Anda di halaman 1dari 67

Essentials of Human Anatomy & Physiology

Topik 11
SISTEM PENGHADAMAN
dan
METABOLISME TUBUH
Sistem Penghadaman dan
Metabolisme Tubuh
Penghadaman (Digestion)
Penguraian makanan yang ditelan
Penyerapan (Absorption)
Laluan nutrien ke dalam darah
Metabolisme
Penghasilan tenaga selular (ATP)
Organ Sistem Penghadaman

Dua kumpulan utama:


Salur alimentari / penghadaman
tiub gegelung berongga yang
berterusan
Organ penghadaman tambahan
Organ Sistem
Penghadaman
Organ Salur Penghadaman
Mulut (Mouth)
Farinks (Pharynx)
Esofagus (Esophagus)
Perut (Stomach)
Usus kecil (Small intestine)
Usus besar (Large intestine)
Dubur (Anus)
Anatomi Mulut (Kaviti Oral)
Bibir (labia) melindungi
bukaan anterior
Pipi membentuk
dinding lateral
Lelangit keras
membentuk bumbung
anterior
Lelangit lembut
membentuk bumbung
posterior
Uvula unjuran berdaging
lelangit lembut
Anatomi Mulut (Kaviti Oral)
Vestibul ruang antara
bibir (luaran) dan gigi
dengan gusi (dalaman)
Kaviti oral kawasan
yang mempunyai gigi
Lidah melekat pada
cuaran hyoid dan styloid
tengkorak, dan lingual
frenulum
Anatomi Mulut (Kaviti Oral)

Tonsil
Tonsil palatin
Tonsil lingual
Proses-proses Mulut

Pengunyahan (Mastication chewing)


makanan
Mengaul makanan yang dikunyah
dengan air liur (saliva)
Mula menelan dengan bantuan lidah
Memberikan deria rasa
Anatomi Farinks
Nasofarinks
(Nasopharynx)
bukan sebahagian
sistem penghadaman
Orofarinks (Oropharynx)
posterior kepada kaviti
oral
Laringofarinks
(Laryngopharynx) di
bawah orofarinks dan
bersambung kepada
esofagus
Fungsi Farinks
Bertindak sebagai laluan untuk udara dan
makanan
Makan didorong ke dalam esofagus oleh dua
lapisan otot:
Lapisan dalaman memanjang (longitudinal)
Lapisan luaran membulat (circular)
Pergerakan makanan adalah melalui silih ganti
kontraksi lapisan-lapisan otot (peristalsis)
Esofagus
Bermula dari farinks ke perut melalui
diafragma
Membawa makanan secara peristalsis
(ritma mencerut yang perlahan)
Laluan untuk makanan sahaja (sistem
respiratori bercabang keluar selepas
farinks)
Lapisan Organ Salur Penghadaman
Mukosa
Lapisan terdalam
Membran lembap
Permukaan epitelium
Sedikit tisu penghubung
(lamina propria)
Lapisan kecil otot licin
Lapisan Organ Salur Penghadaman

Submukosa
Di bawah mukosa
Tisu pengubung lembut dengan salur
darah, hujung saraf, dan limfatik
Lapisan Organ Salur Penghadaman
Muskularis luaran otot licin
Lapisan dalaman berbulat
Lapisan luaran memanjang
Serosa
Lapisan paling luar visceral
peritoneum
Lapisan serus sel pembentuk cecair
Lapisan Organ Salur Penghadaman
Anatomi Perut
Terletak di sebelah kiri kaviti
abdominal
Makanan masuk di sfinkter
kardioesofagus (cardioesophageal
sphincter)
Anatomi Perut
Kawasan perut
Kawasan kardiak dekat dengan jantung
Fundus (bahagian dasar)
Tubuh
Phylorus hujung terminal berbentuk
corong
Makanan di dalam perut akan mengosong
ke dalam usus kecil di sfinkter pilorik (pyloric
sphincter)
Anatomi Perut
Rugae lipatan dalaman mukosa
Bahagian luaran
Lengkungan kecil (Lesser
curvature)
Lengkungan besar (Greater
curvature)
Anatomi Perut
Lapisan peritoneum yang melekat kepada
perut
Omentum kecil melekatkan hati kepada
lengkungan kecil
Omentum besar melekatkan
lengkungan besar kepada dinding tubuh
posterior
Mengandungi lemak untuk menebat,
mengkusyen serta melindungi organ-
organ abdomen
Anatomi Perut
Fungsi Perut
Bertindak sebagai satu tangki
simpanan untuk makanan
Tempat penguraian makanan
Penguraian protein bermula
Menghantar kimus (chime
processed food) ke usus kecil
Mukosa Khusus Perut
Epitelium kolumnar (turus) ringkas
Sel leher mukosa menghasilkan
suatu mukus beralkali yang melekit
Kelenjar gastrik merembes jus gastrik
Sel utama menghasilkan enzim
penghadaman protein (pepsinogen)
Sel parietal menghasilkan asid
hidroklorik
Sel endokrina menghasilkan gastrin
Struktur Mukosa Perut

