Anda di halaman 1dari 5

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yu Ying

Jalan Bukit Godek Semabok 75050 Melaka


Kod Sekolah : MBC
2066 Tel / Fax : 06 - 2832089

Ujian Bulanan Tahun 2012


Bahasa Malaysia kertas 1
Tahun 3
Nama: ________________ Markah:______________
Tarikh:________________
Tahun:________________

A) Baca Petikan Di Bawah: (10 M)

Sains dan teknologi telah mencipta internet melalui


penggunaan komputer. Apabila kita melayari internet kita akan
memperoleh banyak kebaikan.
Kita boleh mendapat pelbagai maklumat dengan cepat jika
melayari internet. Selain itu, kita boleh berbual-bual dengan rakan
dari luar Negara melalui e-mel. Berita-berita terkini yang berlaku di
seluruh dunia dapat diketahui dengan cepat.
Dengan lain perkataan, internet memberikan banyak manfaat
kepada kita.
Jawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah yang dicipta oleh sains dan teknologi?


A. Komputer B. E-mel C. Internet D. Teknologi

2. Bagaimanakah kita boleh melayari internet?


A. Melalui penggunaan komputer C. Melalui penggunaan
teknologi
B. Melalui e-mel D. Melalui penggunaan sains

3. Bagaimanakah kita boleh mendapat pelbagai maklumat di komputer?


A. Dengan teknologi moden C. Dengan menggunakan e-mel
B. Dengan menggunakan iklan D. Dengan melayari
internet

4. Semua yang berikut adalah kegunaan internet kecuali


A. membeli barangan melalui internet
B. berbual-bual dengan rakan me lalui internet
C. mendapatkan berita-berita terkini
D. mendapatkan soalan-soalan peperiksaan

5. manfaat bermaksud
A. kegembiraan B. faedah C. keburukan D. Bergaduh
B) Baca petikan dibawah kemudian jawab soalan-soalan berikut :(10
M)

Chee Wei baru bangun daripada tidur. Dia mengemas katilnya.


Dia suka melihat katilnya kemas dan bersih.
Kemudian, Chee Wei Masuk ke bilik air. Dia menggosok giginya
sebelum mandi. Gigi Chee Wei kelihatan bersih dan putih.
Semasa mandi pula, Chee Wei menggunakan sabun wangi
untuk membersihkan badannya. Dia juga mencuci rambutnya
dengan syampu. Selepas mandi, Chee Wei mengelap badannya
dengan tual yang bersih. Kemudian, dia memakai pakaian sekolah
dengan kemas. Setelah menyikat rambutnya, Chee Wei bersarapan
bersama-sama ibu dan ayahnya.

Jawab soalan berikut:

1. Apakah yang dilakukan oleh Chee Wei selepas bangun daripada tidur?
Selepas Chee Wei bangun tidur________________________________

2. Sebelum Mandi, Chee Wei


A. mencuci rambutnya.
B. menggosok giginya.
C. mengelap badannya

3. Apakah yang digunakan oleh Chee Wei untuk mencuci rambutnya?


A. sabun B. ubat gigi C. syampu D. tuala

4. Chee Wei memakai pakaian sekolah dengan


A. kemas B. licin C. cantik D. baik

5. Chee Wei Bersarapan bersama-sama siapa?


A. abangnya
B. kakaknya
C. adiknya
D. ibu dan bapanya
C) Isikan tempat-tempat kosong di bawah ini dengan kata nama khas
yang
sesuai: (20 M)

Zoo Negara Pak Belang Berita


Harian

Gunung Kinabalu Bahasa Inggeris Muzium


Negara

Sungai Rejang Proton Waja Doktor Lim


Januari

1. Ayah membaca surat khabar ___________________ sambil menghirup


secawan kopi.
2. _________________ merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia.
3. Cikgu Salmah mengajar kami mata pelajaran _________________________.
4. Mereka sekeluarga melawat ke ________________ untuk melihat barang-
barang purba.
5. _________________ ialah binatang liar yang garang.
6. Kita dapat melihat pelbagai jenis binatang di ______________________.
7. __________________ merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia.
8. Emak memandu kereta _______________ ke tempat kerjanya.
9. _________________ merupakan doktor di Hospital Besar Melaka.
10. Kempen kebersihan di sekolah
akan diadakan pada bulan________________.

D) Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai: (10 M)

Peserta guli sampah dusun


basikal

1. Wei Le bermain _________________ dengan kawannya di halaman rumah.


2. Ayah menghadiahkan Habib sebuah _____________ kerana dia mendapat
tempat pertama dalam peperiksaan.
3. ______________ sukan sedang berehat di khemah yang disediakan.
4. Beberapa orang pekerja sedang memunggah ____________ ke atas lori.
5. Kami akan mengutip buah durian di ______________ datuk pada minggu
depan.

E) Salin ayat-ayat dibawah semula dengan meletakkan tanda baca


yang betul
(10 M)

1. siapakah nama awak


________________________________________________________

2. fu xiang tinggal di taman duyung permai


________________________________________________________

3. wah cantiknya perempuan itu


________________________________________________________

4. saya mengikut emak membeli-belah di tesco


________________________________________________________

5. kami sekeluarga pergi makan angin di cameron highlands


________________________________________________________

F) Garisi kata ganti nama diri yang betul. (20 M)

1. Zaini dan Mei Lan tinggal berjiran. (Dia , Mereka ) tinggal di Taman
Harmoni.
2. Guru besar sedang berucap. Sebentar nanti (dia , beliau ) akan
merasmikan bagunan baru sekolah kami.
3. ( Baginda , Beliau ) baharu sahaja ditabalkan sebagai Sultan Melaka
yang baru.
4. Zainab seorang anak yang rajin. ( Saya , Dia ) selalu menolong emaknya
membuat kerja rumah.
5. (Kita , Kami ) harus berusaha dengan gigih demi mencapai kejayaan.
6. (Kamu , Mereka ) hendak makan apa? tanya Zain kepada adiknya.
7. (Anda , Kita ) harus mengisi borang ini dengan lengkap, kata kerani di
kaunter itu kepada saya.
8. Bersihkan diri ( kamu , kami ) sebelum masuk tidur, pesan ibu kepada
saya.
9. Pencuri itu sudah ditangkap semalam. (Dia , Kamu) mencerobohi rumah
Encik Sim.
10. (Patik , Beta) mesti membantu
orang yang susah, titah raja itu.

H) Pilih Kata Tanya yang sesuai. (20 M)

1. ( Mengapakah , Bilakah ) Julia tidak datang ke sekolah?


2. ( Apakah , Siapakah ) yang ada di dalam beg itu?
3. Di ( manakah , bagaimanakah ) letaknya SJKC Yu Ying?
4. ( Siapakah , Apakah ) nama kamu?
5. ( Bilakah , Manakah) kamu hendak pulang ke kampung?
6. (Kenapakah , Apakah ) ibu kamu tida datang?
7. (Bilakah , Berapakah ) harga sebatang pensel ini?
8. Pukul (siapakah , berapakah ) waktu kamu bertolak?
9. Di ( siapakah , manakah ) letaknya rumah Affiq?
10. (Berapakah , apakah ) harga sehelai baju kemeja ini?

Disediakan oleh ; Disemak oleh:


Mohd Shah Rizan Bin Amzah Pn. Seng Bee Chin
_______________________ _________________

Anda mungkin juga menyukai