih dahulu kita meninjau penelitian yang dilakukan

oleh Pavlov.

Dalam kajiannya, Pavlov memasangkan rangsangan suara dengan

rangsangan makanan yang diberikan kepada anjing sebagai subjek


kajiannya. Pavlov mengharapkan anjing dapat memberi rangsangan suara

dengan mengeluarkan air liur. Dimana keadaan yang dialami, rangsangan

suara tidak akan mendatangkan tindak balas pengeluaran air liur. Dengan

tindak balas keluarnya air liur rangsangan suara, bererti anjing telah belajar

pengkondisian klasikal. Dari hasil kajiannya, Pavlov menyimpulkan bahawa

prinsip-prinsip belajar pengkondisian klasikal dapat diterapkan kepada

organisma dan tingkah laku yang berbeza.

Malahan hasil dari kajian yang pernah di lakukan oleh Pavlon, dapat

diterapkan ke dalam situasi manusia iaitu dari segi tingkah laku, prestasi

kerja atau hubungan keluarga dan masyarakat di sekeliling ini dapat di

praktikkan dengan pembelajaran classical conditioning. Dari segi tingkah

laku, dapat dilihat melalui emosi seseorang sebagai contoh,sekiranya,

loceng ais-krim wall paddleppop di bunyikan di sekitar taman perumahan,

rangsangan kanak-kanak bertindak balas untuk cuba mendapatkan apa

yang mereka dengarinya. Seterusnya, dari segi prestasi kerja dapat di lihat

apabila, seseorang pekerja itu mengetahui jika sesuatu projek dapat ianya

perolehi sudah tentu ganjaran seperti percutian atau bonus akan dapat

beliau perolehi daripada majikannya. Faktor seterusnya, hubungan dengan

keluarga yang dapat dilihat ialah melalui apabila anak-anak rajin dan

melaksanakan segala kerja yang diberikan oleh ibu bapa, sudah tentu ibu
bapa akan memberikan ganjaran berupa makan atau wang dan lain-lain.

Selain itu, pembelajaran ini juga dapat dilihat melalui masyarakat di

sekeliling. Sebagai contoh menurut akhbar berita harian Penguatkuasaan

melarang larangan merokok di tempat makan yang berkuat kuasa sejak 1

Januari. Hal ini sudah semestinya semua individu yang merokok akan

memberontak kerana mereka tidak boleh lagi merokok di kawasan tersebut

dan secara automatik semua perokok tidak akan merokok lagi sebaliknya

bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil sudah tentu akan tersenyum

gembira kerana tiada lagi asap rokok di tempat awam khususnya di tempat

makan.

Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa pembelajaran melalui

classing conditioning ini dilihat melalui rangsangan oleh sesuatu perkara

itu dengan tindak balas oleh seseorang atau haiwan. Selain itu juga,

faktor-faktor seperti tingkah laku, prestasi kerja atau hubungan dengan

keluarga dan masyarakat di sekeliling dapat di praktikkan melalui

pembelajaran ini. Berdasarkan hasil kajian tersebut, kita sudah dapat

mengetahui ganjaran yang akan diperoleh di kemudian hari. Oleh itu, faktor

yang membawa kepada kesan yang positif akan dikekalkan, manakala

faktor yang membawa kepada kesan negatif akan menjadi semakin lemah.

Rujukan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/526888/laran

gan-merokok-di-tempat-makan-diteruskan

http://ianriani92.blogspot.com/2013/06/pengertian-classical-conditi

oning.html

https://itp.psikologi.ui.ac.id/2017/07/03/classical-conditioning-by-ivan-pav

lov/

http://novikasusilestari.blogspot.com/2012/03/classical-conditioning.html

Anda mungkin juga menyukai