Liang gastrik dibentuk oleh lipatan


mukosa
Kelenjar dan sel khusus berada di
bahagian kelenjar gastrik
Struktur Mukosa Perut
Usus Kecil
Organ penghadaman utama tubuh
Tempat penyerapan nutrien ke
dalam darah
Tiub berotot memanjang dari
sfinkter pilorik ke injap ileocecal
Memaut dari dinding abdomen
posterior oleh mesenteri
Subbahagian Usus Kecil
Duodenum
Melekat ke perut
Berlengkung mengelilingi kepala
pankreas
Jejunum
Melekat ke duodenum secara anterior
Ileum
Memanjang dari jejunum ke usus besar
Penghadaman Kimia Di Dalam
Usus Kecil
Sumber enzim yang bercampur
dengan kimus
Sel-sel usus
Pankreas
Hempedu (bile) memasuki dari pundi
hempedu (gall bladder)
Penghadaman Kimia Di Dalam
Usus Kecil
Vilus Usus Kecil
Struktur
berbentuk
jari-jari yang
dibentuk oleh
mukosa
Memberi
usus kecil
lebih luas
permukaan
Mikrovili Usus Kecil

Unjuran
kecil
membran
plasma
Dijumpai
pada sel
penyerap
Struktur yang terlibat dalam
Penyerapan Nutrien
Sel penyerap
Kapilari darah
Lakteal
(kapilari limfa
khusus)
Lipatan-lipatan Usus Kecil
Dikenali sebagai lipatan membulat
atau plicae circulares
Lipatan mendalam mukosa dan
submukosa
Tidak hilang apabila dipenuhi
makanan
Submukosa mempunyai tompok-
tompok Peyer (koleksi tisu-tisu limfa)
Penghadaman Di Dalam Usus Kecil
Enzim dari batas beberus (brush border)
Menguraikan gula kompleks ke gula ringkas
Melengkapkan penghadaman sebilangan
protein
Enzim pankreas memainkan fungsi utama
penghadaman
Bantu melengkapkan penghadaman kanji
(amilase pankreas)
Melakukan hampir separuh penghadaman
protein (tripsin, dll)
Penghadaman Di Dalam Usus Kecil
Enzim pankreas memainkan fungsi utama
penghadaman (bersambung)
Bertanggungjawab untuk
penghadaman lemak (lipase)
Menghadam asid nukleik (nucleases)
Kandungan beralkali meneutralkan
kimus berasid
Penyerapan Di Dalam Usus Kecil
Air diserap di sepanjang usus kecil
Hasil penghadaman
Kebanyakan bahan diserap oleh
pengangkutan aktif melalui membran
sel
Lipid diserap melalui resapan
Bahan-bahan diangkut ke hati oleh vena
portal hepatik atau limfa
Pendorongan (propulsion)
Di Dalam Usus Kecil
Peristalsis adalah cara utama untuk
menggerakkan makanan
Pergerakan bersegmen
Kimus bercampuran dengan jus
penghadaman
Bantu mendorong makanan bergerak
Usus Besar

Berdiameter besar, tetapi lebih pendek


daripada usus kecil
Membentuk sempadan abdomen
dalaman
Usus Besar
Fungsi Usus Besar
Menyerap air
Menyingkirkan makanan yang tidak
dapat dihadam dari tubuh sebagai
tinja
Tidak terlibat di dalam penghadaman
makanan
Sel-sel goblet menghasilkan mukus
yang bertindak sebagai pelincir
Struktur Usus Besar
Sekum (cecum) bahagian pertama
usus besar yang berbentuk kantung
Apendiks
Pengumpulan tisu limfa yang
kadang-kadang menyebabkan
keradangan (appendicitis)
Tergantung dari sekum
Struktur Usus Besar
Kolon
Menaik (ascending)
Mendatar (transverse)
Menurun (descending)
Berbentuk S (S-shaped sigmoidal)
Rektum
Dubur bukaan luaran tubuh
Penguraian Makanan dan
Penyerapan Di Dalam Usus Besar
Tiada penghasilan enzim penghadaman
Bakteria tempatan akan menghadam
nutrien yang tertinggal
Menghasilkan sedikit vitamin K dan B
Membebaskan gas
Air, vitamin K dan B diserap
Baki bahan akan disingkirkan sebagai tinja
Pendorongan Di Dalam Usus Besar
Peristalsis yang perlahan
Pergerakan massa
Pergerakan kuat tetapi lambat
Berlaku tiga ke empat kali sehari
Kehadiran tinja di rektum menyebabkan
tindakan peninjaan (buang air besar)
Sfinkter anus dalaman relaks
Peninjaan berlaku dengan relaksasi voluntari
sfinkter anus (luaran)
Organ Penghadaman Tambahan
Kelenjar air liur
Gigi
Pankreas
Hati
Pundi hempedu
Kelenjar Air Liur

Kelenjar yang merembeskan air liur


Kelenjar parotid terletak di
anterior telinga
Kelenjar submandibular
Kelenjar sublingual
Air Liur
Campuran mukus dan cecair serus
Bantu untuk membentuk bolus
makanan
Mengandungi amilase liur untuk
memulakan penghadaman kanji
Melarutkan kimia, oleh itu dapat
dirasai
Gigi
Peranannya ialah untuk mengunyah
(chew) makanan
Manusia mempunyai dua set gigi
Gigi susu (bayi)
20 gigi penuh dibentuk menjelang
umur dua tahun
Gigi
Gigi kekal
Menggantikan gigi susu antara
umur 6 ke 12
Satu set penuh 32 batang gigi,
tetapi sesetengah orang tidak
mempunyai geraham bongsu
(wisdom tooth)
Klasifikasi Gigi

Kacip (Incisors)
Taring (Canines)
Geraham kecil (Premolars)
Geraham (Molars)
Klasifikasi Gigi
Bahagian-bahagian Sebatang Gigi
Korona (crown)
bahagian yang terdedah
Enamel luar
Dentin
Kaviti pulpa
Leher
Kawasan yang
bersentuhan dengan
gusi
Menyambung
korona kepada akar
Bahagian-bahagian Sebatang Gigi
Akar
Membran
periodontal yang
melekat ke
tulang
Saluran akar
(root canal)
membawa salur
darah dan saraf
Pankreas
Menghasilkan satu spektrum besar enzim
penghadaman yang menguraikan semua
kategori makanan
Enzim dirembes ke dalam duodenum
Cecair beralkali bersama enzim akan
meneutralkan kimus berasid
Hasilan endokrina pankreas
Insulin
Glukagon
Hati
Kelenjar terbesar di dalam tubuh
Terletak di sebelah kanan tubuh di
bawah diafragma
Mempunyai empat lobus yang
memaut dari diafragma dan dinding
abdomen oleh ligamen falciform
Bersambung kepada pundi hempedu
melalui duktus hepatik
Hempedu
Dihasilkan oleh sel-sel di dalam hati
Komposisinya
Garam hempedu
Pigmen hempedu (kebanyakannya
bilirubin dari penguraian hemoglobin)
Kolesterol
Fosfolipid
Elektrolit
Peranan Hati Dalam Metabolisme
Beberapa peranan di dalam penghadaman
Menyahtoksik dadah dan alkohol
Mendegradasi hormon
Menghasilkan kolesterol, protein darah
(albumin dan protein pembekuan)
Berperanan utama dalam metabolisme
Pundi Hempedu
Kantung yang dijumpai di dalam fosa
berongga hati
Menyimpan hempedu dari hati melalui
duktus sistik (cystic duct)
Hempedu dibebaskan ke dalam
duodenum apabila terdapatnya
makanan berlemak
Batu karang (gallstones) boleh
menyebabkan sumbatan
Proses-proses Sistem Penghadaman
Pengingesan (ingestion)
membawa makanan ke dalam mulut
untuk dikunyah
Pendorongan (propulsion)
Menggerakkan makanan dari satu
kawasan sistem penghadaman ke
kawasan seterusnya
Proses-proses Sistem
Penghadaman
Peristalsis
gelombang
kontraksi yang
bersilih ganti
Pensegmenan
menggerakkan
bahan ke
belakang dan ke
hadapan untuk
tujuan
bercampuran
Proses-proses Sistem Penghadaman

Penghadaman bersifat mekanikal


Mencampurkan makanan di dalam
mulut oleh lidah
Penjaraan (churning) makanan di
dalam perut
Pensegmenan di dalam usus kecil
Proses-proses Sistem Penghadaman
Penghadaman bersifat kimia
Enzim menguraikan molekul makanan kepada
blok binaan masing-masing
Setiap kumpulan makanan utama
menggunakan enzim yang berbeza
Karbohidrat diurai ke gula ringkas
Protein diurai ke asid amino
Lemak diurai ke asid lemak dan alkohol
Proses-proses Sistem Penghadaman
Penyerapan
Hasil terakhir penghadaman diserap ke
dalam darah atau limfa
Makanan mesti memasuki sel mukosa
dan kemudiannya ke dalam kapilari
darah atau limfa
Peninjaan
Penyingkiran bahan-bahan yang tidak
dihadam sebagai tinja
Proses-proses
Sistem
Penghadaman
Kawalan Aktiviti Penghadaman

Kebanyakannya dikawal oleh refleks


melalui bahagian parasimpatetik
Reseptor kimia dan mekanikal
terletak di dinding organ yang
mencetus refleks
Kawalan Aktiviti Penghadaman
Rangsangan termasuk:
Keregangan organ
pH kandungan
Kehadiran bahan penguraian
Refleks termasuk:
Pengaktifan atau perencatan rembesan
kelenjar
Aktiviti otot licin
TERIMA KASIH
DITERJEMAH DAN SEDIAKAN OLEH:
EN CHIA CHIOW MING
PENSYARAH AKADEMIK
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
IPG KAMPUS ILMU KHAS

PJMS3043
PISMP AMBILAN JUN 2016
SEMESTER 2 (JANUARI MEI) TAHUN 1 (2017)

Anda mungkin juga menyukai